APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, December 29, 2013

jimat

ASSALAMUALAIKUM

dalam minggu minggu exam ni , apa yang guwa perhatikan dalam hidup guwa , guwa tak cepat lapar . boleh cakap kalau daripada pagi guwa study , sampai ke malam tanpa makan pun tak apa sebab selera makan guwa automatic akan turun serta merta tanpa dipaksa . dalam kepala otak guwa fikir wah begini caranya nak berjimat rupanya . tapi apa feedback yang guwa dapat ? bila tengah tengah malam perut guwa dah nyanyi lagu wrecking ball . nak aja guwa ketuk perut guwa dengan bola tapi tak sampai hati pulak . dalam pada aku tengah fefeeling tulis jadual exam kat white board , member aku ajak pergi keluar breakfast . first time aku rasa sepajang aku duduk kat sini aku breakfast . selalu pergi class dah pukul 8 , minum air masak , masuk class pom pang pom pang and class habis pukul 12 . dah pukul 12 tu kalau masih ada lagi erti breakfast , guwa lempang muka lu dengan dulang .

dalam pada guwa tengah sambung tulis jadual exam kat depan , member guwa pun sempat menggoogle kedai mana yang sedap sedap area sini . aku kalau ko tanya pasal makan makan ni sorry lah . aku tak dapat nak beza mana kedai yang sedap mana kedai yang tak sedap . awal awal aku dah minta maaf kalau aku bawak tetibe tempat makan tu tak sedap . memang siapa complain lepastu aku sagat kepala dia sebab siapa suruh tanya aku . bila dah puas pusing sana sini sana sini sampai ke celah mana entah pusing semata mata nak breakfast , jumpa satu kedai ni yang nampak macam meriah gila . awal awal pagi orang dah ramai macam ada kenduri tahlil kat kedai tu . guwa pun suruh member guwa slowkan kereta . cuba usha uhsa ada tempat kosong ke tak , kenapa ramai orang and ada banyak awek tak . kalau tak dapat jumpa tiga jawapan ni memang guwa akan blah gi tempat lain .

bila dah cukup 3 syarat , guwa dengan member guwa pun masuk kedai tu tertoleh toleh cari tempat kosong .

"order bang"

kata encik order yang tak reti sabar . ko ingat aku ni dah siap siap list apa aku nak makan tulis kat kertas ke daripada hostel aku yang aku nak makan apa . ni pun first time aku datang kedai kau tau . aku lastik dahi ko kang . dah lah panggil guwa abang , ko nak aku tunjuk IC aku depan bijik mata ko ke . sorry ah guwa kalau orang main dengan umur umur ni guwa pantang sikit , emo kan . lepas dah belek belek menu dalam 10 minit . aku pun start order . pos pes pos pes and sampai giliran member aku . guwa pekena teh ais dengan nasi lemak ayam berempah je . nampak kat menu macam sedap tapi tak tahulah tetibe datang ayam dia macam aneroksia memang guwa sumbat dalam mulut encik order tu . 

"bang asal nasi lemak biasa sampai 2.50 bang ?"

tetibe membe guwa bersuara . bukan encik order je terkejut , dengan guwa guwa sekali terkejut . rasa guwa nak sumbat je kepala guwa dalam mulut dia sebab nak bagi dia diam . then encik order tu pun sengih sengih sambil pandang member aku . dengan berat hati , berat bahu , berat mulut member aku order nasi lemak biasa dengan teh o panas . bila encik order tu dah habis ambik order , member aku pun bersuara balik .

"apa seh nasi lemak biasa sampai RM2.50 . selalu dalam RM 1.50 je"

"kau masih duduk zaman penjajah ke cemana ni ? nak aku tampar tak bagi kau sedar ? RM 1.50 tu zaman bila ?"

ayat aku seakan akan cuba membackup kedai tu . untung jangan lupa share share dengan guwa .

"tempat aku ada je nasi lemak RM1.50"

"kau memang tak nak kalah kan ? kalau nak RM 1.50 boleh je , makan nasi dengan sambal je"

lepastu aku pun selak satu satu surat khabar depan meja aku . member aku dengan muka tak puas hati terus bukak wallet dia keluarkan duit RM10 sekeping .

"teh o panas RM1.20 , nasi lemak RM2.50 , so total RM3.70 , so ada baki lagi RM6.30 untuk aku lunch dengan makan malam"

guwa terus baca surat khabar sambil senyum sensorang . mata guwa je pandang surat khabar , tapi fikiran guwa melayang ingat cerita cerita selama guwa kawan dengan Mel , member guwa ni . bagi akulah , aku memang respect dia dalam bab duit duit ni sebab dia akan limitkan banyak mana duit dia nak pakai dalam sehari . kadang kadang RM3 pun dia boleh hidup dalam sehari . bukan sebab ada masalah duit ke , hutang keliling pinggang ke apa , tapi memang perangai dia dah macam tu . kenkadang guwa pulak rasa macam over gila makan sampai rasa nak makan sorok bawah meja . tapi yang peliknya dia tak akan skip breakfast , lunch or dinner dia walau macam manapun dia nak jimat . aku pun tak tahu duit duit yang dia simpan tu dia buat apa . guwa pernah tanya dia , and dia pernah jawab ,

"aku kalau hari hari makan nasi putih sup kosong and telur mata pun dah cukup happy dah bagi aku"

aku rasa awek dia pun dah tak payah susah susah dah nak belajar masak . mulai harini practice goreng telur dengan masak nasik je . tiap hari pagi petang malam hadap benda sama je . guwa pernah cuba belajar hidup cara dia , tapi sehari pun guwa tak sanggup , dah give up . guwa dah lah kurus macam ranting , kalau hari hari hadap nasi dengan telur guwa dah tak dapat apa perumpamaan dah selain ranting . nak panggil guwa apa pulak lepastu ? duri ? akar ? 


NOTE : guwa rasa kalau sesekali guwa campak member guwa kat mana mana hutan pun dia still akan fikir macam mana cara nak berjimat dalam hutan tu .


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH


Friday, November 29, 2013

pale pale

ASSALAMUALAIKUM

minggu lepas Puan Ibu sudah halo halo guwa suruh balik sebab katanya auntie guwa ada buat sikit kenduri sebab diorang baru balik haji kan . macam tak best pulak aku nak buat sombong tak reti nak balik . dalam kepala guwa dah terbayang kurma , kekacang daripada tanah suci . memang feveret aku ok benda tu . kalau boleh nak ambik semua lepastu menyorok dalam tandas makan sensorang . lalu , pada jumaat malam berangkatlah aku pulang ke bumi Melaka .

sampai je rumah aku tengok adik sedara semua dah berkerumun kat aku fefeeling macam aku ni Ashton Kutcher nak kena bagi sign sorang satu . ataupun mungkin sebab nampak aku pegang slurpee yang aku sempat singgah sebelum aku sampai rumah . tapi yang aku pasti , muka aku macam Ashton Kutcher . then datang sorang adik sedara aku dengan muka serious kedepan kebelakang dia cakap camni :

"abang , pale pale"

aku sendiri pun tak tahu apa yang dia cakap sebab bila aku nak datang kat dia suruh salam dia terus lari sambil ketawa . ingat nak aku kejar , jangan harap . lepas dah sensalam semorang , aku pun duduk depan hall rumah auntie , sambil hadap TV . like a boss . nasib baik tak goyang kaki tau . tapi , yang lebihnya menghadap handphone . aku tekan semua channel takda benda yang best , astro kan biasalah ko bayar mahal cemanapun , cerita dia ulang ulang sampai ko boleh tahu minit keberapa orang tu nak garu kepala . then , lagi sekali adik sedara aku tadi datang .

"abang , pale pale"

pastu dia berhenti je pandang aku . dalam kepala aku puas fikir terkorek korek segala maklumat dalam kepala ni apa sebenarnya yang dia cuba sampaikan dengan ayat "pale pale" tu . mungkin nak gula gula kot tapi dalam poket ke , beg aku ke memang takda gula gula . then dia pun lari pergi balik kat mak dia . 

aku dengan selamba goyang kaki buat tak tahu . 

puas gak guwa fikir . pale pale...... kepala ke ? gula gula ke ? game kat henpon ? tak pun coklat ? boleh kata sampai berkerut kerut muka guwa fikir . siap guna khidmat encik google pun tak jumpa apa tu pale pale . yang keluar kuih ondeh ondeh . pastu guwa pun patah balik pergi kat adik sedara guwa yang duduk tengah makan dengan adik perempuan guwa sebab adik perempuan guwa ni kalau nak apply jadi babysitter on the spot boleh dapat . dia suka melayan bebudak .

tiba tiba , adik sedara aku bersuara lagi .

"kakak , pale pale ...."

terus aku tanya dia , "Dalilah , cuba cakap dengan abang apa tu pale pale ?"

lalu... dia pun bersuara .

"tu pale pale" , then dia angkat tangan tunjuk kat arah aku . tapi tangan dia bukan tunjuk kat arah aku , tapi arah belakang aku .

aku dengan adik perempuan aku dah terkaku kalau boleh masa tu rasa nak ketuk kepala Dalilah tu dengan besen tak kiralah berapa besar besen tu . adik aku dah get ready nak lari sambil pegang pinggan sebab dia punya penakut nauzubillah kalah budak kecik sekolah tadika . pastu bila dah rasa lain macam aku terus keluar rumah duduk depan gate rumah . memang tak berani aku nak toleh mana mana bahagian sekeliling aku . aku baca apa yang patut and aku masuk balik . lepastu aku pergi mandi . sebab takut malam malam selalu kalau kita balik , akan ada benda yang ikut masuk , cuma kita tak tahu . kang kalau aku over over toleh sana sini , nampak tercacak depan mata aku memang aku ketuk kepala "dia" dengan besen lagakan dengan Dalilah .

masa makan malam around 930 tu aku terus tanya auntie aku .

