APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, December 6, 2015

Trip to Singapore : Trick Eye Museum

ASSALAMUALAIKUM

Lepas agak lama aku sengaja diamkan diri lepas last update aku pasal Korea tu. So harini aku ada benda baru yang aku nak cerita kat korang. Come on cuti sekolah kan, kalau korang tak mereput kat rumah pun, korang mesti akan tidur sampai ke tengah hari, bangun mandi solat and makan, then sambung tidur. Sampailah bengkak kepala asyik buat rutin sama. Apa cerita harini?


Singapore, November 20, 2015

Harini memang awal awal pagi buta lagi aku dah sampai dekat Singapore sebab aku memang request untuk ambil flight pagi pagi, around 6 pagi Malaysia macam tu (oh man, timezone Malaysia dengan Singapore sama je, go jump from the everest) sebabnya aku dengan Keba takut tak cukup masa dekat Singapore. Tak over kan? So sampai dekat Singapore baru pukul 7 pagi. Belum sempat punggung nak panas dalam flight, dah kena keluar. Belum sempat Cik Stewardess nak bertanya nama penuh aku. Eh?

After dah ambil luggage apa semua, benda first yang we guys fikir, nak beli sim card dengan mana nak cari train card. Since kat sini pun train dia everywhere macam dekat Korea, so senanglah sikit nak gerak mana mana. Paling penting sekali, beli sim card untuk internet. Bukan sebab riak nau nak live update (tapi macam ada je?) tapi sebab senang nak guna waze and google tempat kat sana. Sebelum ni ada juga yang tanya aku macam mana kitaorang cari tempat bila travel apa semua tu. 

Tips! Google je. Contohnya, "How to go to Trick Eye Museum Singapore". Mesti jumpa.


Sebab nak kejar masa, masa sampai pandang je katil and lompat lompat. Tak sempat tidur pun


Ok macam dah jauh daripada tajuk asal, so aktiviti aku harini? First mestilah paling excited nak pergi Trick Eye Museum ni. Siapa yang belum ada apa apa plan untuk cuti sekolah ni? Or yang memang tengah cari attractions dekat Singapore? Go to Trick Eye Museum please. I bet you will have so much fun there, trust me.

Sebelum ni aku memang ada nampak benda ni dekat Korea tapi sebabkan tak sempat and nak kejar semua benda, so akhirnya dapat juga masuk Trick Eye Museum tapi bezanya dekat Singapore. To be honest, aku excited gila. Tak kisah dah Keba tertinggal dekat belakang dok sibuk snap view sana sini.


Dah hujan hujan ni memang makin mengantuk biji mata


Untuk korang yang baru first time nak pergi Trick Eye Museum ni, jangan risau. Korang boleh access kat sana dengan macam macam cara. Macam aku, aku guna monorail je from Vivo City. Ada juga yang boleh ke sana guna cable car tapi aku tak sure cara dia macam mana. If korang daripada mana mana station, korang boleh stop dekat Harbourfront Station then pergi Vivo City tu. Around 5 - 10 minutes berjalan.

Beli tiket monorail then settle boleh sampai dah kat Trick Eye Museum Sentosa, Singapore tu. Kena rajin sikitlah tanya orang sebabnya nanti silap silap boleh sesat masuk USS sebab dia memang sebelah sebelah je. Nak cari sendiri boleh tapi kena gigih sebab takut berputar kat tempat sama je.


5 minutes later....

TADAAAAAA!


Mohon baca jangan buat buat malas pula!


Antara benda paling best dekat sini, kau boleh sentuh apa je art kau nak dalam tu


Untuk korang yang tak tahu, cuba teka nama Trick Eye from Trick Eye Museum tu daripada mana? Cuba teka cuba teka? Ok menyampah kan nak teka teka. So nama tu datangnya daripada trick of the eye yang mana kau sendiri pun tahu everything dalam trick eye museum tu akan trick mata korang. Ha masa tu baru terbuntang mata kau, daripada ke ceiling sampai ke lantai dia punya art yang korang boleh ambil gambar yang menggunakan ilusi. Excited tak? Siapa tak excited dia minta kena bantai dengan aku.



