APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, June 28, 2012

if love is sweet why does it hurt

ASSALAMUALAIKUM




entah kenapa , sejak kebelakangan ni aku terlalu letih . bila letak badan sikit je mesti aku akan terlelap even aku cuba tahan mata aku macam mana sekalipun . macam macam yang aku fikir , dengan kerja aku yang tak habis habis . dengan class aku yang perlu aku attend setiap hari yang sangat pack . setiap malam kalau tak sampai ke subuh aku berjaga tu bukanlah namanya aku . and bila aku terlelap , aku mesti akan tersedar balik . tersedar bila aku dapat mimpi yang sama berulang ulang kali . entah kenapa dah masuk tiga kali aku jumpa dia , yes dia yang pernah muncul dalam hidup aku , pernah bersama dengan aku and sekarang muncul pula dalam mimpi aku . orang yang sama . berjumpa aku dengan keadaan yang penuh senyuman . sampaikan aku jadi pelik . kenapa dia muncul ? dan dalam masa 2 3 hari ni juga aku search kenapa kita mimpi yang sama berulang , ada yang cakap maybe orang tu rindukan kita , tapi bagi aku mimpi tu mainan tidur . dan setiap kali aku terlelap jugalah aku mimpi , tak kiralah mimpi apa apa sekalipun . and yes , mimpi yang aku nak ceritakan inilah yang menjadi tanda tanya aku apa yang cuba and maksud di sebalik mimpi ni . maybe kali ni korang rasa macam agak gedik cerita ni kan , tapi sebabkan maybe ini cara untuk aku bagi dia baca , even kita tak tahu dia baca ke tak , at least ada harapan untuk dia buka link ni and baca .

macam biasa setiap malam sebelum tidur aku akan baca something komik or what , bila terlelap aku akan tertidur denan buku buku sekali . and dalam mimpi tu aku mesti akan sampai ke satu tempat yang belum pernah aku pergi . tempat yang ada ramai orang bermain main . tempat yang sangat cantik . and kaki aku terus melangkah , melangkah ke depan . lihat kiri kanan aku semua orang tengah gembira bermain , tanpa ada pergaduhan , tanpa ada apa apa kesakitan . sangat tenang sebab aku rasa tempat ini segar and indah kat mata aku . memang tak ada siapa pun yang aku kenal kat sini . kaki aku terus melangkah tanpa aku dapat tahu mana hala tuju aku even aku sendiri pun tak pernah sampai ke tempat ni . aku terus melangkah lihat keadaan pokok sana sini . sangat indah , bunga bunga jatuh . sampailah aku berhenti kat satu tempat . tempat yang tenang tanpa ada orang orang kat sekeliling . kat tempat tu duduk seorang gadis and seorang lelaki sambil senyum kat aku . gadis yang aku kenal , gadis yang pernah muncul dalam hidup aku , gadis yang aku rindukan selama ini , gadis yang selalu memberi aku kekuatan . begitu juga lelaki yang sangat sangat aku rindukan . yang selalu ada bila aku perlukan dia . bila aku toleh ke arah mereka , mereka hanya senyum and datang ke arah aku . dengan senyuman lelaki tu datang peluk aku , entah kenapa aku rasa rindu yang amat sangat , aku terus peluk dia , aku terus dakap dia kuat kuat , even dalam mimpi , perasaan sedih and rindu tu ada , sampaikan aku rasa airmata aku mengalir masa dalam mimpi tu . lelaki tu hanya tenangkan aku and peluk aku sambil usap usap badan aku . after aku dah kembali tenang , mereka ajak aku duduk . so sambil duduk duduk tu kami berborak borak macam orang dah lama tak jumpa . even tempat tu asing bagi aku , tapi aku rasa nak luahkan semua yang aku rasa , setiap satu aku tanya . and soalan yang sama juga muncul dalam mimpi aku yang kedua . mimpi yang sama , mungkin aku rasa macam aku rindu kat dia , mungkin itulah jawapan kepada tanda tanya aku selama ni . lelaki tu hanya duduk senyum memandang aku , tapi gadis tu sahaja yang bersuara .

