APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, August 23, 2011

one step to the front

ASSALAMUALAIKUM


okayy , agak lama memendam idea nak menaip . sebabnya malas nak menaip ditambah dengan kerja yang berlipat ganda dan juga coverage bb yang rasa mcm nak hempas je . bila baca tajuk je mcm dah semangat kan . bagi akulah . tak tahulah bagi korang kan . kalau takda tu buat-2 je semangat untuk menyokong semangat aku . ehe . then bila dah bercakap tentang entry , kena fikir pulak kenapa aku letak entry mcm ni . ke mana pulak aku melangkah setapak ke hadapan kan . ceh , ayat memang mcm harapan je nak melangkah berjalan-2 kan . ni pasal setapak lagi melangkah ke hadapan apabila satu kerja yang aku buat dah siap . lagipun setapak lagi aku dah melangkah yang mana aku hampir sampai ke hari aku akan pulang ke rumah . ceh , ade yang wall aku cakap aku balik awal and jeles tapi ade lagi yang balik awal daripada aku =,='

cakap mengalahkan aku nak balik jauh je kan . padahal 4 5 jam je nak balik . tak payah nak merentas lautan ataupun sungai . menyelesaikan beban kerja bagi aku satu kepuasan yang mendalam sebab aku dapatlah sikit curi-curi masa nak tidur sebab mata dah agak mcm panda dah sebab bengkak tak cukup tidur . sebab tu DP fb tak tukar-2 *tipu . then bila dah siap kerja , kerja lain pulak menanti . memang kerja hanyalah menghadap assignment di pagi raya yang hening dan indah nanti . selamat hari assignment =)

then bila masuk pulak topik assignment , memanglah balik nanti satu beg kena spare untuk angkut sekali assignment . biarlah orang nak cakap aku ni gila beg ke , hantu beg ke tapi yang penting kerja aku siap . then yang paling best bila buat assignment di malam raya . rasa mcm sambutan bersama assignment . best kan ? ok , aku tahu mesti ada yang dok cakap aku heboh kat sini pasal assignment aku melambak pun nak bising , haih , dah nama pun blog aku , aku punya ceritalah . 

hari ini memang takda idea nak blogging sebab mata aku sangat mengantuk then esok nak dengar ceramah hape tah . so kena spare mata ni untuk esok . then sebelum aku habis tulis ni , aku nak cakap yang rabu pagi aku dah balik untuk sambut hari raya . tinggal lagi beberapa jam je . then , tak lupa , buat reader yang tak suka baca atau nak komen yang tah hape-2 tak bernas , bukan kat sini tempatnya . memang kita tak suka cari musuh , tapi musuh yang akan mencari kita (petikan ayat sahabat aku) . and esok kalau rajin aku akan update entry bowling . kenapa dengan bowling ? nantikan .

NOTE : agak-2 best ke mengata kat comment org ?



Sunday, August 21, 2011

Surat Terakhir

ASSALAMUALAIKUM

ke hadapan isteri dan madu-2 yang lain , Intan , Acap , Amin , dan Mumu .

Tujuan aku menulis surat ini sebab nak bagitahu kat korang yang aku puasa hari ini =)) sebelum tu assalamualaikum . okayy , disebabkan perkembangan terknologi yang serba moden sekarang nie , aku bukan sahaja boleh hantar surat pakai burung tapi boleh juga hantar pakai penyapu terbang . tak mcm zaman dulu-2 , nak hantar surat kena email mcm surat yang saya hantar kat awak dulu intan pun saya pakai pos je kan . sekarang dunia dah maju . pakai burung punn boleh . kenapa surat saya tulis yang terakhir ? saya tak pergi mana-2 pun , saya ade je kat sini tapi disebabkan saya dah malas nak hantar surat lagi , saya tulislah surat yang terakhir . tapi di sebalik yang terakhir tu , ada maksudnya . okayy , nak tahu ? Jom..

IMBASAN KEMBALI....