Ok jom kita tengok apa yang menarik kat dalam ni. Bagi aku semua benda menarik. For your information, dekat dalam Trick Eye Museum ni memang ada banyak section, so every section ni kau memang wajib masuk and ambil gambar. Kalau tak ambil balik nanti kau akan menyesal. Tak nak caye sudah. Aku tengok macam macam cara dah orang pose. Ada yang telentang, meniarap, terkinja kinja, termasuklah aku yang ikut sekali kuak lentang dekat dalam tu. Masa ni dah tak ada kira malu ke, kira orang mengata ke apa ke sebab semua jenis macam tu juga dalam tu, sama sama gigih posing.


Omg kasi teaser sikit sebelum masuk, bergetar rusuk ni


Bukan main gembira muka aku kan tolong orang tersumbat dalam manhole


Part paling favourite aku dalam ni part aku nak kena makan dengan ular tu dengan part sky diving. Serious cakap aku bergigihan untuk posing and dalam gallery aku rasanya ada 300 gambar kot untuk dekat ular tu je. Belum masuk dekat sky diving lagi. Rasa real tau menggeletar punggung nak selamatkan diri daripada ular. Takot takot takotnyaaaaa! Ok tak lawak. Ni section kedua aku masuk, section pertama gambar kat bawah ni yang kepala aku terkeluar seketul daripada bawah meja tu and part dekat dancing star. Ada siapa siapa macam berangan nak jadi trainee SM Ent, so kau boleh duduk sana lama lama and menarilah kau sampai SM Ent terima kau jadi trainee.


Dekat sini kau boleh tengok diri kau sendiri menari. Macam mana tu? Kenalah datang!


Ni pun antara favourite area aku dalam Trick Eye Museum Singapore ni


Soalan, cuba teka meja tu macam mana? Cuba teka cuba teka?


Yang bestnya lagi dekat sini, every single space ke corner ke memang ada je art and benda untuk korang ambil gambar. Even kau rasa macam dah penat nak ambil gambar dah, kau akan gigihkan diri juga untuk ambil gambar. Masa aku pergi ni memang tengah cuti sekolah. So memang banyak ada lawatan sekolah ke sini. Plus korang pun tengah cuti juga kan sekarang? Apa kata jom pergi?


Rela kan gajah tu angkat aku pakai belalai dia! Muka macam nak termuntah gajah tu.


Paling gigih panjat tiang bumbung rumah nak selamatkan diri. Sebaldi peluh aku tahu tak.


Power kan? Sky diving tak guna apa apa. Aku rasa manusia paling power adalah aku.


Disebabkan mata aku terlalu melilau and excited, sampai aku lupa dah section berapa aku masuk dah. Tell you, 1 2 jam memang tak cukup duduk sini, paling kurang pun 3 jam sebabnya aku rasa aku dengan Keba duduk dalam ni nak dekat 3 jam setengah. Terbaring berlari menari memanjat semua dah buat dah dalam ni. Tinggal tunggu orang nak halau je keluar sebab asyik muka aku dengan Keba je pose ulang ulang dekat tempat sama. Tapi yang bestnya bila part orang posing, then kau pun sama duduk sebelah kawan or family dia, snap sekali gambar dia. Makin rancak diorang posing and to be honest that's cool!


Calon suami awak semua, ok tak?




Mungkin ada juga masa datang mungkin rasa macam awkward kan? Or area mana korang nak pergi dulu korang tak tahu kan? Benda kecik je, masuk masuk je korang akan boleh terus jumpa dengan staffs Trick Eye Museum yang memang always available untuk korang tanya semua benda. Kalau masih cuak and takut lagi (jenis macam ni patut dibantai je sebab takut), korang boleh minta one staff untuk assist korang. They will help you, of course! Trust me. Alah kalau jalan sendiri pun tak akan ada sesat pun lah. Paling paling pun tersumbat bawah perut gajah dalam tu.


Do Min Joon oppa. Aku ambil gambar dekat kerusi ni serious banyak kali tak tipu. Kasi nampak
effect natural


Paling win yang pakai skirt pink tu. Paling cun and paling anggun. Insecure aku tengok dia.