A : AIZAT
G : GADIS

A : AWAK SIHAT ? LAMA SAYA TAK JUMPA AWAK , AWAK DAH JAUH DARI SAYA . SUSAH DAH SAYA NAK JUMPA AWAK , SAYA RINDU AWAK
G : SAYA SEMAKIN BAIK , AND MUNGKIN GEMBIRA SIKIT , MUNGKIN . SAYA PUN RINDUKAN AWAK JUGA . MACAM AWAK RINDU SAYA
A : AWAK KENAPA PERGI ? JAUH PERGI DARI SAYA ? AWAK TAHU SAYA NAK JUMPA AWAK ?
G : SEBAB AWAKLAH SAYA PERGI
A : KENAPA SEBAB SAYA ?
G : *tersenyum* KALAU CINTA ITU MANIS , KENAPA IA PERLU MELUKAKAN ?

and lepas je habis dia cakap benda tu , aku terus tersedar daripada tidur tanpa sempat aku cakap apa apa kat gadis tu and lelaki tu . benda sama akan berulang sekali lagi untuk mimpi aku yang kedua and seterusnya . kadang kadang aku fikir , mimpi tu sebab nak bagitahu aku yang dia terluka sebab aku ke ? ataupun dia rindukan aku . sometimes aku rasa sangat rindukan mereka , orang yang sangat rapat dengan aku dulu , yang pernah bersama dalam setiap hari hari aku and aku harap dia juga rindukan aku juga . aku pun tak tahu kenapa dia jauh dari aku , pergi tinggalkan aku sendiri . sebab aku ke ? sebab aku yang selalu buat dia terluka dia jadi macam tu . entah kenapa kuat hati aku cakap yang dia masih terluka sebab aku even dia cakap akulah yang terindah di mata dia , akulah yang selalu ada dalam hati dia . maybe aku perasan sendiri tapi itulah apa yang aku rasa . orang kata mimpi tu jangan percaya sangat . tapi based on mimpi juga kita akan tahu apa yang someone tu nak sampaikan . aku tahu selama ni aku banyak buat orang terluka , manusia memang tak sempurna tapi selalu abaikan diri dia yang tak sempurna , tidak berusaha nak become more better . kesilapan tu tetap ada , just kita je perlu belajar dari kesilapan . maybe sekarang bila dia dah jauh baru aku sedar , baru aku berharap yang dia akan muncul depan aku even sebagai seorang kawan . kadang kadang bila aku terfikir , aku jadi serba salah . even itulah pilihan kami , tapi aku tahu itu bukan apa yang kami harapkan . 

dan mimpi itulah yang menjadi hati aku semakin kuat anggap yang selama ni dia terluka sebab aku . even tak pernah dia cakap , tapi aku dapat rasakan . lelaki tu , kawan yang aku rindukan selama ni , pergi tanpa aku sangka , dua dua jauh dari aku . sebab lepas sorang sorang orang yang rapt dengan aku pergi tinggalkan aku . mungkin sebab aku tak menghargai ataupun supaya aku dapat belajar apa itu erti kehilangan . perpisahan tu bukan sebab kami bergaduh or what , tapi sebab itulah apa yang terpaksa kami lalui , kehendak keluarga mereka yang terpaksa berpindah . aku tahu aku tak akan dapat jumpa dia buat masa sekarang . tapi aku hanya boleh berharap yang kami akan bertemu one day nanti tak kiralah berapa umur kami masa tu . senang kau nak kenal someone tu tapi bila nak lupakan dia , tak mudah bagi kau . even macam mana sekalipun kau nak jauhkan dari semua ni , memori tu akan ada untuk kau . setiap kenangan kau bersama dia , setiap apa yang dia buat untuk kau , setiap senyuman and ketawa dia buat kau . semua tu akan selalu muncul dalam fikiran kau . tapi kalau betul apa yang mimpi tu sampaikan , aku tahu , aku bersalah untuk semua tu and aku harapkan one day dia akan muncul depan aku kembali and aku akan buat dia kembali tersenyum even sebagai seorang kawan , even aku tahu maybe itu hanya harapan aku , aku akan usaha untuk get back apa yang aku dah hilang , aku rindukan memori bersama mereka yang tak pernah aku nak buang macam tu je , memori ketawa suka and duka kami bersama , yang sentiasa menjadi penguat aku untuk teruskan and belajar apa yang perlu aku tahu dalam hidup ni , even kau jauh , kau selalu ada sentiasa dekat dengan aku , Mohd Aireyll Haykall and Nur Edellynn Ellyssya .


NOTE : mungkin mimpi untuk bagitahu kita apa yang orang tu rasa