APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, October 24, 2011

semoga kau bahagia

ASSALAMUALAIKUM

kalau bahagia boleh kita kecapi dalam sekelip mata , derita juga boleh datang dalam sekelip mata juga . malam ini , bercerita kembali kisah rintihan seorang gadis yang mana macam tajuk entry aku yang lepas . bertarikh 21 oktober aku mendapat email tersebut . email dari seorang gadis kembali , gadis yang pernah meminta bantuan aku , menjadikan aku tempat dia mengadu kerana tiada sesiapa yang mendengar rintihannya :


kembali menerima email kedua darinya yang aku tidak sempat membacanya ketika pukul 9 tadi . aku hampir terlupa dan membuka emailnya kembali . aku lihat , sah , email dari NISA kembali , dah dua hari email tersebut dihantar tapi disebabkan kesempatan yang tiada sebab bercuti membuatkan aku log in untuk ke email tersebut sedikit lambat . aku baca perlahan lahan ayat yang diberi , ringkas namun penuh bermakna , penuh pengertian dan penuh sesalan . aku hormat dengan keputusan mereka dan aku jadikan ia sebagai cerita untuk reader aku pada malam ini .


(klik gambar untuk sources)


Aizat ,

Assalamualaikum . menyusul email kedua buat kau . aku harap apa yang aku nak beritahu kau untuk email kedua ini adalah email yang terakhir yang aku berikan kepada kau untuk menceritakan tentang aku dan Haykall . walaupun tiada masa untuk kau baca , sekalipun lambat , aku harap kau sudi baca satu persatu apa yang aku hendak sampaikan . aku tahu , aku tak perlu cakap benda ini kat kau . tapi , fahamilah , fahamilah rintihan aku . aku tiada tempat nak mengadu lagi , berkongsi cerita . tiada lagi bahu yang akan menjadi penahan tatkala aku sedih . kelmarin , aku email kembali Haykall , satu email dari aku pun dia tidak balas . aku tahu susah untuk kita kembalikan life seseorang yang telah menjadi bukan dirinya . tapi , setiap kali aku email dia setiap kali itulah email aku tidak dilayan . aku rasa jauh , aku semakin jauh darinya . aku rasakan aku tiada peluang , peluang untuk mengambil tempat di hatinya kembali . peluang yang gelap , yang tiada siapa yang akan bawa aku masuk ke situ , hanya dia , hanya dia yang boleh membawa aku . menjadikan aku puteri di dalam hatinya kembali . menjadi pemilik sebahagian hatinya . aku tahu , ini semua takdir-Nya . aku pasrah , aku redha , aku mengangkat tangan berdoa semoga kami kembali seperti dahulu , tapi , bagaikan ini sudah menjadi jalan kami , aku putus asa aizat , aku putus asa . aku , aku rasa inilah perhentian aku untuk kisah antara aku dan Haykall . kisah yang menjadi masa lepas aku , yang aku rindukan . apa yang aku harapkan bersama dia aku tinggalkan , tinggalkan untuk masa depan aku dan dia , tinggalkan menjadi helain yang berterbangan dan akan dikutip jika ia adalah ketentuan kami kelak . 

tapi , sekuat kuat seorang insan itu aizat , ada kelemahannya . aku sudah tak larat lagi , menanti dan terus menanti . aku akan tinggalkan kehidupan aku yang dulu , kehidupan yang penuh berwarna warni untuk aku , kehidupan yang akan aku tinggalkan bila aku membuka mata meneruskan hari esok untuk aku jalani kehidupan baru yang aku akan warnakan dengan corak yang indah . supaya , keindahan itu akan dapat dikongsi , dikongsi bersama sama dengan dia jika perjalanan hidup aku sudah tertulis untuk dia . Aizat , maafkan aku , aku tidak mampu jadi yang terbaik untuk kawan baik kau , aku tak jadi yang termanis untuk kehidupannya , aku gagal , gagal menjadi seseorang yang sentiasa dengannya , bukan aku pengecut tapi aku beranikan diri aku melawan perasaan aku , untuk kehidupan aku akan datang . aku tak mampu menunggu , tak mampu aizat . aku tak sekuat lelaki , aku tak sekuat wanita yang lain tapi azam yang aku bawa untuk dia sekuat yang tidak disangka . aizat , jika kesempatan aku untuk bertemu haykall tidak sampai , aku harap kau cakap kat dia yang walaupun aku dah meneruskan kehidupan yang baru , memori aku dan dia akan menjadi penguat untuk hidup aku , carilah aku jika dia mampu , aku menunggu , menunggu insan yang pernah membuat aku sentiasa tersenyum , insan yang sentiasa memberikan penuh perhatian , insan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku , insan yang bernama Mohd Aireyll Haykall . aku tidak menyesal , tidak pernah menyesal mengenali dia kerana tempat yang aku kosongkan untuk hati aku hanya untuk dia . 

tapi , andai kata ketentuan untuk hidup dia bukan untuk aku , aku doakan untuk dia kebahagiaan yang tidak pernah putus dan aku redha menerima ketentuannya . Haykall , awak tak pernah buat saya terluka , awak sentiasa tersenyum , awaklah insan yang saya rindu selama ini . insan yang bernama kekasih . terima kasih Haykall , maaf , inilah pengakhiran untuk email saya kepada awak sebelum saya menutup semua akaun saya .  saya , rindukan awak , bangun Haykall , sedar , kuatkan diri awak untuk keluarga awak , untuk diri awak dan untuk seorang yang bernama HANISA ADAM .


berdebar bila aku baca email ini , aku terkelu dan aku tak tahu nak cakap apadah . Nisa , kalau keputusan ini yang terbaik untuk kau , terbaiklah untuk kau jalani nanti . aku faham kekuatan kau tak sekuat orang lain , tapi Nisa , bagi aku , kaulah yang terbaik di mata orang , di mata aku . aku tahu hati kau terluka tapi kau menutup luka kau sendiri . Nisa , kalau betullah Haykal itu ketentuan untuk kau , di mana kau pergi , kau akan kembali kepadanya . Semoga kau bahagia , NISA .