Semua orang memang tengah tunggu turn nak ambil gambar and fikir posing apa pulak nak buat



Tengok abang ni rilek je masuk laut pakai macam ni. Kena tibai dengan ikan paus kat belakang tu tahulah


Banyak kali juga aku perhatikan makcik baju merah tu patung ke real, rupanya real


Aku ingat aku sorang je yang power, makcik ni pun power merangkak je
panjat dinding. Tanjat kita.


Overall, aku memang puas hati gila masuk dalam Trick Eye Museum Singapore ni. Memang macam macam tempat yang aku boleh ambil gambar plus semua art dia memang menarik. Masa nilah nak rasa power and rasa kena practice semua skill acah model kau dekat sini. Kalau memang ada plan nak pergi Singapore, korang memang listkan Trick Eye Museum ni tempat wajib untuk korang singgah. 

Oh ya, ada tak yang nak menang ticket flight ke Singapore and ticket untuk masuk ke Trick Eye Museum? Gila kan kalau tak nak? Senang je cara dia! Yang penting korang kena follow instagram aku dulu. 




GIVEAWAY!

Cara untuk dapatkan giveaway Trick Eye Museum Singapore senang je. Korang just follow je step Aizat bagi kat bawah. 

1 lucky winner akan dipilih untuk dapat a pair of flight tickets + admission tickets! Ok yang ni aku paling excited nak korang menang.

Another 5 winners akan dapat a pair of admission tickets to Trick Eye Museum Singapore. 


Cara cara nak menang;

1. Repost gambar Aizat dekat Trick Eye Museum dekat Instagram korang. Ikutlah banyak mana korang rasa nak repost. 

2. Jangan lupa letak hashtag #FlyMe2TrickEyeSG and tag @TrickEyeMuseumSG Instagram account in the post. Ini wajib. 

3. After the post is sucessfully reshared on your Instagram, jangan lupa pula share dekat korang punya Twitter. 

4. Ouh ya, jangan lupa follow @TrickEyeMuseumSG Instagram account for updates on the results. Lambat, babai. 

5. Paling penting, set your Instagram and Twitter account to public so we can view your post.

Senang kan? Go go. Sementara Aizat ada nak upload any gambar baru ke, korang boleh start dah repost gambar Aizat sebelum ni dekat Trick Eye Museum Singapore tu. 

@TrickEyeMuseum @trickeyemuseumsg #TrickEyeSG

Goodluck!



Wednesday, November 4, 2015

Demi RMHC – I’m For The Kids

ASSALAMUALAIKUM

Aku pasti and bet dalam zaman yang serba moden and canggih ni, mustahil kalau korang tak tahu pasal Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) yang dah lama established since February 1990. Gila kalau kau cakap tak lama kan? So apa orang kata, sambil sambil kita makan tu, sambil tu kita boleh menderma untuk orang lain juga sebab RMHC ni memang satu organization yang membantu kanak kanak yang kurang kemampuan dari segi Health, Education and Welfare. Tak percaya? Korang boleh Google sekarang kasi buka besar sikit bijik mata tu.

So aku pasti dekat sini mesti ramai yang suka charity work kan? Yelah kadang kadang kita tak dapat nak curi masa sangat untuk kita join sepanjang masa semua charity program. Ada class, ada exam, ada test, nak beli make up, nak pam tayar kereta, nak berjogging bagai kan. So, ni yang kena start salin ni (please ambil buku nota sebab ini penting), sebabnya ni topic yang aku nak highlight dekat update aku harini. 


GOOD NEWS!

Mulai daripada 7 November 2015 ni, korang boleh join campaign "Show Your Stripes" oleh McDonald’s Malaysia bagi mengumpul dana buat RMHC untuk kita sama sama bantu kanak-kanak yang memerlukan. Macam mana? Tak susah! For me sangat senang. Tak ada nak kena berlari ke nak kena lompat pagar ke apa ke. From date yang aku bagi tadi tu, korang boleh purchase stripes socks (red and white) dekat any McDonald's branch (nationwide) untuk create awareness agar kita sama sama dapat bantu orang lain. Even kalau kita rasa macam tak banyak, tapi benda tulah yang sangat berharga di mata orang lain.


I GOT MY OWN SOCKS! Yuhuuuuu!


