first time aku nampak kau time kita keluar , kau , aku , Arriq , Danny and Ayed . aku mula mula macam ehem . ohh budak baru ke ? sebab first time arriq bawa kau lepak sama dengan kitaorang masa tu kitaorang janji nak pergi tournament bowling sama sama . sebab selama ni just aku berempat je dengan diorang . kali ni kita berlima . aku tengok kau macam pendiam so aku pun diam sajalah sebab aku memang jenis macam ni , tunggu orang yang bercakap dengan aku sendiri , bukan sebab aku sombong or apa but sebab aku takut aku yang terhegeh hegeh kat orang tu . but kau selalu senyum even dengan orang yang kau baru kenal . kau hulur tangan kat aku :
MOHD AIREYLL HAYKALL , BUDAK BARU KAT SINI , MEANS BARU PINDAH KAT SINI
even kau nampak pendiam , but kau peramah . at first aku macam takut takut juga nak tegur kau sebab aku ingat kau sombong based on muka and gaya kau . but kau ubah pandangan aku kat kau . and sejak first day kau join kami , so bertambah lagi geng berjimba aku menjadi lima orang . yes kitaorang senang dengan perangai kau . makin lama kau makin rapat dengan aku sebab kau kata aku banyak cakap even sebenarnya akulah yang pendiam . masa first time kau ajak aku pergi rumah kau sebab ada kenduri kau pindah rumah baru , baru aku tahu yang kau adalah kacukan Jerman and kau sendiri lahir kat Jerman and masa umur 4 tahun kau back to Malaysia sebab ayah kau orang Malaysia . yes memang aku admit muka kau memang dah menampakkan kacukan Germany kau . and hari itu jugalah aku tahu yang kau anak tunggal sebab kau jenis yang tak suka bercerita tentang diri kau sebab kau senang mendengar cerita orang lain .
makin lama kau menjadi kawan baik aku , lebih rapat daripada Arriq , Danny and Ayed sampaikan orang cakap aku abang kau sebab orang kata aku lebih berdikari sikit daripada kau , kau lebih selalu minta pendapat aku sebelum make a something . even muka aku nampak lebih babyface dari kau haha . selalu aku cakap macam tu but kau terus je senyum and kau cakap aku memang takda babyface tapi aku ada rambut blonde . and benda tu selalu buat aku dengan kau ketawa terbahak bahak , entah kenapa aku tak pernah nampak kau masam , nampak kau sedih . orang selalu cakap bila jumpa kau dengan aku :
KAT MANA AKU NAMPAK EIJAT KAT SITU JUGALAH AKU NAMPAK HAYKALL
aku faham maybe sebab kau takda abang , kau selalu lepak rumah aku . aku tak pernah kisahpun sebab aku pun okay je berkawan dengan kau . makan sama sama , and Mummy kau juga selalu ajak aku tidur rumah kau . pernah one day masa kita buat kerja kat Starbuck dengan Ayed kau tiba tiba bersuara , kau cakap :
EIJAT , KAU PERNAH RASA HAPPY TAK ?
aku dengan Ayed just ketawa je , aku cakap kenapa kau tiba tiba cakap macam ni ? yang Ayed pulak tak henti henti ketawa sebab dia kata soalan kau macam nak minta lempang guna kaki . but bila aku pandang muka kau , kau serious . then aku macam tak sampai hati pula nak jawab . aku pandang Ayed , then Ayed stop ketawa . then kau pandang Ayed , kau tanya dia , pula . then aku start buka mulut . aku cakap kat kau :
SEMUA ORANG AKAN RASA HAPPY , EVEN DIA BUAT ORANG KETAWA PUN DIA DAH BOLEH HAPPY , KADANG KADANG KITA SENDIRI TERSENYUM PUN KITA DAH BOLEH HAPPY , KAU KENA INGAT HAYKALL EVEN KAU SAKIT PUN BUT KAU BOLEH BUAT ORANG HAPPY PUN KAU AKAN RASA SIKIT HAPPY
kau tanya pula kat Ayed , Ayed just diam je then dia jawab "aku happy dengan diri aku" , then kau buka mulut , kau cakap :
AKU JUST NAK HAPPY , AKU TAK PERLUKAN SEMUA KEMEWAHAN