NOTE : azam melangkaui kekuatan seseorang untuk teruskan hidup



Friday, October 21, 2011

melatah

ASSALAMUALAIKUM




opocot mak kau intan payung gunung meletop ! apa tu ? tahu kan ? apa dia anak anak ? melatah kan . hehe . mcm semua orang tahu melatah tu satu simptom yang ada terutamanya aku nampak kat sekeliling akulah , mana ada tempat lain lagi aku nak pergi kan . melatah ni mcm lebih kurang orang cucuk dia then dia joget joget sambil mencarut , okayy mencarut tu jarang jarang , hehe . keselaluannya *ada tak perkataan ni dalam kamus dewan ? , jarang aku tengok ada omputih melatah , memang kelakar and aku akan ketawa tonggeng siap berak lagi kalau dengar dia melatah "ohhpochott mark engkauh intann payyung gunnungg meletuppp" . buruk tak ? kann , aku dah cakap kau tak nak percaya .

selalu kita boleh tengok orang orang banyak melatah kat kenduri kahwin atau majlis majlis keramaian yang melibatkan mak cik mak cik yang suka melatah mencucuk sesama sendiri , kadang kadang sampai naik penat lak aku tengok dok joget sana sini melatah , sekali dua kali tengok tu bolehlah terima lagi tapi kalau dah 3 4 kali tengok , boleh tahan ? tak boleh kan . and budak budak ni pulak suka kacau cucuk sana sini depan belakang , lagilah dia suka orang dok raba raba dia kan . lucah betul , adik adik pun sama ambik kesempatan , aishhh , geletek kaki dia sampai dia ketawa mengalirkan airmata sudah .

but then sekarang , bukan je orang tua je melatah , tapi orang muda pun ada yang melatah . dulu bila melatah je cop orang tua kan , ni budak budak pun ada yang melatah . orang katalah , aku kan suka dengar orang kata , bila kita kacau orang melatah , kita akan berjangkit , sejak tu taubat dah tak nak kacau , bayangkan tengah akad nikah orang kacau then contohnya nama isteri kita LATIPAH BINTI MEON , adik kepada LATIMAH BINTI MEON

aku terima nikahnya *tiba tiba ada orang cucuk kita , LATIMAH BINTI MEON dengan mas kahwinnya bla bla bla

tak susah mcm tu ? nak kahwin adik terkahwin kakak , mahu mahu mahu ? so buang sifat tu betul betul jauh dari diri . hahaha . then nak nak melatah yang ada pergerakan kan . bila kita cakap suruh di joget , dia joget , suruh dia cium dia cium . okayy boleh terima lagi , cuba kita cakap "bunuh dia" sambil cucuk pinggang org melatah tu yang tengah pegang pisau , mcm mana agaknya ?

kat bawah ni ada video baby melatah cakap kiamat , memang kelakar , mcm tak percaya , tapi betul , kecik kecik dah melatah , katanya keturunan .



NOTE : kan korang dah melatah tu , best tak melatah ?


Thursday, October 20, 2011

A Y A H

ASSALAMUALAIKUM

bercerita tentang ayah pula harini . jarang sekali dapat baca cerita tentang ayah sebab banyak cerita yang kita baca berkaitan dengan ibu . ya , memang ibu lagi penting daripada ayah , ibu lebih tinggi darjatnya daripada ayah , tetapi kedua dua mereka amat penting buat kita . ramai yang lebih rapat dengan ibu berbanding ayah . ayah hanya menjadi tempat mereka minta duit , membelikan sesuatu tetapi ibu menjadi tempat mereka berkongsi masalah , suka dan duka .

A Y A H ?


kita selalu menangis , kita selalu mengeluh , kita selalu tidak rapat dengan ayah sebab ayah selalu tak nak dengar masalah kita , ayah selalu balik lambat berbanding ibu , ayah selalu marah kita , ayah selalu nampak kesalahan kita . ayah selalu tiada di rumah . mengapa ? kita hanya tahu menilai tapi kita tidak melihat dari jauh . insan yang bernama ayah , menjadi ketua keluarga buat kita , menjadi hero buat ibu kita , menjadi pelindung kepada keluarganya tidak kira di mana , bagaimana . ayahlah insan yang banyak berkorban masa demi membahagiakan keluarganya .

KENAPA AYAH SELALU TIADA DI RUMAH ?

ayah mencari rezeki lebih untuk keluarganya , ayah bekerja keras memastikan anaknya bahagia , mempunyai cukup kelengkapan supaya anaknya sentiasa tersenyum . membuat anaknya bangga terhadap dirinya , menjadikannya contoh untuk anaknya .

TETAPI ,

anak anak hanya merungut ayahnya selalu tiada di rumah , ayahnya tidak sayangkannya , ayahnya hanya tahu balik lewat keluar sehingga lewat malam , tidak mempunyai masa untuk makan malam bersama .

KENAPA AYAH TIDAK PERNAH MENDENGARNYA BERCERITA ?

ayah mempunyai banyak tugasan buat dirinya , ayah mempunyai banyak kerja untuk difikirkan , bila dia ingin meluangkan masa untuk bersama anaknya , anaknya sudah tidur , ayah selimutkan anaknya , ayah mengusap kepala anaknya , ayah menjadi yang terbaik untuk anaknya .