Please purchase more! Makin banyak beli, makin banyak boleh tolong kanak-kanak yang memerlukan.


From this program or senang cerita campaign lah kan, dia akan raise awareness untuk 4 pillars of RMHC’s programs: 

Ronald McDonald House (RMH) 
Ronald McDonald Scholarship 
Ronald McDonald Sensory Room 
Ronald McDonald Gift of Smile 


So from 4 pillars ni of course lah semuanya untuk membantu kanak kanak yang memang memerlukan and untuk kita jadi community yang prihatin akan keadaan orang lain yang kurang bernasib baik daripada kita. Dengan cara ini, kita spread the word and reach out to those who are in need of help. Mungkin hari ni bukan kita yang susah, tapi esok, siapa yang tahu kan macam mana? I know everyone so far has been so very supportive, kind with their words and their donations. Mari kita support campaign ni dan teruskan usaha murni to help those who are in need. 

Oh ya, korang boleh singgah website dia orang, untuk tahu lebih lanjut lagi pasal RMHC ni, please. Just click je link dekat bawah and korang akan terus direct ke laman web RMHC.



Setiap purchase korang yg RM 10 (GST included) untuk beli striped socks tu, akan disumbangkan kepada 4 program utama yang aku dah listkan macam dekat atas tu, then untuk korang support campaign ni, korang bolehlah mula pakai untuk tunjukkan yang korang juga sama sama prihatin terhadap golongan kanak-kanak yang memerlukan. Tak semestinya kena ada duit yang banyak je baru boleh tolong orang, ini adalah salah satu alternatif mudah untuk korang sama sama membantu orang lain. Sometimes, as we carelessly throw away food, or take extra long showers, they are struggling to find something to eat. Rethink about your struggles. They have to pretend like their life is normal while their life in sorrow. 

But you? 

Oh ya, selain daripada tu, yang paling aku tak sabar nak cakap dekat korang ni, pasal korang boleh juga sama sama join untuk jadi volunteer ye untuk program ni, cara dia senang dan tersangatlah mudah, aku siapkan link dekat bawah ni, korang tinggal nak click je. Tak perlu buat apa apa, click je baca baca baca then daftar jadi volunteer. Best! Especially untuk yang siapa siapa yang memang tengah cari untuk jadi volunteer program program charity macam ni kan. Those wishing to help may do so in the following ways:




Senang kan? Tak lupa, mungkin ada yang tertanya tanya boleh ke kalau nak menderma? Macam mana cara dia? Jangan risau, aku ada link juga untuk korang menderma. Sama macam dekat atas, korang just click je link dekat bawah yang aku dah sediakan. Jangan malas tau!




So sambil sambil korang makan McDonald's tu nanti, sama sama boleh purchase striped socks ni banyak banyak mulai 7 November yang juga merupakan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa. Bila dah beli satu rasa macam nak beli lagi sebabnya sambil menderma, sambil tu dapat stoking comel. Belilah banyak banyak then share dengan family. 

So apa yang korang tunggu lagi? Jom sama sama purchase striped socks ni sebelum menyesal sebab tak purchase awal awal, stoking ni limited sahaja tau. Sambil sambil tu boleh sama sama membantu RMHC untuk raise funds bantu kanak-kanak yang memerlukan. Even a small contribution will make a huge difference in someone's life. Don't forget to support this campaign by use this hashtag #DemiRMHC


Better late than never, right?




Remember, not only you helping them live their lives, but you also giving them hope. What are you waiting for? #DemiRMHC


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM : @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd


Sunday, November 1, 2015

Trip to South Korea : Seoul Last Day

ASSALAMUALAIKUM

Rasa macam boleh berbahagia je kan sebab dah last update aku ke Korea? (sebab takyah nak pening fikir nak taip apa dah everyday). Even rasa sedih tu belum hilang lagi (melampau dah nak dekat 3 bulan balik tak reti nak move on) sebab kalau boleh dapat duduk sebulan dua dekat Korea pun best. Sampai dah rasa rindu nak makan lempeng or sambal belacan, baru balik Malaysia. Tu kalau sebulan aku duduk sana, entah bila aku punya update trip nak siap, entah entah tahun ni pergi, 2 tahun akan datang baru update siap. Menyampah je kan? So last update ni aku nak selit unsur unsur derita bercampur sedih, sebab nak balik kan, awal awal dah siap sediakan tisu 6 7 kotak mana tahu kot kot nak nangis ke kan. So, apa ada kat last day trip aku? 


