APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, May 28, 2011

again ? ke PANGKOR

ASSALAMUALAIKUM

today bangun sambil melelapkan mata sebab awal-2 pagi lagikk dah bangun sebab nak bertolak balik ke perak . actually semalam singgah kL dulu sebab kalau dah sampai kL dah dekat sikit ngn perak . then punyalah awal bangon mcm orang nak bersahur . 4 pagi dah bersiap . ditambah dengan sejuk pepagi buta nie kan memang laa menyeramkan . bukan seram kat pontianak ke ape ke, memang pondanlah kalau mcm tu kan . sebab sejuk sampai boleh buat badan, kaki, kepala beku mcm slurpee kat 7-E yang selalu aku rembat dari adik aku .

then after dah breakfast *even breakfast aku tak normal, bertolak lah ke perak . memang kalau nak ikotkan mata, mau je aku baring lagikk tapi ari nie nak daftar laa gile ! then sampai perak dalam pukul 8 lebih mcm tu . pergi kat pejabat pngurusan asrama . punyelah debar tahap mak cimpanzi kan sebab memang tak lah dah last-2 minit nie nak pergi cari rumah kalau tak dapat asrama . masuk je, dari jauh dah nampak name aku terpampang besar di udara maya beserta kilauan emas *ok, ini tipu dusta tahap raja . then name aku ade dalam senarai . memang aku bersyukur and happy sebab boleh ringankan beban kereta aku yang semakin terseksa menampung kegemukan beg aku . mcm orang nak lari dari rumah . orabg nampak pon terkejut .

CERITA TIPU-2

MANUSIA : eii, beg die besarlah !
AKU : ape ? tak pernah tengok ? ambik kaw *sambil lempar beg

ceh mengalahkan kuat lak kann nak lempar kat orang . then masuklah bilik aku . aikk, dah ada orang . setahu aku, di antara semua org roommate aku untuk sem ini, akulah yang paling awal, bukak pintu oh... rupenye budak part 1 dah masuk dulu . tenkiu-2 sebab korang bagi aku space untuk duduk di katil bawah . aku malas nak memanjat mcm king kong . pastu dah sesi perkenalan yang boring tu aku pon decide laa nak ikot parents aku . at first diorang nak balik melaka petang nanti . then, biaselah ayah aku kalau dah kena pujuk ngn ibu aku menjadi punye . at last aku aku decide bermalam kat perak and next destination kat pangkor . aiyaa ! tiada tempat lainkah ? siryes bosan . then nak tak nak pergilah jugak dari tak pergi mane-2 (*______*)

masuk je keta panas kat perak ni jangan cakaplah . mcm baru lepas joget kebudayaan salsa die punye berpeluh . aku yang malas nak tahan panas terus tido . lantaklah baju basah kuyup ke ape . ngn aku yang pakai baju hitam kan . kau memang pandai pilih baju eijat ! HAHA


kepanasan tak terhingga bersama senyuman aku yang manis mencuka . lepas nie nak beli tiket naik ferry . haih, gerenti sesak tidak terhingga tapi boleh gak usha-2 cik awek manis kat sini =)




then after dah shopping-2 kat pangkor pegi makan lak . orang jgn citer laa . mcm zombie cari otak . siryes makin tengah ari makin panas membara dekat sini . aku memang berharap amat-2 hujan laa today . then petang tu tido sampai tak ingat dunia . sedar-2 dah isyak . dengan tak mandi lagi bagai kann . terbaik ... dengan batery henpon aku yang kong and bertalu-2 miskol dari membe aku . haiiyaa ?! ape yang korang mau ? ye-2 esok aku balik laaa . so dat, sekarang nak pergi makan makanan yang aku dok beli untuk stok aku sambil online .


Friday, May 27, 2011

waktu mendewasakan aku

ASSALAMUALAIKUM

*mate berair2 sambil susun2 barang dalam beg . haih, today jadi musang lagi . berjaga sampai pagi kemaskan barang . barang mmang banyak nak kena bawak . sebabnye every sem kena pindah hostel . so dengan bersalsa aku pon kemaskanlah barang (*ok, ini tipu) . time tengah take document kat laci, tetibe nota aku time sekolah menengah jatuh (*ceh, mcm filem pulak) . aku still ingat lagikk dengan nota tu, err, maksod aku buku karangan *sesiapa nak baling aku dibenarkan sekarang . aku bace satu persatu karangan aku . then aku terpandang satu karangan yang aku buat sendiri . markah 48/50 (*selama nie meniru ke ?) . aku tak tahu ape yang hebat sangat dengan karangan nie sampai aku dapat markah mcm tu . *aku bukan nak berbangga laa gile !

dalam karangan tu aku tulis tentang impian aku . impian aku pada mulanya nak jadi doktor . *ini bukan kisah jiwang suka suka nak menangis2 ok ! sape memangis die pondan . aku ceritakan pengalaman dari aku melangkah ke tadika sampailah melangkah kaki ke tingkatan lima . ntah kenapa dulu masa aku ditawarkan ambil jurusan kejuruteraan masa form 5 aku rase mcm down sangat sebab aku minat bidang kedoktoran (*berangan tahap mak gajah) . tapi aku tak tawu kenapa bila ada surat pertukaran ke kelas biologi aku abaikan . pernah jugak ask Ibu Norry dengan benda nie tapi ibu just jawab :

IBU NORRY : jika itu jalan yang awak pilih, teruskan kerana itu haluan yang awak sendiri akan lalui.

then aku mulakan langkah baru . ayah jadi mentor aku, abang pula aku contoh sebab mereka berada dalam jurusan yang sama (*ayah2, dah masuk name dalam blog saya nie lepas nie boleh pow PSP!) then aku pon study laa walaupun banyak memain . memang, banyak waktu yang lepas dah mendewasakan aku . dalam karangan tu juga aku cerita mcm mane aku yang dulu kira top 2 student time sekolah rendah jadi down bila lepas masuk form 1 . banyak main2 . bila ibu cakap :

IBU NORRY : exam nak dekat dah, stop bace utopia .
AKU : benda nie masuk PMR bu .

degil punye orang rase mcm nak hentak2 je kepala aku kat dinding kan ? then time nak mohon UPU tu aku langsung tak sentuh permohonan online aku, semua ayah and abang yang uruskan sehingga one day aku dapat mesej :

TAHNIAH ! 92_10_0_51_3 anda ditawarkan dalam program E2012(*kalau tak salah kod) di UiTM . sila rujuk laman web berkenaan untuk surat tawaran .