TETAPI ,

anaknya hanya merungut menyoalkan sikap ayahnya , menyoalkan yang perhatian ayahnya terhadap dirinya dilupakan .


ibu selalu cakap , ayah cari rezeki , ayah bukan tiada masa nak bersama tapi itulah yang ayah buat untuk membahagiakan anak anaknya . kamu semua belum lagi jadi ayah , nanti bila dah bergelar ayah , baru kamu tahu nilai senyuman anak anak buat ayah . dia mahu anaknya sentiasa tersenyum . anaknya sentiasa sihat . anaknya sentiasa senang untuk kehidupannya . tidak pernah dia berkira , tidak pernah dia mengeluh . setiap kemahuan akan dituruti , tidak kira lambat atau cepat , pasti akan diturutinya . kita tidak pernah nampak semua itu sebab yang kita tahu , ayah hanya sibuk dengan projeknya , kerjayanya , tapi , saat kita sakit , ayah lupakan semuanya , ayah sanggup ambil cuti , tangguhkan mesyuarat pentingnya untuk bawa kita ke klinik . saat kita pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah , ayahlah yang meneman kita , ayahlah yang memerhatikan kita di luar tingkap , ayahlah yang menunggu kita di luar sekolah menunggu kita pulang .

ayah tidak pernah mengeluh , ayah tetap tersenyum , ayah memberikan kucupan . jarang kita mendengar ayah cakap "ayah sayangkan anak anak ayah" tetapi jauh di sudut hati ayah , kitalah yang terpenting untuk dirinya berbanding nyawanya . kitalah yang menceriakan setiap hari harinya , kitalah yang menjadi penguat dirinya untuk meneruskan kehidupan . tanpa kita sedar , ayahlah yang menjadikan kita boleh tersenyum sehingga ke saat ini , menjadi hero di belakang kita , menyokong setiap gerak geri kita .

TETAPI ,

janganlah kita lupa akan jasa ayah kelak , sebab , dia tidak mengharapkan balasan , yang dia mahu , perhatian daripada anaknya menjelang tua sebelum dia melelapkan mata , menghembuskan nafasnya yang terakhir , pergi jauh dari dunia ini . mengharapkan anaknya yang mengusung jenazahnya ke tanah perkuburan , menjadi imam untuk menyembahyangkan jenazahnya , menyedekahkan Al-Fatihah untuk dirinya . jarang kita melihat ayah menangis jika dilukai tetapi ingatlah , ayah tidak pernah menunjukkan kesedihannya . senyuman seorang ayah bermakna buat kita kerana , ayah juga adalah penguat kepada ibu juga . love youu , dad .


NOTE : hargailah ayah selagi ia masih mampu tersenyum untuk kita


Wednesday, October 19, 2011

disebalik mimpi

ASSALAMUALAIKUM

pada mulanya , aku fikir ini mimpi biasa sebab selalu bila tidur aku jarang bermimpi . then mulanya aku nak ceritakan semalam tapi aku biarkan dulu sampailah aku terfikir , kali ni dah masuk 3 kali aku bermimpi macam aneh . aku pun tak tahu kenapa and apa rahsia disebalik mimpi tu . mungkin ada mesej dan mungkin hanya mainan tidur macam orang selalu cakap . tapi mimpi ni buat aku berpeluh bila aku bangun dari tidur , buat aku rasa seakan akan aku berada di situ . melihat orang sana sini tapi aku , hanya melihat sahaja tanpa dapat menolong mereka . kenapa ? apa yang aku mimpikan . ya , aku mimpikan aku berada di tempat 3 bencana alam yang besar . mulanya aku rasa mungkin ini mainan tidur tapi kenapa aku mimpi berada di tempat bencana alam 3 kali ? so , aku akan ceritakan apa yang aku nampak and berlaku dalam mimpi aku .


TSUNAMI


PERTAMA , aku mimpi yang aku berada di mana tempat tsunami . aku berada di tempat kejadian tetapi tsunami tidak melanda pada aku . aku lihat sekeliling semua orang bertempiaran lari sebab tsunami yang besar datang mengejar semua yang ada di persisiran pantai . aku hanya dapat melihat mereka tetapi aku tiada untuk menolong mereka . aku lihat mereka ditelan satu persatu oleh ombak tersebut . tak kira di mana mereka berada . aku jadi terpinga pinga , aku mahu lari juga tetapi ombak itu tidak kena pada aku . aku lihat mereka tersadai sana sini . ombak yang besar cukup buat aku takut dan gerun . bila aku tersedar dari tidur , aku berpeluh , aku haus . aku mengucap . aku tak tahu apa mesej yang ingin disampaikan melalui kejadian tersebut . aku terdiam memandang sekeliling .


PUSAT GRAVITI BUMI


KEDUA , aku bermimpi yang manusia semua disedut masuk ke dalam pusaran graviti bumi . ceritanya , sewaktu aku sedang bermain di pantai , aku lihat air berpusar di tengah tengah . aku lihat semua orang berlumba lumba berlari ke darat . ada yang berjaya ada yang tidak sebab pusaran itu menarik mereka , menyedut mereka ke dalamnya . tiba tiba aku rasa badan aku melayang , melayang betul betul di atas pusaran tersebut , aku lihat lubang pusaran yang dalam , aku lihat manusia yang disedut jatuh satu persatu ke dalamnya , aku jadi kasihan . aku mahu menolong tapi tidak boleh . aku hanya memandang mereka . semua mereka disedut dan jatuh dalam pusaran . aku jadi bingung dari mana pusaran itu muncul . pusaran yang sangat besar sehingga boleh memuatkan jutaan orang sekali masuk ke dalamnya . pusaran yang mengerikan . semakin lama pandangan aku kabur dan aku terjaga dari mimpi . aku berpeluh juga . aku basuh muka . aku mengucap . aku bingung kenapa aku mempunyai dua mimpi yang seakan sama iaitu bencana alam yang besar .


