jeng jeng jeng , hehe eh kau dah kenapa aizat , nak kena lempang guna buku . ok itu sakit . so so so , today kembali di hadapan kaca lappy *sambil pegang skrin lappy ni kaca ke apa* untuk tulis , eh bukan tulis , tulis tak menahan , untuk taip cerita baru dalam hidup aku . eceh mengalahkan buka cerita , atau buku baru dalam hidup , padahal nak cerita apa yang berlaku today sahaja . aku tahu semua cuti hari ini , sebab apa , DAULAT TUANKU *sambil berdiri tegak atas meja ala ala Rosnah Mat Aris* , then memang ramailah yang akan memenuhkan jalan raya untuk pergi berjimba jimba kan . okay angkat tangan siapa yang tak tahu apa itu berjimba jimba ? *kemudian semua yang baca ni , siapa lurus pergi angkat tangan* , JIMBA atau dalam bahasa scientific dia senang sahaja , pergi bersuka ria lah hoi , siapa tanya lagi next time aku letak lipas dalam seluar dia . eh ! chop chop chop , eh salah cuit cuit cuit *ala ala zaman kanak kanak* , hanya kepada kaum Adam , untuk gegirl kita letak lipas kat kaki dia banyak banyak biar dia jerit jerit *sambil angkat kening macam , emm tak nak Ziana , nak Lisa Surihani pula*
so aku habiskan masa aku harini dengan pergi keluar dengan kawan kawan aku *dia paksa aku kau tahu , muka aku dah penat macam M Daud Kilau* , actually aku tolong diorang untuk final project and then lepas masing masing dah selesai , aku berpisah bersama mereka *background lagu : beribu sesalan* tiba tiba lagu tu , nak kena lempang apa . AA (Aaron Aziz - Aizat Abd) mana dengar lagu tu . ada rasa nak lempang aku tak ? after masing masing dah separate , so aku pergi jalan jalan dengan adik gegirl aku pula . sebab aku kalau keluar memang selalu nak ajak dia kalau aku dah boring , sebab aku suka buli dia , but aku sentiasa menjadi abang yang terbaik untuk dirinya , diriku dan semua , kerana diriku begitu berharga . kau ade ? okay peace . and yes kalau ajak dia selalu mesti aku akan bawak dia makan ice cream . and pasti dia akan cakap kat aku :
BOLEH TAK STOP MAKAN ICE CREAM ? NANTI MAKIN LAMA NANTI JANTUNG BEKU TAHU , AYOK CIKGU SCIENCE CAKAP *tujuan asal nak menakutkan aku
ohh ingat dulu aku tak belajar science ke adik oi ? *sambil shuffle shuffle gembira* , but aku kalau makan ice cream pun dalam kuantiti yang sikit , buat kata Ibu Norry selalu , "HANYA SATU SUAP SAHAJA" , tapi yang peliknya , bila nak pergi makan tu , aku tengok cup dia yang penuh , apakah maksud disebalik kejadian itu ? *kerutkan satu muka termasuk badan segala bagai berkerut . kalau tak percaya korang tengok ini :
nak sambungkan cerita lagi , aku memang kalau nak makan ice cream tu sanggup aku jalan jauh jauh segala bagai semata mata aku nak dapatkan sesuap pun dah cukup dah , but lepas makan tu balik , best kan hidup macam tu ? rasa macam diri ni tak berguna je *sambil ketuk ketuk kepala tarik tarik rambut . then masa nak balik tu aku drive , aku aku dok sibuk sibuk bebel sebab aku kalau bawa kereta aku suka lepas lepaskan tangan konon konon macam cerita Brad Pitt boleh beraksi , then dia pun jerit jerit
ABANG ABANG ABANG AKU MASIH MUDA LAGI , AKU BELUM MAHU MELELAPKAN MATA *sambil pergerakan tangannya yang kekanan dan kekiri
tapi dia cakap sambil ketawa bagai , kau tak rasa macam nak lempang , aku apalagi siap buat banyak banyak kali , aku rasa kalau orang belakang tahu aku main main bawak kereta , dia dah baling aku dengan tembikai lima enam biji , tak pun durian dalam sepuluh biji kau tahu . dan yang aku paling suka tentang adik aku Shyrra ini , even dia kuat bebel mengalahkan Kiah jual ikan masin yang aku cakap sebelum ni , but dialah yang memahami aku selalu . sometimes kalau aku suruh or ajak dia keluar , suruh dia ambilkan sesuatu untuk aku , kalau dia tak nak , then aku buat buat merajuk sambil tarik muka , dia mesti akan buat juga sebab dia takut aku kecil hati . so bila nak suruh aku kena tarik muka dulu , ini rahsia aku kau tahu , jangan bagitahu dia tau tau *padahal dia siap bookmark link blog aku . and kalau mangsa mangsa buli aku , dialah yang paling selalu kena . dan yang paling kerap ialah , aku suka , bila kat rumah , dia dah kemaskan rambut dia , aku datang and cakap :
WAH RAMBUT KEMAS MAAAA , CANTIK MACAM YUNA *mengalah pernah tengok rambut Yuna
then aku letak tangan aku atas kepala dia , aku gegar gegar tangan aku , so rambut dia akan serabai , then aku lari cepat cepat , itulah rutin aku setiap hari , tapi aku memang tak boleh kalau orang sentuh rambut aku *sambil tersenyum megah ibarat Harun Salim Bachik . pernah juga aku buli dia takut takutkan dia , masa nak tidur , aku cakap nanti Hantu Sundal Malam Maya Karin datang sebelah dia then nanti dia cakap :
SHYRRA SHYRRA AKU SUKA BUDAK PEREMPUAN , AKU NAK PELUK KAU
lepastu dia balas balik , abang ingat Shyyra takut ke ? Maya Karin tu perempuan kan ? Hantu perempuan di selalu sukakan lelaki , nanti malam malam , dia datang hujung kaki abang , senyum , dia cakap "AIZAT , INI KEPALA MAYA , AIZAT TOLONG LETAKKAN SEBELAH AIZAT BOLEH ?" , aku macam -_____________________________________- , kau cari pasal Shyrra , and malam tu aku tidur dengan penuh hati hati sebab takut Maya Karin versi pontianak muncul . dalam hati aku tak habis habis menyesal takutkan dia . gentar tahu , tapi masih macho lagi aku macam Aaron Aziz *sambil buat muka macho En Haris Ombak Rindu .
but sometimes orang kata ada adik ni takbest , jadi anak bongsu lagi best . bagi aku dua dua best je , kalau ada adik lagi best . boleh buli dia , boleh ketawa ketawa , boleh cakap pasal Maya Karin kannnnnn -___- , but dia akan always buat kita rasa rindu kat mereka , love all of my sibling , Brothaa Amar , Shyyra and Aiman *cakap ler sayang aku balik hoi , peace !
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH (KLIK)
FACEBOOK PAGE : WHISPER OF EIJAT ABDULLAH (KLIK)
TWITTER : @AIZATABD
NOTE : boleh tak rasa nak ada kakak macam Yuna , siapa nak jadi angkat dua kaki sambil berdiri ok
No comments:
Post a Comment