kiri kanan kiri kanan kiri kanan *semangat PLKN* eceh mengalahkan budak PLKN boleh baca blog aku pulak kan sekarang . rasa macam diri ni tak berguna je bagi semangat kat diri sendiri . okay apa khabar cantik and kacak semua ? apa dia saya lagi kacak ? eh itu saya dah tahu dah sejak dari dulu *kena rejam lembing dengan lapan orang haters* . berani nak bunuh aku ? jadi hantu Maya Karin kasi cekik kau baru tahu macam mana erti terberak dalam seluar masa tu . actually aku memang tak sihat today and semalam dan minggu minggu lepas , serious aku rasa macam nak habiskan hidup aku ni dengan tidur je . tapi sebab aku dah takde kerja nak buat , nak bergosip dengan Rosnah Mat Aris pun dia ada shooting cerita Ombak Tsunami , so baik aku cerita pasal kedai mamak . apakah mamak ? kalau rasa nak kena tembikai dalam enam biji kau buat buatlah tak tahu . benda tu akan sampai tepat kat muka kejap lagi . nak dijadikan cerita *bergaya alaa Aaron Aziz* , malam tadi tengah aku lepak lepak dalam bilik dengan suasana yang amat menggiurkan di malam hari , tiba tiba aku rasakan gegaran yang kuat , aku pegang katil , apakah itu ? rupanya vibrate PING ! dari membe aku sebanyak 19 kali , kau ada rasa macam nak suruh aku lempar orang kat dinding berulang kali tak ? then aku buka BBM , read BBM from Danni :
IJAT , JOM LEPAK MAMAK , AKU , KAU , ARRIQ AND AYED , SEKARANG !
then aku pusing kiri kanan kiri kanan sebab aku memang malas nak keluar , dengan sakit bagai , and sejuk sejuk macam ni memang harapan aku nak keluar , kalau aku ajak Norlia Ghani pun dia tak nak , sebab nanti dia nak pasang polident dia lagi kan , then aku macam lemah terus je reply camni :
AKU DAH NAK TIDUR DAH , KAU PERGI JELAH DENGAN DIORANG *padahal aku kat tepi tingkap baru lepas cuci muka sambil bising nyanyi nyanyi*
dengan bangganya aku pun terus letak phone aku atas meja sambil meneruskan nyanyian aku pergi kat katil sebab dalam kepala aku , nak tidur and esok nak bangun pukul 12 tengah hari , then dengar bunyi PING lagi banyak kali sampai bergerak phone aku ketepi , aku rasa macam eh pokemon je aku tak nak pergi dia nak apa lagi ni , aku dengan lemah macam SM Salim terus capai phone atas meja , bila buka aku terus tersenyum and ni je perkataan yang keluar dari dalam mulut aku "KWAJA" sebab Danni reply dengan ayat dia yang bombastik :
KAU JANGAN NAK MENIPU , AKU NAMPAK KAU TEPI TINGKAP TU SEBAB KITAORANG DAH ADA DEPAN RUMAH KAU
then aku dengan lemah capai sweater then terus pakai and pergi keluar , alaaa mamak je pun . bukan ada Selena Gomez ke kan , tapi kalau tetibe muncul Yuna kat kedai tu , aku rela drive balik kejap pakai kemeja , siap bertali leher semata mata untuk Yuna , ahai gatal tahap raja cimpanzi . bila turun aku ketawa ketawa , siot aku nak menipu tak agak , tak reti nak check kiri kanan kan . then dalam kereta just borak borak kosong melayankan membe membe aku yang memang semula jadi hyper active . kadang kadang aku rasa macam nak bom je diorang bagi senyap sikit . sebab aku serious tengah sakit kepala . malam semakin sejuk sampai aku rasa macam nak suruh orang tolong peluk kan aku , tapi terbuka kepada gadis sahaja . sampai je kat mamak aku tengok yang orang ramai macam baru pukul 8 malam kan padahal dah lewat malam . nak kata ada bola tu dah habis dah pun . then bila dah pilih tempat tu , mamak yang handsome pujaan gadis gadis *muntah darah* pun datang ambil order .
MAMAK : MAU MAKAN APA ?
AKU : NAK MILO SUAM *jawapan yang memberansangkan*
MAMAK : MAKAN ?
AKU : ROTI TELUR JE
and then dia pun terus ambil order membe membe aku yang lain . aku tengok kalau kedai mamak ni kan , tak sah kalau pekerja dia tak ramai . anytime kalau ada coach nak ajak dia tubuhkan geng bola sekejap je dia boleh tubuhkan . kau ada ? sebenarnya , aku dulu memang tak suka kedai mamak . sebab kau paham paham jelah kan . orang yang tak reti makan kedai mamak je tahu apa masalah aku . but bila dah belajar jauh jauh ni , aku dah pandai dah try try benda makanan pelik sampailah aku now dah boleh terima kedai mamak . kalau adik aiman aku lagi sambal belacan perangai , kalau dia tengah makan , tiba tiba ada mamak lalu , dia terus muntah keluar makanan . dia tak boleh sebab dia akan mual and geli . doraemon kan perangai ? En Haris Ombak Rindu pun sebat je mana mana kedai mamak yang dia nak .
