yoy *tibatiba , apa khabar semua pun adoi der ? today aku selesema sikit . okay maybe effect semalam aku makan ice cream tak ingat dunia , main makan sukahati aku sahaja . memang gedik kadang kadang antibody aku ni , haha but semua ini ada hikmah lah . setiap penyakit tu dicipta supaya suruh kita beringat , ye tak ? *muka yakin macam Jaafar Onn . so semalam dah cerita pasal adik aku dengan Hantu Maya Karin ye tak ? so now aku nak cerita pasal aku suka ini , kau suka apa ? ada rasa macam nak tumbuk and lempang laju laju tak aku ? mendalam kan maksud dia , rasa macam nak panggil Aaron Aziz suruh terangkan ? takpe kembar dia ada kat sini . so today aku nak cerita pasal apa yang aku suka , apa yang aku sayang . that's mean more to barang barang yang aku suka and sayanglah , like warna , number and so on . siapa tak faham aku geletek dua dua kaki dia laju laju . ok faham dah ? bagus . so ape lagi scroll le ke bawah . kalau hari tu dah suruh Aaron Aziz scroll , ni nak suruh siapa ? Rosnah Mat Aris ? *sambil panggil kuat kuat nama Rosnah . okay siapa nak dengar and baca cerita ni angkat tangan tinggi tinggi ? *booooo kena baling kasut dengan reader . sedih , tapi apa kisah jom baca , nak baca sambil lelap mata ke , sambil berak ke , sambil makan tembikai ke mari mari .
APA YANG AKU SUKA ?
#WARNA MERAH
okay ini memang tak dinafikan kau tahu , aku memang suka sangat warna ni . aku pun tak tahu kenapa . actually dulu aku macam what the ziana zain aku nak pakai warna merah , but one day tu aku jalan jalan and mata aku tertumpu kat ada red shirt ni . aku patah balik , aku masuk boutique tu , aku straight cakap kat orang kedai yang cantik lagi melecun tu yang aku nak saiz , terus beli . kau tahu aku macam dah kena pukau dengan baju tu , and start from that aku dah suka warna merah . ape dia ? korang kata aku gedik suka warna merah ? *aku ambil tembikai kelapa baling ramai ramai . warna tu cool apa , mama selalu cakap :
MERAH ITU SEKSI *dengan megah bangganya bercakap
kan nampak kan aku seksi ? ambik kau kejap lagi semua dah siap dengan kasut semua pakat nak baling aku . for those yang tak suka warna merah tu , you should try and rasa keseksian and kemachoan bila guna warna tu . kerana dirimu begitu berharga buat kata OLAY *produk gadis gadis . and yes , mostly baju aku banyak warna merah , baju jelah sebab barang barang lain tu aku more like to silver or gold , macam jam tangan kan . yes , warna sangat esklusif . tambahan pula , baju merah ni jarang kita nampak , yang banyak hitam putih hitam putih and yes itu boring , macam warna ikan bawal dah . eh itu ke warna ikan bawal ? *sambil angkat kening macam ziana zain .
#NUMBER 27
okay ini memang tak dapat dinafikan , aku macam yeay yeay yeay , kau ada number 27 ? aku macam dah gila dengan number ni kau tahu . aku pun tak tahu kenapa . nampak macam cool . ada rasa nak lempang orang tak ? but dia macam omel omel je bila aku nampak number ni . and kalau ada orang cakap dia juga suka number 27 kau tahu aku cakap apa ?
WOI , NI NUMBER AKU LAH , KAU AMBIL NUMBER LAIN , TUMBUK KANG *buat muka serious padahal nak ketawa
tapi nak buat macam mana aizat , kau ingat kau punya sorang number 27 ni , nak kena pijak oleh orang ramai . entah entah En Haris Ombak Rindu pun suka number 27 . okay siapa yang suka number 27 ni geng aku . nanti kita ramai ramai buat dinner . Malam Gemilang 27 . makanan masing masing kena bawa sendiri ok ? siapa yang tak bawa kena lempang and duduk kat luar je sorak sorak *nada cakap serious ni
#SHAWL
okay ini bukan aku typo nak tulis syawal ke apa ke , lambat lagi nak raya kau tahu . tapi aku suka shawl yes memang aku suka *bershuffle macam datin maimon . actually aku suka tengok orang pakai shawl . tak kisahlah sekarang ni dah kembali ke zaman ikan bawal , eh maksud aku tudung bawal . but aku still akan terus support shawl . haha mengalahkan aku yang pakai kan . but sebab aku suka juga aku selalu paksa duplicate Yuna aku pakai even dia cakap dia nak pakai bawal . kadang kadang jelah aku paksa hoi hew hew hew *ketawa trend sekarang . ini semua sebab Yuna betul . even Yuna sudah berserban , eh maksud aku benda yang menutupi kepala atau rambut dia sekarang tu , tapi aku tetap suka bila tengok Yuna pakai shawl . then aku dengan adik Shyrra aku kalau tengok mesti akan cakap :
ATOTOTOOOO OMEL OMEL OMEL MACAM BARBIE *sambil buat muka comel
even nanti entah entah masa zaman anak aku orang dah pakai tudung jenis apa pun aku tak tahu , tapi nanti aku akan suruh anak aku pakai shawl macam Yuna tak pun Hana Tajima , baru cool , lilit sana sini . then bila nak buka mengambil masa setengah jam untuk membukanya . Harun Salim Bachik pun pakai shawl you know ! tapi serious cool je tengok orang pakai shawl . eh kejap , ini masuk dalam kategori apa yang aku suka ke ? *buat muka keliru macam Norlia Ghani pulak .