mase tu aku memang happy sebab selama nie tengok abang, orang2 dalam tv pergi sambung belajar . then ape yang aku nak rase akan aku rasekan sekarang . back to karangan, at the end tu, aku tak tawulah mcm mane aku boleh dapat ayat, jika waktu itu berharga, berharga juga masa depan kita . coraklah masa depan kita supaya ia indah kerana sehelai kain putih tidak akan dikagumi tetapi jika kita pandai mencorakkan ia dengan indah, mungkin satu hari nanti ia akan jadi aset yang amat bernilai . HAHAHA ! ayat aku mase buat karangan memang bermadah-2 !

then aku pon tutup buku . sambung balik kemas . ingat pulak time sekolah dulu . sume nakal mcm kucing ! tibe-2 aku punyelah terkejut sebab tibe-2 aku dengar bunyik kucing kat luar ! hamppeh ! bunyik mcm suara baby . memang BABY punya kucing ! aku ingatkan ade orang buang anak.. tak ponn bunyikk..... offline !~


Thursday, May 26, 2011

kemas and angkut

ASSALAMUALAIKUM

selamat pagi oh Malaysiaku serta peminatku serata dunia (*hentak kepala guna kayu) . lame jugak tak blogging . asyik publish cerita cinta jiwang karat tahap karma . memang karat tahap dah tak boleh nak polish balik . agak2 ade rase nak hentak kepala aku tak time bace cerpen tu ?

okay today aku menaip penat2 pukul 5 pagi bersengkang mata bukan nak same2 menangis bincangkan topik cerpen aku . lagu blog pon aku dah tukar (-_____-) cerita today pasal kemas dan angkut . bukan aku nak larik dari rumah sebab aku keguguran ke, ape ke tapi sebab sabtu dah pergi menghantarkan diri pulang semula ke pangkuan UiTM . memang hebat perjalanan hidup aku kan ? actually cuti memang laa tak puas kan ? tak mcm dulu cuti 2 bulan . sekarang, sebulan pun tak sampai . bagaikan melukut di tepi gantang kemudian diketok guna berus jamban !

AKU : kenapa ketuk saya ?!
TUKANG KETUK : awak melukut di gantang saya sambil mengeluarkan hingus !
AKU : maaf ! *sambil korek2 idong yang gatal

back to main topic . aku dah packing barang since isnin sebab ayah, ibu and juga jiran2 dah bising kenapa aku tak packing2 lagi barang . then aku dengan bangganya mengeluarkan semua baju dari almari and inilah hasilnya !



*agak2 ibu norry tomoi tak keadaan mcm nie ?

siryes cakap aku memang tak pandai nak pilih baju yang penting2 je nak bawak . semua aku angkot sekali sehingga baju KRS zaman dulu2 pon aku angkot (*kau dah bakar laa gile!) then bile dah last-2 minit nie barulah terhegeh2 mintak tolong ibu norry kemaskan baju :

AKU : i.. Ibu.. nak mintak tolong *sambil gedik-2 kaki silang-2
IBU : 20 sen !
AKU : *pengsan sambil mulut berbuih

kerja aku tawu beli baju je . kepala hotak pikir baju je . makan baju, berak pon baju . asalkan baju .then tak reti nak susun dalam beg . masalh yang aku hadapi sejak azali .kalau tak percaya, tanyalah pada yang pakar . bukan pakar pembedahan plastik . so, aku memang tak sabar nak back to PERAK *mata pandang atas, tanagn di dada (*kemudian dihentak guna kuali oleh mak cik yang anti dengan perbuatan tersebut) . kenapa aku dah mula merepek ? oh, rupanya aku belum tidur lagi !

CICAK : kau tak mengantok ke BABY ! aku pon tawu waktu malam !


Tuesday, May 24, 2011

INILAH CINTA

PART XII (cont'd)



Dania lemah menoleh ke arah kanannya.

“Ya. Sa..Saya Dania”, jawab Dania dalam kesedihan. 

“Saya Farra", kata Farra lalu memeluk Dania.

"Saya tahu", kata Dania membalas pelukan Farra lalu mengalirkan airmata.

"Ini ada surat yang diamanatkan kat awak. Saya harap awak sudi terima”, kata Farra mengesat airmatanya. 

Farra menyerahkan surat tersebut kepada Dania. 

Dengan tangan yang lemah, Dania mengambil surat tersebut sambil memaksa dirinya mengukir senyuman. 

“Terima kasih”, katanya. 

“A...Awak bertuah Dania. Antara ramai-ramai wanita yang mengiginkannya, awak yang dipilihnya. Walaupun dia tidak pernah mengungkapkannya kepada awak, tapi saya tahu Dania. Saya rela melepaskan dia kerana bagi saya kebahagiaannya lebih penting dari segalanya. Saya tahu saya bukan untuk dia. Semenjak awak ke luar negara dia tak ceria macam dulu. Setiap malam dia akan tunggu awak walaupun dalam keadaan sakit. Maaf, bukan niat kami nak rahsiakan perkara ini dari awak tapi ini atas permintaan dia. Saya harap awak tabah dan sabar ya. Kita harus kuatkan semangat untuk terus hidup. Masih banyak lagi dugaan yang ada di hadapan. Biarlah Danni pergi dengan tenang. Yang pergi tidak akan kembali. Kita berdoa sahaja untuk dia. Allah lebih sayang dia", kata Farra sambil duduk di sebelah Dania.

"Ter.. Terima kasih, Farra. Saya tahu dah terlambat untuk saya menyesal. Saya akan kuatkan semangat demi dia. Saya akan meneruskan harapan dia", kata Dania lemah mengukir senyuman sambil membelek surat pemberian Danni.

"Maaf Dania, hari dah nak hujan. Mari kita pulang”, kata Farra memandang ke arah Dania.

"Tidak mengapa, Farra. Saya masih lagi mahu berada di sini. Terima kasih", kata Dania lantas memeluk Farra sebelum Farra beransur pulang.

"Ok, saya pergi dulu", kata Farra lantas memegang nisan Danni dan lemah berlalu pergi dengan linangan airmata. 

Dania hanya memerhati pergerakan Farra dengan linangan airmatanya yang perlahan jatuh ke pipi.

Dania mengalihkan perhatiannya ke arah surat yang dipegangnya. Perlahan Dania membuka dan membaca surat yang baru sahaja diberi kepadanya.