then kau sambung buat kerja ubah topik lain , even kau dah ubah topik but aku macam ada rasa something yang kau cuba sorokkan . one day kau bagitahu aku yang kau dah together dengan Nisa , aku macam pelik sebab macam mana dia boleh jatuh cinta dengan Nisa padahal mereka rapat . then dia pun cerita , aku rasa macam nak ketawa pun ada . and sejak daripada tu aku nampak kau sangat happy dengan Nisa . dalam hati aku just cakap :
KAU DAH DAPAT PUN HAPPY TU BROTHAA
one day masa aku lepak dengan Arriq , Ayed and Danny , Ayed tanya Arriq kenapa kau pernah cakap kau nak happy . masa tu ada aku ajak kau join but kau cakap yang kau kena pergi teman Mummy and Daddy kau dinner . ok tak apa kami keluar berempat . masa Ayed tanya , Arriq just senyum je , Arriq cakap yang kau sebenarnya sunyi . Daddy kau Private Engineer , selalu ada project sana , project sini , bila weekend pun Ahad sahaja kau boleh jumpa Daddy kau itupun kalau Daddy kau tak ada project . Mummy kau pula always busy dengan work and kadang kadang sampai pukul 9 10 malam baru balik rumah . even kau tak pernah cakap sunyi tapi Arriq boleh nampak yang kau sunyi . Arriq cakap kau rapat dengan Mak Cik Maznah , orang gaji kau sebab setiap hari dia yang rajin layan kau , Arriq cakap juga Mak Cik Maznah selalu dengar kau cakap kat dia yang kau just nak happy , bukan kemewahan . and sejak hari itulah aku tahu kenapa kau cuba paksa tersenyum even kau sendiri tak dapat kebahagiaan dalam hati kau . and sejak daripada hari itu jugalah aku tahu macam mana kau belajar tersenyum dalam kesakitan . even kau dah ada Nisa , tapi kau still rapat dengan aku , even kau nak buat apa sekalipun mesti kau akan tanya aku dulu , hinggalah kita dah nak SPM . one day before paper last tu , kau cakap kat aku :
EIJAT MASA AMBIL RESULT NANTI PERGI SAMA DENGAN AKU , NANTI DAH SUSAH NAK JUMPA
then aku pun ok jelah , sebab aku ketawa masa tu , aku cakap last paper pun tak jawab lagi kau dah fikir ambil result . sebab dia ni kira best student jugalah . and after paper , aku dah jarang dah jumpa kau . kalau jumpa pun masa kita lepak berlima . but kalau nak tunggu kau datang lepak rumah aku tu memang harapanlah kan . pernah gak aku jumpa Nisa masa aku dengan adik aku pergi beli baju , but Nisa kata dia selalu contact kau but korang jarang keluar sama . sebab kau busy dengan English classes . mula mula aku macam ok , but bila balik aku fikir balik , English kau is the better among people in school sebab Mummy kau sendiri dah ajar kau speaking sejak kecil but then kau ambil English classes ? aku diam jelah sebab aku malas nak fikir buruk . lama juga aku tak jumpa kau , Arriq , Ayed and Danny sebab sometimes aku pergi Shah Alam semua kan . then one day before result , kau text aku :
EIJAT , ESOK KAU TUNGGU AKU KAT GATE SEKOLAH , AFTER AMBIL RESULT , AKU DAH CAKAP DEKAT ARRIQ, AYED DENGAN DANNY
then after ambil result lama juga kitaorang tunggu kau , lambat juga , then aku pun lepaklah dekat kedai cendol yang selalu kau suka makan tu , even kau ni memilih makanan nak mati , but cendol kau suka . sometimes kau ni kelakar . then lewat juga kau sampai , aku tengok kau dengan Mummy kau , Mummy kau keluar sekali , and tahniah Haykall kau dapat 9A+ and satu lagi B + . aku dah agak itulah yang kau akan dapat , kau kan best student . after kita borak borak , Mummy kau ajak balik sebab dah lebih satu jam setengah . tapi muka kau dari tadi aku tengok gelisah je pandang kiri kanan . then masa Mummy kau dah masuk kereta , kau cakap yang kitaorang kena datang juga rumah kau after balik . then bila lepas tu kitaorang straight jelah pergi rumah kau sebab aku drive kereta . sampai kat rumah kau Arriq tiba tiba cakap :
KALL , KAU NAK PINDAH KE ? KENAPA RUMAH KAU KOSONG ?
