ASSALAMUALAIKUM
kehadapan bakal isteri yang tersayang di masa hadapan *aku pun tak tahu siapa*,
actually awak , saya pun tak tahu and tak kenal siapa awak sebab saya pun tulis surat today kan , tak tahu pun bila jodoh saya dengan awak akan sampai , maybe masa umur saya 40 tahun ke , mana tahu kan . but awak tetap kena baca juga surat ini dengan teliti , jangan asyik nak tengok cerita Ombak Rindu terjerit jerit bila Aaron Aziz keluar , ni hah baca surat dari duplicate Aaron Aziz *buat muka bajet handsome* . eh eh mesti awak tertanya tanya kan jantan mana yang suruh awak baca entry ni . how dare awak panggil saya jantan bukan lelaki . baling tembikai lapan biji kang , okay okay tak mahu gaduh gaduh , awak kan bakal jadi isteri saya kan kan , senyum sikit ? alololoooo macam Norlia Ghani dah tu muka senyum , manis sikit senyum tu . ni saya nak cakap ni *lipat lengan baju macam kiah jual ikan masin* , kalau awak nak kahwin dengan saya , mestilah awak perlu tahu kan apa yang saya suka and saya nak kan , kata nak jadi isteri mithali kan , kalau tak nak nanti jangan lupa tuntut fasakh , boleh saya buat surat buat bakal isteri Version 2 , ini Version pertama . okay saya pun malas nak cakap banyak , saya tahu awak pun dah muntah darah dah nak baca bebanyak kan , so kepada bakal isteri saya , silalah baca dengan teliti apa yang saya suka and tak .
#ORANG MAIN RAMBUT SAYA
dalam banyak banyak benda awak tahu saya paling tak suka benda ni . kalau its happen automatically saya akan turn on untuk marah , tak kira dia budak kecil ke apa . but takdelah sampai saya nak mengamuk tak tentu pasal kan . saya kan sayang kat awak nanti , kalau main main rambut manja tak apa *buat muka gatal tahap karma* . contohnya macam adik adik saudara saya ni bila saya duduk menghadap TV , nanti dia datang kat saya and cakap camni :
EHH RAMBUT ABANG EIJAT CANTIK *lepastu terus pegang
automatically saya terus tepis and then terus pandang dia . even adik adik saya sendiri kalau nak pegang or nak sentuh area area kepala saya memang dia cari pasal untuk saya marah dia . kerek gila kan saya ? mengalahkan rambut mahal . rasa macam diri ni tak berguna je . but bila fikir balik memanglah nak marah , nak setting setting rambut *broken tatabahasa* tetibe ada orang sesukahati nak pegang , nak setting rambut dahlah lama , nak rosakkan tu 3 saat pun tak sampai . rambut aset lelaki tahu ? apa ? awak ketawa apa saya cakap ? awak cakap saya Jaafar Onn ? okay bayangkan saya datang kat awak then tarik shawl awak macam filem hindustan selalu tarik sari tu , apa rasa ? macam rasa nak baling dengan tembikai then pijak pijak lelaju kan ? *cerita penuh gaya macam SM Salim* , so saya harap awak tahu , nanti jangan mengada bila awak tengah ikatkan tie saya masa saya nak kerja , awak serabutkan rambut saya , nanti saya tak nak balik rumah lunch sama sama , suap awak makan . so jangan buat ok ? kalau tak buat nanti setiap pagi nak pergi kerja saya kiss lembut dahi awak ok ?
#ICE CREAM AND MASAK
awak awak awak , dengar lahni , saya suka makan ice cream tau , tak kiralah apa jenis sekalipun asalkan nama dia ice cream saya redah je awak . and awak awak awak , saya nak setiap kali bila saya lepas kerja , awak tunggu saya kat depan rumah dengan ice cream . yelah , bukan demand lah awak . but kalau saya dah penat penat , tension dengan kerja kat office , saya nak tengok senyuman awak yang manis bersama ice cream . sejuk je mata memandang nak nak sejuk tekak and perut bila dapat ice cream kan . so setiap bulan kena call lori paddle pop suruh hantar ice cream kat banglo mewah kita *rumah tak nak kalah* , so tak payah awak susah susah nak pergi kedai belikan saya ice cream . nanti kita makan sama sama tau , awak suap saya , saya suap awak . time masak pun sama , kalau kita masing masing dah ada rumah , saya nak tolong awak masak , baru comel macam Aaron Aziz kan . so mesti awak gembira kan nak dapat kahwin dengan saya . apa dia ? kalau awak dalam pantang masa bersalin and mama awak jauh kat kampung ? tak apa awak , awak duduk rest , saya buat kerja rumah ok ? even macam apalah ni poyo je cakap macam ni tapi tak buat kan , but saya akan cuba selagi saya boleh ok awak ? saya akan buatkan bubur awak pagi pagi and kita makan sama sama , lunch awak nanti saya belikan kat kedai boleh tak ? sebab saya kan busy dengan kerja , saya takut saya tak sempat nak balik . and malam baru saya masakkan untuk awak , saya suapkan awak makan , tapi kalau awak tak suka saya buat macam ni tak apa , hari hari kita makan kedai okay ? tapi satu je saya nak , weekend memang wajib kita untuk masak sama sama and tengah hari kita makan ice cream sambil tengok murai.com ok awak ?