"auntie , Dalilah kalau cakap pale pale tu apa maksud dia ?"

lepastu auntie guwa pun ketawa sambil hidangkan nasi .

"Dia tu kalau tengok cerita kat TV dengan abang dia selalu kalau ada hantu bungkus (pocong) tu dia akan panggil pale pale . kalau abang dia nak takutkan dia kalau degil , cakap je ada pale pale"

kali ni guwa pulak rasa nak hentak kepala auntie guwa dengan besen . tak pun lastik dahi auntie guwa tu dengan batu besar .

o....m.....g..... amargardzz.....

habistu yang tadi Dalilah tunjuk belakang aku tu apa benda.... mana pulak benda tu duduk , apahal pulak dia nak ikut . Wallahualam . yang pastinya lepas aku bersihkan diri and keluar balik , Dalilah dah tak cakap apa apa lagi pasal "pale pale" . nak kata malam tu terus lupakan , jangan harap . guwa berhimpit tidur dengan Aiman sebab guwa terfikir je pasal "pale pale" tu . ni semua sebab Dalilah , kalau dia besar aku dah himpit dia tepi pintu lepastu kepitkan kepala dia kat pintu . buat lawak seram pulak dia .


"pale pale" ni jengah sikit .


NOTE : lepasni kalau Dalilah ada sebut apa apa lagi perkataan pelik depan aku memang aku terus ketuk kepala dia dengan besen tanpa bual bicara .


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH


Friday, November 22, 2013

Pohon Memori

ASSALAMUALAIKUM

sahabat ?

hanya ada 9 huruf , satu perkataan , 3 suku kata tapi membawa maksud yang mendalam , yang susah kau nak ungkap dengan hanya sebatang pen dan sehelai kertas .


Aizat , Didi and Meen memang tinggal berdekatan sejak diorang kecik lagi . rumah bersebelahan sampai boleh dikatakan tak pernah bercenggang . makan sama sama , pergi sekolah sama sama , buat kerja sekolah sama sama , duduk dalam kelas yang sama , makan bekal yang sama . kalau boleh semua benda nak bersama . macam adik beradik . memang tak boleh nak berjauhan . setiap petang diorang suka habiskan masa sama sama main kat taman . main basikal , main belon air , main kejar kejar , main nyorok nyorok . kalau boleh dipanjangkan waktu siang tu , memang nak je diorang panjangkan sampai tak menjelma waktu malam semata mata nak habiskan masa sama sama .

kat sekolah Meen selalu kena buli sebab Meen bukan jenis yang tak pandai melawan . biar je apa yang orang nak buat kat dia . solution dia ? menangis sendiri teresak esak atas meja . ada satu hari masa dia kena buli , Aizat dengan Didi pukul orang yang buli tu sampai bengkak bengkak muka Aizat . puaslah Meen dengan Didi letak ubat dengan ice kat kesan bengkak tu . Meen dengan Didi tak nak Aizat sakitkan diri sendiri sebab diorang . sebab diorang pun rasa sakit sama bila tengok kawan baik , tengok orang yang dia rapat sakit macam tu . tapi sebab Aizat rasa dia patut lindung kawan dia , dia tak kisah dengan semua rasa sakit tu . yang penting kawan kawan dia bahagia dan dapat teruskan hari hari diorang dengan bahagia .


hari makin berlalu dengan pantas sampai pokok yang mereka tanam dulu dah makin besar dan tumbuh dengan indah . dahan melambai ke kiri dan ke kanan seakan memanggil mereka untuk terus bermain di bawah pokok tersebut . kat situlah jadi tempat diorang sama sama duduk , habiskan sisa baki waktu siang yang mereka ada . mengukir setiap nama mereka di pokok tu dengan alasan yang mereka akan sentiasa ingat satu sama lain even masing masing dah jauh .  ukiran nama pada pokok yang mereka tanam itulah yang menjadi saksi , menjadi bukti persahabatan mereka yang dah lama mereka cipta . sebuah persahabatan yang tak pernah kenal erti penat , sebuah persahabatan yang tak pernah jemu bertemu satu sama lain , sebuah persahabatan yang mencipta kasih sayang yang kuat antara mereka . tak pernah terlintas pun dek akal mereka untuk berpisah apatah lagi nak bergaduh .

tapi , orang kata , langit bukan selalunya sentiasa cerah . matahari bukan sentiasa bersinar , bulan bukan sentiasa ada .

satu hari , mereka ditakdirkan berpisah antara satu sama lain disebabkan pembangunan yang akan dilakukan kat kawasan mereka . sedih tu jangan ditanya . kalau boleh digambarkan rasa sedih tu , infiniti . tak boleh nak kira . bayangkan orang yang dah lama kau kongsi suka , duka , makan , minum , ketawa , menangis terpaksa kau tinggalkan jauh , tak dapat lagi kau tengok muka dia hari hari , tak dapat lagi kau kongsikan apa yang kau rasa , tak boleh habiskan masa sama sama . harapkan memori yang lekat kat dalam hati , tapi entah sampai bila boleh bertahan . petang last day sebelum mereka berpisah , membawa haluan masing masing ikut family , kat bawah pokok yang mereka tanam itulah menjadi saksi perpisahan mereka . Meen dengan Didi terus menangis tanpa henti . sampai dah tak boleh nak tampung rasa sedih . teresak esak menangis tanpa segan atau malu .

Aizat melangkah ke depan . menghulurkan sesuatu kat mereka , mengharapkan yang mereka akan suka dengan apa yang dia berikan . dua pasang headphone lengkap dengan MP3 yang terisi lagu kegemaran mereka , Madly - FT Island . Aizat cuba menenangkan mereka . mengatakan yang mereka akan ada pengganti even masing masing berpisah jauh . headphone sebagai peneman mereka bila guruh sebab Meen dan Didi memang takutkan guruh dan waktu guruhlah mereka akan bergegas lari ke Aizat dan Aizat akan tenangkan dan tutupkan telinga mereka . jadi , lepasni kalau ada guruh , pasang je headphone , sebagai pengganti kepada Aizat even Aizat dah pergi jauh dengan mereka . perasaan sedih tak boleh dibendung , Aizat menoleh berlalu pergi menyembunyikan kesedihan yang ada dalam hati dia . tak terucap perkataan  selamat tinggal di bibirnya . hatinya bagai dihiris kesedihan . mengharapkan masa akan berhenti seketika , untuk dia terus habiskan masa bersama sama dengan Meen dan Didi . perlahan lahan airmata jatuh menitis ke pipi . macam tak ada tanda untuk berhenti .

jadi , berpisahlah mereka . membawa haluan dan tujuan hidup masing masing . memori ? sentiasa menjadi peneman dalam hati masing masing . tak pernah lupa walau secebis manapun memori tu .

12 tahun kemudian , Aizat telah berjaya menjadi seorang pilot , Meen menjadi seorang Fashion Designer yang terkenal dan Didi menjadi seorang lawyer yang disegani . meski berpijak atas bumi yang sama . masing masing tak pernah bertembung walau sekali . seakan belum sampai waktu untuk mereka kembali bertemu . hari makin hari , rasa bagai lama nak meniti . apabila sampai di bumi Malaysia , hati Aizat tergerak untuk kembali ke tempat lama sewaktu dia menghabiskan zaman kanak kanak dia bersama Meen dan Didi . rasa macam baru semalam mereka berpisah . masa memang berlalu dengan pantas . kejam tanpa menunggu kita . lari meninggalkan kita tanpa amaran . yang leka ? tak akan ditunggu .

perlahan lahan Aizat menghampiri pokok yang pernah mereka ukirkan nama bersama . dulu hanya sebesar satu pelukan , sekarang 7 orang peluk pun belum tentu mampu mengelilingi pokok tersebut . perlahan lahan Aizat tiup belon belon buih dengan angin sepoi sepoi yang membawa belon tersebut pergi terbang ke awan . teringat kenangan sewaktu dia kecil yang mana dia akan meniup belon buih , Meen dan Didi akan berkejar kejar mendapatkan belon yang berterbangan . Aizat menoleh , memegang ukiran nama yang terus terpahat kat pokok tersebut , yang terus kekal tanpa cacat ataupun cela . tersenyum dalam kesedihan . perlahan lahan Aizat duduk menyandar , memandang ke depan , mengingat kembali memori dia bersama Meen dan Didi . jauh termenung meninggalkan dunia nyata , jauh kedepan seakan tiada nokhtah .  

dah lama rasanya Meen tak habiskan masa dia kat Pohon Memori yang dia namakan sendiri . Pohon yang banyak menjadi saksi persahabatan dia dengan Didi dan Aizat . harini barulah dia dapat habiskan masa duduk bawah pohon tu mendengar lagu Madly sambil membaca novel . dalam kepalanya masih segar memori waktu kecil yang sentiasa dia rindukan . kalau boleh dipatahkan waktu , memang dia akan buat macam tu even dia terpaksa menjadi kanak kanak semua . rasa rindu tu bukan sejengkal dua . rasa macam tak boleh diukur . perlahan lahan meen menutup novel lalu pandangannya dialihkan ke hadapan . menarik nafas panjang dan melepaskan dengan perlahan . matanya rapat dipejamkan lalu perlahan airmatanya jatuh ke pipi dan menitis ke bumi . rasa sedih tu sentiasa ada even dan 12 tahun dia berpisah dengan Meen dengan Didi .