RIBUT SALJI


KETIGA , mimpi aku berada di tempat kejadian bencana teruk iaitu ribut salji . saat aku menaiki kereta , aku lihat sekeliling aku bangunan yang indah , tiba tiba aku lihat pada belah kiri aku , bangunan semuanya diselaputi oleh salji , tiada seorang pun manusia yang berada di bumi , aku lihat jalan yang aku lalui semuanya ditutupi oleh salji , tiada lagi bangunan dan manusia di sekeliling aku , aku hanya melihat ribut salji di serata tempat , badan aku terasa sangat sejuk sehinggakan berasa di sum sum tulang aku . timbunan salji yang besar ditambah dengan ribut salji yang kuat menakutkan aku , aku takut , sejuk , letih dan tiba tiba pandangan aku kabur melihat sekeliling yang hanya penuh dengan salji yang dahsyat dan aku tersedar daripada mimpi . aku letih ditambah dengan sejuk dan berpeluh . 


bila aku fikirkan tentang mimpi tadi , aku jadi hairan , aku terfikir yang sudah tiga kali aku bermimpi yang aku berada di 3 tempat kejadian bencana alam yang dahsyat . aku bingung apakah mesej disebalik mimpi itu . mungkin ia menjadi pengajaran kepada aku untuk sentiasa beringat yang jangan terlalu leka dengan dunia . mungkin juga mengigatkan aku yang sudah alpa . mungkin juga untuk aku kongsikan kepada semua . ia menjadikan pengajaran kepada aku supaya sentiasa beringat yang malang tidak kita duga , ajal berada di mana mana tidak menunggu kita dan mengingatkan kita supaya bersedia . dosa yang kecil mungkin akan menjadi dosa yang besar jika kita mengulanginya . hanya Allah yang Maha Besar tahu apa yang Dia lakukan . kita sebagai hamba sentiasalah beringat untuk kesenangan kita di hari muka , InsyaAllah .


NOTE : sentiasalah beringat , ajal tidak menunggu kita .


Monday, October 17, 2011

perangai pelik

ASSALAMUALAIKUM

perangai pelik memang ada kat setiap diri semua orang . semua manusia , semua makhluk . jangan cakap takda orang yang tiada perangai pelik , termasuklah aku . walaupun tak pelik , aku tetap anggap dia pelik . mostly aku terdapat banyak perangai pelik . nak tahu ? wettt wettt . jom jom kita stalker diri aku bukan zahir tapi batin . apa ni ? okayy , lupakan .

P E L I K ?


gambar aku sendiri kat atas ni dah malu blushing nak cerita tentang diri aku yang pelik . kejap nak ambil mister potato nak makan jap sambil blogging ni kan .

5 Minit Kemudian....

done ! jom kita cerita sekarang , tekan bawah jika nak baca , tekan pangkah di atas jika benci nak baca . lebih baik bacalah :

FIRST , aku suka gigit bibir bila time bosan . nak nak bila time exam , kalau nervous , aku suka gigit bibir , tak sakit pun gigit bila time nervous . cubalah . then bila time bosan menunggu pun aku suka gigit bibir . selalu kena marah dengan mama sebab mama cakap daripada kecik aku suka buat habit pelik . eh eh , tanpa aku sedar .

SECOND , aku suka shave misai atau janggut setiap hari even benda tu tumbuh sikit je . setiap hari mesti menghadap cermin shave . roommate kadang kadang pelik sebab setiap hari shave . dia suruh simpan . tapi aku tak suka . muka nampak lebih tua 3 tahun . boleh tak mcm tu ?

THIRD , waktu tidur aku sejak kecil mesti lewat , kadang kadang sampai lima enam pagi baru nak tidur , kalau tak busy ke , busy ke , sama je . aku pun pelik , aku ingat aku kena insomnia tapi sebenarnya takda . ish , putaran tidur yang tak sihat . adik adik jangan ikut contoh buruk ni . nanti jantung cepat tua .

FOURTH , aku suka tenung orang lama lama . walaupun korang rasa tak pelik , tapi kawan kawan semua pelik sebab bila orang tu dah perasan aku tenung dia pun aku buat tak tahu je , sampailah orang tu blah dari tempat dia duduk pergi balik . agak agak dia malu ke ?

FIFTH , aku jarang reply message orang bila dah balik rumah . mcm orang selalu cakap , bila aku dah balik rumah terus tak dengar khabar berita . sebabnya aku malas nak reply , kerja aku melepak tengok cartoon and online , mana tak nya .


okayy , bagi aku semua kat atas ni pelik untuk diri aku , tapi kalau korang rasa tak pelik , jadikan pelik . then maybe ada yang lagi pelik daripada aku . kan kan kan . nak nak adik aku , ada lagi banyak perangai pelik dia , nak tahu tanya dia sendiri , dah , pergi sana .


NOTE : ada tak manusia yang tak pelik ?


Sunday, October 16, 2011

pesan ibu

ASSALAMUALAIKUM

seperti keselaluannya , meng-hupdate blog memang kena sebab memang ada je benda yang kita nak taip kan dalam ni bagi semua orang baca . kenapa kena baca ? sebab dah terpapar and dah terbuka kan so kenalah baca even mata dah tak boleh nak bukak sekalipun , paksa guna pencungkil gigi . eh eh eh , kenapa dengan tajuk entry kali ini . ishhh , nak tahu jugak kenapa ? mai mai kita tekan ke bawah untuk tahu apa yang aku cuba maksudkan .