Kehadapan Dania,

Maaflah jika sewaktu Dania terima surat ini Danni sudah tiada di dunia ini lagi. Maafkan Danni jika Danni rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Dania. Danni tak mahu Dania risau tentang Danni. Biarlah Danni sahaja yang menanggung penderitaan ini seorang diri. Sudah lama Danni mempunyai penyakit barah otak. Memang salah Danni tidak mengambil tindakan awal tapi kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Danni seboleh-bolehnya mahu merahsiakan perkara ini daripada Dania. Walaupun bila bersama, Danni akan tetap menunjukkan keceriaan supaya kesakitan Danni ini dapat dikaburi. Danni lebih senang jika melihat Dania bahagia, ketawa, senyum tetapi Danni akan rasa susah hati bila Dania bersedih. Apa sahaja kemahuan Dania, Danni akan sedaya upaya untuk menuruti. Memang Dania, Danni sudah jatuh cinta dengan Dania. Benar-benar jatuh cinta. Namun Danni tahu segalanya sudah terlambat. Danni takut cinta Danni akan ditolak jika Danni mengungkapkan perasaan cinta Danni kepada Dania dan takut Dania akan menjauhi Danni. Jadi Danni mangambil keputusan untuk memendamkan sahaja perasaan Danni. Danni sangat sayangkan Dania. Jadi Danni tak sanggup untuk kehilangan Dania. Jika Danni dapat memutar waktu, ingin sahaja Danni memutar kembali memori kita sewaktu kanak-kanak. Amat indah sekali. Semua itu akan tetap terpahat di dalam hati Danni walaupun kehidupan Dania dan Danni kini jauh berbeza. Danni bersyukur, bersyukur sangat-sangat sebab dikurniakan sahabat susah senang seperti Dania. Sahabat yang sangat memahami Danni. Jika Danni punya waktu lagi, ingin saja Danni bersama dengan Dania tetapi Allah lebih menyayangi Danni. Danni menderita kesakitan Dania. Tapi kesakitan itu akan hilang jika Danni melihat Dania gembira. Danni juga tidak akan lupa rutin kita pada setiap malam. Danni akan mendendangkan lagu kegemaran Dania tatkala sebelum tidur. Walaupun Dania berada jauh dari Danni, Danni tetap memetik gitar di balkoni menunggu saat kepulangan Dania. Setiap hari Danni akan melihat Dania di balkoni. Menunggu kehadiran Dania walaupun kelibat Dania tiada. Setiap hari Danni hanya berdoa agar Dania memperoleh kebahagiaan kelak. Bila Danni disahkan tidak mempunyai waktu yang lama untuk hidup, Danni hanya berharap agar Dania sentiasa menemani Danni dan memberikan semangat kepada Danni. Namun perasaan itu terpaksa Danni tepis kerana Danni tak sanggup lihat Dania sedih melihat keadaan Danni.  Namun Dania, telah tertulis yang Danni harus pergi dulu. Setiap gurauan kita akan Danni ingat. Senyuman Dania adalah hadiah yang terbaik yang takkan Danni lupa. Keriangan Dania, gurau senda Dania. Tapi Dania, bila Danni dah tiada, Danni harap sangat masa tu Dania iringi Danni. Itulah kali terakhir Dania boleh bersama Danni. Masa tu Danni dah tak boleh nak tegur Dania macam selalu. Danni dah tak boleh nak tengok Dania. Dania yang kena datang ziarah Danni. Masa tu Danni hanya mahukan bacaan Yassin dan Al-Fatihah dari Dania sebab Danni dah tak boleh baca sendiri. Bila ada orang ramai letak Danni bawah papan, Dania jangan nangis ye. Danni dah tak boleh nak pujuk Dania. Janji kat Danni ya? Danni hanya boleh lihat Dania dari jauh je. Dunia kita dah lain sangat-sangat. Hanya doa akan menemani Danni. Dania, mungkin Dania bukan dicipta dari tulang rusuk Danni tapi dicipta untuk mengindahkan kehidupan Danni. Danni berdoa agar Dania akan menemui cinta Dania yang betul-betul sejati. Hargailah dia sebagaimana Dania menghargai diri Dania.  Dania harus kuat untuk teruskan kehidupan. Jangan mudah putus asa. Yang pergi tetap akan pergi. Yang hidup harus meneruskan kehidupan. Danni mahu Dania berjaya dan meneruskan cita-cita yang telah lama Dania impikan. Tabah hadapi semua dugaan mendatang.  Maafkan Danni jika selama ini Danni ada mengguris perasaan Dania. Halalkan makan minum Danni. Danni tak akan lupakan setiap bait-bait lirik lagu yang Dania suka. Sampai di sini sajalah warkah terakhir Danni buat Dania. Sudah sampai masanya untuk Danni meletakkan pen. Jika ditakdirkan bertemu kelak di sana, mungkin “INILAH CINTA”. Wassalam.

 Salam sayang,
                                                               Dani


Menggigil tubuh Dania tatkala selesai membaca warkah dari Danni. Mengalir deras air matanya tidak henti-henti. Mahu saja dia menjerit sekuat hati. Namun, menangis airmata darah sekalipun Danni tidak akan kembali. Dunianya bagaikan tidak membawa apa-apa erti buatnya. Mahu sahaja dia pergi bersama Danni. 

Maafkan Nia, Danni. Nia tak berniat nak meninggalkan Danni. Nia hanya mahu buat kejutan untuk hari lahir Danni namun segalanya sudah terlambat. Maafkan Dania, Danni. Sebenarnya Nia memang amat mencintai Danni sejak dari dulu lagi. Namun, Dania tahu Danni ada Farra yang boleh membahagiakan Danni. Namun Dania tidak putus asa.  Sebab itulah Nia selalu suruh Danni menyanyikan lagu Inilah Cinta kerana semua  perasaan Nia terkandung dalam setiap lirik lagu tu. Nia rasa bersalah sangat tatkala Danni memerlukan Nia tetapi Nia tiada di sisi Danni. Maafkan Nia, Danni. Maafkan Nia..”, luah Dania diiringi airmatanya yang tidak henti mengalir lalu rebah lemah di atas pusara Danni seraya hujan turun.


TAMAT

Monday, May 23, 2011

INILAH CINTA

PART XI (cont'd)


...satu email dari Dania pun Danni tidak terima sejak dia ke Amerika. Mungkin dia bahagia di sana tanggapan Danni. Keadaan Danni semakin hari semakin tenat sehinggakan terpaksa dipapah apabila mahu bergerak. Entah kenapa pada malam itu Danni terasa seperti dirinya semakin dekat denganNya dan masa untuk dirinya kembali kepadaNya sudah semakin hampir. Danni meminta Farra mengambil sehelai kertas dan sebatang pen untuk menulis sesuatu yang ingin dia luahkan kepada Dania. Danni kuatkan juga semangatnya untuk menulis. Walauapapun, baginya, dia mesti menyiapkan luahan hatinya itu walaupun berada dalam keadaan yang lemah. Setelah selesai menulis, Danni memanggil Datin Hasnidah dan Datuk Kamal . 