Didi selalu habiskan masa kat bawah pokok tersebut . memetik gitar rentak lagu Madly tanpa rasa jemu , memetik tanpa rasa lenguh . kalau dia tak ada komitment dengan kerja , memang seharian dia akan duduk kat situ memetik gitar . entah kenapa dia rasa berat hati kalau tinggalkan tempat tu . hatinya rasa kalau Aizat dan Meen kembali satu hari nanti , dia tak ada kat situ . itulah yang dia fikirkan sejak dulu . rasa sayang dia kat kawan dia tu tak boleh dia buang macam tu je, terlalu tebal , tak boleh dikikis . perlahan lahan Didi memetik gitar . angin sepoi sepoi menyapa mukanya , belon belon air berterbangan dihadapannya seakan mengikut rentak petikan gitar dia . kalaulah Aizat dan Meen ada di situ , itulah saat paling indah yang pernah dia ada sepanjang hidup dia . tapi siapa je dia , yang boleh tentukan datang dan perginya orang dalam hidup dia . yang boleh menghalang perginya seseorang dalam hidup dia .

perlahan lahan petikan gitar lagu Madly singgah masuk ke telinga Aizat dan Meen . rasa macam sebuah lagu yang sangat lali menjadi halwa telinga mereka . lagu yang menjadi lambang persahabatan mereka . perlahan lahan Aizat dan Meen bangun . mencari dari mana datangnya petikan gitar tersebut . perlahan lahan mereka kelilingi pokok tersebut dan akhirnya mereka bertemu dia satu bahagian pokok tersebut di mana duduknya Didi tunduk memetik gitar . tersentak ketiga tiga mereka memandang satu sama lain . seakan teringat memori saat mereka waktu kecil . perlahan lahan aizat membuka mulut bersuara memanggil kedua dua orang kawannya .

"Meen..... Didi......."

akhirnya mereka bertemu kembali . setelah 12 tahun terpisah . dia bawah pokok tersebut jugaklah menjadi saksi pertemuan mereka kembali . hari hari mereka dihabiskan bersama . rindu diungkap bersama . seakan masa tak cukup 24 jam untuk dihabiskan bersama . berkongsi segala cerita dan memori . mendengar lagu bersama , makan bersama dan meluangkan masa bersama sama di bawah pokok tersebut . tak pernah kira penat , tak pernah kira lelah , tak pernah kira bosan . ketawa dan kegembiraan dikongsi . rasa macam tak puas nak diluahkan rasa rindu tu .

tapi ? yang pergi bukan akan terus pergi . yang datang tak akan sentiasa akan kekal dalam hidup .

satu petang yang indah , mereka duduk di pokok tersebut menikmati keindahan awan yang bergerak perlahan , ditemani burung burung berkicauan . seakan menari menghiasi awan . muka aizat kelihatan pucat , terbatuk batuk duduk menyandar pada pokok . meneguk sedikit demi sedikit air mineral di tangannya . Meen dan Didi tersenyum terus meniup belon belon air ke udara . terbang ditiup angin .

"Meen , Didi , thanks for all the memories since kita kecik sampai sekarang"


kata Aizat tersenyum . matanya rasa seakan berat untuk dibuka . rasa bagai ada benda yang bergayut gayut pada kelopak matanya seakan minta ditutup . Aizat tersenyum mengatakan yang dia nak melelapkan matanya sekejap menghilangkan segala keletihan yang ada , melepaskan rasa penat dalam dirinya . perlahan lahan Aizat menutup kelopak matanya rapat . bibirnya terus mengukir senyuman . makin lama pandangannya makin kecil dan matanya  tertutup rapat . keindahan dunia yang ada depan mata sudah ditinggalkan selamanya . darah mengalir perlahan perlahan keluar daripada tepi mulutnya lalu mengalir perlahan menitis membasahi bajunya . tangannya longlai jatuh ke bumi . nafasnya terhenti .


Aizat , sudah pergi .

Meen dan Didi bertalu talu cuba menyedarkan Aizat kembali , menangis seakan anak kecil yang kehilangan hala tuju . namun , jasad sahaja yang tinggal di dunia , rohnya sudah kembali kepada Pencipta . memori persahabatan ditinggalkan buat mereka berdua , sementara Aizat menanti mereka di sana . dan di bawah pokok itu jugalah menjadi saksi kehilangan salah seorang daripada mereka . pokok yang menyaksikan pelbagai memori dalam persahabatan mereka . memori persahabatan yang tak pernah akan luntur . sebab persahabatan tu tak akan pernah hilang rasa manisnya . Aizat pergi meninggalkan Meen dan Didi , mengharapkan mereka akan terus meneroka , berjalan atas bumi Allah bersama memori yang mereka sama sama cipta . 





ya , sahabat itu anugerah . datang bukan dipaksa , pergi bukan dipinta . ada yang datang untuk singgah , menjadi salah satu memori yang indah kekal abadi dalam hati . ada yang datang mengecewakan untuk mengajar kita terus kuat dalam hidup . ada sahabat ? hargailah . tiada guna airmata dibazir bila mereka dah pergi satu hari nanti kalau kita sendiri tak pernah hargai dia bila dia depan mata .




NOTE : cerita ini hanya rekaan semata mata . tak ada kena mengena dengan yang masih bernafas ataupun yang telah pergi menghadap Pencipta . 


Saturday, November 16, 2013

konvokesyen

ASSALAMUALAIKUM

jumaat lepas awal pagi lagu Ibu Norry dah call aku pepagi buta . ayam pun guwa rasa tengah tidur berpelukan lagi dengan bini dia and anak anak dia . hampir terperanjat jantung ni sebab telephone memang ada bebetul atas dada aku dengan vibrate sekali dia bagi . aku cabut earphone aku lepastu lari keluar daripada bilik sebab roommate aku semua tengah tidur lagi sebab hujan turun berderai derai kat sini memanggil manggil semorang untuk terus tidur takyah bangun pun tak apa . sampai luar dengan tempias tempias hujan guwa pun angkat call sambil satu tangan korek korek mata kot kot ada tahi mata yang terselit lagi pepagi buta ni . 

"Ye Cik Puan , ada apa call pagi pagi buta ni "

kata aku terus pandang kucing yang berlari lari meredah hujan . entah apa yang dia cari tetengah hujan pun aku tak tahu . nak kata cari makanan ikan pun masih tidur lagi malas nak bangun .

"salam mana salam ? dah bangun ke ? buat apa tu ?"

amboi bukan main Ibu Norry kalau aku tak bangun takdelah aku jawab call dia sambil korek korek mata ni .

"dah dah , asal Ibu call pagi pagi ni ? selalu malam ? nak buat surprise ke camne ni ?"

"dah siap belum ? petang ni kan nak pergi perak"

Ibu Norry punya soalan buat aku patah balik tengok jam kat bilik berulang kali . nak dekat 5 6 kali aku kedepan kebelakang kedepan kebelakang tengok jam . aku yang terlambat bangun atau dia yang terawal bagitahu aku suruh siap . aku tengok baru pukul 9 pagi . dia dengan ayah pun belum habis kerja lagi . lagipun nak pergi perak tu petang . baju pun aku tak packing lagi . jangan dia cakap dia dengan ayah dah ada kat bawah sudah . memang citer dia aku tak akan mandi terus siap je pergi . lepas dah pom pang pom pang bercerita dengan dia , aku pun start packing barang sebab Ibu cakap lepas solat jumaat dia nak bertolak dah . hati aku dah berbunga bunga dah nak keluar daripada asrama ni . 

tapi , daripada pagi sampai kepetang guwa tak dapat dapat SMS daripada Puan Ibu mahupun Encik Ayah cakap dah bertolak ke belum . puas gak menunggu siap dah makan , baring , mandi kali kedua , tak gak diorang berdua tu message aku bagitahu dah ada kat mana . daripada rambut guwa handsome dah jadi sabut kelapa dah . tengah aku goyang goyang kaki makan coklat tengok Running Man , tetibe Puan Ibu call . punya gembira hati guwa sebab anggapan guwa dia dah ada kat bawah hostel guwa . so takdelah guwa sensorang dalam bilik ni sebab kawan kawan bilik ni semua dah bergerak ke Perak . dengan pantas guwa tekan button hijau angkat call macam orang gayat baru beli henpon mahal .

"Salam , Ibu baru nak bertolak ni . siap siaplah dulu ok"

perasaan guwa masa tu macam citer citer sinetron masa akhir cerita , terkejut ala ala sedih gitu sambil gambar bergerak perlahan . Ibu , tahu tak orang dah siap daripada pagi punya tunggu sampai kepetang . baik cakap ambik esok pagi je . sempat aku nak buat tahi mata baru .

guwa masa tu terus capai bantal terus lelapkan mata . lagi dua jam ni boleh mimpi macam macam . mana tahu tetibe Maya Karin muncul dalam mimpi jadi bini guwa ke kan . takpun Lisa Surihani lari dari rumah pastu kahwin dengan guwa ke kan . tinggi betul imaginasi guwa sampai boleh buat novel 3 volume . 

akhirnya , aku bertolak ke perak .

siapa je yang tak happy dengan konvokesyen kan . sana sini aku tengok baju orang baru berlip lap lip lap macam bunga api time raya . meriah betul . macam diorang pasang lampu raya kat sekeliling baju . yang pompuan dengan heels setiinggi alam sampai dia nak bersihkan atap pun dah sampai . yang lelaki dengan kemeja licin tajam kat bahagian lengan kalau nak potong buah tembikai pun boleh potong dalam 7 8 biji . yang aku Ibu Norry dah bawakkan 2 helai kemeja . memula tak rasa pelik , bilik fikir 2 3 kali rasa pelik pulak apasal sampai nak kena ada 2 kemeja . ko konvo tu pakai jubah tak nampak apa dah baju jenis apa ko pakai . nampak kaki je terkontang kanting berjalan . kalau sampai dua kemeja nak suruh aku pakai cemana ? sebelum dan selepas konvo ? complicated sungguh hidup aku masa tu .