PESAN IBU ?

dari dulu hingga sekarang ibu selalu beri pesan kat kita . even kita dah banyak kali dengar pun kita tetap juga akan diingatkan . macam aku , setiap masa selalu ibu akan pesan kat aku . Ibu Norry tak pernah bosan bagi nasihat kat aku and adik adik and abang aku , pesan setiap kali bila ke mana mana nak pergi atau kat rumah sekalipun . and masih terngiang ngiang lagi kat telinga ni pesanan tu . and bila nak buat something , mesti akan teringat perkara ni dulu sebelum buat sesuatu .



PERTAMA , jangan leka bila belajar , kalau leka nanti tak dapat apa yang diajar , fokus bila ada kat kelas and banyakkan buat latihan .

KEDUA , jangan asyik fikir nak bercinta , umur tu baru belasan lagi , panjang lagi perjalanan , fikir dulu kerjaya , jadi orang berjaya dan jodoh akan tiba .

KETIGA , jangan nakal nakal , jaga nama baik keluarga , jangan malukan keluarga .

KEEMPAT , belajar rajin rajin , mirul sendiri yang tentukan masa depan , nanti bila jadi orang senang , mirul sendiri yang senang , ibu cuma nasihat .

KELIMA , hormat orang tua walau kat mana mana sebab kalau kita tak hormat orang tua , melambangkan sikap kita yang sebenar .

KEENAM , kemas bilik jaga kekemasan diri , kalau selekeh melambangkan identiti kita , kalau kemas , disiplinlah sikap kita .

KETUJUH , jangan tipu ibu ayah , hidup tak berkat , kalau betul kata betul , kalau salah kata salah .

KELAPAN , jangan salah pilih kawan , kalau salah pilih , pilih kawan yang baik jangan pilih yang nakal , jika nakal kawan kita , kita juga akan terjebak jika sikap nakal mereka .

KESEMBILAN , jangan lupa solat , baca yaasin , berdoa sebab tanpa tu , susah nak berjaya .

KESEPULUH , hormat ibu dan ayah , kelak syurga akan menunggu .


tapi , tak pernah ibu meminta kami menjaga mereka , mengirimkan duit kepada mereka jika sudah berjaya . ibu selalu cakap "kalau ada , adalah , kalau takda , takdalah , yang ibu nak tengok , korang berjaya" . memang setiap ibu dan bapa tak harapkan semua itu untuk mereka , yang penting , anak yang dikandungnya menjadi orang yang berjaya kelak untuk kesenangan hidup anak anak mereka . and Ibu Norry , jangan risaulah , hero kat rumah ni banyak boleh jaga ibu dan ayah . nak nak ada anak gadis ibu sorang kan yang ibu selalu dok pot pet kuchi kuchi dengan dia kan , even ibu tak nak pun susahkan kami bila dah tua . kami nak juga jugak , boleh ? kan kan . takkk , ini bukan setakat cakap je tapi betul . siryes . dah lama kan jaga kami dari besar tapak tangan and sekarang dah besar lebih tinggi dari ibu , tinggi kan ? jeles lettu . ehe . ni nak taip ni baca le

SAYA SAYANG IBU DAN AYAH SAYA !

boleh kan ? balas lah balas lah . so , nak mekdi ye lepas ni . hahaha


NOTE : walaupun kau masih muda , aku tetap akan melindungi ibu dan ayah .


Thursday, October 13, 2011

hobby

ASSALAMUALAIKUM

eh eh eh eh eh , eh kenapa dengan aku ni ? heh , hari ni aku tak buat apa pun kat rumah , siryes memang cuti inilah yang aku nantikan bila di kampus but then bila dah cuti lama , takde benda nak buat , memang haritu semangat nak cari part time tapi bila dah seminggu ada kat rumah rasa malas pulak , nak nak bila nak kena merayap cari kerja , ada tak kerja yang tak lama tapi boleh dapat gaji beribu ? okay tak nak jawapan sebab nanti mcm mcm jawapan keluar . semalam pergi cari jugak tapi malas dah nak cerita , kalau nak dengar cerita , silalah ke blog membe aku yang tersayang yang cari kerja dengan aku semalam .


okayy , removekan kisah cari kerja tu dalam kepala hotak korang , cucikan dengan dettol 3 kali seminit supaya ia bersih , sekarang , kita cerita tentang hobi pulak . hobi ? okayy perkataan ni buat aku ketawa kejap sambil hingus meleleh sebab mcm zaman sekolah sekolah dahulu kan ? hobi apa ? mengumpul setem , ahha , kalau ada hobi tu sekarang , mesti gigih org tu cari setem , tapi mesti setiap satu manusia kat muka bumi ni ada hobi , tak kiralah berak ke , korek hidung ke , makan sambil menyiarap ke apa ke tapi yang penting dia hobi kita .

H O B I ?

hobi aku takdelah pelik sangat sebab aku tahu ramai orang yang ada hobi jugak . mcm mcm jugaklah hobi yang aku ada , mungkin aku suka tengok tapi aku tak suka gunakan , aku suka kumpul benda benda yang aku nak tunjuk kat bawah ni kejap lagi , aku memang jaga benda ni sampaikan kalau salah satu ni rosak sikit dah boleh buat aku bad mood dah . yelah , benda yang kita sendiri minat and sendiri beli kan , mana tak sayang .

PERTAMA , aku suka kumpul manga , bukan majalah mangga yang tunjuk segala mangga tu , tapi anime . selalunya aku lebih gemar pilih karya yang malaysian than japan . sebab jalan cerita dia best . dua karya yang selalu aku baca , Zint and Ben . memang best and addict kalau sekali dah beli karya dia . cerita memang tak pernah bosan . siryes waa cakap beb , cubalah . aku sanggup beli even masa tu dah tak tahan nak berak cair , singgah jap . okayy , tak senonoh . haha , dia ada 2 types , kalau yang berwarna tu , satu RM7.50 and kalau tak berwarna satu RM6.50

manga ini terbaik antara yang terbaik !

under 18 , aku perefer korang baca yg ni dulu before lain , the best !