Pertama kali kita bergabung ingat tak masa kat uptown , haha , okayy saya pun tak tahu secara spontan kita berlima jadi mcm tu . tanpa pengenalan diri kita terus je jadi MADU . haha , saya pun pelik bagaimanakah ? Mengapakah dan kenapakah kita mcm tu . anyway , memang happy , ke sana ke sini always together even kita pergi makan pun orang dah kenal siapa kita . Semester 2 bermulalah segalanya tertubuhnya FB kita tapi disebabkan zaman yang semakin moden , internet pun dah tak dipakai lagi , jadi saya terpaksa deactivatekan FB tu sebab saya rasa benda tu dah tak berguna lagi . i know we all sayangkan page tu tapi nak buat mcm mana , kita mestilah memandang ke hadapan , kalau ade internet lagi pada zaman ini saya buka balik FB tu okayy .

Macam orang kata langit tak selalunya cerah , semakin lama semakin tertimbullah segala permasalahan dalam keluarga . mcm orang kata lagi , sedangkan lidah lagi tergigit . then semakin satu persatu menghilangkan diri . Kadang-2 hanya I , you and amin je ada . tapi masa tu i tak kisah . asalkan u bahagia . and then semakin lama  semakin kauh sehinggalah suatu hari , its ok lah , tiba-2 saya lupa apa benda saya nak cakap =))

Jam , itulah yang menandakan kita berlima still together . tapi semakin hari semakin ramai yang menanggalkan jam tersebut . mungkin tak perlu nak tengok orang lain . i sendiri pun selalu je tanggalkan jam tu . Dan that gelang , as we pernah cakap before , if u rasa we all dah tak together , just cut it . and that your promise and i hope you will do it even i know berat hati you nak buat . tapi demi kebaikan , just cut it .

Sekarang , saya dah tak boleh mcm dulu . bagi nasihat kat awakk , buat awak ketawa sebab awak dah ada orang yang boleh buat awak ketawa . saya tahu , after masuk semester baru , semua sibuk nak cari isteri baru , saya tahu awakk happy dengan life awak sekarang and saya pun happy dengan life saya dengan isteri baru saya . haha , eh eh eh , kenapa isteri baru ? sebab kan saya dah cakap tadi , ini kan surat terakhir saya buat awakk . maknanya semuanya akan stop sampai di sini saja . tapi , bukan saya nak stop persahabatan kita , tapi KELUARGA kita berlima . persahabatan tak boleh nak buang mcm tu . semua benda kita pernah saling menyelesaikan . mana boleh nak let go mcm tu je . 

TENIS ? haha , sports yang menjadi rutin kita . sekarang saya pun dah u malas nak turun court . memang lama dah tak main tenis . kadang-2 adelah turun dengan mumu . kami main berdua je . baling sana , baling sini , kutip . kalau awakk kan malas nak kutip .berdiri tegak je . tapi mcm saya kata , kita masing-2 dah ada komitmen lain . dah tak boleh mcm dulu . bila jumpa kita just boleh senyum je . memang , senyum je saya mampu sebab saya dah tak boleh nak berkata-2 dengan celoteh saya mcm dulu , haha , ketawa , gembira and kadang-2 sedih pun ada . happy life mcm dulu memang best .

nasi goreng ? eh , lama kan tak makan benda tu kat downtown sejak kedai dah berpindah randah . dan sejak daripada tu kita tak lagi makan nasi goreng dan lepak kat downtown . sampailah sekarang bulan puasa dah menjelma . dulu , awak pernah cakap nak bersahur and berbuka dengan kami , tapi sampailah sekarang dah masuk puasa ke 21 , dah shopping raya dah pun naik keldai tapi kita masih tak buat lagi . bila bertembung awak cakap "BILA NAK BERBUKA SAMA?" i just senyum je . itu je yang saya mampu . mungkin masa last part 5 kott baru kita boleh make it together .

dalam tak perasan dah banyak dah saya tulis , haih , patutlah bulu ayam dan dkwat pen saya dah makin berkurang . rasanya dah nak sampai ke akhir penulisan saya kott . tapi penutup dia mesti sangat panjang . haha , dah kata surat terakhir kan so mestilah isi semua nak padat ape bagai kan .