untuk konvo first time ni guwa takdelah nak nervous macam kawan kawan guwa . ada kawan kawan aku yang gosok gosok tangan sebab dia kata seram nak konvo . ada yang menangis kesedihan bila masuk dalam dewan tu . hairan guwa sebentar . padahal ko berjalan atastu , ambik scroll lepastu blah . mungkin aku yang takda perasaan kot . weh aku gangster kot mana boleh menangis ni . sempat guwa berbisik dengan orang sebelah guwa yang entah sape sape tu kutuk kawan guwa sebab benda tu . ketawa kecil orang sebelah aku dengar kawan guwa nangis nangis tu . lepas majlis dah settle semua the best part masa nak ambik gambar dengan classmate . lepas dah graduated mesti korang dah tak selalu jumpa even contact kan . kalau contact pun whatss app tu pun dua tiga je , cakap "hi rindu aku tak ?" , pastu dia balas "rindu" , pastu ko balas "hehehehe" , pastu dia tak balas dah . nampak sangat ko ni membosankan bagi dia . masa nilah nak jumpa balik citer citer balik moment korang masa sama sama belajar dulu . 3 tahun weh siapa kata sekejap . kalau ko beranak tu anak ko dah boleh berjalan and bercakap dah . 


benda wajib yang ko akan buat bila dapat topi ni . dah baling habis terjatuh atas kepala orang sampai benjol 


kalau nak cerita susah hidup masa belajar ni memang banyak weh . ada masa ko tak cukup duit sebab buat assignment , pergi site sana sini , print kerja sana sini sampai ko sendiri dah rasa malu tetiap minggu nak mintak parents kau suruh bank in like a boss. jimat macam manapun kau mesti akan ada masa ko akan sesak jugak . apatah lagi jenis yang tak berjimat , jenis macam tu ko rendam je dalam tomyam letak lada hitam sikit . pernah dulu aku hilang duit 200 dalam wallet and tu je duit yang aku ada untuk seminggu dua . bagi ko nampak 200 tu macam banyak . memang banyak kalau benda tu buat makan je . tapi tulah duit aku nak buat assignment apa benda semua . setiap minggu boleh cakap ayah bank in kat aku sebab memang banyak pakai duit . masa tu aku rasa aku anak paling tak guna ok . rasa macam amenda seh nak main duit je . lepas hilang 200 tu siapa tak terkedu weh . ko ingat senang nak cari 200 tu . nak tak nak kena cakap gak ah kat ayah sebab aku nak kena print final project . serious guwa cakap final project tu membunuh ko weh . dalam 3 hari , 2 jam je kau tidur . yang lain semua kau habiskan masa hadap laptop , pergi library sana sini , buat research sana sini . dengan kau nak study lagi . memang ayah ko tak pernah marah mintak duit , tak pernah tanya , tapi bagi aku cukup dah menyusahkan tu . berat rasa mulut nak bagitahu . rasa berdosa sangat . over kan aku nak monolog segala ni . pukul ko kang aizat . 


Encik Ayah dan Puan Ibu . comel kan Encik Ayah aku . kecik kecik pun dia
tu , dia lagi handsome daripada aku tau . sebelah tu Puan Ibu , hobi dia 
ambik gambar dan juga berleter . dia pakar berleter ok . takda siapa boleh kalahkan


pernah kau ada kawan baik ?

mestilah pernah kan . kawan baik yang sentiasa ada dengan kau tak kira susah ataupun senang , kalau boleh tidur pun nak sekatil , sebantal . nak cakap pernah gaduh ke tak tu jangan ditanya . bohong kalau tak pernah masam muka ke terasa ke bengang ke marah ke kat diorang tu kan , kenkadang terselit gak rasa macam nak terajang , tapi sikit jelah rasa tu . macam aku gak . kat bawah nilah kawan kampus aku sejak daripada aku sem 2 diploma sampai ke degree . sama class , sama kampus , sama department , sama sama pergi makan , sama sama satu group assignment , sama sama balik kalau raya . tak pernah lekang sampai orang cakap kitaorang ni tak suka bergaul and susah nak dedekati . atau dalam bahasa pasar dia sombong . orang orang camnilah yang buat aku rasa nak heret muka dia kat jalan raya lepastu perahkan limau . asal tak bercakap bertegur sikit sombong . ko tahu tak aku ni pemalu orangnya ? berbudi bahasa ? auwhh . benci je baca kan .






ye , hidup zaman belajar ni best sebenarnya . macam cikgu korang pernah cakap ,

"tak payah nak sibuk bercinta zaman sekolah ni . nanti belajar nanti lagi seronok"

betullah apa cikgu kau cakap tu . zaman kampus ni sampai rambang mata kau nak pilih cik awek . semua cun cun belaka sampai ko dah tak tahu nak usha mana satu dulu . and kalau nak dibandingkan zaman belajar nilah yang kau akan lalui macam macam benda yang akan buat kau jadi lagi matang . biar muka tak matang asalkan cara kau berfikir tu matang . ada yang muka je nampak matang tapi cara berfikir tak macam muka . dengki , busuk hati , busuk badan , busuk kaki , busuk mulut tu memang tak boleh nak lari daripada hidup diorang .

pernah dulu ada orang tak suka aku dengan kawan kawan aku tanpa sebab . cemburu mungkin . tapi nak buat apa kalau orang dah benci kan . kau sagat kepala dia kat dinding pun dia tetap benci kau gak , tapi sebab kau tahu kau tu manusia , dia pun manusia . takda bendalah setakat nak benci benci ni . benci pun dapat apa . bukan boleh dapat kahwin dengan Fazura pun kan . kalau dapat kahwin memang semua orang yang lintas depan aku aku nak benci . lepastu catat berapa orang aku dah benci . jumlah paling tinggi menang lepastu boleh kahwin dengan Fazura kan . dalam mimpi weh . ko berak keluar batu pun benda tu tak akan jadi kenyataan .

orang tak akan berubah kalau dalam kepala otak dia dah setkan satu benda . contohnya masa kekecik .

"weh ko asal hitam ? masa mak kau mengandung mak kau makan kicap eh ?"

"mana ada . mak aku tak makan kicap"

"ye mak aku cakap kalau mengandung makan kicap anak masa lahir nanti muka jadi hitam"

so bagi pompuan pompuan yang mengandung tu nighmare bagi dia bila sebut pasal kicap . kalau boleh nak dia baling kat dinding jauh jauh botol kicap tu sebab takut anak dia hitam bila dah lahir nanti . sebab apa ? sebab mind set dia dah memang centu . asal kulit gelap je sebab makan kicap padahal kicap tu daripada kacang soya . bukan buat daripada minyak hitam ke apa . aku rasa macam aku dah melalut , ye tak ?

jadi sekarang apa nasihat guwa ?

belajarlah rajin rajin selagi kau mampu . kalau tak mampu pun belajar je sampai ko rasa macam nak telan je buku tu . kalau boleh telan ko telan je . koyak sikit sikit lepastu makan . apa je rasa susah sikit sekarang kalau kau senang hari esoknya . bukan senang nak senang , bukan susah nak susah . ceh nasihat nak macam abang abang kan . menyampah je rasa tengok diri sendiri .


saranghae , fighting !


NOTE : boleh tak kalau guwa nak masuk darjah satu balik ? guwa rindu nak belajar ABC balik . janji guwa janji tak nakal punya .


Twitter : @AizatAbd
Instagram : skullsulivan
Facebook : Eijat Abdullah


Friday, November 8, 2013

SPM

ASSALAMUALAIKUM

guwa rasa sekarang guwa punya free time agak banyak sikit . curi curi masa gak nak update blog ni . duduk dalam library bukan tahu nak buat research ke download final exam paper ke , tapi guwa duduk hujung hujung celah belakang dok tengok movie . takda buffer guwa cakap . seronok betul . sekarang ni bila scroll je timeline aku tengok punya rancak punya hangat macam burger bakar abang burn diorang bercakap pasal SPM yang baru je start hari rabu haritu . bak kata adik aku , pejam celik pejam celik dah sampai SPM . eh baguslah tu pejam celik pejam celik daripada kau pejam tak celik celik .

teringat gak masa zaman zaman aku SPM dulu . masa awal awal tahun punyalah semua tak kisah pun amenda tu SPM , sebut pasal SPM pun semua buat muka toya tak tahu . 2 bulan nak SPM tu pun masih boleh goyang kaki . waktu form 4 jangan cakaplah . memang masa tu orang anggap honeymoon gila gila . kalau ada duit time tu mahu ke korea ke , ke dubai ke . memang tak ingat nak belajar . masa tu mana ada twitter facebook ni semua . yang ada facebook and dapat status 15 likes tu pun aku dah anggap paling hot masa zaman aku tu . aku punya perangai pulak time belajar suka pakai earphone dengar lagu Justin Timberlake sexy back. amboi macam orang bijak pandai pulak kan nak study sambil bergaya macam tu . tapi bila study depan Puan Ibu memang guwa tak akan ada chance punya nak malas malas .

nak dikatakan punya strict Ibu guwa masa tu . kau tengah study lepastu nak garu kepala pun dia marah sebab banyak sangat bergerak tergaru garu . ganas betul kan . kalau study dengan Encik Ayah cool sikit , siap boleh ajak guwa minum kopi makan goreng pisang sambil study . tulah bezanya orang pompuan dengan lelaki ni . pernah ada sekali tu aku bosan nak study physics sebab dia pasal momentum pasal acceleration apa tu semua . memang masa tu subject physics aku tu musuh akulah . kalau boleh bawak bergaduh dah lama aku ikat dia kat pokok lepastu aku tampar dia kiri kanan nonstop . masa tu pulak buku Under 18 tengah hangat jualan kat pasaran . aku pun beli 4 bijik dengan azam nak baca lepas SPM . 

tapi sebabkan hati guwa ni gatal betul nak baca , aku tegakkan buku rujukan sambil letakkan buku under 18 kat dalam dia . punya happy aku buat camtu . kekejap aku toleh tengok kot kot Puan Ibu sergah ke tak ke tercabut jantung aku . bila lama lama jengah takda , aku pun buat tak tahu and ketawa ketawa hentak meja sambil baca buku tu . dalam pada hentak meja tu Puan Ibu pun datang . menggelabah aku buat buat menulis . cuak tak cuak tu jangan tanya . kalau boleh kau tengok muka aku masa tu , macam dah takda darah dah kat muka . dengan kepala aku fikir cemana aku nak sorokkan buku ni sebab Ibu dah tercongok depan meja . rasa macam nak bakar je buku tu kat situ sebab nak hilangkan bukti .

