dalam hidup , macam macam yang kita akan belajar . sekeliling kita semua yang kita lihat adalah pengajaran buat kita . dan macam macam jugalah yang aku dah belajar sepanjang 20 tahun aku hidup kat dunia . bagi orang lain , 20 tahun masih terlalu awal untuk bercakap tentang hidup , tapi dalam 20 tahun nilah juga macam macam yang aku hadapi , macam macam yang aku lihat and macam macam juga yang aku dapat . ada masa aku tersenyum , aku ketawa , aku gembira , aku ditinggalkan , semua ada dalam 20 tahun selama aku meminjam nafas hidup di dunia sebelum aku melelapkan mata aku one day nanti . dan dalam 20 tahun nilah juga , aku banyak belajar erti cinta , erti menghargai , erti persahabatan , erti untuk kuat dan erti untuk menerima someone yang telah pergi . even mereka tiada lagi di depan aku , tapi aku sentiasa anggap yang semangat mereka sentiasa ada dalam hati aku and akan aku bawa kemana mana sahaja aku pergi .
AIZAT , HIDUP HANYA SEKALI , JANGAN SESEKALI KITA BAZIRKAN HIDUP KITA UNTUK MENGGELAPKAN MASA DEPAN KITA SENDIRI
aku sentiasa ingat semua kata kata yang Isya selalu beri and nasihatkan kat aku , even dia pergi jauh dari hidup aku , pergi tinggalkan aku . hanya kenangan aku dengan dia je yang ada dalam ingatan aku . kenangan sepanjang masa aku pernah bersama dia ketawa , sedih dan gembira . aku lebih sukakan kenangan sebab orang kata memori tak akan berubah , cuma manusia je yang berubah dan Isya jugalah yang banyak mengajar aku erti menghargai , erti macam mana nak kuat dalam teruskan kehidupan aku dan erti cinta . memang susah kita nak lupakan someone yang penting dalam hidup kita bila dialah yang selalu bersama dengan kita memberi semangat and tak putus berikan senyuman buat kita , but kita perlu tahu sometimes kehadiran mereka hanya untuk membuat kita tersenyum dan bahagia . even Isya pergi dengan senyuman , even Isya pergi tanpa rela hati dia , even Isya pergi dan ingin membuat aku bahagia , aku masih mengharapkan senyuman dia akan kembali kat depan aku one day nanti even kami hanya berkawan . dialah gadis pertama yang membuat aku ikhlas jatuh cinta pada dia dengan hati aku . dialah yang sentiasa menjadi senyuman aku , dialah yang sentiasa membuat aku kembali tersenyum bila aku sedih . even tiada lagi ice cream untuk kami makan bersama , tapi kenangan bersama ice cream akan tetap aku ingat even dia tiada lagi di sebelah aku untuk teman aku makan ice cream , untuk teman aku main layang layang di pantai , untuk teman aku Skype until aku tertidur , tapi semangat yang dia tinggalkan akan sentiasa menemani aku sentiasa and perlu tahu , kebahagiaan dia bukan milik aku , dia akan jumpa kebahagiaan dia satu hari nanti .
"CINTA PERTAMA ITU TAK SEMESTINYA AKAN KEKAL , TAPI CINTA PERTAMA ITULAH YANG SENTIASA AKAN BUAT KITA TERSENYUM AND AKAN DIKENANG"
bila Isya pergi meninggalkan senyuman and semangat dia buat aku , Haykall muncul dalam hidup aku . seorang sahabat yang sangat akrab dan terbaik bagi aku . muncul dia dalam hidup aku membuat aku lagi happy and bersemangat untuk teruskan hidup . dia lah yang banyak mengajar aku erti menghargai sebuah persahabatan even perkenalan kami hanyalah singkat . even dia muncul sekejap sahaja dalam hidup aku , but aku bersyukur sebab dia lah yang sentiasa akan bersama dengan aku and kawan kawan aku . even sometimes dia sendiri tak rasa happy , dia akan cuba happykan orang lain . aku boleh nampak daripada mata dia , aku boleh nampak daripada segi percakapan dia . walau dia juga dah jauh daripada aku , aku always berdoa yang dia akan sentiasa happy dengan life baru dia . aku sentiasa cakap kat dia "SMILE EVEN IN PAIN" sebab kalau kita buat orang lain happy tapi diri kita yang terluka , at least kita akan dapat sedikit bahagia melalui senyuman kita tu .