KEDUA , minat aku kat cartoon ni sejak aku tingkatan tiga hinggalah sekarang , 19 tahun . best , tapi selalunya budak lelaki jelah yang minat anime ni , aku sanggup online tengok cerita ini via internet , memang best . and kadang kadang aku suruh adik aku pow papa mintak duit beli buku ni , bangsa membaca , bangsa berjaya , haha , alasan bukan main lagi . korang tahu kan cerita naruto ? daripada dia kecik aku tengok sampai dia mah masuk shippuden dah , okayy tak payah tahu . then ada dua jenis buku yang aku beli , kalau yang biasa RM4.80 je , then kalau nak siap dengan vcd sekali RM6.90 . tak kira di mana mana mesti aku akan cari , thumbs up !

inilah hasilnya , ada yang dah bersepah tak jumpa =='

antara 4 yang aku berulang kali suka baca !


KETIGA , majalah remaja , sebabnya dulu adik aku suka baca majalah ni , selalu suruh aku beli at last bila aku bukak , yang bestnya bila dia bagitahu tentang info info kat dunia , kalau tak silap kat muka surat depan , lepastu ada cerpen and ada kisah lawak . kalau aku beli , aku baca tiga tu je then bagi adik aku baca isi kandungan yang lain . kadang kadang benda tu dah setahun beli baru aku selak tu pun kalau takda kerja , boleh beli kat mana mana dengan harga RM5.00 .

tak banyak sangat pun aku beli


KEEMPAT , buku novel ni , memang terbaik sebab masa aku nak pergi cari cari buku kat kedai buku , aku tengok cover dia cantik . mcm orang kata jangan nilai buku melalui luaran kan , so aku bukaklah , cerita dia memang interesting . aku beli masa tu dalam RM72.90 , but sekarang ada offer kot , mungkinlah . jalan cerita dia memang best , lima bintang aku bagi .

tajuk dengar pun dah best kan


KELIMA , jam , shades , bangle memang menjadi kegemaran aku . memang aku suka pakai semua tu and bila takda salah satu mcm rasa kosong terutamanya jam . jam mendorong aku menepati masa , oh yeke , haha . then shades pulak memang aku suka kumpul and akan pakai tapi jarang aku pakai bila ambil gambar . and and and aku tak boleh blah bila tengok orang pakai shade on the night , malam ada matahari pulak kan nak silau silau , ohh lupa lampu jalan tu buat mata silau tapi siryes bila aku tengok orang pakai konon stylo la waktu malam , annoyying sangat , haha , kenapalah perlu pakai . and barang yang paling sayang mestilah laptop kan , segalanya apa yang aku ada aku simpan dalam dia , haha , boleh rindu woo kalau aku tinggalkan kat rumah , hehe . tapi , kadang kadang aku tak bersihkan pun dia sampai aku sendiri selesema bila aku bukak dia .



inilah hobi aku , suka kumpul kumpul bahan bahan mcm ni . memang best sebab bila bosan boleh baca . tapi aku tak suka kalau dah baca tak letak balik , nanti aku yang kena susun , and nak nak kalau page dia terkoyak ke , plastik dia takda , lagilah menyirap sebab aku sendiri yang punya pun aku baca hati hati . hehe , inilah kisah hobi aku and kalau ada yang update blog pasal hobi jugak , bagi link kat aku di comment , nanti aku pergi melawat satu persatu , and kepada pakcik semalam kat giant , bahagia he buat orang mcm tu , kami tak nak pun datang situ , and kepada adah , haha , semalam memang kelakar , sangat dan sangat . and kepada aku , jangan malas nak buat kerja , rajinkan diri .


NOTE : hidup penuh dengan tawa dan duka , ye tak ?


Wednesday, October 12, 2011

aiskrim dan coklat

ASSALAMUALAIKUM

selamat pagi malaysia , hari ini kita cerita tentang entry yang menggiurkan , eh eh , salah , meliurkan means kita akan terliur bila baca entry ni . haisshh , kenapa terliur ? tengok tajuk pun dah tahu kan . cerita tentang si aiskrim dan si coklat , lama dah tak makan kedua si pemilik nama itu . especially aiskrim . actually if aku diberi pilihan antara aiskrim atau coklat , aku more to choose aiskrim than coklat , kenapa ? aku tahu ramai manusia kat dunia ni separuh gila nak kejar bila nampak coklat tapi kenapa aku tak suka coklat berbanding aiskrim ? alasan dia mudah and simple je , mcm A B C , bukan air batu campur .

A I S K R I M ?


PERTAMA , dia boleh buat aku happy kalau aku sedih , kalau tak percaya bila korang sedih pergi makan aiskrim , nanti ketawa tak henti . betul .

KEDUA , dia sejuk and bila tengah panas , dia boleh sejukkan badan , nak nak bila makan bila kita dah marah orang , rasa bahagia je .

KETIGA , dia ada banyak perisa tak mcm coklat , ada banyak juga tapi tak banyak mcm aiskrim .

KEEMPAT , kalau ada seringgit pun boleh beli aiskrim yang best best tak mcm coklat , ada seringgit dapat beli kertas pembalut dia je .

KELIMA , dia ada pelbagai corak , so bila nak pujuk kanak-kanak nangis , tunjuk askrim dia dah terpegun , betul !

KEENAM , batang aiskrim tu boleh simpan and boleh buat pembaris kalau pembaris kena curi dengan kawan sebelah .

KETUJUH , nampak sweet bila makan bersama .


dan kenapa tak suka coklat ?


C O K L A T ?