kau senyum and kau cakap ya , kau nak pindah . Ayed semua terkejut but aku blur blur masa tu sebab aku ingat kau main main . then aku cakap , kau nak pindah mana ? rumah lain ? then kau tumbuk perlahan perut aku . tak sakit pun sebab macam gurau gurau kan . then kau cakap :
AKU BACK TO JERMAN , DADDY AKU DIA NAK CARI LIFE KAT SANA
then masa tu aku macam ohh kenapa kau tak cakap awal awal ? then sekarang baru nak bagitahu . kira macam terkejut badak jugalah but acting like cool . Arriq macam nak marah kau , but aku cakap kau mesti ada sebab buat macam ni . but bila aku fikir balik , at least kalau kau tak nak cakap kat diorang , kau boleh cakap kat aku kan . selalu boleh je kau cakap . aku tanya Arriq kau kecil hati ke ? then Arriq cakap tak but rasa macam hampa sebab kau buat macam ni . Ayed dengan Danny pun . entah kenapa aku macam faham kenapa kau buat macam ni , aku try cool down . aku cakap nak marah macam manapun dia dah nak pergi pun dah today , tak kan nanti dah susah nak jumpa kau still nak marah , ni mana tahu last kita jumpa dia ke , then diorang start faham . but now masa tulis ni bersamaan dengan 15 April 2012 , aku terfikir , kenapa orang suka pergi jauh jauh tinggalkan aku ? back to story , Mummy kau panggil suruh masukkan beg dalam kereta , Daddy kau pun ada , kitaorang just tolong je . but muka kau still nampak gelisah , sana sini kau pandang . kitaorang tak syak apa apa pun . then masa Mummy kau cakap nak bertolak tu kau bagi alasan yang kau tak puas lagi lepak sama , then Mummy kau cakap jangan lama lama nanti nak kejar flight . then sampai masa dah kau nak bertolak , muka kau memang sedih aku tengok . kitaorang ingat lagi semua benda yang kau cakap kat kami :
#ARRIQ : kau jaga diri , even nanti kita tak jumpa dah sebab aku kat Jerman , but thank you kau kenalkan aku dengan kawan kawan kau yang mana dah jadi kawan kawan aku , aku sayang kau arriq , even ayat aku macam gay tapi inilah apa yang aku nak cakap , orang kata kekasih boleh cari , sahabat susah nak cari - then kau peluk Arriq
#AYED : ayed , aku tahu dalam kita berlima ni kau paling nakal , thank you jadi kawan aku , selalu buat aku ketawa dengan lawak kau . kau jaga diri , jangan nangis ok *tak menangis pun* , aku pun sayang kau ayed , bila dah kahwin nanti jangan lupa ajak aku , aku dah tempah nak jadi pengapit kau . and aku akan ingat cakap kau "aku happy jadi diri aku sendiri" - tumbuk perlahan perut ayed and peluk
#DANNY : eh eh abang handsome , chill bro , sorry aku tak bagitahu semua pasal ni sebab aku ada sebab aku sendiri kenapa . then kau Danny , even kau selalu perasan comel , aku admit kau memang comel haha , and Danny , friendship never end ok , aku sayang kawan kawan aku semua , kau senyum selalu , kata nak handsome kan - peluk Danny
#AKU : eijat , seriously aku memang sedih nak tinggalkan friendship ni sebab kaulah yang paling rapat dengan aku , kaulah yang selalu dengar apa yang aku cerita . lepasni kau jangan rindu cerita aku tau . aku dah anggap kau abang yang terbaik bagi aku , kau selalu ada dengan aku , but sorry bro aku tak bagitahu kau semua ni . ingat aku sayang kawan kawan aku semua , jaga diri bro , aku akan ingat cakap kau , senyum even kita terluka - peluk kuat aku
then aku nampak mata dia macam berkaca tapi dia tahan . Mummy dia dah lap airmata , yes Mummy and Daddy dia sangat baik , cuma sibuk dengan kerja buat mereka selalu takda masa dengan Haykall . masa kereta dia bertolak , kami just lambai , Haykall senyum and cakap :
YOU GUYS ARE THE BEST EVER , GOODLUCK ! SEE AGAIN ASSALAMUALAIKUM