Seoul, August 4, 2015

Harini memang tak dapat nak tidur. Bukan sebab mengada tak nak tidur sebab nak balik dah, tapi sebab record video #5FriendsInSeoul je nak dekat pukul 4 pagi, then aku sambung packing baju apa semua lagi, tengok dekat luar dah cerah sebab dah pukul 5 pagi, Macam biasalah sini pukul 5 pagi dia kau boleh dah nak berkelah ke, main mak mak ke, takpun bercucuk tanam sebab memang terang sangat sangat. So sebabkan flight pukul 4 macam tu and dalam pukul 1 nak get ready pergi airport, so we guys decide untuk pergi Big Hit Entertainment awal pagi macam ni. Even pekerja dia pun tengah siapkan sarapan anak anak, apa aku kisah, dapat sampai depan bangunan pun dah rasa cukup ok dah. Buat kata fans fans BTS:

"OMG SUGA PERNAH LALU SINI! OMG TAEHYUNG PERNAH MAKAN KIMBAP SAMBIL LALU SINI! OMG JUNGKOOK PERNAH JATUH BASIKAL DEKAT JALAN YANG AKU JALAN NI"

Kan? Macam aku tak tahu perangai masing masing.


Aku duduk dekat tingkap bilik daripada waktu camni sampai....... (sambung bawah)


Sampai ke terang camni ko tahu sebab takut terlajak tidur.


Paling cabaran sekali, bila nak kena mandi pagi dekat sini. Sebab aku rasa aku dah buka maximum dekat heater tu pun dia masih ada rasa sejuk, apa lagi memang pagi pagi dah terkinja (actually kan aku berus gigi dengan cuci muka je sebab kan masa tu macam pukul 5, aku mandi malam tadi pukul 2 camtu. dimaafkan kan?). So aku decide nak pergi Big Hit dulu then balik baru mandi siap siap apa semua, alang alang nak balik sekali kan. Macam tu memang kena sembur perfume setengah botol. Nak pergi Big Hit daripada guesthouse kitaorang ni memang tak jauh pun, sebab we guys stay dekat Apgujeong so macam bonus lah bagi kitaorang sebab hari hari boleh pergi duduk depan tu tunggu BTS keluar (tapi tak pernah buat pun benda ni). 

So, pagi buta ni yang gigih nak pergi just aku dengan Meen je sebab Keba not so into korean idol sangat so dia pilih untuk tidur daripada gigih hadap kitaorang pergi Big Hit tu. Then Dini pula after solat subuh aku tengok dia dah terbaring macam anak tiri atas sejadah, so aku rasa dimaafkan kot and biarkan dia tidur. Kesian pula nak heret sekali, Didi pula memang not into BTS so dia memang akan tidur. So Meen dengan aku je yang bersemangat and tak sabar nak menghadap bangunan BTS even dia hanyalah seketul bangunan. Owner guesthouse ni pun kalau tahu we guys merayau pepagi buta ni semata mata nak pergi Big Hit, kena tampar dengan kerusi agaknya sebab memang awal pagi, tapi dah cerah gila.


Siap gigih kan nak berkemeja bagai? Kan? Cakaplah ye, alah tu pun susah ke.


Mesti ada yang tanya kan, macam mana nak pergi Big Hit tu? To be honest aku guna waze je and ikut je mana waze tu bawa aku. Kalau korang stay kat tempat lain kan, korang just ambil train then berhenti dekat Apgujeong Station (LINE 3) and Exit 3. Then korang boleh waze Big Hit Entertainment. Aku rasa daripada train station tu dalam 2km or 3km something. Apa? Jauh? Kat sini dah sampai takyah fikir jauh, redah je semua tempat, bukan everyday boleh datang. Kalau daripada guesthouse aku dalam 1km je macam tu so aku takdelah rasa perit sangat nak berjalan. Nak pergi SM Ent and lain lain company tu actually lagi jauh kau kena berjalan daripada nak gi Big Hit ni. So siapa malas batalkan je niat kau sebelum kau merungut jauh. Aku ketuk kepala kau nanti.