PERTAMA , bila makan coklat mesti rasa haus so bersusah payah nak kena beli air nanti , itu pun kalau ada air . kalau takda tahan jelah .

KEDUA , dia tak banyak perisa and kalau ada yang sedap sedap pun susah nak dapat terutamanya kat kedai kedai kecil .

KETIGA , manis jangan cakaplah , takut nak makan banyak banyak .

KEEMPAT , warna semua tak menarik and lidah boleh coklat kalau makan banyak banyak .

KELIMA , boleh panaskan badan and janganlah makan kalau time tengah panas , nanti mood bertukar .

KEENAM , dah terlalu ramai yang suka and terlalu ramai yang dah jadikan ia hadiah , tak best tak best .

KETUJUH , semut cepat datang tak mcm aiskrim , kalau aiskrim semut datang semut mati sebab sejuk .


so , inilah alasan kenapa aku prefer aiskrim daripada coklat , tapi , kedua dua benda dia atas saling memerlukan antara satu sama lain , kadang kadang ada aiskrim coklat , ada juga coklat yang dalamnya aiskrim kan , so mereka saling memerlukan , kalau dia aiskrim , coklatlah pembalutnya , kalau dia bunga , coklatlah tangkainya , haishhhh ! apa merepek ni . so kepada semua , makanlah aiskrim dan coklat !


NOTE : dua dua tak boleh makan selalu , bahaya !


Tuesday, October 11, 2011

habit dan diri , susah dipisahkan

ASSALAMUALAIKUM

anyonyonyonyo , tajuk entry dah mcm hape kan ? agak buruklah nama dia . ehe , but then , dah memang itu je tajuk yang sesuai nak buat mcm mana . habit ? semua orang ada habit kan ? H A B I T . bukan habitat ke hibiscus ke tapi habit and apabila dicari di sekalian bumi apa maknanya habit ni , maksudnya tabiat . kalau tabiat pun tak tahu , terjun bangunan sambil kepala ke bawah , takdelah menyeksakan diri . tapi siap sedia masuk neraka . haaaa , takut ? okayy , jangan buat .

H A B I T ?

setiap orang ada habit termasuklah aku , habit aku takdalah tak senonoh apa bagai kan , but then habit aku suka tunjuk gigi bila ambil gambar , semua gambar ada gigi , bukan aku cabut gigi then ambil gambar gigi tu tapi suka tunjuk gigi mcm ni haa :


mama selalu marah , dia kata aku senyum tak ikhlas bila aku tunjuk gigi , mama , gigi orang putihlah sebab tu kena tunjuk . dah sehabis ikhlas dah senyum ni , tengok tengok kan hensom je ni . tapi kalau korang tengok kebanyakan gambar aku semua tunjuk gigi , haha . pernah ada orang cakap kat aku :

ORANG : memang suka ambil gambar tunjuk gigi he ?
AKU : kenapa ?
ORANG : tak saya tanya je .
AKU : kenapa tanya ?
ORANG : !@#$%^&*()

hmm ada rasa mcm nak pukul aku tak dengan jawapan aku tu , dan mama juga marah dengan tabiat aku yang suka soalan dijawab dengan soalan . aiyooo , mama mama mama , nak tengok anak mama ni yang suka tunjuk gigi bila ambil gambar , tak nak tengok pun org tetap nak tunjuk , silakan mama dan sekalian tekan ke bawah :







pernah jugak terfikir sekarang baru 19 boleh tunjuk gigi apa bagai kan but then nanti dah 91 tahun mcm mana ? senyum nampak gusi je , nak gigit peha ayam pun ayam tu ketawa geli even dah mati ayam tu . tapi pernah gak nak buang habit merepek ni tapi tak boleh . kepada semua , nak pesan ni , habit dengan diri , memang tak boleh nak dipisahkan !

nak-2 bila habit aku yang satu ni yang sempat aku upload kat twitter aku , haha , kalau internet laju , bukaklah : 



NOTE : haih , habit memang sukar dipisahkan kan readers ?


Sunday, October 9, 2011

resepi rahsia

ASSALAMUALAIKUM

semua semua semua , takut dah nak jadi adik ipar ? haha , nanti aku cerita syarat nak jadi kakak ipar pulak okayy ? *maaf abang . then barulah boleh cakap syarat nak jadi isteri pulak , wahh , weet weetttt ! before aku terlupa sebab fikiran ini asyik melayang nak tidur kan , tak faham dengan mata ni , asyik nak lelap je , hehe , aku nak ucapkan terima kasih kepada follower yang dah menjejak 102 . tak ramai pun , tak kisahlah kan , tak terjangkau pun nak jejak 100000 . sokongan anda saya amat hargai and nah ambik baki gula pasir haritu sorang satu .

RESEPI RAHSIA ?

kenapa tajuk agak mcm nak bagitahu apa resepi masakan kuah masak lepak cili padi + ikan masin kan ? tapi sebenarnya perkataan ini dah digoogle translatekan menjadi bahasa melayu , bahasa kebangsaan kita , *saya bangga jadi anak malaysia ! , daripada SECRET RECIPE dah jadi RESEPI RAHSIA . hmm , samalah jugak kan . semalam , pergi keluar dengan geng-2 seangkatan masa sekolah pergi makan-2 sebab dah janji nak celebrate birthday membe rapat di sekolah . yang entry lepas aku letak NUR JULIANA BINTI ABDULLAH SANI (klik untuk view) . 




actually nak tengok wayang sebenarnya tapi sebab dah pilih nak pergi main bowling and makan , then pergi jerit-2 nyanyi , cancel tengok wayang . then punyalah fikir nak pergi makan kat mana sebab banyak tempat yang berlegar-2 dalam fikiran ni , sana nak makan , sini nak makan , then akhirnya decide pergi SECRET RECIPE je sebab dah dekat je dengan tempat kami , lagipun nak cari cake pun senang .


kenapa pilih RESIPI RAHSIA ?