#SAYA CINTAKAN AWAK
awak , awak ohh awak , janganlah buat muka durian mandul bosan baca benda ni , kan awak akan jadi bakal isteri saya , so bacalah bebetul . kang saya kahwin dengan Shila Amzah kang baru tahu . even dia dah berusia sikit , tapi bak kata orang cinta tak mengenal usia , ewahh . dahtu bila tak buat muka bosan awak janganlah buat muka blurr awak dengan tajuk kecil kat atasni "SAYA CINTAKAN AWAK" . saya just nak cakap kat awak , setiap hari , setiap masa after bila kita jumpa , saya nak awak cakap SAYA CINTAKAN AWAK sentiasa kat saya . sebab kalau kita tak cakap nanti makin lama awak makin tak sayangkan saya . awak mesti pelik and rasa macam nak baling saya dengan kelapa kejadah apa saya nak suruh awak cakap kan , simple is I LOVE YOU right , tapi awak , awak akan lebih ikhlas cakap SAYA CINTAKAN AWAK daripada awak cakap I LOVE YOU . no matter what kalau sekarang ni awak cakap , apelah lelaki senget otak tak betul ni merepek kan , padahal tak tahu lagi dengan siapa dia akan kahwin kan , but saya pasti , kalau dah ditetapkan jodoh awak dengan saya , even awak pergi lari London nak pergi jumpa Edward Cullen ke , one day awak akan datang kat saya dengan tujuan untuk jatuh cinta pada saya , and masa tu saya akan cakap :
JADILAH YANG HALAL UNTUK SAYA AND AMBILLAH TEMPAT AWAK DALAM HATI SAYA
awak janganlah ketawa , memang sekarang saya gila tulis surat awal awal , kang bila dah kahwin awak pula yang tergila gilakan saya kan . macam mana semua orang tergila gilakan Rosnah Mat Aris *kenapa nama dia tetibe masuk dalam surat aku ?!*
#SENTIASA BERSAMA
awak , saya nak cakap sikit ni . saya tahulah kan , setiap pasangan tu mesti akan ada bergaduh . but awak dengar lahni , saya serious ni , even macam manapun kita gaduh , saya nak kita settle benda ni dengan cara baik ok , sebab saya tahu , even saya tak tahu siapa awak , one day saya akan terlalu cintakan awak , sebabtu saya nak sentiasa ada dengan awak . even awak nak marah saya , awak nak baling saya dengan tembikai , dengan batang mop , dengan TV plasma sekalipun , saya akan pergi kat awak and berdiri kat depan awak supaya awak tak melangkah pergi . masatu saya nak awak pandang mata saya dalam dalam , saya nak awak tahu yang saya terlalu cintakan awak masatu . saya tak nak awak pergi , kalau awak pergi , awak bawa senyuman saya sekali pergi . bila awak sedih saya tak nak awak sedih sorang sorang . saya nak selalu ada dengan awak , peluk awak and lekapkan kepala awak di dada saya and nak awak tahu , awak sentiasa ada dalam hati saya . saya nak jadi bahu yang boleh awak letak kepala awak saat awak perlukan seseorang saat awak sedih . saya nak awaklah yang akan menemani saya setiap malam lihat bulan , saya nak jadi bulan untuk awak , sebab even jauh macam manapun kita berjalan , bulan akan sentiasa akan ada bersama kita . awak ketawa apa yang saya cakap ni , but awak , ikhlas daripada hati saya apa yang saya cakap ni . awak janganlah ketawa , kang saya tak terima nikahnya kang baru awak tahu awak akan jadi andartu seumur hidup . takut tak takut tak ? *angkat kening macam Ziana Zain
dan awak bakal isteri saya ,
saya tahu one day nanti kita akan berjumpa . awak bawa cinta awak and saya bawa hati saya . tak kiralah kat mana mana awak akan jumpa saya and kita akan jatuh cinta , but saya nak awak tahu , saya nak mulakan hidup kita dengan :
AKU TERIMA NIKAHNYA
saya nak kita always happy , itulah apa yang semua orang nak . even sekarang saya pun tak tahu awak ada kat mana , tapi saya nak awak baca and ingat surat ni betul betul . supaya masa kita jumpa nanti , bila awak tanya saya pasal benda benda kat atasni , tahulah saya yang selama ni awak stalk hidup saya *muka berlagak macam Harun Salim Bachik* . and awak , saya akan cuba jadi suami yang terbaik untuk awak , papa yang terbaik untuk anak anak kita , Syalee and Leesya . eh eh tak , mana ada saya dah fikir nama anak kita , tu anak apek kat pasar masa saya teman mama saya pergi pasar saya ambil kejap . pinjam pinjam . and saya nak awak sentiasa ukir senyuman awak , sebab itulah juga yang akan buat saya tersenyum . saya harap macam mana cepat , macam mana lambat , kita akan berjumpa juga satu hari nanti and akan jatuh cinta . and awak bakal isteri saya , saya nak awak tahu juga , saya peminat Yuna , okbai .
bakal suamimu yang handsome,
Aizat Abd
(y)
ReplyDelete(y)
ReplyDelete