"Mama, Papa, maafkan segala kesalahan Danni selama Danni bersama dengan mama dan juga papa. Terima kasih menjaga Danni dengan penuh kasih sayang sejak Danni kecil lagi. Danni bahagia mama, papa. Halalkan segala yang Danni makan, minum dan segala susu yang mama beri kepada Danni semasa kecil. Maaf jika Danni ada mengguris hati mama dan papa. Danni..."


Percakapan Danni terhenti tatkala Datuk Kamal mengusap rambutnya.


"Danni, jangan cakap yang bukan-bukan. Danni mesti kuat, Danni mesti lawan penyakit ini. Mama dan papa halalkan segalanya", kata Datuk Kamal cuba memberikan semangat kepada Danni walaupun dia tahu keadaan Danni yang semakin tenat.


"Farra..," panggil Danni.


Farra menghampiri Danni dengan linangan airmata.


"Danni juga memohon maaf kepada Farra kerana banyak menyusahkan Farra, melukakan hati Farra dan tidak dapat menyayangi dan mencintai Farra sebagaimana Danni mencintai Dania. Terima kasih kerana selama ini menceriakan hidup Danni, menjaga Danni, melayan kerenah Danni. Terima kasih banyak-banyak. Halalkan segala makan minum Danni", kata Danni sambil mengelap airmata Farra yang semakin deras mengalir.


“Danni.. jangan cakap macam tu.. I akan sentiasa mencintai you. Danni tak pernah melukai hati Farra. Bagi Farra, Dannilah yang terbaik buat Farra”, kata Farra tersedu-sedu. 


Danni menyerahkan sepucuk surat kepada Farra dan mengamanatkan surat itu kepada Farra untuk diberikan kepada Dania. 


“Danni..biar mama beritahu Dania tentang ni”, kata Datin Hasnidah merayu sambil linangan airmatanya yang tidak henti mengalir. 


“No, mama. Danni tak mahu dia sedih..please ma. Ini permintaan terakhir Danni. Mungkin sudah terlambat”, jawab Danni. 


Linangan airmata Datin Hasnidah terus mambasahi pipi. Datuk Kamal hanya mampu menghela nafas panjang dan memandang ke atas. 


“Mama, papa. Tolong bawa Danni ke bilik mandi. Danni nak  mengambil wudhuk nak solat dan baca Al-Quran”, kata Danni lemah. 


Lantas Datin Hasnidah dan Datuk Kamal memapah Danni menuju ke bilik mandi. Danni mengerjakan solat dan membaca Al-Quran sehingga satu ketika Danni merasakan waktunya telah sampai. Danni rebah lemah di atas sejadah memeluk Al-Quran. 


Datuk Kamal, Datin Hasnidah dan Farra meluru dengan tangisan ke arah Danni. Datuk Kamal membisikkan kalimah syahadah kepada Danni sambil perlahan Danni mengucapkan 2 kalimah syahadah sebelum nyawanya ditarik kembali kepadaNya. Sampai sahaja pada kalimah terakhir, jasad Danni terbujur kaku. Sangat tenang rasanya. Kini Danni bukan lagi berada di dunia yang sama dengan keluarganya, Farra mahupun Dania. Datin Hasnidah bagaikan hilang kawalan menggoncang badan Danni tetapi ditenangkan oleh Datuk Kamal. Danni hanya dapat memerhati dari jauh tanpa boleh memeluk mereka.


Jasad Danni terbujur kaku di ruang tamu. Bacaan yaasin mengiringi pemergiannya. Datuk Kamal, Datin Hasnidah dan Farra masih lagi dalam keadaan kesedihan. Tetamu semakin ramai menziarahi jasad Danni mengucapkan takziah kepada keluarganya. 


Tiba-tiba muncul seseorang di muka pintu rumah Danni dengan keadaan yang tergesa-gesa meluru masuk dan matanya tepat memandang kearah jasad Danni yang terbujur kaku ditutupi oleh kain. 


"Dania, kau sudah pulang! Aku merindui kau Dania !", jerit Danni walaupun jeritannya tidak didengar. 


Menggigil tangan Dania tatkala berjalan perlahan menuju ke arah jasad Danni. Kek dan hadiah yang ada di tangannya menyembah terhempas ke bumi tepat waktu tibanya hari lahir Danni. Dengan perlahan Dania membuka kain yang menutupi jasad Danni. Jantungnya bagaikan terkena panahan petir seakan terhenti tatkala melihat jasad Danni yang kaku pucat. Airmatanya mengalir secara tiba-tiba. 


"Da.. Danni.. Sam.. Sampai hati kau buat aku mcm ni..", kata Dania tertunduk diiringi airmatanya yang semakin deras berlinangan. Tangannya digenggam kuat.

*                      *                      *

Jasad Danni selamat dikebumikan. Orang ramai beransur pulang setelah pengkebumian selesai dilakukan. Hanya tinggal Dania duduk terpaku di hadapan pusara Danni meskipun Datuk Kamal, Datin Hasnidah dan keluarganya mengajaknya pulang kerana hari semakin mendung. 


Tiba-tiba seseorang menyapanya dari belakang. 


“A..Awak Dania..?”


bersambung....

Sunday, May 22, 2011

INILAH CINTA

PART X (cont'd)



"....datang keinginan kepada Danni untuk berjalan-jalan di sekitar hospital. Danni menguatkan tubuhnya untuk mengatur langkah. Pelbagai keadaan pesakit dia dapat lihat sewaktu berjalan-jalan di sekitar wad itu. Sewaktu Danni melintasi di hadapan bilik doktor, dia terdengar sesuatu yang dibincangkan oleh doktor dan kedua ibu bapanya lalu berhenti melihat di cermin kecil yang berada di pintu. 