EHHHHH ! BUKAN INI , TAPI SHAWL MACAM NI !
BENDA YANG AKU SAYANG ?
#COMICS
komik memang tak boleh dilepaskan dari fikiran aku . memang inilah benda yang paling aku sayang , benda yang paling aku suka kau tahu . kadang kadang aku boleh dok habiskan masa aku satu hari baca ulang ulang komik tu *even setiap hari baca komik sama . yang paling tak beragak , bila keluar mesti aku akan beli 2 3 komik . tak kisahlah apa apa yang penting nama dia komik . kejap ! ada yang tak tahu apa tu komik ke ? nak kena sumbat tembikai dalam mulut ke ? okay kalau tak tahu juga apa tu komik tengok benda ni :
ini aku baru masukkan certain sebab aku malas nak kemas balik . kadang kadang sampai Ibu Norry bising sebab dah takda space dalam almari and rak nak letak , kena beli baru . addicted kau tahu . well , dah minat kan , entah entah Lisa Surihani pun suka ye tak ? *sambil tersipu sipu malu . and kalau kena bebel bebel macam M16 dengan Ibu Norry , aku mesti akan cakap
YE YE YE , INI LAST INI LAST , ESOK BELI KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PULAK *sambil tunjuk gigi and peace
and Ibu Norry mesti tak akan jadi marah sebab dia akan ketawa . sebab aku and Aiman pun suka beli , Ayah Abd ? lagilah menggalakkan , kalau Aiman tak nak beli , dia bagi duit pergi paksa beli . sampai kadang kadang aku pun tak tahu nak beli komik apa sebab semua dah ada , yang tinggal and tak beli lagi adalah majalah mangga ? *siapa tak tahu majalah ni dia tidur keluar air liur basi
#BERRYHITAM dan APPLE
kedua dua ini makanan atau buah buahan kan . agak pelik kan bila aku cakap aku sayangkan mereka . actually memang semua bila nampak aku akan cakap :
AIZAT , TAK PENAT KE TANGAN TU ASYIK DUK TEKAN TEKAN JE BENDA TU ?
aku pun macam , aikk , ini tangan akulah , memang taklah nak penat , bukan guna tangan kau pun . daaaaa , hello *gaya ala ala perempuan gedik masa kini* ini i punya tangan so i tak pernah rasa penat okay . but kedua dua benda ini memang aku sayang . tapi kedua dua ini kadang kadang menyakitkan hati aku , sebab mereka ini tidak tahan kekuatannnya sebab selalu sangat cepat mati . eh eh , masih blurr ke dengan apa yang aku cakap ? *lempang sorang sorang . inilah maksud aku BerryHitam dengan Apple tu , peace
macam semua orang akan bising kan , battery dua dua ni akan cepat out . kadang kadang rasa macam nak letak dia jauh jauh then tembak dia laju laju . tapi nak buat macam mana , benda nilah yang selalu pukul 5 6 pagi aku sorok bawah bantal and tweet tweet pasal cinta , ouchh *rasa macam diri ni tak berguna je hari ini .
#TENNIS RACKET
benda ketiga yang aku sayang and cinta *background music : ombak rindu . benda ni Ayah Abd yang hadiahkan kat aku and yes aku jaga benda ni dengan baik *tapi selalu aku jatuhkan and buat pukul kumbang jahat . kadang kadang bila dia jatuh aku cepat cepat ambil and aku belai and tengok sekeliling racket tu ada cedera ke tak . ok cedera pun boleh . tatabahasa semakin broken . tapi kan , dengan benda ni jugalah aku gunakan nak buli adik aku , tapi takdelah kasar hoi , buli buli manja , omel omel je . haha . dan inilah benda tu :
dan benda ini jugalah yang banyak mendewasakan aku , eh silap silap *kena baling botol and kasut dengan reader . dah buruk dah pemegang dia , rajin juga aku main , but sekarang ni macam , alaaa nak main ke tak , macam malas kau tahu . sedangkan Maya Karin pun rajin pergi main tenis , aku pulak yang malas . but always weekend je habiskan masa dengan benda ni . kalau tak memang harapan aku nak main , baik aku layan laman sosial ye tak ? tapi kalau dah asyik hadap , sekali lagi kena bebel M16 dengan Ibu Norry *mohon dia tak baca , Amin . hew hew hew *ketawa trend sekarang , peace .
okay , selesai dah penceritaan aku pada hari ini . tiba tiba aku rasa lapar padahal aku dah makan banyak kali today . and kalau siapa yang ada sama character dia dengan aku , kita geng , nanti kita buat satu team yang dipanggil , TEAM BERJIMBA . faham kan apa tu berjimba ? kalau tak tahu juga aku suggest korang pergi kurung diri dalam bilik lama lama , kalau rasa macam dah nyawa nyawa ikan tu , keluar pergi selamatkan diri kat Ziana Zain , eh bukan , hospital . simple thing je berjimba tu , which is bersuka ria . and yang support setiap entry aku and blog ni , nak ada hadiah , sorang satu gula gula kapas *sambil berdiri atas stage agihkan gula kapas . and terima kasih sebab terus support AA (Aizat And - Aaron Aziz) , peace ! haha *sambil makan cornetto strawberry dengan Rosnah Mat Aris . malam ni malam jumaat , ada kum kum kat tingkap tu .
NOTE : lepasni nak ubah minat , nak minat orang buat mulut itik , ambil gambar kamera setinggi alam *opss !
No comments:
Post a Comment