Daripada sini dah boleh bau perfume perfume BTS ni acane ni


Nak pergi sini dia macam agak struggle sikit sebab kau akan masuk celah celah bangunan mana entah. Tahu tahu je dah sampai. Masa sampai tu serious aku nervous tanpa sebab hahahaha. Aku sendiri rasa aku bangang sebab nervous padahal bukan ada siapa siapa pun masa tu. Plus BTS ada dekat Chile. Hampa tu memanglah hampa sebab memang kau boleh nampak meja, corridor and pintu yang diorang selalu duduk melepak dekat bawah bangunan. Aku bet kalau diorang ada, sah sah aku pun join melepak sekali even kena duduk dekat lantai sekalipun. So lepas segala hard work and penat lelah, tadaaa! Nampak papan tanda Big Hit pun dah excited macam apa. Malu je ahjumma pandang padahal dia agaknya BTS lalu sebelah pun dia malas dah nak pandang. 


First thing first kena ambil gambar ni dulu. Mana tahu tetibe papan tanda ni tumbang ke kan tak dapat dah 
nak ambil gambar. 


Ni entrance Big Hit Ent. Not the whole building tu Big Hit punya, only level 2 and 4, lain semua 
pekerja syarikat lain. 


Can you imagine pekerja dalam bangunan ni boleh tengok BTS everyday keluar masuk lalu lalang? Entah entah dah tak rasa apa dah sebab dah selalu sangat tengok kan? So balik daripada Korea aku start dah nak cari kerja dekat dalam bangunan tu. Buat buat macam tak kenal BTS, buat  buat cool. Kalau buat buat kenal karang susah sebab nanti kena halau pula daripada bangunan dok terjerit jerit berfanboy sana sini. Mahu kena hempuk dengan meja dekat depan bangunan tu.


Tadaaaa selfie dekat sini wajib memandangkan kalau nak letak tripod, mahu tertonggeng sebab jalan dia berbukit.


Masa sampai sini pun rasa nervous even takda siapa siapa pun kat sini. Kau bayangkan we guys sampai pukul 630 pagi. Siapa je dah masuk kerja kan even terang benderang dia bukan main. Rasa macam nak masuk je sebab entrance dia tak berkunci pun. Mana tahu jenguk dalam tu tiba tiba diorang tengah sarapan ke kan. But tak masuk pun sebab tak nak lah jadi header dalam Metro, warga Malaysia kena tangkap sebab ceroboh company dekat Korea. So we guys just berlegar legar je area luar bangunan. Asal ada bunyi kereta je lalu, bertempiaran rasa nak lari sebabnya mana tahu tiba tiba BTS balik ke. Mahu tak terkejut nyawa. 

Plus kawasan bangunan ni memang jauh daripada jalan besar and macam area bangunan pejabat and perumahan. So, memang tak ramai orang lalu lalang. Kau nak ambil gambar sambil terbaring dekat jalan raya depan bangunan sampai 2 jam pun tak apa, takde kereta yang akan gelek kau punya, aku gerenti. So if BTS memang ada dekat Korea, korang bolehlah tunggu sebabnya memang ni jelah laluan utama diorang. Tak ada punya laluan bawah tanah ke, laluan udara ke. 


Nampak tak meja BTS selalu melepak dekat belakang tu? Fangirl luar sana sila menjerit.


Ni acah trainee je ni even muka sama gila dengan Do Min Joon. Menyampah kan?


Masa aku ambil gambar dekat cermin ni, entah entah ada orang kat dalam tengah perhatikan aku sambil 
ketawa tertonggeng. Sangat zaman 1997 ambil gambar kat cermin.


We guys melepak dekat sana pun tak lama. Dalam 1 jam macam tu je sebab tak tahu nak buat apa. Sebab rasanya setiap angle dekat situ dah ambil gambar. Nak tunggu BTS balik from Chile pun memang mereput lah cerita dia kan. If korang ada masa, korang boleh juga singgah Jellyfish Entertainment sebab dia dekat area sini juga, cuma aku memang nak kejar masa nak balik so memang tak dapat nak menyinggah sana. Next time jelah tu pun kalau ada rezeki nak sampai sini lagi (sangat desperate berharap rezeki tu akan ada).


