APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, May 7, 2012

tahniah je aku mampu ucapkan

ASSALAMUALAIKUM

kekasih ku di jalanan yang berliku , di saat ku perlukanmu *kena terajang dengan cik kiah sebab suara tak best* . hai hai , awal awal entry aku dah buat korang menyampah dengan diri aku kan , aku sendiri menghadap cermin sambil nyanyi pun menyampah tengok diri aku sendiri . sebenarnya ye aku happy semacam je ni kan sebab aku ada rambut baru *lari menyorok dalam selimut tebal* . takdelah hebat mana si aizat ni punya rambut mengalahkan rambut  En Haris Ombak Rindu kan , boooooooooooo ! haha , okay actually aku buat entry ni pun sebab aku scroll atas bawah TL tengok orang sibuk hangat bercerita tentang UPU , macam bercerita tentang kehangatan Norlia Ghani yang seksi itu . so terbuka minda jiwa dan sanubari di lubuk hati ni nak cerita juga macam mana pengalaman aku masa dapat UPU 13 tahun lepas , kau nampak tak betapa tua aku sekarang ? okay kau jangan mengada nak cakap umur aku dah 31 , actually 1 tahun setengah yang lepas je pun . umur pun baru je 20 , eh baru tahu bukan lama . KEJAP ! kan selalu aku cakap pasal Leesya and Syalee right , ada orang ingat aku dah kahwin and tweet kat aku macam ni :

EH YOU DAH KAHWIN KE , BUT MUKA YOU MASIH NAMPAK MUDA DENGAN DUA ORANG ANAK TU

aku punya tergelak kau tahu macam dah nak meninggal dia punya sakit perut . siap minta bantuan pernafasan tong gas daripada Jaafar Onn dia punya mengah and semput aku ketawa . macam rasa nak suruh orang baling tembikai nam biji tepat kat kepala aku sampai aku stop ketawa tonggeng tonggeng . then bila aku cerita kat Ibu Norry aku , dia cakap camni :

PATUTLAH TAK LAKU , ORANG INGAT DAH DUDA ANAK DUA DAH

ayat Ibu Norry bukan main kan , nanti dia cakap tak laku , aku kahwin sekali 4 nanti jangan dia cakap terlebih laku pulak *lepasni semua takut dah nak usha aku sebab takut dimadukan* . okay cakap pasal anak je dah nak dekat setengah entry , so pasal UPU , jom kita comeback 1 tahun setengah yang lepas ingat semua memori kisah duka selama aku hidup dalam percintaan yang penuh onak duri dan segala macam halangan *kena baling kelapa dengan readers* okay okay aku stop jom scroll kebawah dengan bantuan Rosnah Mat Aris .




1 TAHUN SETENGAH YANG LEPAS.....

aku duduk hadap semua kertas kertas jurusan yang aku minat . aku tak tahu mana pulak aku nak pilih . yang ada dalam kepala aku malas betul nak pergi belajar tapi kalau nak kena wrestling and gusti dengan parents aku berani aku buat keputusan macam tu . aku toleh pandang abang aku tengah sibuk layan Facebook , aku panggil ayah aku , aku hulur apa pilihan yang aku nak buat then aku suruh ayah and abang yang isikan . hidup aku ni manja sikit macam entah apa je aku rasa diri ni macam tak guna , sebab aku yang mengada bukan parents aku yang mengada manjakan . then dengan berkat abang aku , yes aku dapat tawaran temuduga untuk course Building Surveying . memang benda ni apa yang aku minat . tapi yang aku rasa macam nak tembak diri sendiri sebab semua abang aku yang uruskan termasuk semua surat surat yang aku perlukan untuk pergi interview . kau ada rasa macam nak campak orang kat dinding berulang kali tak ? aku pulak boleh pergi enjoy bergembira dengan kawan kawan aku . then sehari sebelum interview aku macam alahai malasnya nak pergi , apa yang aku nak cakap ni , kalau dia ajak berborak pasal Harun Salim Bachik ke , pasal Angelina Jolie ke , pasal Yuna ke , bolehlah aku menyampuk , ni kang kalau dah tanya entah apa membunuh punya soalan mati aku kat situ dengan mulut berbuih . 

then bila aku dah get ready and full prepared , malam tu pulak boleh terbuka jiwa sanubari aku nak check apa yang Building Surveying ni buat , serious sampai tertidur aku depan lappy atas kerusi , pagi aku bangun rasa macam nak hempuk diri sendiri guna lappy sebab aku punya kepala dah mula sakit sebab tidur tak betul . takpe aku gagahkan diri pergi mandi even aku terpaksa merangkak sekalipun . aku tengah mandi ayah dah ketuk ketuk pintu bilik cakap cepat sikit dah lewat , aku tengok jam baru pukul 7 , ahai orang yang interview pun tengah berak sambil baca surat khabar lagi tengok berita orang mati sebab tandas duduk pecah . sampai kat sana , tengok kiri kanan , dalam kepala aku cakap benda ni :