intan , mungkin lepas ni kita semua dah jarang berjumpa . i pun dah semakin sibuk . lgipun dah nak final kan . then , i tahu mungkin u marah dengan tindakan i deactivate FB tu tapi ia demi kebaikan semua . lagipun page itu hanya tinggal kenangan . jika i ade bnyak buat salah sepanjang i kawan dengan u , sekali lagi i mintak maaf . setiap orang mesti membuat kesilapan . then halalkan segala makan minum sebab dah nak raya dahni kan . tak kan tak boleh nak maafkan ? haha . semua memori masa kita berlima berkeluarga tu saya harap awak ingat tapi simpanlah ia sebagai kenangan masa lampau awak . mcm saya cakap , kami adalah passed future awakk then sekarang , u have a new future yang u kena jaga supaya ia menjadi yang terbaik bagi u . saya tak kisah kalau awakk tak text saya ke tegur saya bila jumpa tapi yang pastinya , Intan Nurziana adalah gadis yang pernah buat kami ketawa suatu ketika dahulu . gaduh ? siapa cakap kami gaduh ? mana boleh nak gaduh-2 ni . and then , sorrylah saya dah tak boleh nak bagi nasihat mcm dulu , paksa awak makan lagi , paksa awak makan ubat lagi sebab sekarang awakk kena paksa diri awakk untuk buat itu semua . awakk tak payah risaukan kami okayy ? kami tahu jaga diri kami . lagipun ada orang yang jaga kami . awakk dengan life awakk dan saya dengan life saya . eh bila-2 kalau awakk nak makan ke , cakap je . kami okayy . SELAMAT HARI RAYA kat u and semua . bila raya nanti datanglah rumah saya mcm dulu awakk naik kuda datang . tapi , lupakan jelah =)

and before i stopkan benda ni , awaklah nenek yang suka berleter kat saya suruh buat itu ini dan saya akan ingat semua tu =))



warkah terakhir,
Eijat Abdullah


Friday, August 19, 2011

Tutti Frutti

ASSALAMUALAIKUM

first and first aku nak cakap yang aku bukan salah ejaan or apa-2 yang korang pikir untuk tajuk entry aku . ok , actually memang pun tajuk dia bertutti bukan bercuti ok . kalau tak faham jugak cuba terjun dari bangunan sampai rasa-2 faham baru stop ok ?

bertutti ? kenapa aku buat entry mcm nie ? ntahlah . maybe sebab ni kott

ok , hiasan yang main hentam kromo je

hiasan memang out =))

ahh ? makhluk apa ini . haha . ini selepas mix =))

ok then korang dah dapat tangkap kan kenapa entry aku mcm ni . haha , memang best , terbaik and tak habis =( . biasalah nafsu makan di bulan puasa kan . ceh konon tak cukup ha ambik haa tak habis tapi ada penyelamat makanan . takdelah terbazir . rasa mm tak berguna je bila beli makan sikit then tak habis . actually takdalah mengidam sangat sebab baru beberapa minggu lepas makan tapi disebabkan membe aku yang amat tergilakan benda ni sampai sanggup terjun tasik kalau tak dapat makan , so singgahlah . dah terlanjur tu pergilah makan sekali . 

ok , kepada yang belum pernah merasai kenikmatan benda ini , silalah klik PERKATAAN di bawah :


di mana-2 pun anda boleh cari benda ni . senang je kecuali korang tak jumpa kalau korang cari kat tepi tandas awam . bukan tutti frutti yang korang dapat tapi tutti original made . ahha , rasa lebih kurang 100% tak sama . oh , so jijik ! haha . ok then , bila dah start berblogging memang aku asyik nak bercerita kebetulan sekarang assignment aku sangat melambak . ok , pesanan , kalau boring-2 , tuttilah teman anda =)) 


NOTE : agak-2 boleh jadi duta dia tak ?


Tuesday, August 16, 2011

misteri ?

ASSALAMUALAIKUM

malam ini aku rasa mcm nak bercerita tentang sesuatu yang misteri . eventhough aku memang tak nak bercerita panjang tapi mcm aku cakap , apa yang terjadi akan aku ceritakan dalam ni supaya aku dapat ingat atau imbas balik kisah-2 yang mungkin aku akan lupa . misteri ? memang susah nak start cerita . meremang sana sini . ok , pesanan , kalau anda tak berani nak baca , lebih baik anda tinggalkan skrin blog ini supaya anda tidak menyertai mendirikan bulu roma anda . kisahnya bermula..