and start from that , tinggallah kami berempat . selalu juga kitaorang YM kau but makin lama masing masing busy dengan commitment masing masing sebab masa tu semua nak apply sambung belajar , then makin lama makin lost contact . pernah sekali aku YM kau banyak kali tapi kau tak balas dah . aku pun tak tahu kenapa and aku just fikir positif , even lama dah tak contact , aku masih ingat lagi siapa kau , Mohd Aireyll Haykall yang pernah jadi kawan aku dulu . one day , aku terima email daripada someone masa aku tengah final exam , aku buka and keluar nama Hanisa Adam . aku pelik sebab dah lama aku tak contact Nisa and aku hampir lupa tentang dia , yang aku ingat kau together dengan dia . seriously tak terlintas nak tanya kau pasal dia before kau pindah . then aku buka email tu and aku baca . Haykall , kau buat aku terkejut Haykall . for those yang nak baca , klik entry bawah ni :
RINTIHAN SEORANG GADIS , HANISA ADAM (KLIK ENTRY)
lepas je baca email Nisa , aku terkejut Haykall and aku fikir balik , sebab ini jugalah kau selalu tak balas email kitaorang . masa aku dapat email tu aku memang tak sangka and aku berdoa yang kau akan kembali macam dulu balik Haykall . setiap yang berlaku tu mesti akan ada kebahagiaan buat kita ! macam aku cakap smile even pain , aku tak tahu yang now kau masih ingatkan aku , Arriq , Ayed and Danny ke tak , but kami akan always ingat kau , support kau even kau jauh dah sekarang . memang kami tak sangka this happen kat kau . but Haykall , jauh macam manapun kau , lama macam manapun kita tak jumpa , aku masih ingat semua ni .
15 APRIL 2012
today kan ? and today is your birthday Haykall . even aku tak tahulah yang kau baca or tak entry ni , aku , Arriq , Ayed and Danny nak wish Happy Birthday untuk kau Haykall . even kau tak ingat lagi ke kat kami kan Kall , kitaorang tetap nak wish juga sebab bagi kamilah kaulah sahabat , kaulah adik beradik kami . aku harap umur baru ni make kau lebih kuat , a hero never give up even he is fall for many time Haykall . aku tahu even kau tak rasa kesakitan yang kau alami sebab kau tak ingat apa apa , tapi bagi kami kau terseksa , ingat Kall :
SMILE EVEN IN PAIN , WHEN LIFE GIVE YOU HUNDRED REASON TO CRY , SHOW LIFE THAT YOU HAVE THOUSAND REASON TO SMILE
macam manapun lemahnya seseorang tu , pasti akan ada waktu untuk dia bangun and terus berusaha , even kau dah jauh Kall , kami tetap rasa kau ada dekat dengan kami . tak pernah hilang dalam ingatan kami .
KAWAN TU MACAM GULA GULA GETAH , EVEN RASA MANIS DIA DAH HILANG , DIA TAK AKAN LARUT DALAM MULUT KITA , EVEN KITA TAHU DIA AKAN KELUAR DARI MULUT KITA NANTI
memang susah nak bagi kau hadiah Kall sebab kau dah jauh , but kau anggaplah memori kita semua tu as hadiah birthday kau dari kami , even Arriq tak bagi aku masuk gambar kita keluar , gambar kau sebab Arriq cakap itu privacy kau , but aku nak kau tahu , setiap gambar ada memori yang kita semua pernah kenal dulu . even sekarang just boleh tersenyum je bila ingat . and Haykall , aku harap makin hari kau makin kuat . aku happy dengan life aku sekarang , setiasa positif dalam hidup and sentiasa tersenyum even ada orang nak jatuhkan aku . Arriq pun sama , dia cakap dia harap kau akan back one day untuk senyum kembali ketawa dengan kitaorang . kalau ada jodoh kau dengan Nisa , kami doakan yang kau akan back to her one day Kall , dia always tunggu kau buat dia kembali tersenyum . Ayed masih dengan gila gila dia Kall and dia cakap dia tunggu kau untuk jadi pengapit dia one day nanti , and Danny , masih perasan diri dia handsome macam dulu . Kall , even kami tak nampak kau macam mana sekarang , but just satu je kami nak cakap :
FRIENDSHIP ISN'T ABOUT BEING INSEPARABLE , IT'S ABOUT BEING SEPARATED AND NOTHING CHANGES , MEMORIES
and Mohd Aireyll Haykal , jaga diri , hiasi peribadi , HAPPY BIRTHDAY brothaa , peace !
cc : Afiq Dzarriq , Zahed Ashraf , Iman Danial and Hanisa Adam
NOTE : hanya kawan sejati yang tahu macam mana kesakitan kawan baik mereka
No comments:
Post a Comment