ALAHAI MANUSIA RAMAI RAMAI NI PERGI BALIK JELAH , PERGI TOLAK TAWARAN UPU NI , CEPAT SIKIT AKU INTERVIEW

sampai je kat tempat tu , dah setel ape kemenda pokemon dia nak , aku pun start melangkah macam nak pergi bedah mayat orang , aku toleh kat Ibu Norry and muka dia serious buat aku punya semangat naik terus , sebab muka dia yang penuh dengan harapan seperti aku dapat mengebom makhluk jahat dengan Battleship *pengaruh movie* . masuk je aku macam yakin gila babeng . kira macam kau nak tanya apa je aku jawablah , hujung rambut aku je dia punya senang . and yes Alhamdulillah semua yang dia tanya aku jawab sampai dia dah tak tahu nak cakap apa , tulah siapa suruh tanya aku soalan pasal Yuna , gerenti aku boleh jawab kan . ehh tidak , but yes syukur after interview satu pagi tu , tengah aku drive , nak pergi Car Wash , aku dapat satu text , time tu pulak wa boleh gaduh dengan awek wa , so wa cakap ahh lantaklah kau mesej , malas aku nak baca . sampai kat car wash , aku ambil handphone terus letak dalam poket . kau tahu jelah kalau cuci kereta tu dia punya lama sampai aku sempat nak mengandung and beranak , then boring buka phone and konon macam nak baca lah mesej tadi and reply tambahkan pergaduhan , bila aku open , pertama sekali aku nampak number IC aku , then cecepat aku buka mesej tu tanpa disuruh oleh Lisa Surihani , mana tahu Yuna minta no IC aku sebab nak nikahkan aku dengan dia kan , bila baca , aku terkedu sampai aku tak boleh nak bercakap , aku hanya lompat and cakap yes ! abang abang cuci kereta tu dah pandang aku and cakap kau dah kenapa broo ? terus aku baca kuat kuat text tu tanpa malu , lepastu aku fikir balik macam aku ni tak berguna je and macam nak suruh dia campak aku kat tempat paling jauh

921313-13-3333 TAHNIAH ANDA DITAWARKAN UNTUK PROGRAM E1234 DI UITM , SILA BUKA LAMAN WEB BERKENAAN UNTUK SURAT TAWARAN

konon konon ayat dia macam tulah sebab aku sendiri dah lupa apa yang dia cakap sebab aku dah delete mesej tu , kwaja kan . then aku terus call Ibu Norry and dia punya suka bukan main . aku rasa dia kat rumah menari nari gembira dengan Ayah Abd aku . abang cuci kereta tu pulak menasihati aku dengan jayanya sebab aku selalu cuci kereta kat dia kan . hew hew hew *ketawa trend sekarang* . bila balik aku tengok surat tawaran dah ada atas meja siap print . okay kau tengok sekarang siapa yang lebih excited , parents aku dah siap print outkan benda tu . and sebab aku tengok kegigihan mereka bila aku dapat masuk IPTA , aku pun berazam yang aku akan menjadi yang terbaik di mata mereka . masa sem 3 , ada penyerapan program Diploma ke Ijazah and aku dapat benda tu but aku terpaksa tolak sebab aku belum ready , ayah hormat keputusan aku dengan alasan aku :

I WANT MY TWO OF PICTURES INSIDE THE HOUSE , ONE COME FORM DIPLOMA GRADUATED AND ONE FROM DEGREE GRADUATED

and Ayah Abd and Ibu Norry just tersenyum . gambar time master tu bukan kat rumah mereka dah , sebab maybe kat rumah aku sendiri sebab mana tahu masa tu dah kahwin then nanti boleh tunjuk kat Leesya and Syalee and cakap "inilah gambar papa masa jadi buaya darat tahap raja cipan dulu" . ahai gatal nak mati pulak . sambal belacan je perangai . membe semua cakap kenapa aku tak terus masuk degree sebab singkatkan masa belajar aku but aku cakap aku nak habiskan diploma dulu baru aku akan ke degree , tak semua benda kita nak kena cepat kan , but then sometimes keputusan kecil yang kita buat akan make a biggest impact in our life . now dah nak semester akhir pun dah kat campus tu .

so itulah pengalaman aku masa dapat UPU , nak kata gembira berjoget , menari ballad tu semua kita rasa nak buat time dapat tu . too all 94's batch yang dapat tawaran sambung belajar , a big congratulation yang abang senior ni nak ucapkan kat korang . nanti kalau dah dapat tempat , and tempat tu kat UiTM Perak , Kampus Seri Iskandar , jangan lupa cakap , kalau tak cakap baling dengan kelapa kat muka , it more hurt than tembikai . yang tak dapat , just remember :

DON'T JUDGE YOUR FUTURE BY THE UPU RESULT , SUCCESS IS EVERYWHERE , JUST YOU NEED TO MAKE AN EFFORT TO GET IT

so jangan terus terluka , kalau peluang kali ni tak ada untuk kita , ada peluang yang kita akan dapat nanti , tak ada manusia yang dicipta untuk gagal , tapi sebab mereka tak ada usaha yang buat mereka gagal . kalau usaha , kejayaan tu dalam tangan . Ibu Norry selalu cakap kat aku kalau aku menyesal bila dah terlewat tu , dia mesti akan cakap ayat ni :

TAK GUNA KITA NAK MENYESAL LEPAS KITA DAH BUAT , SEPATUTNYA KITA KENA FIKIR DULU SEBELUM KITA BUAT SESUATU YANG AKAN BUAT KITA MENYESAL

and kata kata Ibu Norry lah yang banyak buat aku survive dalam hidup aku kat campus tu yang penuh dengan percintaan yang penuh onak duri dan segala macam halangan *kena baling kelapa 13 biji sekali lagi dengan readers* , even sometimes aku buat macam tak tahu je apa Ibu Norry cakap , but semua tu masuk dalam telinga and lekat kat otak . be strong , stay cool and keep smile !


NOTE : no matter what has happened to us in past or today , our future is still available