15 MINIT KEMUDIAN....
makanan and minuman yang kami order pun sampai mamak tu bawak macam Naomi Campbell supermodel dia punya jalan . aku tengok mamak tua ni kesian je dahlah kena marah sebab hantar lambat dengan orang jaga cashier tu , then boleh pulak jari dia tercelup dalam kari aku . aku minta tukar , aku tak makan kari jari you know . then dia pun tukar . kalau kau jadi aku kau sendiri pun tak sanggup nak makan kan ? membe membe aku dah start dah dengan suapan dia . tiba tiba baru aku nak menyuap , Ayed bersuara :
AYED : JAT KAU NAK TAHU SATU RAHSIA MAMAK ? KAU TAHU KAN MAMAK NI ULI ROTI GUNA KAKI ?
AKU : *aku pandang dia buat muka serious* KAU GILA EH ? AKU NAK MAKAN LAH SIOT , AKU BALING KEPALA KAU DENGAN KELAPA KEJAP LAGI KANG
AYED : HAHA BETUL WEH , TU SEBAB RAMAI ADA KAT SINI , DIA MASUK DALAM BESEN RAMAI RAMAI THEN ULI GUNA KAKI SIAP NYANYI LAGI
AKU : KAU BUAT AKU RASA NAK MUNTAH DARAH KAT MUKA KAU SEKARANG YED , BAPAK PENGOTOR LAH KAU
AYED : LEPASTU AIR DIA BUAT TU KAN , DIA KELUAR TANDAS TAK CUCI TANGAN DIA TERUS BUAT AIR KAU
yang Danni dengan Arriq dah dok bantai gelak sampai tercekik cekik , orang nak pandang pun dah tak kisah dah . serious aku terus letak sudu and garfu aku and aku rasa macam nak pergi cari tembikai ke durian ke pergi lempar kat muka Ayed . serious buat aku terbayang bayang mamak tu uli roti guna kaki ramai ramai . aku pun sama gelak , aku balas balik :
AKU : KAU INGAT DIA ULI ROTI TU SEKEPING SEKEPING EH ? ROTI KITA SEBESEN OKAY , KALAU ROTI AKU DIA ULI GUNA KAKI MAMAK TU , KAU PUNYA ROTI ISTERI DIA YANG ULI GUNA KAKI ISTERI DAN ANAK ANAK DIA
AYED : KWAJA KAN KAU , HAHA ! SERIOUS AKU RASA NAK MUNTAH SEKARANG
AKU : KAU TAHU PUN , JANGAN MAIN MAIN LAH DOH NANTI BETUL BETUL ADA APAKEBENDA DALAM NI BARU KAU TAHU
then bila dah cakap macam tu dia lempar aku sikit roti , kau tahu kitaorang buat kedai tu macam atuk moyang kitaorang punya je . siap ketawa ketawa and main main lagi . after that kitaorang pun terus sambung makan and macam tak ingat apa apa dah cerita yang kami cakapkan tadi . then tengah kunyah kunyah and dah sampai suapan terakhir , tetibe Danni stop kunyah , dia ambil sesuatu dalam mulut dia , dia tarik and keluarkan , bila dah keluar , dia terus buat muka Harun Salim Bachik dia , Ayed terus cakap kuat sampai table sebelah and depan pandang , dia cakap :
EHH BULU KAKI MAMAK YANG ULI ROTI NI KENAPA ADA DALAM ROTI KAU ?!
then aku dengan Arriq terus ketawa pecah perut sampai mengalir airmata aku kau tahu , Danni muka dah lain dah and rasa macam nak muntah . tulah aku dah cakap jangan main main nanti salah sorang kena baru tahu . tapi bila balik time nak tidur , aku terfikir balik , entah entah betul apa yang Ayed cakap mamak tu uli roti guna kaki , sebabtu kita tak pernah nampak macam mana keadaan dapur diorang . sebelum aku muntah , aku terus gosok gigi and tidur . lepasni aku rasa Danni gerenti tak nak pergi kedai mamak tu dah . entah entah bukan jumpa bulu kaki mamak tu dah , jumpa dia punya jaggut siap pakej hingus lagi . hew hew hew *ketawa trend sekarang*
NOTE : kalau mamak uli roti guna kaki , kaki dia ada macam gambar kat atasni tak ?
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH (KLIK)
FACEBOOK PAGE : WHISPER OF EIJAT ABDULLAH (KLIK)
TWITTER : @AIZATABD (KLIK)
No comments:
Post a Comment