Maaf tuan, puan. Barah Otak anak tuan dan puan benar-benar sudah sampai ke tahap yang paling tinggi. Kami dah tak boleh nak buat apa-apa lagi dah. Semua ubat yang diberi dah tak memberi kesan apa-apa. Walaupun dengan melakukan pembedahan. Jangka hayat untuk anak puan pun hanya tingga lebih kurang  sebulan sahaja lagi. Maaf tuan, puan. Pihak kami dah tak boleh nak buat apa-apa lagi. Redha sahajalah dengan ketentuannya. Tetapi kami akan berusaha lagi untuk merawat penyakit ini”, kata doktor kepada Datin Hasnidah dan Datuk Kamal. 

Tidak dapat digambarkan perasaan Danni pada waktu itu. Tanpa disedari airmatanya mengalir deras lalu tersandar di dinding belakangnya. Fikiran Danni bercelaru. Jiwanya kosong. Bagai disentap-sentap dan dihiris-hiris jantungnya itu. Datin Hasnidah dan Datuk Kamal keluar daripada bilik doktor dan agak terkejut apabila melihat Danni berada di hadapan pintu bilik tersebut. Datuk memeluk Danni.

Sabar Dani. Dani harus kuat. Jangan putus asa. Dani anak papa yang paling tabah dan kuat berusaha. You must be strong dude. Mama dan papa akan sentiasa sokong Danni”, kata Datuk Kamal cuba menenangkan Danni. 

Danni memeluk Datuk Kamal seerat yang dia mahu agar kesedihan ini sedikit sebanyak dapat dikurangkan sambil diperhatikan oleh Datin Hasnidah dengan linangan airmatanya yang laju mengalir.

*                      *                      *

Setiap hari Danni menghitung hari menunggu saat malaikat menjemputnya pulang kepada Sang Pencipta. Masa Danni hanya dihabiskan di tikar sejadah. Memohon kepada Allah agar segalanya dipermudahkan. Danni redha dengan ketentuanNya dan tidak pernah sesekali mempertikaikannya. Danni tahu setiap yang hidup, pasti akan mati. Setiap hari Datin Hasnidah akan berlinangan air mata melihat keadaan Danni yang semakin teruk. Sehinggakan Danni pun tidak sanggup untuk melihat keadaan dirinya di cermin. Malu untuk keluar dari rumah kerana tidak mahu jiran tahu akan keadaan dirinya. Di saat Danni memerlukan seseorang untuk mendampinginya, Allah mengurniakan Farra yang sentiasa menjaga Danni, menurut segala kemahuan Danni walaupun fikiran Danni hanya terfikirkan Dania. Setiap hari Farra akan cuba menceriakan Danni tapi setiap kali itulah Danni akan melukai hatinya. Memarahi dia kerana Danni merasa kekurangan dengan keadaan diri Danni sendiri. Namun, Farra sabar melayan kerenahnya. Pagi-pagi lagi dia akan sampai menyuapkan sarapan dan sebelum tidur akan menemani sehingga Danni tidur. Setiap malam juga Danni akan duduk di balkoni memegang gitar dan memaksa jarinya memetik gitar untuk mendendangkan lagu yang menjadi kegemaran Dania setiap malam sebelum tidur. Walaupun kelibat Dania tiada di balkoni, tetapi Danni sentiasa menunggu kepulangannya. 

"Dania, aku merinduimu Dania. Sangat-sangat merinduimu. Andai waktu dapat diputar semula, akan aku ungkapkan perasaan cinta aku kepada kau Dania. Tapi aku bodoh. Bodoh sangat. Aku takut untuk melafazkan cinta kerana takut cintaku ditolak. Aku rasa lebih baik aku pendamkan saja perasaan aku ni. Maafkan aku Dania sebab terpaksa merahsiakan penyakit aku ini dari pengetahuan kau. Maafkan aku juga Farra kerana tidak dapat mencintai kau sebagaimana aku mencintai Dania", bisik Danni sambil memegang gitar dengan linangan airmatanya.

*                      *                      *

Esok menjelang hari lahir Danni namun..."


bersambung....

Tuesday, May 17, 2011

adik oh adik !!


bangun pagi gosok kaki cuci kepala dan mandi, pakai boxer minum ice tea pergi luar lari-2 . pagi nie aku mcm orang yang baru keluar dari dunia khayalan . alasan ? malam tadi tidor lambat . *kesah pulak korang kan aku tidor lambat ? padan muka aku . actually malam tadi mata memang mengantuk tahap karma even patang dah tidor macm orang dah tak reti nak bangun . aiman (*adik bongsu aku) lak tidor lagi dahsyat sebb dari balik sekolah tidor and pukul 12 malam baru bangun . kalah baby kann ? memang BABY lah die tidor lame-2 . then bile die dah bangun lak, aku pon start laa nak membaringkan diri .esok cuti so aku decide nak tidor kat depan hall sambil tengok tv and men game . adik aku memang pontianak game . kalau main game mcm menghadap mekdi 5 kilo . sambung balik tadi, bile nak lelap jea tibe-2 adik aku melompat tidor sebelah aku and ketawa gedik-2 rampas bantal kat muka aku .

AKU : hey ! doboh ! kaw kenapa ?
AIMAN : ketawa sambil tangan tunjuk-2 kat tv
AKU : kaw kenapa sial ?
AIMAN : kaw tengok tajuk lagu tu ngn video klip die ! *sambil ketawa tanpa dapat diberhentikan dan tutup muka
AKU : *meneliti . HAHA ! bongok, sountrack kum kum the series !

then bila lagu tu dah abes, aku pon start laa nak tidor balik . then adik aku rampas balik bantal dari aku .

AKU : heyy BABY ! kaw apasal ? main jelah game .
AIMAN : kaw jangan lee tidor !
AKU : aku mengantok laa . kaw yelah dah tidor sampai mcm orang pengsan ! *melelapkan mata kembali
AIMAN : siapa tidor die GILE !
AKU : *ketawa ! abis ibu, ayah, abang, ira semua gila . yok-2 cakap ayah ngn ibu kaw cakap diorang gile !
AIMAN : lelaki je !
AKU : ayok-2 kaw cakap ayah ngn abang .
AIMAN : lelaki bawah umur 20 tahun kalau tidor die gile !
AKU : !@#$%^&*(

memang hampeh kann . lastly bile aku tengok die men game aku pon dah terjoin die sekali . at last die yang tidor dulu aku pulak tak dapat nak lelapkan mata . dalam pukul 5 lebih baru aku start tidor sampaikan aku tengok mums aku dah bangun nak solat subuh . memang nakal kan kaw AIMAN . pagi aku bangun terpaksa awal sebab dah janji nak pergi lepk umah membe aku . haih ! ragam ade adik ..

*AGAK-2 KALAU DIE TIDOR PETANG NIE NAK KACAU TAK ?