Ko nampak dinding belakang aku tu? Haaaa situlah dinding favourite BTS pergi OOTD.


After dah puas ambil gambar, aku dengan Meen decide nak balik sebab nak rest sekejap daripada malam tadi tak rest. Mahu terhuyung hayang seret bag nak pergi airport nanti. Yang lain tengah sedap tidur kat guesthouse, aku aku pagi pagi buta berjalan. So breakfast we guys just beli air dekat 7E and breakfast dekat guesthouse sebabnya kedai pagi pagi buta pun tak buka. Aku rasa aku dengan Meen je manusia yang lalu lalang berlegar dekat jalan raya sebab semua masih mood susah nak bangun pagi and tengah mandi tunggu turn nak siap siap pergi kerja.


Masa ni dah mula rasa tak nak balik dah ni. Nak duduk lagi lama lama kat sini. 


Yang dia ni tak puas puas tidur and tak sabar nak balik. 


So sebelum balik, ambil gambar dengan owner guesthouse. Kitaorang balik tu ambil cab from sini nak ke airport sebabnya if nak naik train memang kau akan boleh tertinggal flight sebab nak kena tukar tukar train dengan barang kau yang banyak macam orang pindah randah kena halau daripada negara ni. So better ambil cab and total untuk cab from Apgujeong around 90,000KRW. So sorang dalam 30,000KRW je macam tu and cab dia besar. Since Didi and Dini balik lambat, we guys jelah yang pergi airport. Kalau makin ramai makin murahlah korang bayar cab. 


Thank you Naz! Jumpa lagi inshaAllah kalau ada rezeki. Thank you bagi makan tembikai Korea! hehehe


Masa sebelum sampai airport, semua benda aku record, yang penting Meen sempat pergi bungkus nasi goreng kimchi dengan kimbap ahjumma. Lepaskan craving sebelum balik sebabnya nanti dah balik mesti rindu mak cik tu punya kimbap. Daripada ke lampu jalan tong sampah semua aku record. Balik tu pula aku lalu Han River, memang mulalah aku ni nak berangan macam dalam drama then kekonon hero dia ni merajuk nak pergi pindah luar negara then nanti makwe dia datang dekat airport tahan. Bangang kan? Padahal pakwe yang kena tahan makwe kalau ikut drama ni.


Kat airport ni dia akan berhentikan korang bebetul dekat tempat idol selalu turun. So korang yang nak bajet idol, 
bolehlah start membajet okay?


Tadaaa nilah tempatnya tapi sorang idol pun aku tak nampak, aku nampak aku je (Jackson baru balik dari law 
of jungle masa ni tapi aku takda kat airport masa tu, nangis)


Tips, kalau korang nak fikir pasal berapa KG luggage nak ambil kan, better korang fikir dulu banyak tak barang nak shopping. Sebabnya if korang ambil banyak terus, membazir. Macam bag kitaorang, memang rasa berat gila and kalau campak dekat kau pun, harini dah meninggal, tapi bila timbang, baru 23kg, so dah membazir duit. Baik ambil 25kg punya luggage je and upgrade seat korang. Memang banyak gila terbazir kat sini. Kau tengok gambar bawah ni pun rasa banyak, tapi actually banyak membazir sebab beli luggage 30kg. 


Masing masing bag tak nak kalah dia punya berat. 


We guys sampai kat sana pun dah nak dekat pukul 2 macam tu and flight pukul 4. So masa nak check imegresen sana tu, memang risau gila makanan kena buang sebabnya kan ada bungkus kimbap then makanan mana boleh masuk dalam boarding area. Tapi, dia tak tahan and suruh buang pun. Macam macam alasan dah fikir apa nak buat kalau dia suruh buang. Dekat situ juga aku makan agaknya. Bantaikan aje, tapi nasib baik dia tak tahan, so selamat boleh makan dengan tenang sambil berlari.


Muka bahagia dapat selamakan kimbap favourite.


Dia ni tak dapat makan sambal, makan nasi goreng kimchi pun jadi.


