APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, January 29, 2012

HURT

ASSALAMUALAIKUM

kembali di kaca laptop untuk meneruskan kerja aku menulis entry blog after dah beberapa hari hadap kaca laptop untuk assignment . yapp assignment memang tak akan stop if kita dalam alam menyambungkan pelajaran , ada je yang tension tapi tak adalah sampai tahap gila . okay then kali ni kenapa tajuk hurt ? sebab aku dapat satu idea kira macam luahan hati , bukan luahan hati aku pun tapi luahan yang aku reka sendiri yang agak sweet juga lah , manatahu kalau tak sweet tu kau lempang je aku guna kaki . but then kisah ini ada jalan cerita sendiri and aku nak kau selami sendiri apa yang aku cuba sampaikan ini and bayangkan kau ada di tempat dia .


"kembali ke semester baru dengan azam baru , yess ini yang aku harap aku nak jadi pelajar cemerlang sebab aku dah janji nak jadi harapan keluarga . then bila semester baru ada so mestilah ada junior junior baru yang akan datang kan , so bila dah ada junior ni adalah kesempatan aku nak cuci mata . okay bagus , semester ni lebih banyak peluang aku nak pergi tengok junior junior sebab kelas aku selalu bertembung dengan kelas diorang . one day , tengah aku duduk , aku terpaku , terpaku lihat seorang gadis , manis senyumannya , halus kulitnya , sopan gayanya and aku , seriously aku terus terpaku dan hati aku kata , pergi dapatkan dia . aku mula mencari dia sebab aku percaya dengan gerak hati aku , aku yakin itulah yang perlu aku kejar selama ini . tambahan pula memang aku perlukan seseorang dalam hidup aku . aku tidak pandai untuk hidup sendirian tanpa seseorang sebab sebelum ni sudah empat tahun aku hidup bersama dia tapi dia telah pergi atas urusan peribadi dan aku yakin dengan cinta baru yang aku baru temui ini . aku akan kejar , dan serious aku akan kejar . tapi makin lama aku kejar dia semakin jauh and aku ambil keputusan untuk stop kan dari berharap benda yang tak pasti . 

aku teruskan dengan life aku as campus student , bagi aku perasaan tu hanya datang sementara . until one day , dia yang aku kejar akhirnya menjadi kawan aku . persahabatan antara kami tak lama dan kami mula declaire yang kami akan together . dan aku tahu kalau betullah ini jodoh , betullah kata hati aku . setiap hari yang kami lalui gembira sentiasa . until one day , aku tersentak kerana mempunyai sebab tersendiri . aku dah semakin berubah walaupun sayang aku masih dalam untuk dia . aku tahu setiap hari dia kecewa dengan aku tapi aku lebih rela aku yang terluka banyak daripada dia . hingga suatu hari kami mengambil keputusan untuk berpisah . walaupun aku tahu ini bukan yang terbaik untuk kami tapi aku harap itu yang terbaik buat dia , dia tidak patut bersama dengan orang yang tidak memberi dia kebahagiaan , dia gadis yang tidak patut dikecewakan , dia gadis yang tidak patut dilukai , dan dia gadis yang tidak patut untuk mengalirkan airmata . walaupun aku dengan dia dah lama berpisah , tapi setiap hari aku fikirkan dia , setiap hari aku rindukan dia dan setiap hari aku akan tidur tanpa ucapan rindu daripada dia , tapi , ada luahan yang aku nak berikan pada dia :

"awak , setiap hari saya rindukan awak , saya tahu saya banyak buat salah kat awak . banyak saya lukakan hati awak . saya tahu saya tak patut buat awak macam tu , saya buat sebab saya nak awak bencikan saya , saya nak awak pergi dari hidup saya . saya tak nak awak ada masalah sebab saya , saya tak nak awak menjadi mangsa kebencian saya , saya tak nak awak mengalirkan air mata sebab saya dan saya tak nak awak terluka sebab saya . bohong kalau saya katakan senang saya nak buang awak dari hidup saya tapi itu yang perlu saya lakukan . saya terpaksa ego , saya terpaksa bongkak supaya awak membenci saya , supaya awak pergi dari hidup saya sebab kenyataan itu lebih menyakitkan awak . saya tidak mampu menjadi yang terbaik untuk awak tapi saya hanya menjadi warna yang muncul dalam hidup awak supaya jalan hidup awak lebih indah . memang pertemuan tu ada tapi jodoh yang tiada . saya terpaksa tipu diri saya , saya terpaksa tipu perasaan saya , awak pergilah dari hidup saya , pergilah jauh jauh dan jangan menoleh lagi pada kisah cinta kita . mungkin ini yang pertama tapi bukan yang terakhir untuk awak . cabaran dan dugaan ada tapi saya tidak lagi akan bersama dengan awak dalam hidup awak . pergilah jauh awak sehingga saya tak akan dapat lihat lagi memori kita bersama , memori indah yang hanya tinggal kenangan yang tidak akan kembali . saya yakin cinta yag sejati akan mencari awak suatu hari nanti yang akan membawa awak bersama dia untuk selamanya . walaupun hati saya sedih , hati saya terluka melihat awak bersama dengan orang lain , tapi saya masih boleh tersenyum sebab awak akan mengecapi bahagia . mendapat lebih kebahagiaan lebih daripada saya bagi kat awak . dalam ego saya , ada kelembutan hati saya , dalam tabah saya ada sedih juga dan dalam cool saya ada terluka dalam hati saya . saya hanya nak awak bahagia je bersama dengan hidup awak yang baru nanti tanpa saya dan saya harap one day , awak akan tahu kebenaran dia , bukan dari saya tapi awak akan tahu sendiri nanti , jangan kerana saya airmata awak mengalir sebab airmata awak tidak patut dijatuhkan sebab saya , jangan kerana saya hati awak terluka sebab hati awak yang lebut itu tidak patut dikasarkan dan jangan kerana saya awak rindukan saya sebab rindu awak bukan untuk saya , dan pergilah awak mencari hidup awak yang baru tanpa saya "

macam inilah kisah yang aku imagine sebab macam aku cakap aku kan suka buat buat cerita jiwang karat zaman tok kaduk ni kan . so inilah hasilnya . kalau macam dulu , get the idea aku terus je buat cerpen tapi kali ni dengan busy segala memang harapan aku akan buat cerpen . mood nak menulis pun tak ada . so kepada anda anda and anda yang rasa nak masuk dalam imaginasi kat atastu and baca dengan hati bukan dengan mulut , selami dan rasa maksud yang mendalam tu . pengorbanan sebuah cinta and aku harap yang masih ada si dia tu , hargailah dia sementara dia masih ada di samping kita , with love , AIZAT ABD .


NOTE : manusia yang tidak pandai menghargai cinta