INILAH CINTA

PART IX (cont'd)


"...dia akan menjadikan sambutan hari lahir Danni ialah sambutan hari lahir yang paling manis sekali. Hati Danni tidak sabar-sabar menanti detik tibanya hari lahirnya. Ingin sahaja Danni cepatkan waktu agar hari yang dia tunggu akan tiba. 

“Danni.. Danni.. Farra datang nie. Mari turun”. Laungan Puan Hasnidah menyedarkan Danni dari lamunan. “Ye..ye.. sekejap”, kata Danni lantas menyisir rambutnya kemas lalu turun bertemu Farra. 

“You, dah lama kita couple. Family I pun dah tanya tentang hubungan kita. Bila kita nak ke hubungan yang lebih serius?”, soal Farra sedikit mengelirukan Danni. 

“Maksud you, kahwin?”, soal Danni kembali. 

“Bukan maksud I kahwin. Kita bertunang dulu baru kita bincang pasal kahwin”, kata Farra tenang. 

“Errr.. nanti lah you.. I tak fikir lagi”, kata Danni cuba mengelak. 

“You ni.. bila I cakap about ni you macam nak mengelak je. You ni kenapa? I bukan tak nak faham you tapi dah lama kan kita macam ni. So apa you nak tunggu lagi”, kata Farra serius. 

Danni jadi tak keruan memikirkan apa alasan yang nak diberi. Sedang Danni berfikir, kepalanya kembali sakit, pandangannya jadi kabur. Dunianya seakan-akan berputar. Danni mengeluh kesakitan. Terdengar sayup suara Farra memanggil namanya dan memanggil nama parents Danni. Tiba-tiba dunia Danni gelap. 

Apabila sedar, Danni melihat dirinya berada dalam persalinan hospital. Melihat kepada keadaan sekeliling, sah Danni berada di hospital. Mama, papa, Farra dan keluarganya berada di sisi Danni, mereka tersenyum gembira tetapi dalam senyuman itu tersirat kesedihan yang tidak dapat dibendung. Danni cuba mencari seseorang tetapi tidak dia jumpai. Danni hampir terlupa bahawa Dania sudah bertolak ke Amerika. Danni cuba untuk bangun tetapi dihalang oleh Datuk Kamal. 

“Danni, Danni berehat dulu ye. Mama dengan Papa nak jumpa doktor. Farra temankan Dani ye”, kata Datin Hasnidah dalam nada sedih. 

“Ma.. Dani nak minta tolong Ma..”, kata Danni tersekat-sekat. 

“Apa Danni?”, soal Datin Hasnidah. 

“Ma, tolong ma, jangan beritahu Dania tentang benda ni. Biar Danni yang akan beritahu Dania sendiri ma. Tolong ma. Ni je permintaan Danni dari mama dengan papa”, kata Danni sedikit tersekat-sekat. 

“Baiklah sayang. Mama akan rahsiakan dari pengetahuan dia. Tak apalah Danni, Danni berehat dulu ye. Mama nak keluar sekejap”, kata Datin Hasnidah lalu beredar. 

Kelihatan air mata Datin Hasnidah mengalir dan kesedihan di wajah Datuk Kamal. Danni hanya mampu memandang mereka sehingga mereka hilang dari pandangan. Tekak Danni terasa haus. 

“You nak air?”, soal Farra mengerti kemahuan Danni. 

“Boleh juga”, jawab Danni ringkas. 

“You tunggu sini ye. I pergi beli air kat bawah”, kata Farra lembut lalu berlalu pergi. 

Tiba-tiba...."

bersambung.....

Sunday, May 15, 2011

INILAH CINTA

PART VIII (cont'd)


....Tapi Danni kuatkan juga semangat sebab banyak kerja yang tertangguh, sempat Danni merenung kearah balkoni rumah Dania manalah tahu kalau-kalau dia tengah duduk di balkoni. Namun, kelibat Dania tidak kelihatan. Danni melangkah lemah menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah bersiap untuk ke pejabat, satu pesanan menerjah masuk ke telefon bimbit Danni. Lantas Danni mencapai telefon bimbitnya seraya hatinya berbisik 

“Mesti mesej dari Sya”

Sangkaannya meleset kerana pesanan tersebut datangnya dari Farra.

“Sayang, today I cuti so I nak spend masa dengan you boleh? Dah lama rasanya I tak keluar dengan you. I miss you, sayang”. 

Dengan lemah Danni membalas. “Ok. I tunggu you kat tempat biasa pukul 6 petang”. 

Danni tidak tahu mengapa jika Farra yang mengajaknya keluar pelbagai alasan yang Danni cari tapi apabila Dania yang mengajaknya keluar, pantas sahaja Danni mengiakan kehendaknya itu. Danni rasa lebih bahagia jika bersama dengan Dania. Sedang Danni memikirkan perihal tersebut, tiba-tiba satu pesanan masuk ke dalam telefon bimbitnya lagi. 

“Apalagi yang Farra nak ni”, kata Danni mengeluh. Hatinya sedikit gembira bila melihat pesanan tersebut datangnya dari Dania. Danni lantas membuka pesanan tersebut 

“Danni, maaf.. aku terpaksa bertolak awal. Flight aku terpaksa diawalkan sebab keadaan cuaca petang nanti tak menentu. Aku sekarang dah nak bertolak ke Amerika. Tak dapat kau nak hantar aku ke airport. Tapi tak apa, kau jangan lupa kat aku ye. Aku mesti akan rindu kau. Take care. Kau tunggu aku tau bila balik nanti”

Danni bergegas menuju ke balkoni. Kereta milik bapa Dania sudah tiada. Hatinya sedikit hampa tetapi terpaksa dipendamkan. Mungkin dia nak aku jemput dia bila dia balik nanti, hatinya berbisik. Tidak semena-mena kepala Danni berdenyut kesakitan. 

“Aduh, datang lagi penyakit ni”, katanya di dalam hati. 

Danni mengambil ubat yang dia simpan di dalam laci sebelum menelan ubat tersebut untuk melegakan kesakitan yang dia alami. Setelah kesakitan itu berkurangan, Danni duduk di atas kerusi untuk berehat seketika. 

“Ya Allah, mengapa aku yang dipilih olehmu untuk menerima dugaan ini?”, katanya di dalam hati. Danni termenung seketika memandang kearah gambar yang dia selitkan di cermin biliknya . “ Dania, adakah kau akan menjauhkan diri dari aku jika aku menyatakan bahawa aku sudah jatuh cinta kepada kau? Tapi Dania, bolehkah kau bahagia bersama aku? Aku tidak mahu kau menderita kelak kerana penyakitku? Sempatkah aku untuk mambahagiakan kau?”, bisik hati Danni. 

