APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, November 4, 2010

ASAM GARAM berada di PART 1

"ish susah lah PART 1 nie . macam2 benda wajib buat" . HAHA . aku tahu rungutan korang semua tu sebab aku pun PART 1 macam korang gak . penat tu tak yah cakap lah kan . tapi bila pikir balik, ada sebab kenapa semua rules korang patut ikut tu sebab semua tu ada baiknya . jangan asyik nak complain or merungut je . so that, entry aku hari nie aku namakan "ASAM GARAM berada di PART 1"

  • masa minggu MDS(Minggu Destini Siswa) atau orientasi korang merungut sebab tak cukup tidur lah, penat lah, lecehlah tapi korang tak tahu yang MDS atau orientasi itulah yang menjadi tapak untuk korang berdisiplin(*erkk! ye ke). bangun pagi2 then teros bersiap ke PI tu menjadi persediaan kepada korang untuk terbiasa dengan keadaan macam tu. so, bila dah start kuliah nanti, baru korang tahu kenapa MDS diwujudkan selain untuk mengenali antara satu sama lain.
  • bila kuliah bermula, korang kena buat banyak assignment. korang merungut lagi. susahlah, penatlah, takda masa nak buat. nak2 bila dapat group team yang sengal2 ubi, lagilah korang takda semangat kan. actually, group tu korang yang pilih kan, so, korang pun sengal ubi lah. korang penah pikir tak yang assignment tu lah yang akan membantu carry mark korang untuk FINAL EXAM ? nie korang buat main2 . asalkan siap . kadang2 ada yang sampai copy kawan punya . kawan dok bersengkang mata siapkan, yang korang tawu copy paste, copy paste. (*siapa sengaja geget cili, hambik kaw kepedasan!). last2 ngan korang n kawan yang korang copy punya assgnment akan berhijrah ke tong sampah . alangkah bahagianya !
  • bila dapat presentation seminggu awal, last minit baru nak buat . then mase last minit tu salahkan lecturer cakap presentation tu susahlah, masa yang diberi singkatlah . nak tanya, apa yang korang buat 6 hari sebelum nie ? (*tepuk kepala, tanya kenapa). bila hari presentation, barulah menggelabah nak buat . sampai gagap2 nak cakap (*teringt lagu stacy). haih ! manusia2 ..
  • bila lalu depan guard korang kena saman, sume kutok pak guard(*aku tak menyebelahi guard) cakap pak guard itu lah . inilah . tapi cuba korang tengok diri korang dari atas sampai bawah (*kalau mata korang boleh tengok ubun2 korang laa) sambil tu bukak buku peraturan, menepati sahsiah rupa diri ke?(*tapi, tak kan nak skema gila babeng! bukan sekolah lagi beb!) . kad matrix tak pakai. bila time pakai kad road tax(*kad sementara PART 1) korang bising tapi bila dah dapat kad matrix tak nak pakai . manusia aneh !
  • bila makan kat uptown korang bising cakap makanan mahal lah tapi tak sedap . cuba tengok dalam bekas polistrin korang tu, makanan tak macam melambak sampai nak pecah pulak kan polistrin tu . abistu apa yang korang nak merungut lagi ? cakap makanan mahal tapi tiap2 hari makan kat uptown jugak . cuba pergi makan kat luar . nak kena jalan kaki, harga 2x ganda dari makanan dalam kampus. so lebih baik shut up n makan je . bahagia mak cik uptown !
  • seperti yang korang tawu laa kan perkhidmatan bas U tergendala kejap n diganti dengan bas ape tah(*CATAR kot . nasib baik bukan ROADWAY!) . korang dok merungut2 cakap bas tah hape2 lah, tapi everyday korang pergi bandar U(*kecuali Non Resident) . jangan cakap banyak . nanti korang sendiri yang akan buat tanpa korang perasan . diam2 sudah . kalau tak nak tengok bas tu, jalan tutup mata . bahagia kan ?
  • kat hostel pulak, korang merungut mesin basuh selalu rosak . kena basuh guna tangan . tanya sekali lagi ? siapa punya salah ? korang jugak kan . kan korang dah tawu mesin basuh tu automatik akan isi air dengan sendiri tapi yang korang dok curah air melambak2 dalam mesin tu kenapa ? sampai mesin tu hang ! (*menyirap aku) . then hambik kaw basuhlah guna tangan ! (*jadi bawang putih bawang merah)
  • bila minggu test, bising cakap lecturer tak bagi muka kat korang buat soalan susah2 . padahal dia dah bagi dah skop tajuk apa yang masuk . korang je tak nak revision . pastu tuding jari kat orang lain . (*bukan nak cakap soalan senang, susah jugak . hihihi) . haih, stop laa perangai kalian semua !
  • bila hari selasa, ada kokurikulum, ramai yang merungut . ada yang ponteng . tahu tak koku tu pun penting untuk korang naik part 2 . kalau gagal koku, repeat lah next sem . org dah part 2, dia still lagi in part 1 . koku menjana disiplin kita, kesihatan tubuh badan kita(*kononnye macam pakar motivasi lah) . oleh itu marilah sahabat dan rakan ramai2 manghadiri koku ! hahaha ! taleh blah !
  • bila time dinner untuk department, ramai yang bagi alasan, merungut cakap bayaran mahal(*kecuali org yg tidak berkemampuan) . tapi bila time pergi dinner, fuhh ! kering pinggan ! macam baru basuh . licin . aneh kann ? tak nak komen banyak sebab korang pun tahu fikir kan.
  • lastly, bila time duduk berbincang dengan rakan2 dari course lain, sume nak mempertahankan course masing2 . cakap course dia boleh kerja macam itulah, inilah, gaji lebih tinggi lah itulah . hmm ! manusia kan . mana boleh tengok orang lain lebih . tak payah nak banding2kan pekerjaan akan datang . yang penting study . semua course ada keistimewaannya, if takda, takkanlah ada department dalam U nie kan (*siapa dekat dengan api, dia terasa bahangnya) . kita satu U, kenalah menghormati department2 lain . kawan je . tak payah nak memilih . kang dok banding2 n kutok org lain punya course, 10 tahun akan datang jangan terkejut if korang datang umah dia, umah dia 3x besar dari rumah korang . hormatilah orang lain ok !

mungkin banyak lagi ASAM GARAM yang ada di PART 1 tapi cukuplah aku rungkaikan beberapa je ni . lagipun aku tinggal lagi 2 paper je untuk score FINAL then aku akan semester break pada 14 Nov 2010 . aku masukkan entry di atas bukan sebab aku nak cakap aku nie perfect but aku tulis melalui pengalaman diri aku . sekarang, aku berada di hujung PART 1 n akan melangkah ke PART 2 pada semester hadapan . so, wish korang pikirlah balik ea apa yang aku taip nie(*sambil read note building construction) . (*susahlah building construction nie !!! <merungut> HAHAHA)