"cuba jatuhkan buku tu kejap , boleh tak ?"

ah sudah memang kantoi lah jawabnya kan bila Ibu dah suruh macam tu .

malam tu baik baik aku dah boleh rilek awal , kena tambah extra past year paper . sampai bengkak mata guwa ni . memula rasa macam apa seh study sampai struggle camni . bila SPM guwa rasa power betul semangat and usaha tu semua . tak sia sia Ibu guwa strict sebab alhamdulillah guwa boleh jawab dengan happy . kalau boleh call Ibu Ayah guwa masa tu , dah call dah . tapi masa tu guwa henpon pun harapkan mak ayah topupkan lagi . takda kredit ko pandang jelah henpon tu . dahlah takda colour . ada pun game snake je yang aku dok ulang ulang main sampai sampai highscore aku nak dekat 5000 lebih . terror kan aku .

pernah dulu aku study english buat essay sampai pagi sebab aku tak suka sangat vocabulary macam grammar apa ni semua . esoknya nak paper malam tu aku boleh dok baca buku grammar baca dictionary sampai pagi . memang happy ah masa tu sebab benda tu senang je masuk dalam kepala otak aku . dah senyum senyum dah membayangkan aku boleh jawab paper english esok . esoknya , masa dapat je paper aku dah mula menguap , mata jangan cakap punya pedih naik bengkak sebab tak tidur . pagi pagi lepas mandi aku dah rasa nyesal tak tidur . apatah lagi bila dah sampai sekolah . kalau boleh putar masa dah aku putarkan 4 5 bulan yang lepas . aku ni suka over kan .

masa dapat je soalan , aku baca slow slow apa essay tu nak . terus aku blank . padahal soalan dia punya senang gila . 

"The Important of studying English"

sampai ke mati aku akan ingat soalan tu sebab aku baca je soalan tu terus aku blank . aku baca pulak essay Part A . lagilah aku blank . masa tu kaki aku dah kedepan kebelakang kedepan kebelakang sebab cuak . kalau ujian bulanan takpe weh nak blank blank ni . ni SPM bukan benda main main . kalau boleh keluarkan otak ni , dah aku keluarkan lepastu tenyeh dia kat lantai . time time macam ni pulak nak blank . aku tengok kiri kanan aku semua orang dah start drafting . rasa nak nangis pun ada masa tu . tapi nanti tak handsome pulak nenagis kan sebab jawab exam je . tak fikir panjang , aku terus angkat tangan . terkedek kedek pengawas tu datang . 

"encik , saya nak rest 30 minutes boleh ? sebab saya blank . tak cukup rest"

"ok boleh nanti setengah jam saya kejut"

memang baik betul tau pengawas yang jaga kitaorang masa tu tak kira lelaki ke pompuan . habis setengah jam dia pun kejut . kalau dia tak kejut aku masa tu sampai tamat paper memang dia tak boleh tengok dunia dah masa tu . aku cungkil bijik mata dia pastu sumbat dalam mulut dia . lepas dah tidur setengah jam atas meja tu , fresh gila aku rasa maca baby baru lahir . otak aku boleh berfungsi macam biasa . siap ada extra idea aku nak buat essay masa tu . yang orang kiri kanan aku pulak cuak menggigil tangan bila aku kekejap dah sampai muka sebelah tulis essay . siap mintak booklet baru tau . padahal tak guna pun booklet tu . saja nak buat modal berlagak orang tengok aku buat essay sampai 2 booklet . riak betul , ko jangan tiru perangai buruk aku ok .

tulah , ada masa kalau kau boleh study , study je . sekarang ni masa tu penting . tapi dalam pada study tu kene rest gak . struggle sangat pun takda guna . at the end kau tak tidur tak makan sebab nak exam , time exam blank sakit apa semua . sia sia je semua tu . kalau nak cerita semua pasal aku punya pengalaman masa sebelum SPM memang banyak . aku ni pulak jenis degil and tak suka disuruh . malam SPM tu aku boleh lagi goyang kaki layan CSI . pom pang pom pang Puan Ibu tegur suruh aku study . aku teruskan je goyang kaki . tapi Alhamdulillah everything going well and ada rezeki aku untuk sambung belajar . 

Alhamdulillah jugak hari Ahad ni aku aka berkonvokesyen untuk scroll diploma aku . nak tunggu scroll degree lagi dua tahun . siapa siapa yang nak tengok gambar konvo aku tu nanti bolehlah singgah ke Instagram guwa , skullsulivan or tengok twitter guwa @AizatAbd . macam batak je kan rasa bila nak suruh orang tengok gambar aku . weh takda siapa nak tengok kau lah Aizat . untuk adik adik guwa yang baca blog ni terutamanya yang ambik SPM tu , usaha ok ! jangan mengalah . benda ni sekali je seumur hidup . bukti kat diri sendiri yang ko belajar daripada tadika tu tak sia sia . takda guna pergi sekolah 13 tahun lepastu time SPM memain . baik ko terjun bangunan je daripada ko sia siakan hidup ko sendiri . dah berjaya nanti jangan lupa diri , ingat , walau kaya mana senang manapun hidup kita kat dunia ni , kita tetap sama . akan kembali kat Pencipta juga satu hari nanti . ingat , usaha and doa . power tau kalau kau buat dua benda tu . 

GOODLUCK ! FIGHTING !




NOTE : terasa pulak macam nak ambik UPSR balik . rasa rasa boleh dapat gelaran pelajar contoh tak ?


Twitter : @AizatAbd
Instagram : skullsulivan
Facebook : Eijat Abdullah


Monday, November 4, 2013

bola

ASSALAMUALAIKUM

ada sesiapa yang dah lupakan blog aku ? mahu pun dah delete bookmark blog aku kat bookmark button dia ? sungguh sedih kalau korang buat macam tu , baik jangan mengaku sebelum aku hiris tangan korang lepastu letak cuka . aku rasa nak dekat masuk 3 minggu dah aku tak update blog . kalau 3 minggu ni anak kucing yang baru lahir pun aku rasa dah boleh berlari pas baton dah . ada gak yang tanya tanya "aizat bila nak update blog lagi" , "aizat takda cerita baru ke dalam blog lagi" , tapi semua aku jawab dengan nanti , nanti and nanti . aku punya nanti tu sampai sekarang baru nak update . bila dah lama tak update lepastu ada mood nak update , memang idea melimpah limpah tau rasa macam meluncur kat salji tanpa henti . sambil mendepakan tangan kedepan ala ala Titanic gituw . ok over takda kena mengena . 

dalam sebulan dua ni aku macam bebusy sikit sebab banyak kerja nak kena buat . tiap hari nak kena attend class . lambat masuk kena berdiri atas meja . tak nak aku berdiri atas meja , dah tinggi kang kena berdiri atas meja tak ke kepala tembus kat ceiling tu . lepastu dengan assignment aku yang berlambak sampai tangan yang dua ni pun tak cukup . kalau boleh beli tangan spare kat kedai memang aku orang yang paling banyak beli kat kedai . sebab kalau masuk class je lecturer bagi assignment macam bagi gula gula kat bebudak masa birthday party . happy betul dia bagi dengan muka sinis kekonon macam "ambik ko buat bebanyak biar ko tak boleh update blog lagi aizat" . dengan kebusy-an tersebutlah punca aku lama betul tak berpom pang dalam ni . takda siapa kisah pun kan sebenarnya tapi macam bosan gak sebab aku kalau takda kerja aku akan usha blog sendiri baca cerita sendiri . nak kata lifeless tu tak gak sebab blog aku memang best kan . no wonder lah kan omg pukul aku sekarang haha .

bila bercakap pasal bola kan , semua akan terbayang Pahang lawan Kelantan malam tadi kan . wah gembira betul aku bila apa yang aku sokong menang . selama ni kalau aku sokong mana mana orang yang aku target dia menang mesti sebaliknya yang akan menang . sedih betul hidup aku , rasa macam nak tanam kepala sendiri dalam tanah je . tapi malam tadi bila aku target Pahang menang and memang betul Pahang yang menang 1-0 dengan Kelantan , aku rasa macam nak bawak bawak lari bendera Melaka satu kawasan rumah aku ni . tetibe sangat kan nak bawak bendera Melaka . bila cakap pasal bola gak korang mesti ada kawan kawan yang berlainan pendapat kan . macam ko sokong Pahang dia sokong Kelantan . lepastu memasing pom pang pom pang pertahankan pasukan masing masing . nak nak kawan kau pulak jenis tak nak kalah memang boleh jadi bergaduh benda tu .

kebetulan masa perlawanan malam tadi tu ramai betul cousin cousin aku balik sebab kat rumah aku ada baca doa selamat sikit sebab adik aku nak SPM kan so ala ala macam goodluck sikit lah kat dia . memang riuh aku cakap kat ko . kalau masuk je dalam rumah aku , ko pun tak tahu nak jalan kat mana sebab semua dah tercongok depan tibi siap goreng popiah apa semua . yang aku tengok daripada jauh je sebab mata hadap laptop . ada assigment nak kena submit lepas cuti Deepavali ni . lifeless betul aku rasa . dengan adik sedara aku yang kacau kacau aku buat kerja sebab nak main game cukup buat aku rasa nak ketuk kepala dia dengan pasu . tension betul aku . masa mula mula start bola je pak cik pak cik aku semua dah fefeeling macam ,

"okay okay haaa tu okay wah goalllllll ! ohhhh apa ah main tak terror tu pun tak boleh nak goal ! "

lebih kurang macam tulah ayat dia . kalau nak aku copy paste ayat sebenar tak sopan sungguh kau baca nanti . setiap 5 minit pulak tu yang cakap macam tu . yang sokong Kelantan kutuk Pahang , yang sokong Pahang kutuk Kelantan . sampai bila nak habis pun aku tak tahu . yang aku goyang kaki tengok je diorang bising bising ketuk ketuk lantai kat situ . yang paling over Mak Cik Mak Cik aku tengok bola . diorang kalau tengok bola scary okay . kalau boleh masa nak gol pastu tak jadi tu , dia pukul husband / anak dia macam dorang tu perabot je . 