PERTAMA , cake dia aku suka makan especially chocolate indulge yang bila makan memang rasa mcm dunia ini penuh dengan coklat

KEDUA , tempat dia agak privacy daripada tempat lain and boleh aku ambil gambar banyak-2 dengan pelbagai gaya yang menjengkelkan

KETIGA , semua dh setuju nak makan kat sini sebab semua dah malas nak pergi cari tempat lain yang mengenyangkan perut semata-2 nak makan je







then bila dah makan , meneruskan aktiviti yang lain :






MENYANYI

MEMBELI BELAH

JONKER WALK

then terpaksa balik disebabkan hujan yang lebat time kat jonker walk even niat selepas nak pergi jonker walk tu nak pergi TUTTI FRUTTI yang memang dah lama diidamkan sejak kat perak lagi (*____*) . dapatlah capai jugak apa barang yang nak beli kat sana (jonker) , hehe , mana mana pergi mesti nak capai apa yang patut . guys , semalam best sangat + gila tapi letih jangan cakaplah , balik aku terus tidur sampai pagi ni , to ADAH and JUE (klik untuk link FB) , haha , kelakar kan semalam dengan datuk kau lah ape bagai ditambah dengan datin longlai lah kann , then , jangan lupa bila keluar , bangle yang kita beli semalam yang susah nak cari tu and chewing gum 7E yang keras sampai sakit mulut nak kunyah , safety protection , haha , korang gila !

NOTE : waktu remaja hanya sekali , pilihlah yang terbaik !


Friday, October 7, 2011

7 syarat

ASSALAMUALAIKUM

after that passed entry , rehat sekejap sebab tak mcm dulu rajin hadap blog tapi sekarang , lebih banyak tidur and lepak daripada write entry . lagipun ada yang tanya kenapa tak update blog and datang idea nak blog selepas 'adah Chintasygs (Nursa'adah Nekmat) tanya kenapa tak update blog , special reader (klik untuk ke link FB beliau) . okayy , kenapa entry 7 syarat . sebab bukan nak tiru puteri gunung ledang pun , tak berniat punn , tapi ambil sikit lah idea beliau . ni apa yang tujuh syarat ni ?

dah tengok kat bawah ni kalau teringin nauuu nak tahu :



7 SYARAT NAK MEMINANG ADIK AKU

PERTAMA , pastikan kehidupan korang dah lengkap , ada kerja , ada rumah , ada sedikit simpanan , cukuplah , aku tak nak demand lebih sebab nanti bila dah kahwin korang senang takda terkontang kanting .

KEDUA , bila masa couple jangan menggatal nak keluar ke apa , bila time menikah baru boleh tengok muka , kalau keluar , bukan kau pergi date dengan dia tapi dengan aku .

KETIGA , kalau bagi hadiah , jangan mengada nak bagi hadiah baju seksi ke apa ke , kalau bagi jugak , nanti bila datang rumah aku kau nampak kucing kat rumah sebelah yang pakai baju tu .

KEEMPAT , bila nak mesej dia , mesej kat nombor aku , then aku akan cakapkan kat dia apa yang kau nak sampaikan , then aku akan balas apa yang dia nak cakap .

KELIMA , tiada nak guna perkataan mama papa ke bila bercouple sebab aku sendiri pun nak muntah dengar perkataan tu , panggil nama je cukup faham ?

KEENAM , kalau langkah bendul tu , aku nak kau bagi aku dan abang atas aku jaminan keselamatan yang kau akan jaga dia , tak pukul dia , tak duakan dia , tak marah dia and akan sayang dia .

KETUJUH , laksanakan syarat kat atas dan kau akan bersama dengan dia .


takut nak jadi adik ipar aku ?




NOTE : adik , kau jelah adik perempuan aku sorang so ada sebab abang buat mcm ni , mithali tak ?


Tuesday, October 4, 2011

immature on theirself

ASSALAMUALAIKUM

kembali ke tempat asal adalah kepuasan dalam diri kita sendiri . haha , okayy sebenarnya nak cakap yang aku dah sampai kat rumah , tidur kat atas katil dan bilik tercinta . kepada siapa yang masih tinggal di kampus , selamat meneruskan perjuangan . bila dah balik lagilah banyak masa aku nak blogging . and terima kasih kepada follower and yang view the blog , terima kasih and nah beratur ambil gula ni sorang sebijik . gula pasir je . tak boleh makan gula banyak . kurangkan gula dalam kehidupan .

IMMATURE ON THEIRSELF ?




kenapa entry kali ni pulak aku buat ? sebab banyak dah sekarang aku tengok orang yang tak matang . aku takdalah nak cakap aku ni matang sangat tapi banyak yang masih bersikap kebudak-2kan even umur pun dah boleh beranak 2 dah . someone yang tak boleh nak melihat kebahagiaan orang lain . ntahlah , dah mcm-2 spesies aku dapati sekarang and hasil kajian ternyata berkesan . memang semua orang akan cemburu bila melihat org bahagia tapi sepatutnya kita sama-2 bahagia dengan dia bukan membuatkan dia tidak bahagia .

guys , ini bukan zaman kita tadika lagi , open our eyes and take some advice from somewhere . ada benda yang kita boleh bersikap immature but ada benda juga yang kita tak bolehlah nak immature sangat . dan bila kita faham akan seseorang , itu yang lebih akan membuatkan seseorang itu senang , bukan mencemburui apa ke itu ke ini ke . so , senyum je bila lihat orang happy bukan rampas happy org tu .


NOTE : hidup tak semestinya selalu bahagia