Benda ni yang aku rindu sampai sekarang seh. Siapa ada dekat Korea sekarang? Nak kirim? Suga? Taehyung?


Tengah tengah makan, tiba tiba flight masuk. Spoil betul terus mood sedih datang and tak lalu nak makan. 


Selfie sebelum balik. At least ada gambar dekat sini sebelum balik. Nak juga tu tak habis habis bergambar.


Goodbye South Korea, till we meet again! 


Dan, alhamdulillah dalam pukul 9 malam macam tu, we guys pun selamat dah sampai dekat Malaysia. Tiba tiba teringat, tengah hari tadi baru je dekat Korea, sekarang malam dah ada dekat Malaysia. Thank you Syahiran sebab ambil kitaorang even dalam penat penat lelah berbeatbox sempat juga ada masa ambil kitaorang. Masa sampai ni semua diam and tak rasa nak makan. Mungkin semua masih dalam mood hiba so semua rasa baik diam daripada masing masing meraung nak balik Korea balik.


Sampai, seret bag pun lemau je.


Tu pakai topi tu paling happy. Then after dah 2 bulan balik, dia boleh cakap, sebenarnya kita boleh je balik 
sama dengan Didi and Dini sebab class aku takda sangat. Tak ke hotak tu? Aku benci Keba. 


So sampai di sini jelah cerita travel aku! Yes dah berjaya aku habiskan sampai last day even ambil masa nak dekat 3 bulan. Kau ingat senang nak buat idea, nak ingat balik semua benda. Struggle aku macam buat thesis master. So korang yang memang betul betul nak pergi tu, plan lah elok elok sebab ada tempat yang aku tak pergi pun sebab aku banyak merayap dekat idols punya company je. Ada banyak lagi tempat best yang korang boleh pergi. Have fun! Jangan cepat rasa penat, cepat rasa bosan and banyak buang masa. Rasa nak pergi, pergi je. Bukan selalu kan? 

And ada juga yang tanya aku orang Korea ni jenis macam mana semua. Aku ada terbaca juga ada orang ni kata dia memang peminat setia Korean drama lah apa kejadah benda semua kan. But dia kata orang Korea jenis yang kasar and takda basic langsung in English. Okay macam ni, if you really korean drama fan ke or korean idol fan, korang akan tahu diorang memang tak tahu langsung English sebab benda tu memang kira macam bukan bahasa utama sangat dekat sana. Nak cakap pun kadang kadang tak tahu. Ada kadang kadang sampai lari nak elak kau. Dalam drama pun dah boleh nampak and tahu kan? So, if you memang layan drama and etc, tak kan benda ni pun tak tahu? Is is real fan? hehehe. Macam you lah, orang uganda datang cakap dengan you, so you akan balas balik bahasa uganda juga ke? 

About adab pula, for me tak ada masalah sebab yelah macam biasa, if you respect orang kan, so orang pun akan respect you. Tak ada sebab dia nak tiba tiba kasar. Plus dekat Korea or mana mana negara macam Jepun ke, semua benda diorang beratkan masa (kita je yang suka jalan terhegeh hegeh), so kalau korang tengok dekat train station, even train dia ada setiap minit, diorang still juga akan berkejar kejar untuk dapatkan train tu. Dah kau lambat, kenalah goodbye. Senang cerita, if you nak travel dekat negara orang, you kena adapt budaya dia, bukan complain. Okay? Settle. Kalau semua benda nak ikut apa kita rasa je, duduk rumah travel dalam rumah sendiri. For me overall aku takda masalah and tak ada terima apa apa masalah pun. Even bawa luggage naik tangga pun ada orang tiba tiba tolong. Tu budaya diorang, kita sendiri pun ada budaya kita. So, respect.

Oh ya, ada another video juga from #5FriendsInSeoul sebelum aku tamatkan cerita journey aku dekat Korea. Click link bawah je so akan direct bawa korang ke video tu.



Also, siapa yang tak faham faham masih tanya pasal budget and etc, please tengok video kat bawah ni. Penat nak menjawab soalan korang yang sama ulang ulang.



Till we meet again, Seoul (meraung).


NOTE : so next destination we guys? rahsia jeng jeng! 


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM: @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd