APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, November 21, 2012

waktu free free aku


ASSALAMUALAIKUM

pejam celik pejam celik hamekau dah sampai hari rabu yang penuh dengan onak dan liku halangan berduri ni . masa aku rasa memang berlalu dengan pantas sampaikan kau lari marathon dua tiga orang pun tak mampu kau nak kejar masa ni . sesilap lepasni kau pejam tak celik celik dah . macam aku , aku ada hobi baru sekarang , makan sampai tertidur . istimewa kan aku ? lepasni kalau badan dah jadi lori kontena bawak gajah takyah nak bebising cakap dah boncet ye tak . so entry today aku bagitahu awal awal memang membosankan . kau tengok tajuk je kau dah rasa macam nak campak je lappy ni kat muka adik kau sampai patah tulang hidung dia , dengan bahasa melayu yang aku campurkan dengan bahasa inggeris , jabatan pelajaran kalau baca tajuk entry ni memang dia gegelak lepastu cakap "muka je handsome tapi bengap" . okay sila hiris muka aku bagi calar sekarang , tinggalkan tulang pipi je bagi muka aku hodoh . padehal memang dah hodoh takyah nak cakap ah kan .

kebiasaannya kalau dah cecuti ni aku punya waktu tidur lepas subuh lepastu bangun sampai orang nak pergi masjid sembahyang zohor baru aku hegeh hegeh capai towel nak gi mandi tu pun kalau aku tersedar nak bangun . berjoget syaiton durjana dok bergayut kat mata aku soh tidur lagi tidur lagi nak nak kalau takda orang kacau aku tidur , tapi selalunya pukul 9 Ibu Norry dah melontarkan vokalnya dalam bilik aku . lepas bangun wajib untuk aku bukak freezer lepastu kumbah kumbah carik makanan . macam nak tercabut pintu freezer tu bak kata Ibu Norry yang sentiasa rajin ke dapur dengan Shyyra . ada je benda dia nak buat . buat cake lah , buat kuih lah , buat puding lah . nak harapkan aku tolong , sampai keturunan ke tujuh pun belum tentu aku rajin nak buat semua tu . kebetulan harini rajin pulak aku nak pergi jengah apa yang adik aku tengah buat kat dapur sensorang tu kan , so aku pun jengah . muka dia penuh dengan kerut merut sebab fikir bahan apa yang dia nak ambik kot . tak semena mena dia terpandang aku and terus bersuara :

"WEH ABANG , KAU PERGI MANDI , PERGI SIAP SEKARANG , LEPASTU BAWAK AKU PERGI KEDAI CAKE YANG SELALU AKU PERGI TU . NOW !"

entah kenapa aku rasa dia garang nak mati so aku macam orang bodoh ikut je cakap dia , lepastu dalam bilik air aku terfikir pehal aku ikut apa dia cakap , lantaklah , then aku terus buat concert aku sendiri . lagu wajib "we are young" menjerit jerit dalam bathroom sampai tunggu Ibu Norry aku ketuk pintu bilik baru aku akan diam . lepas dah sesiap tu aku pun pergi dapur balik tengok adik aku dah pun siap . then aku pun sumbatkan dia dalam kereta then teruskan perjalanan . kebelakangan ni memang cuaca akan hujan . so takyah nak gegedik berlagak cool tak nak pakai payung , jantan tak jantan asalkan aku takyah nak hadap selesema dengan demam . mencegah tu lebih baik daripada merawat . ecewah . dah sampai je aku pun ikutlah adik aku masuk kedai cake tu . actually tu kedai bahan cake . bukan kedai cake pun . bila masuk je aku jadi macam manusia gayat tak pernah tengok barang . tapi aku rasa kalau korang masuk pun gayat nak mati . dia more to cupcake punya kedai yang serious wa cakap sama lu comel bapak  . lepastu aku pun ikutlah adik aku yang serious nak beli barang tu .

AKU : WEH KAU KENAPA NAK BELI BAHAN NI SEMUA ?
DIA : KAU IKUT AND DIAM JE BOLEH , TAKYAH MEMBEBEL .
AKU : KAU NAK BUAT CUPCAKE KE ?
DIA : TAKLAH BUAT DODOL , LEPASTU SUMBAT DALAM MULUT KAU .
AKU : !@#$%^&*

kwahaja tak adik aku ? kalau kau berada di tempat aku kau akan rasa macam nak cocok lobang hidung dia dengan penyapu besi . takpe takpe , aku bagi dia peluang dulu . kang kalau aku dah sumpah dia jadi barbie malaysia kang baru dia tahu . then lepas dia dah pepilih barang tu , aku pun bayarkanlah , mithali kan aku . tapi kalau aku suruh dia bayar sekalipun dia akan pow aku jugak lepastu buat muka tak tahu . then angkut barang masuk kereta . dalam kereta aku diam je , bukan sebab marah tapi cari peluang nak kenakan dia pulak . aku tunggu je mulut dia terbukak tanya aku apa apa . lama gak aku tunggu sampai aku rasa nak hempok lak muka dia sebab tak reti nak tanya aku apa apa . masa yang aku tunggu pun tiba , tetibe dia tanya aku .

DIA : ABANG , KAU SINGLE LAGI KAN ?
AKU : TAK , LEPASNI NAK KAHWIN .
DIA : ASAL KAU TAK NAK COUPLE EH ?
AKU : SEBAB AKU TAK LAKU
DIA : AKU SERIOUS LAH .....
AKU : OHH KAU TENGAH BERCAKAP DENGAN AKU KE ?
DIA : !@#$%^&*

lepastu masing masing tergelak . aku kalau dengan dia takleh nak serious sangat . nanti dia pergi ambik handphone aku lepastu ugut aku nak tweetjacked bebudak yang aku tak kenal cakap "I LOVE YOU" , nak rampas balik handphone tu memang takleh ah sambil memandu , tak memasal kang aku dengan dia selamat dikebumikan kang . even dah sampai rumah , aku masih ragu ragu kenapa adik aku nak buat cupcake . sebabnya dia ni kalau takda event or apa apa memang ratu pemalas nak buat cupcake jadah tu . lepastu baru je aku nak masuk bilik dia cakap "TOLONG AKU JAP , BUAT CUPCAKE" . aku dengar cambest je nak buat benda tu , sebab selama aku cuti ni hobi aku dok bilik download movie , hadap movie , baca komik berulang ulang . kalau kau nak tanya aku setiap patah ayat dalam komik tu pun aku dah hafal . then aku pun pergi dapur tolong dia . okay baru aku tahu yang tolong menyibuk orang buat cake ni memang best .  dengan gurau gurau kat dapur lepastu kena bebel marah sebab Ibu Norry cakap "DAH TAK SABAR KE NAK MASUK HOSPITAL BERGURAU SENDA DENGAN BENDA PANAS AND BAHAYA KAT DAPUR NI ?" , kau tengok panahan ayat tu menggerunkan tak ? sebab aku suka ambik sudip panas lepastu hulur hulur kat pipi Shyyra . memang patut pun kena bebel . 

lepas dah bertarung nyawa nak siapkan cupcake tu baru aku tahu yang sebenarnya cupcake tu untuk birthday AIMAN . okay serious aku terlupa . mengalahkan perdana menteri somalia aku punya busy sampaikan terlupa adik aku punya birthday . so Aiman kalau nak tolak abang dari tingkat 18 dah boleh tolak sekarang dah rasanya . patutlah Shyyra gigih nak buat benda ni semua lepastu paksa sekali aku buat . lepastu dia dengan Ibu Norry lak pepaksa aku keluar nak pergi beli hadiah . dalam kepala aku dok pikir apalagi ler yang diorang ni sibuk asyik nak beli hadiah je memanjang ni , rupanya nak beli hadiah AIMAN . okay Aiman maafkan abangmu , Aaron Aziz ni sebab terlupa , bukan apa , lama nauuu dah bercuti ni so otak dah beku , kala jengking pun dah mula dah nak buat sarang dalam kepala hotak aku ni . so , next entry akan menjadi entry about birthday Aiman and Ayah Abd sebab birthday diorang dekat dekat je . sebelum terlupa , comel macam aku tak cupcake ni ? *buat muka duckface sambil tunjuk peace kat pipi*




so dok hadap apa lagi , pergi tutup link blog ni sekarang , kalau tak dalam masa 2 minit anda akan ditimpa nasib malang . wakakakakakakaka ! mitos .


NOTE : ada tak cupcake yang besar macam pinggan ? kalau ada tolong post kat aku .