PERSAHABATAN TU MACAM GULA GULA GETAH , EVEN DIA DAH TAK MANIS , IA TETAP TIDAK AKAN LARUT
yes kami dah lost contact sebab masalah kesihatan Haykall , aku just berharap yang one day dia akan muncul dengan senyuman di hadapan kami . dengan semangat dia yang baru , dengan senyuman dia yang baru , kembalikan memori dia bersama dengan aku , Arriq , Danni , Ayed and Nisa . semua tu akan aku tunggu even mengambil masa yang lama . tak semua orang akan tahu macam mana pentingnya seseorang tu dalam hidup dia until dia dah pergi dari hidup kita one day nanti . sebabtu kita kena hargai apa yang ada dalam hidup kita walaupun kita rasa benda tu kecil and tidak penting bagi kita .
tapi semua tu menjadikan aku lebih kuat dalam hidup , lebih tersenyum even sometimes ada orang kanan kiri cuba membuat kita terjatuh . kita tak gagal kalau kita terjatuh banyak kali , tapi kita akan gagal kalau kita jatuh sekali and kita tak berusaha untuk bangun . orang boleh cakap apa apa sahaja tentang kita , tapi hanya kita sahaja yang tahu siapa diri kita . semakin hari hidup aku menjadi semakin matang , and aku berjumpa dengan second love aku . si dia yang kembali membuat aku bertambah happy , sentiasa membuat aku tersenyum . dia selalu cakap :
"JAGA HATI ORANG AND PERASAAN ORANG MACAM MANA AWAK HARGAI DIRI AND HATI AWAK"
dan itulah juga yang menjadi aku sentiasa tersenyum even sometimes aku tersenyum dalam terluka . kebahagiaan tu tak semestinya akan berkekalan buat diri kita tapi kelukaan tu muncul untuk kita kejar balik kebahagiaan kita , kemunculan Fatin dalam hidup aku juga hanya persinggahan untuk membuat hidup aku lebih happy and berwarna warni penuh dengan senyuman dan memori aku bersama dia . menemani setiap hari hari aku , menjadi peneman untuk aku makan ice cream . even sometimes dia selalu marah aku makan ice cream sebab masalah kesihatan aku , tapi aku just senyum and suruh dia makan bersama . dia yang always marah aku supaya jangan give up , dia yang always bebel kat aku supaya jangan malas , dia yang selalu buat aku tersenyum bila aku nak marah dan dialah orang yang selalu aku kenyitkan mata untuk membuat dia sentiasa tersenyum . tapi semua tu hanya kenangan sebab kami dah bawa haluan kami sendiri . even ini adalah keputusan kami bersama , memori kami tetap tak akan hilang , sentiasa ada dalam hati . kebahagiaan kami bukanlah untuk bersama , tetapi kebahagiaan kami ada bersama dengan seseorang yang akan kami jumpa satu hari nanti .
pernah juga aku tanya Ibu Norry , kenapa kita akan kehilangan orang yang kita sayang Ibu ? and Ibu just cakap sambil tersenyum :
"SOMETIMES ORANG HANYA SINGGAH DALAM HIDUP KITA BUKAN UNTUK BERSAMA DENGAN KITA , TAPI UNTUK BUAT KITA BAHAGIA"
and aku kembali tersenyum bila dapat jawapan macam tu . even mereka hanya muncul dalam hidup aku sekejap . tapi mereka jugalah yang banyak mengajar aku erti hidup , erti menghargai . even sometimes aku tersenyum dalam terluka bila ingatkan memori aku bersama mereka , tapi aku tahu , akan ada kebahagiaan aku yang kekal di depan one day nanti . aku just perlu cari and tak perlu mudah mengalah . setiap orang yang datang pasti akan pergi , setiap orang yang terluka pasti akan ada kebahagiaan buat mereka .
HIDUP BUKAN UNTUK BERSEDIH SEBAB KALAU KITA TERUS BERSEDIH KITA AKAN TERLEPAS BANYAK KEBAHAGIAAN UNTUK KITA
even one day nanti aku akan keseorangan tempuh semua hari hari aku , tapi semangat orang yang pergi dari hidup aku akan aku bawa bersama . yang mereka mahu , aku tak mudah mengalah , aku teruskan hidup dengan senyuman tanpa kelukaan . sebab yang perlu ada dalam hati kita kebahagiaan . aku bahagia , aku happy sebab even mereka pergi dari hidup aku , mereka tinggalkan semangat mereka dalam hati aku , tinggalkan impian mereka untuk melihat aku happy satu hari nanti . aku bersyukur sebab aku masih ada orang sekeliling yang sentiasa menyokong aku , and bila aku dah dapat kebahagiaan itu nanti , masa itulah aku akan tersenyum untuk menutup mata aku dan meninggalkan dunia untuk menempuhi hidup aku di akhirat sana , insyaAllah .
NOTE : love is not what you see , not what you think , not what you hear , not what you achieve , its all that you feel in yourself
No comments:
Post a Comment