HAHAHAHA ! ok ketawa panjang dulu sebab sebenarnya aku saja je tulis tajuk entry yang bod** mcm tu supaya apa ? supaya aku boleh ketawa sendiri . ok ,agak gila . memang kekeringan idea nak letak tajuk apa sebab isi-2 entry pun aku dah tak tahu nak letak apa . then di tengah-2 pagi yang hening lagi indah ni , aku rasa aku dapat topik untuk letak entry aku kali ini setelah ditapis berbanyak-2 kali dan telah diluluskan oleh Eijat Abdullah Production . ok , bercerita tentang Eijat Abdullah , siapakah dia ? kerana ada orang comment from my passed entry that i should tell about myself sebab more focus to what happened to my way of life (*_____*) . tahniahlah sebab memang setiap hari nak kena bercerita tentang biodata diri . come onn . this is blog bukan buku biodata *teringat zaman sekolah =))

ok , disebabkan idea pun memang dah takda , let we start and know who am i , "EIJAT ABDULLAH"


Dilahirkan di Melaka Bandaraya Bersejarah tepat pada pukul 10.15 malam , 9 Januari 1992 di Hospital Besar Melaka . Dilahirkan menjadi anak kedua dalam keluarga dan diberi nama Muhammad Amirul Aizat bin Abdullah dan lebih dikenali sebagai Eijat Abdullah atau mempunyai pelbagai nama panggilan ijat, aizat, eijat, myrul, joy, yul dan berbagai lagi . Mempunyai ketinggian 176cm dan berat 62kg . Mempunyai rambut yang lurus dan anak mata berwarna coklat cair . mengikut salasilah keluarga besarnya , mempunyai beberapa darah kacukan selain daripada Melayu . Mempunyai darah jenis A dan mempunyai empat orang adik beradik yang mana mempunyai jumlah adik beradik 3 lelaki dan seorang perempuan . abang sulungnya , Amar meneruskan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Malaysia Pahang, adik perempuannya , Shira masih berada di tingkatan 3 dan adik yang sangat rapat dengannya , Aiman masih berada di tahun 5 . berperwatakan gembira tetapi riak muka menampakkan dia sombong jika tidak dikenali lebih dekat . suka tersenyum yang mana menampakkan baris gigi hadapan adalah menjadi trademark atau tabiatnya dan kadangkala sangat mudah didekati . menerima pendidikan awal sama seperti kanak-2 lain iaitu beberapa buah sekolah di Melaka . Sekolah Menengah Kebangsaan Malim , Melaka menjadi tapak dia melonjakkan kaki menyambung pengajiaannya dalam jurusan Diploma in Building Surveying di Universiti Teknologi MARA, Perak yang mana sudah hampir berakhir untuk semester ke-3 kerana darah kejuruteraan yang mengalir dalam dirinya dan minat membuatkan ia yakin inilah jalan hidup yang telah ditentukan untuknya mengikut jejak langkah ayah dan abangnya . Seorang yang kering hati kerana tidak mudah mengalirkan airmata dan tidak tetap dengan keputusan yang dibuat sendiri .

Mempunyai kedua ibubapa yang sangat memahami akan kehidupannya yang mana menjadi tunggak paling utama dalam kehidupannya . baginya , berdirinya dia sekarang , bermulanya dari segumpal darah yang dikandung ibunya atas ketentuan Allah . mudah berasa kasihan terhadap warga emas atau dikenali sebagai warga tua kerana sejak kecil dia sangat rapat dengan neneknya . pemergian neneknya menjadi tamparan hebat buatnya suatu ketika dahulu . potato crisp menjadi makanan kunyahan kegemarannya di waktu lapang dan lebih gemar memilih minuman "plain" jika tiada pilihan minuman lain . menyukai warna putih , ungu dan biru kerana warna itu memberikan keyakinan kepadanya . jika mempunyai kelapangan , lebih gemar berblogging dan kadangkala memenuhi waktu petangnya dengan bermain tenis . mempunyai matlamat hidup yang jauh . sentiasa berfikiran ke hadapan kerana baginya bila sekali kita lambat melangkah kehadapan , masa tidak akan dapat berpatah balik . Tidak mempunyai sifat yang kuat cemburu . boleh menerima keadaan orang lain seadanya . suka menggembirakan orang lain dan menyembunyikan perasaan . tidak suka mencampur adukkan urusan peribadi dalam kehidupannya . Lebih gemar memilih muzik pop dan indie berbanding muzik lain . tabiat buruk ialah suka buat mimik muka buruk bila nak kenakan orang lain . nakal dan lantang bersuara . suka bercerita bersama ibu di dapur bila ibu sedang masak . lebih suka membalas mesej daripada menjawab panggilan . 