"alahhhhhh kenapa tak gol !" *lalu tepuk peha anak dia / husband dia .

dahsyat betul kan . yang cousin cousin perempuan aku tengok boleh pulak fangirling ramai ramai sambil pegang tangan cousin perempuan yang lain . 

"omg omg Abe Kelate , omg omg Abang Pahang"

lepastu jejerit . tak paham aku weh . aku pun tengok gak bola tapi takdelah sampai nak macam tu . kaku je tengok bola macam orang baca buku sebab aku kalau tengok fokus sikit acewah . yang paling aku tak boleh nak faham sangat sangat bila ada orang yang sanggup bergaduh sebab sokong berlainan pasukan . konon macam kawan dia sokong Pahang lepastu dia sokong Kelantan . sanggup dia bergaduh sebab tak sama pendapat . yang kalah sakit hati dengan yang menang and yang menang perli perli yang kalah . jangan ko bagi diorang melintas depan aku . kalau aku dapat orang macam tu memang aku ikat lepastu aku lagakan dia kat tiang . 

memang boleh dikatakan club club bola kat Malaysia ni dah semakin matang . maksud aku bukan peminat dia yang matang . pemain pemain dia yang macam makin hebat . dulu mana ada sangat orang sokong club club bola kat Malaysia ni . even pasukan Malaysia pun orang tengok sebelah mata je buat tak nampak macam kain kain batik yang jual tepi pasar malam kan . lama lama diorang pandang sebab dah makin hebat . pernah aku tanya kawan perempuan aku yang minat pasukan Malaysia . sebab dia beli jersey apa semua macam over tau . macam dia yang nak main bola . 

"kau minat pasukan Malaysia sebab apa ?"

"sebab pemain dia semua handsome OMG melting tau"

aku rasa nak pukul je dia lepastu masuk dalam mesin basuh putarkan selama 45 minit . tapi takpe , at least macam ada orang terus sokong Malaysia kan . mana tahu one day Malaysia masuk FIFA World Cup memang aku antara salah sorang yang ada kat airport sebab nak pergi flight memana nak tengok Malaysia main kat FIFA World Cup . untuk perlawanan malam tadi , mana yang sokong Pahang tu boleh jadi geng aku . tahniah tahniah , and yang sokong Kelantan tu pun boleh jadi geng aku gak . kita kan 1 Malaysia *angkat tangan tunjuk 1* . jangan sesedih jangan marah marah ok . meh meh kita peluk reramai . asingkan lelaki perempuan . anomnomnom kan bagus tak gaduh gaduh macam ni kan . adatlah tu permainan ada yang kalah ada yang menang . tak best gak kan asyik muka sama je menang . takpe , next season ada lagi . 

sebelum aku nokhtahkan entry aku kali ni , Salam Awal Muharam buat semua . semoga buku baru ni kita dapat kumpul lebih banyak amalam daripada buku sebelumnya . In Shaa Allah Amin Ya Rabbal Alamin .



ok , untuk selingan , doakan kawan kawan kita yang ada kat Egypt.
semoga diorang dalam keadaan yang selamat . amin .


NOTE : esok dah nak balik kampus lagi , goodbye blog jumpa lagi cuti akan datang . amboi


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH


Saturday, October 19, 2013

runsing

ASSALAMUALAIKUM 

semalam lepak pekena cendol depan sekolah adik aku sementara nak tunggu adik aku balik sekolah . aku kalau pergi sekolah adik aku memang akan lepak sini . sampai Mak Cik menjual ni dah boleh hafal apa aku nak . cendol kurang manis lebih ais . jaga kesihatan kata kau . aku tak nak lah nanti dah tua menderita terlantar sakit . sementara nak tunggu cendol aku sampai tu , aku pun pandang sekeliling . buat buat cuci mata kan . nampak ada budak yang dah keluar awal . ni kes yang merayau tak balik kelas lepastu lagi lima minit nak loceng terus balik dulu . wajib pukul je pastu masukkan dalam perigi kasi lemas takda siapa jumpa . 

dalam pada aku tengah fokus tengok mak cik tu gigih putar mesin kisar ais tu , tetibe aku dengar suara suara manja bebunyik macam gedik menusuk nusuk dalam telinga aku daripada belah kanan aku . aku kalau benda benda camni pantas je aku dengar . boleh buat bahan aku ketawa ceritakan kat adik aku dalam kereta nanti . aku pun menoleh . 

"you nak makan mana satu ? ABC ke cendol ?"

kata pakwe kepada makwe .

"I tak tahu . you nak makan apa ? I suka dua dua . tapi nak satu je"

si makwe menjawab .

dia tanya pakwe , pakwe tanya dia . benda tu berulang sampai nak dekat 10 minit jugaklah tak decide . padahal kau nak minum je kan . kalau aku jadi diorang sorang order cendol sorang order ABC . lepastu kau rasalah tukar tukar . lurus jugak tapi ada hati nak couple . kalau mak cik tu terpacak duduk tunggu order dia aku rasa dah kena hentak dua dua dengan mesin kisar ais tu serentak . kemudian , aku termenung sendirian . kadang kadang aku pun ada perangai camtu . pernah tak kau pergi mana mana lepastu kau nak decide something tu bukan main susah lagi ? nak nak bila dua benda tu kau suka . nak tanya aku ? memang banyak . 

pernah sekali aku nak beli baju , aku rasa macam cantik betul dua dua baju tu . nak beli dua dua memang kopak duit aku semata mata aku suka dua dua baju tu . aku tak nak lah nanti sebab beli dua dua baju tu sampai aku tak makan kan . punya fikir . tanya kengkawan pun tak boleh harap sebab diorang cakap dua dua lawa ikut aku pakai mana yang sesuai . tanya Ibu dengan Ayah pun diorang cakap dua dua nice . ikut mana yang aku minat , decide sendiri kata mereka . kalau aku boleh decide takdelah sampai aku nak tanya semorang kan . rasa nak terbalikkan meja je masa tu mengamuk . lepastu masuk fitting room je dah berkali kali semata mata nak try dua baju tu nak tengok mana yang ok . kalau aku jadi promoter tu aku dah sumbat orang macam aku ni dalam kabinet menjual dia tu . lama punya fikir , at the end aku tak beli pun yang baju aku suka tu , aku beli baju lain . dua dua aku tak ambik sebab aku rasa macam nanti kalau aku ambik salah satu nanti aku menyesal . biar aku tak ambik dua dua lepastu ambik baju lain . bongok tak kau rasa aku ni ? 

ada gak bila aku kat tempat makan . dalam kepala ni punya fikir apa benda nak makan . dah berlegar legar dah gambar makanan tu dalam kepala . kalau boleh bagi orang tengok , aku dah bagi tengok dah . tapi bila sampai kat tempat makan , dah tengok menu jadi macam tak boleh nak fikir . semua benda nak makan . sana nak tunjuk sini nak tunjuk . orang lain dah get ready nak makan apa . yang aku boleh selak sana selak sini menu . boleh kata sampai menggigil kaki orang yang nak ambik order tu berdiri sebab lama . lepastu bila makanan sampai lambat , aku orang first yang complain . padahal aku yang lambat order . weh customer always right tau . tapi cuba kau yang jadi orang order tu , kalau dunia ni takda undang undang aku rasa dah lama dia tembak je kasi mati sebab lama sangat nak ambik order . sama gak macam air . bila nak order teh o ais , teringat pulak yang ada limau . bila dah order teh o ais limau , menyesal tak order teh o ais . aku pun tak tahu apa kena dengan aku ni . kekadang sampai aku kena tanya waiter tu . "eh mana yang sedap eh ?" , dia pun pos pes pos pes cakap itu ini ramai orang order . aku pun percaya . lepas dia dah hantar makanan aku tengok "TRAINEE" . memang kau rasa macam nak mengamuk lagi sekali je terbalikkan meja . cara dia cakap macam dah kerja 7 tahun kat situ kan . 

lagi satu benda yang aku susah nak decide bila tengok wayang . benda tu aku rasa macam masalah besar betul bagi aku . kalau sensorang tak apa . ni yang jenis tengok wayang ramai ramai ni . pastu suruh aku decide . bukan apa , benda benda camni aku tak suka sebab kalau aku decide lepastu cerita tu takbest semua pakat nak kondem aku . kalau orang lain decide bolehlah aku join sekali kondem dia . bila aku kena decide tu puaslah aku dok tweet tanya , dok tengok trailer dia sampai habis quota Internet aku . dan paling rasa macam nak rendam muka sendiri dalam kuah kari bila dah tengok trailer , pastu cerita dia tak best , semua mengutuk aku bagaikan aku ni kalah kat medan perang . aku tahu kau pun pernah rasa macam mana aku rasa kan . lepasni aku nak buat page mangsa mangsa teraniaya tengok wayang . harap korang bolehlah join jadi ahli ok . kenkadang tu dahlah susah nak decide ticket wayang , nak decide air kat kaunter popcorn pun aku terhegeh hegeh lagi . semua benda aku rasa macam nak minum . stress orang belakang aku nak tunggu turn dia . bila suruh kawan kawan aku decide , semua tuding jari cakap "eh kau lah pilih mana mana cerita aku ok je . asalkan ada cerita nak tengok" . lepastu bila kau dah decide and dah beli tiket wayang amboi amboi siap warning awal awal "kalau cerita ni tak best aku pukul kau" . berani nak pukul . aku rendam muka kau dalam air gas strawberry nanti .

pernah gak membe membe tanya aku .