Pelbagai persoalan yang berlegar-legar dalam pemikiran Danni. Setelah berasa lega, Danni mengambil kunci keretanya untuk menuju ke pejabat.

*                      *                      *


Tinggal sebulan je lagi hari lahir Danni bakal menjelma. Teringat akan kata-kata Dania bahawa...."

bersambung...

Saturday, May 14, 2011

menjaga kanak kanak sangat comel

ASSALAMUALAIKUM

hiyahhh !!! (*konon bunyi menggeliat) . pagi bangun begitu bersemangat bagai kann bangun pukul 6 setengah pagi semata-2 nak pergi menjadi babysitter kat sekolah ibu norry . siapakah beliau ? beliau adalah ibu aku . siapakah ibu aku ? beliau adalah ibu norry . lalala . actually today sekolah ibu norry ada hari sukan so that aku telah dipaksa bekali-2 untuk mengikutnya ke sekolahnya . kenapakah aku yang menjadi mangsa ? ibu, saya memang suka kanak-2 tapi yang comel je . walaupun berjuta batu lari, berjuta alasan aku bagi, tetapi, alasan aku bagaikan mencurah air ke daun keladi . ibu, adakah alasan saya alasan kanak-2 tadika ?

after dah siap dengan begitu comel, aku kembali membaringkan diri ke atas katil . kononn nak baring-2 at last hambik haa tertidor . bangun, seribu satu miskol tertera kat henpon aku . ahhh ! lambat dah . tergesa-2 aku keluar rumah pergi kat sekolah ibu norry . aiyaa ! siapkan telinga je . ayah, tak nak membantu saya ke menyelesaikan masalah ?

sampai je sekolah ? eh, adakah ini semua budak-2 ? ramainya and semua tengah belari-2 bagai berada di taman bunga . bersama kumbang-2 dan bunga yang indah . adakah ini tugas aku ? mula-2 jumpa ibu norry . kena bebel kejap ?

IBU NORRY : kenapa lambat anakku ?
AKU : saya berak ibu, lama sangat tak berak .
IBU NORRY : lain kali bawak je jamban sekali .

Then aku pon start laa duduk bawah kanopi (khemah berwarna putih) and start laa duduk ngn budak-2 . aku malas nak jaga . lebih baik makan cekolet sambil minum slurpee pagi-2 buta nie . bila keluarkan je coklat, banyak mata-2 tajam memandang . opps ! adakah mereka piranha ? terus aku simpan balik . then aku pon keluarkan lah komik and start bace . bila pandang je kat depan !!


Manusia kah ini ?

Aku pon berdiri mengumpulkan kembali kanak-2 riang ini . dah laa ramai parents . dengan awek-2 yang ramai . bila panggil-2 tak nak datang . siapa-2 ada batang mop tak ? aku pon memikirkan idea mcm mane nak kumpulkan budak-2 nie . tiba-2 !



at last mereka berkumpul di dalam khemah . hiyahhh ! menjadi walaupun aku dah kentot banyak-2 kali . hampir 4 jam aku jaga mereka . penat jangan cakap laa kann . dalam pukul 1 mcm tu balik . haih . lapa lapa and lapa . pas makan aku terus tidor balik sampai tak ingat dunia . memang laa tidor kita tak ingatkan dunia . mana ada kita mmpi dunia . heh .

Pengalaman hari ini, mcm nie rupanya jadik cikgu . agak-2 aku kecik2 dulu mesti kanak-2 yang mendengar kata kan ?

IBU NORRY : TIDAK !!


INILAH CINTA

PART VII (cont'd)



Dania memanggil namanya menerusi balkoni rumahnya. Dengan langkah perlahan Danni bangun mengambil gitar dan menuju ke balkoni rumahnya yang menghadap kearah balkoni rumah Dania. 

“Kau ni dah mandi belum?”, soal Dania sambil mengunyah coklat. 

“ Aku dah mandi lah. Tunggu nak tidur je. So, kau nak suruh aku nyanyi lagu apa malam ni?”, kata Danni memandang tepat ke muka Dania. 

“Kau ni everyday duduk memetik gitar nyanyi untuk aku tak kan kau tak ingat. Hish, favourite aku lah, Inilah Cinta”, jawab Dania dengan nada mengeluh. 

“Eh, kau ni tiap-tiap hari suruh aku nyanyi lagu tu je. Minta lah lagu lain pula”, kata Danni sedikit merungut. 

“Kau nak nyanyi ke tak nak? Kalau tak nak aku masuk sekarang”, kata Dania dalam nada mengugut. 

“Yelah-yelah aku nyanyi”, jawab Danni lantas membetulkan kedudukannya di atas kerusi. 

“Disebabkan esok aku nak ke Amerika, kau kena nyanyi sedap-sedap sikit”, arah Dania sambil tersenyum. 

Sewaktu gitar mula dipetik kelihatan muka Dania terukir senyuman yang boleh membuatkan Danni bahagia melihatnya. Kepuasan terasa di hati Danni kerana dapat membuat Dania tersenyum. Namun, adakah senyuman itu akan dapat Danni lihat lagi kelak?

“terpegun ku melihat kamu,
 bergetar hatiku memandangmu,
 dan terus datang mencuba,
 adakah khayalku menjadi nyata,
 oh resah hati gelisah,
ku takut tak diterima,
 rupanya kau juga sama,
 seperti aku merasa cinta,
mungkin inikah yang dinamakan cinta,
hati gembira rasa bila kau kata cinta,
siang yang suram kini menjadi ceria,
hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia”

*                      *                      *

Keesokkannya, badan Danni terasa lemah sangat...
 
 bersambung...

Thursday, May 12, 2011

INILAH CINTA

PART VI (cont'd)


Nasib memihak Danni kerana makanan yang mereka pesan sampai tepat pada waktunya sebelum Danni sempat memhabiskan kata-katanya. 

“Ha, da sampai pun makanan. Jom makan. Aku dah lapar”, kata Danni cuba mengelak menjawab soalan Dania. 

Namun terpancar ketidakpuasan pada mimik mukanya dan cuba untuk membongkar apa yang Danni sorokkan.  

“Maaf Nia. Memang ada benda yang aku sorokkan dari kau. Bukan aku sorokkan dari kau saja, dari family aku, Farra, kawan-kawan aku, semua aku tak beritahu. Cukuplah aku seorang sahaja yang tahu”, kata Danni berbisik dalam hati.

