ASSALAMUALAIKUM
ok , jangan tanya dulu kenapa aku masukkan gambar kat atas nie sebab kejap lagi aku akan cerita sebab nak terangkan dulu kenapa aku letak tajuk entry aku macam tu . ok , first kenapa aku letak ? sebab memang aku gembira sebab sekarang aku dah sampai umah kat melaka . ok , jeles tak ? *seorang pun tak jeles . then sebab kedua aku letak sebab program yang department aku anjurkan juga tamat and that the last activity yang sangat membuat aku gembira . bukan aku je , nenek , opah , atok semua gembira .
seperti yang korang semua sedia maklum , *ceh , mengalahkan korang sebilik je dengan aku kan , department aku baru je buat satu event yang dinamakan BISA MASUK KAMPUNG yang mana dikenali juga atau memang nama dia pun iaitu program anak angkat . ceh , semua akan diangkat laa nie . ok , siryes program ini sangat meriah and dapat sambutan yang menggalakkan ? apa ? korang cakap aku buat cerita bohong ? haaa , inilah masanya untuk terangkan kenapa ada gambar kat atas tu . haa , itulah gambar yang kami take kat sana . even aku dilindungi ramai orang .
program ni berlangsung selama 2 hari 1 malam . even sekejap tapi memang happy . actually nak buat 3 hari 2 malam tapi disebabkan cuti mid term yang jatuh pada tarikh yang sama , so terpaksalah disingkatkan menjadi 2 hari je . nak kena cerita ke pasal aturcara program ? ok disebabkan semua suruh aku pun start laa cerita *even takde orang pun suruh (*_____*)
at first masa pagi tu bertolak dari kampus around 9 . jadual dah lari sikit sebab semua berkumpul lewat . cehh , konon semua nak sharp pukul 8 kann . haha . then bertolak naik 2 buah bas . around 1 hour laa jugaa bertolak ke sana . sampai je tengok ramai dah penduduk kampung pasir gajah tunggu kami . ok siryes ramai yang nak ambil kami jadi anak angkat sebab expect 10 keluarga je tapi yang nak amik 22 keluarga . tercengang laa jugak kitaorang sambil ternganga-2 . then bila sampai mcm biasalah ucapan pembukaan . and mcm biasalah kalau time ucapan pelajar-2 mulalah tak dengar dok amik gambar laa , apelah . buat bazir air liur ketua kampung tu je . then tibalah masa yang ditunggu-2 oleh pelajar sebab after this mereka akan diagihkan kepada keluarga angkat masing-2 .
then aku dapat ngn roommate aku and also classmate aku and 2 orang budak junior . duduk kat rumah uncle taufik . ok , rumah die best sebab ada opah yang periang =D . then petang tu ingat nak jalankan acara sukan but tertangguh sebab ramai-2 dijemput untuk makan durian sampai dah tak boleh bangun dah sebab kekenyangan . makan pulut+santan+durian ? best laa jugak . sedap-2 even selalu aku tengok orang makan dengan nasi . lepas dah hampir tak larat nak bangun , petang tu sempat pergi pasar malam . and disebabkan makan durian yang banyak , sempat laa jugak aku demam and tidoo awal . ok , pening .
esokknya hari yang mana program kami akan berakhir tapi pagi ni ada aktiviti dan juga acara yang telah kami rancangkan . masa gotong royong untuk masak makan tengah hari memang best sebab semua turun dengan family angkat masing-2 and yang bestnya aku , lela , yas , mel and alia pergi petik limau kat kebun limau sebab nak buat air . memang geram sebab limau dia banyak and besar-2 . and memang geram juga sebab banyak kerengga yang gatal-2 nak stalker masuk dalam baju and seluar . cehhh !
then petang tu kami akan pulang ke kampus . semua muka keluarga angkat dalam kesedihan . kami hanya melambai-2 je dari dalam bas . takpe , bulan puasa and raya nanti dapatlah pergi rumah mereka sebab puasa tinggal lagi beberapa minggu je lagi . so nanti kalau ada masa lapang kami datanglah ke sana . kepada penduduk Kampung Pasir Gajah , terima kasih atas kesudian anda untuk menerima kehadiran kami dan memeriahkan lagi program yang kami anjurkan . so , hope nanti jika kami jalankan program ini , kami akan mendapat sambutan yang seperti ini .
No comments:
Post a Comment