"kau pernah tak orang tanya kau decide sekali je , tak fikir lama lama ?"

tu bagi aku bukan dia tanya , dia perli aku . masa tu rasa nak pukul je dia sekuat hati tapi aku fikir nanti siapa nak teman aku balik kan , aku diamkan je . kalau ikutkan hati dah takda dia nampak aku depan mata . dia nampak ceiling hospital je .

tengah aku berangan angan tu tetibe adik aku dah sampai kat meja aku siap hentak meja lagi nak buat modal dia ketawa konon macam nak bagi aku terkejut . terkejut pun tidak sebab aku dah nampak dia punya bayangan huyung hayang ke kiri ke kanan datang kat aku . tengah aku toleh sambil suap cendol dalam mulut tu tetibe kawan adik aku panggil dia pastu cakap "Shyyra abang kau ustaz ke ?" , sebab aku pakai jubah paras lutut dengan jeans siap bersongkok . fefeeling gak macam ustaz . aku pun senyum manis je gaya gaya macam meng-ia-kan benda tu . pom pang pom pang diorang berbual , tetibe Shyyra cakap "taklah , dia nak gi sembahyang jumaat kejap lagi . kalau dia ustaz betul pun dia takda tokoh nak jadi ustaz"

sedih betul .

semua nak dengki dengan aku kan . gampang . 

tapi aku bet korang mesti pernah rasa macam aku rasa kan ? susah nak decide pasal dua benda dalam satu masa . pasal cinta ? tolak tepi . orang cerita pasal benda sekarang ni . tapi benda ni normal je bagi aku . kalau kau tak reti nak decide mana satu , tinggalkan je dua dua lepastu ambik benda lain . senang tak payah nak pening pening fikir .



NOTE : nak kahwin nanti cemana eh nak decide nak isteri mana satu . mesti keliru kan . 


Twitter : @AizatAbd
Instagram : skullsulivan
Facebook : Eijat Abdullah


Thursday, October 10, 2013

anak kecil

ASSALAMUALAIKUM

sejak kebelakangan ni aku rasa macam malas nak buat semua benda . padahal ada je benda nak buat . tapi bila nak buat rasa macam nak terbalikkan meja semorang . tetibe ko nak tension apahal aizat . dalam kepala aku macam cecepat nak final exam lepastu boleh rilek rilek balik takda penat aku nak stress buat assignment . sakit betul hati beta bila buat assignment sebab banyak benda nak kena redo lepastu ada sleeping partner . pantang betul guwa dengan orang macam tu . memang guwa akan pukul dia guna tembikai sampai pecah berderai . ko citer selalu nak over kan aizat .

masa kecik over aku fikir macam kerja bidang engineering ni senang , check check rumah check check plan lepastu boleh goyang kaki dapat duit tiap bulan enjoy melancong . bila dah sekolah menengah pulak aku ingat macam bidang engineering ni boleh buat modal berlagak dengan kawan yang ko tu engineer tapi sebenarnya bila kau tahu macam mana hidup dalam bidang ni , kau mesti tak nak letak dalam list permohonan upu kau tu . amenda aku ni kan bukan tahu nak support orang . tengah aku dok fefeeling fikir masa depan tu , tetibe Ibu panggil suruh aku pergi beli fish cake sayur amenda semua kat market .

guwa kalau bab bab nak jadi pompuan pilih sayur ni guwa malas sikit . kau bayangkan kau dok pegang bakul pastu pilih pilih sayur . ayu sangat kan rupa . korang buat camtu dari jauh aku hambat korang even aku tak kenal pun siapa korang tu . nak ajak adik adik aku semua pergi tuisyen . nak tak nak pergi gak . start enjin kereta bawak kereta sampai market sambil cuci mata mana tahu ada cik awek yang terseliuh boleh guwa tumpangkan dia sampai ke market kan . dah sampai market pepandai lah dia nak balik sendiri . bila masuk je market aku ambik troli lepastu tolak macam acah acah bawak baby dalam stroller . then lengang je tempat tu . aku pun tak kisah sangat . sebab tempat dia pun macam dah patut bankrup je . aku pergi pun sebab murah . kalau macam ni punya rupa market lepastu harga mahal , memang aku yang bakar kedai ni guna tangan aku sendiri . tak patut betul .

tengah aku pilih pilih susu tin , tetibe ada budak main main tolak troli aku acah acah macam aku pun bergurau nak tolak troli tu kasi kat dia . aku pukul jugak kang budak ni . nasib baik comel . aku pun masukkan tin susu dalam troli then aku blah . pastu dia tetibe bersuara .

"abang abang nak mainan ni boleh tak ?"


aku pandang dia aku senyum sebab aku tengok dia pegang amenda tak mainan kat tangan dia , ko ingat aku tokei market yang boleh offer mana mana mainan kat kau siap bagi discount . kalau dia ni bukan budak kecik , dah aku halau dah sebab ikut je aku kemana mana aku pergi .

"mak mana ?"


kurang ajar betul kan aku tanya dia soklan camtu .

"mama tak bagi beli mainan ni"


aku tengok dekat dekat and rapat dengan budak tu . umur dalam 4 tahun camtu . aku tengok dia pegang kereta tamia punya kotak . kalau aku jadi Mak dia aku pun tak bagi beli . ko main benda tu sehari dua lepastu bila benda tu dah habis battery ko sepah sepah . bukan aku tak tahu bebudak macam ko ni punya perangai . pastu sebab macam kesian aku pun tengok harga benda tu kat belakang . dalam RM9.90 . guwa kalau bebudak mintak guwa benda camni guwa macam kesian sikit . sebab guwa dulu masa kecik cukup benci kalau guwa mintak gula gula kat orang lepastu orang tu tak bagi . rasa nak tarik je bulu kaki dia serentak semua . tengah aku macam nak bagi duit kat budak tu suruh bayar , tetibe datang sorang pompuan rampas tangan anak dia lepastu terus jalan sambil jeling kat arah aku .

umakaih perangai bukan main lagi . lepastu dia macam cakap terkumat kamit macam mengata aku . yang aku dengar sikit dia cakap yang macam dia takda duit pulak nak bayar benda tu . nasib baik masa tu aku fikir yang negara Malaysia ni ada undang undang . kalau tak memang aku dah rendam muka dia dalam tomyam sambil bukakkan mata dia bagi dia rasa amenda tu sakit . bukan nak cakap apa . adab tu mana adab . mungkin dia marah aku bagi anak dia duit , tapi duit pun aku tak keluarkan lagi . plus , kalau kau mampu nak bayar benda tu , anak kau tak akan mintak kat orang lain . sah sah dari awal memang kau tak nak belikan benda tu untuk dia . tak tahulah aku macam mana nasib anak dia lepasni dalam kereta . memang dia bantai agaknya .

aku paling pantang orang yang ada anak kecik pastu nak layan budak tu macam budak tu buat beban je dalam hidup dia . kalau kau tak nak anak , guna cara yang selamat lepas kahwin . takda pening kepala . Allah dah kurniakan rezeki ada anak , jagalah . dah besar kau didik dia bebetul , kau jangan risau , dia sanjung kau punya . nasib baik aku beli sayur je ni dengan susu tin . kalau benda ni free dah lama aku baling tin susu ni kat kepala pompuan tu sampai tembus . budi bahasa budaya kita . acewahhh .


cara cara nak pukul orang yang kurang sopan . sila prektis buat modal nak membangga dengan kengkawan .


NOTE : gangster gak aku ekh . terror betul . untuk yang bertanya , Instagram account saya hanyalah skullsulivan . twitter , AizatAbd . Facebook , Eijat Abdullah . tiada yang lain . dan saya tiada BBPIN . yang ada guna gambar saya as BBM DP dia , tu penipuan besar . tipu dosa mati seksa .


Saturday, September 28, 2013

#OhMyMalaysia

ASSALAMUALAIKUM 

hari sabtu yang cool ni guwa telah bangun awal pagi macam nak pergi sekolah . Puan Ibu telah menggegarkan badan guwa untuk teman dia pergi pasar beli ikan sayur daging untuk buat makan tengah hari nanti . tambahan pula kawan kawan guwa ada kat rumah ni , sementara diorang tidur guwa pergi mencelah dulu dengan Puan Ibu . agak kelakar bila aku gunakan ayat tambahan pula . sekolah menengah sangat kan . sementara aku tunggu Ibu pilih pilih ikan kat pasar, aku pun cari satu port untuk deduduk sambil scroll scroll timeline buat hilangkan rasa bosan .

tetibe.....