*                      *                      *

“Terima kasih Danni. Aku happy sangat today keluar dengan kau. Aku harap kita akan selalu keluar macam ni lagi ye”, kata Dania seraya tersengih. 

“Iyalah Tuan Puteri, Putera raja pun akan muflis jika keluar dengan kau. Rumah dekat sejengkal pun nak juga suruh aku hantar depan rumah”, kata Danni tersenyum ke arah Dania. 

“Cis, tak guna kau!”, kata Dania lantas mencubit Danni. “Oklah Danni, aku nak masuk dan mandi. Kau tu pergi parking kereta and masuk mandi. Badan tu dah bau ikan pekasam dah”, kata Dania ketawa kecil. 

“Ikan-ikan pekasam pun sudi gak kau keluar dengan aku kan”, kata Danni menyindir. 

“See, merajuk ? Ish, dah.. dah ye budak busuk. Oklah, aku masuk dulu”, kata Dania lantas berjalan menuju ke pagar rumah. Danni hanya memerhati setiap gerak-gerinya menuju ke pagar.  

“Jika waktu boleh dihentikan, ingin selalu aku bersama kau, Nia”, kata Danni berbisik di dalam hati. 

“Danni, lupa ! terima kasih ya”, ucap Dania seraya melambai-lambai tangan kearah Danni. 

Lalu Danni menuju masuk ke pintu pagar rumahnya. Setelah mandi, Danni baring seketika sementara menunggu Dania menunggunya di balkoni rumah mereka. Balkoni bilik Danni berhadapan dengan balkoni bilik milik Dania. Menjadi rutin seharian Danni sebelum tidur, dia akan memetik gitar sambil mendendangkan lagu yang diminta oleh Dania. Mereka akan bersama-sama duduk di balkoni rumah masing-masing sambil menikmati alunan lagu yang Danni nyanyikan. Sementara menunggu, sempat Danni mengelamun seketika. Filem ‘When In Rome’ yang mereka tonton bersama tadi benar-benar indah dan akan dia pahatkan di dalam hatinya supaya ia akan sentiasa dia ingat. Esok Dania akan ke Amerika untuk menguruskan hal pengajiannya di sana. Walaupun Danni tak berapa menyokongnya tapi Danni tahu itu impian dia sejak kecil. Danni merelakan sahaja tapi Dania berjanji akan pulang sebelum tibanya hari lahir Danni. Tiba-tiba lamunan Danni terhenti tatkala sayup mendengar suara..."

bersambung…

INILAH CINTA

PART V (cont'd)





".....jarum jam di tangan Danni telah menunjukkan angka 1. Apabila menyedari keadaan tersebut, tergesa-gesa Danni mencapai kunci keretanya dan berkejar turun untuk ke kereta tanpa sempat menutup komputer riba miliknya. 


“Matilah aku macam ni”, bisik hati Danni sambil tergesa-gesa mengeluarkan kunci dari poketnya. 


Danni menghidupkan enjin kereta BMW miliknya dan memecut ke destinasi yang telah dia janjikan pada Dania. Setelah meletak kereta di lot parking, Danni mengunci kereta dan mempercepatkan langkahnya menuju ke pintu masuk pusat beli belah tersebut. Sudah Danni boleh agak reaksi muka Dania nanti sebab dia lambat sampai pada waktu yang ditetapkan. 


Dari jauh Danni dapat melihat kelibat Dania yang bercekak pinggang dan memandang ke arahnya. Danni hanya mampu tersengih. 


“Jam tangan kau rosak ke? Aku yang hanya naik teksi pun boleh sampai tepat pada masanya”, kata Dania menyindir Danni sambil memandang pelik kearah seluruh tubuhnya dari atas sampai ke bawah. 
“Nak pergi Prom Night ke?”, katanya menyindir lagi. 


“Kerjalah. Tak macam kau duduk rumah and tahu shopping je. Kira dah baik aku datang walaupun pakai coat. Kereta kau masih kat bengkel rupanya. Kenapa tak cakap kat aku. Boleh aku datang ambil kau”, kata Danni tersenyum. 


“Kalau nak tunggu kau datang ambil aku? Huh, tak payahlah. Hitam kepanasan aku nanti”, kata Dania menyindir lagi. 
“Disebabkan kau lambat, kau yang kena belanja aku today”, kata Dania mencebikkan bibir ke Danni. 


“Kalau aku tak lambat pun aku tetap kena belanja kan. Aku dah masak dah dengan perangai kau”, kata Danni sambil mengangkat kening kepada Dania. 


“Dah, jom lunch dulu. Perut aku dah hantar mesej kat tekak aku kata lapar”, kata Danni dituruti ketawa pendek. 


"Walaupun sedang marah, wajah Dania tetap kelihatan cantik", bisik hati Danni. 


Setelah memesan makanan, mereka hanya berbual-bual seperti biasa. Tiba-tiba Dania terdiam dan merenung tepat ke muka Danni. 


“Kenapa muka dengan bibir kau pucat? Kau tak sihat ke?”, soalnya hairan sambil tangannya menyentuh dahi Danni. 


Danni tergamam seketika dengan soalan yang diajukan oleh Dania. 


“Eh, taklah. Aku ok je. Mungkin kurang tidur kot. Banyak kerja nak kena buat lah. So, aku takda banyak masa nak tidur”, balas Danni dengan pantas. 


“Kau jangan nak bohong aku, aku tahu tu bukan disebabkan sebab kau kurang tidur. Kalau kurang tidur mata kau yang bengkak and kau akan selalu menguap. Ni tengok kau menguap pun aku tak nampak”, soal Dania keraguan. 


“Serious Nia aku tak apa-apa. Kan aku dah cakap aku ok. Aku sihat walafiat and boleh pergi kerja kan?”, kata Danni menyoalnya kembali. 


“Aku dah kawan dengan kau lebih 15 tahun, Danni. Setakat muka tak bermaya kau sekarang ni aku tahu mesti ada sesuatu yang kau sorokkan dari aku. Kalau kau sakit, jom kita pergi klinik sekarang. Kalau tak sihat macam mana kau nak uruskan kerja kau?”, soal Dania serius. 


Walaupun sifat Dania yang kebudak-budakan, tetapi dia akan mengambil serius terhadap sesuatu perkara lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan sahabat karibnya, Danni.


Kepala Danni bercelaru memikirkan alasan.


"A...A...Aku......"


bersambung...