"eh ni link video apa pulak ni tetibe ada termention nama aku dengan Adel Asha ni" 

kekonon macam nak kasi gempak tak tahu video tu pasal apa . padahal berulang kali dah tengok and rasa macam nak edit video tu kasi potong part aku . annoying doh aku serious cakap . lepastu aku pun click link video tu . nak tahu amenda gak benda tu kan . bila bukak je , terpampang benda ni .




sebab rasa tak puas hati hanya tengok gambar je , aku pun clik bagi play . nervous jugak rasa . mana tahu tetibe yang berlakon dengan aku tu Yuna ke , Fazura ke kan . boleh buat modal membangga dengan kengkawan .




oh my Gucci ! *ko buat macam gegedik sikit ok bila baca part ni*

aku gelak gila gila ok bila tengok video tu . bukan sebab kelakar , tapi sebab aku rasa macam "eh aizat apa yang kau buat dalam video ni . syohhh syohhh pergi main jauh jauh lah . cut semua part yang kau ada dalam tu" . guwa dah dok gelak gelak sambil pegang perut . dengan muka guwa yang kaku , rasa macam nak tampar diri sendiri je masa tu . yang pastinya Mak Cik Mak Cik yang meniaga kat situ mesti rasa nak pukul aku dengan timun sebab memekak je kat situ tengok video sensorang . tu baru tengok aku ketawa je , belum dia click okay lagi video tu . mahu dihambat aku dengan ikan kerisi .

ok kengkorang yang rasa macam nak pepoyo ketawa macam aku gak , boleh search kat YouTube tajuk video tu "#OhMyMalaysia Episode 3" . takpun kau click je link ni : http://youtu.be/JOy2Jxp7XTc 

kalau tak boleh bukak gak , kau cari je kat twitter aku , @AizatAbd . ajak ramai ramai tengok lepastu ketawakan aku dengan Adel Asha ramai ramai ok ? ok tak lawak . #OhMyMalaysia ni actually tak ditayangkan di TV dan esklusif hanya ditayangkan di YouTube . tengok video video dia dan cuba faham apa message yang diorang cuba sampaikan . bak kata respon respon orang yang dah tengok video tu , "TYPICAL MALAYSIAN SANGAT" . so hari sabtu yang takda benda nak buat ni , korang geledahlah ok cari video aku tu . agak agak rasa macam nak pukul guwa lepas tengok video tu , sila bagitahu .


NOTE : lepasni nak try apply jadi pelakon utama dalam Ombak Rindu 2 lah . 


Friday, September 20, 2013

tong pak fu

ASSALAMUALAIKUM 

guwa rasa agak lama guwa tak singgah jengah kat blog guwa ni . kalau buat tempoyak guwa rasa dah siap boleh makan dah . bukan apa , guwa rasa bila tak update blog memacam benda yang guwa nak cerita , time dah log in tu terus blank tak tahu nak cerita apa . lagipun kisah hidup guwa tak sehebat korang , baca ulang ulang pun nanti muak ye tak . dah banyak aku taburkan segala kata kata manis mahu pun janji manis yang aku akan update blog dalam masa terdekat . tapi bila bukak je ada entry Istana Khayalan ye tak . tak feel kan nak baca . macam cerita budak tadika je . tapi , kau ingat senang nak reka cerita camtu ?! ok tetibe nak emo . 

ahad lepas....

tekak ni terasa nak makan macam macam . almaklumlah guwa kan baru je balik Malaysia . sebelum ni guwa kat New Zealand menetap kat sana . ko aizat kalau cerita nak gempak je kan . apahal entah aku rasa macam kalau boleh tiap tiap benda yang ada kat Shah Alam ni aku nak pergi singgah and makan . siap google google gambar makanan lepastu simpan dalam handphone buat modal nak cari makanan yang sama bila keluar nanti . nafsu buaya betul kan . tak bagus untuk kesihatan . lagi tetibe . kebetulan pulak Meen dengan Didi nak ajak aku keluar jenjalan harini . dalam pukul 10 lebih camtu diorang dah sampai nak ambik aku . pantas betul , selalu pompuan bukan siap lambat ke ? dengan nak make up nya , dengan nak pakai tudung lilit segala tu dah makan 2 jam setengah . aku pun turun lepas dah bertalu talu Meen call suruh turun . 

plan harini nak pergi Setia City Mall sebab Meen dengan Didi nak window shopping . maksudnya tengok tengok or survey sebelum beli barang . bukan duduk kat tingkap sambil tengok orang shopping ok ? faham kan bebetul tu . aku pukul kang . sepanjang aku ada kat mall ni , aku asyik tergaru garu hidung sebab malam sebelumnya aku punya hidung berdarah terkena pintu locker . rasa macam nak pukul je locker tu sampai kemek . nasib baik baju penuh dalam tu , lagipun hidung tak senget , tak menjadi masalah besar . aku maafkan je locker tu . pikir punya pikir lastly makan kat Nando's . kedai punya banyak kat situ pun kitorang still pening nak makan mana . tapi ayam Nando's tu macam tak cukup zat . drumstick dia macam nenek tua punya drumstick kau tahu . 

tak bernafsu aku nak makan ayam tu . kepeng penuh tulang je . padahal harga sama je dengan orang lain punya ayam . macam benci nau pekerja tu kat aku , aku tengok orang lain punya ayam semua tembam . tu yang rasa nak mengamok tu tapi tak jadi . kang masuk berita kang tak pasal nak kena beli spec besar masuk mahkamah . lepas dah makan tu , tekak terasa pulak nak makan benda yang fresh and sejuk . macam ice cream ke , ice blended ke . pon jadilah buat sejuk tekak . cari punya cari , kitaorang pun lalu kedai non halal . guwa cakap bau dia bukan main menusuk lagi . bukan sebab wangi ke selera ke , tapi bau pelik . nasib baik guwa tak muntah kat depan kedai tu . kalau dapat muntah pun best gak , biar owner dia tahu berapa guwa tak suka bau bau makanan kat kedai dia . yang Meen dengan Didi dah pom pang pom pang cakap kedai tu busuk . nak buat caner , tak kan nak tetibe keluarkan ambi pur spray dalam kedai tu pulak kan . then tetibe Didi bersuara .

"eh jom makan kat Tong Pak Fu nak tak ?!"

memula guwa dengar macam Yong Tau Fu . makanan yang ada sup sup tu . so guwa pun macam tak nak sebab tekak ni bukan nak makanan berat . nak reringan je . lepas diorang dah heret aku pergi Tong Pak Fu tu , baru aku tahu benda tu macam ice cream and desert . benda nilah yang aku cari selama ni . padahal baru first time nak try . gayat pulak rasanya kan . satu satu page menu aku bukak sebab nak order apa yang sedap . then aku order Chocolate Snow Ice kot amenda tah , and yang pastinya benda tu camni :




kau jangan tanya aku amenda nama dia . kau pergi Tong Pak Fu , bukak blog aku pastu cari kat menu tu mana satu gambar yang sama macam dalam blog aku ni . yang Meen dengan Didi order mango punya desert . nama tu pun aku tak tahu . baik takyah buat entry pasal ni kan kalau semua benda tak tahu nama . macam tak berguna je aku rasa aku pergi Tong Pak Fu tu tapi apa yang aku makan aku tak ingat . 




tengok amoi belakang tu punya feeling makan sampai tak sempat nak pandang camera kitaorang kan . punya sedap dia makan . lepas order sampai je . aku tengok memang nampak cambest . tapi kalau tak best aku pukul orang tu guna kerusi , tak kira . bila makan je sesuap.....

guwa cakap sama lu MEMANG SEDAP GILA . 

sampai gila aku makan benda tu . macam nonstop aku makan . sedap rasa dia macam best gila . tak dapat aku nak gambarkan or nak lukis camne . rasa dia macam kalau kau nak jumpa Yuna and ambik gambar , tetibe Yuna yang offer nak ambik gambar dengan kau . haaa macam tulah perasaan dia . lebih kurang . tetibe guwa terasa macam nak jengah orang orang dapur yang tengah buat ice cream ni . dari tempat guwa memang boleh nampak dia dari paras kepala ke pinggang . perlahan lahan guwa perhatikan . tengok uniform diorang macam nak masuk selamatkan orang dalam kebakaran . dengan topi dia , topeng muka , sarung tangan , apron , boots dia . cukup dah syarat syarat dia nak join bomba . lalu aku memerhati .

rasa macam tingkatan 5 betul guna tatabahasa memerhati tu . tak lawak pun kan . 

punya terpegun aku tengok pekerja dia ke kiri ke kanan seakan mengikut rentak irama dia buat ice cream tu . tangan seakan menari Mak Yong letak bahan dalam ice cream tu . guwa jadi kaget bangettt sih . betul ke apa aku cakap tu ?  mahu kena hentak kalau salah . masa zaman aku dulu takda ice cream ice cream snow ni . makan ice cream pop yang kalau ada seposen pun dah dapat sebatang . pastu kongsi dengan abang . siapa beli dia dapat bahagian yang panjang . sekarang siap ada snow snow kan . gayat pulak rasanya . aku belek belek balik menu . bukan ada snow je , summer pun ada . aku berfikir , kalau summer tu adakah dia akan sediakan air panas kosong je sebagai menu ?

aku kembali melihat . semua pekerja dia seakan lincah buat kerja . tapi order kawan kawan aku lambat gak sampai . yang penting dalam pada aku memerhati tu , dah nak dekat separuh ice cream aku ni habis aku makan . yang Meen dengan Didi bila order dah sampai tak habis habis cakap "OMG SEDAPNYA" , "OMG BESTNYAAAAA" , kalau ada calculator masa tu , boleh aku calculate nak dekat 34 kali mungkin diorang cakap benda tu . tapi memang sedap pun ice cream dia . awal awal guwa dah ambik gambar buat modal guwa nak promote kat kawan kawan nak cakap tempat tu best . dulu ada gak nampak kedai ni tapi tak terasa pun nak masuk . tak tahu pulak dia ada snow snow bagai kan . bak kata membe guwa , kalau pergi luar negara musim winter , tinggal bawak bahan macam mangga ke , coklat ke , kacang ke sebab nak dapatkan snow tu kutip tepi jalan je .

"gampang"

aku punya ingat ada free ice ke kan kat mana mana kedai . 

jadi korang yang memang penggemar ice cream macam aku ni kan , korang bolehlah pergi ke sana . aku tak tahulah benda tu ice cream ke apa . yang penting rasa dia best . just cari je Tong Pak Fu . kalau jiran korang ada nama Tong Pak Fu and jual ice cream pop depan rumah , itu bukan ye . Tong Pak Fu tu lebih kurang camni :




selamat mencuba ! guwa , Meen dengan Didi lepas balik tu asyik cerita pasal benda tu je . bila dah makan setiap hari kau akan rasa nak makan je benda tu . serious cakap . 


NOTE : pernah try nak buat ice blended sendiri , lepastu mesin blender tu rosak sebab ice sebesar alam . habis kena bebel dengan Ibu Norry .