dan yang terakhir , sedang berkawan dengan SESEORANG dan hampir masuk tahun ke-4 =))

thats all about the person who is "EIJAT ABDULLAH"

entry ini bukanlah untuk membanggakan diri atau apa tetapi untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri aku . jika inginkan penambahan , postkan comment anda di wall FB saya


NOTE : ada rasa macam nak rejam orang tak ?


Monday, August 15, 2011

bila berbuka semua nak

ASSALAMUALAIKUM

ok guys , today mcm biasa sebelum aku tidur di bulan puasa lepas kekenyangan bersahur , aku akan update entry baru supaya korang boleh baca esoknya even takda siapa pun nak baca , aku akan tetap jugak menaip sebab aku suka baca balik blog aku bila dah bosan kan lepastu ketawa and senyum sorang-2 mcm mintak penampar dengan selipar jiran sebelah . ok , memang aku dapat tajuk entry nie on the spot bila aku review balik gambar-2 aku sepanjang bulan puasa ni . ok , disebabkan takda kebenda nak buat habiskan masa guna kamera ambik-2 gambar dengan membe aku . tapi tak sekerap seorang classmate aku yang setiap hari wajib bagi die bergambar . ok , dahsyat ! HAHA .

ok , mula bercerita tentang entry . actually benda yang aku nak bercerita ni memang terjadi setiap hari . bukan kat aku je tapi mesti kat korang pun ade . dah tajuk pun "BILA BERBUKA SEMUA NAK" kan so maksudnya bila berbuka , semua benda kita nak makan padahal kadang-2 tak terhabis pun kan . mcm aku . tak payah nak cari contoh lain . then bila dah beli banyak-2 kadang-2 tak habis . memang selalu rezeki semut dapat makan best-2 sampai die boleh melahirkan anak 5 kali sehari . betapa hebatnya kan . then esoknya buat lagi . ceh konon nanti nak belanja berhemah , sampai bazar memang harapan la kan , mata semua dah nampak sana sini . ok . mcm biasa bila bulan puasa mesti orang cari bazar , dan bila dah cari bazar mesti nak beli . mcm manusia-2 yang di bawah nie yang membeli sehingga memerlukan penambahan tangan untuk bawak bekalan mereka =))

eh ini aku . ok , pada permulaan pergi memang cukup bawak seorang . *terima kasih makcik di belakang sebab sempat posing .

 bazar ni memang terbaik sebab semua makanan best-2

ok , ini siti dan aku . memang dia beli lagi banyak dari aku . HAHA

then bila dah beli-2 barang . carilah kedai sebab kat mana pulak nak berbuka kan , memang rajin nak bentang tikar tengah jalan berbuka . eheee . then bila dah sampai kedai hujan memang lebat sampai berlari-2 nak bawak makanan . ok , memang semua orang pandang kitaorang bawak makanan sebab sorang mesti bawa paling kurang 3 plastik . betapa hebatnya nafsu makan kami di bulan puasa . memang kelakar bila tengok balik sebab semua mcm takut tak dapat makan . 

 lela yang tersenyum lebar menanti berbuka . oh lela , tengok depan tu penuh meja

 ok , masih belum nampak betapa banyaknya even yas and lela dah terliur

 ok sekarang , hasilnya ketamakan kami sambil aku senyum gembira dan khidir mcm nak sedut air dah =))

semua tak nak kalah beli air RM2 pastu tak habis ! =,=

then bila dah berbuka baru makan separuh semua dah termenung . ahaaa . tandanya apa ? tandanya dah kenyang . ok , sifat tamak membawa rugi . adik-2 yang baca blog aku jangan tamak ye mcm kami . ahaa . tapi bila balik angkut semua bawak balik . mcm tak berguna je bawak keluar . semua memang rajin kan angkut mengangkut . ok makcik di bazar , lain kali masaklah tak sedap supaya kami tidak tamak .


Sunday, August 14, 2011

kegigihan tu ada

ASSALAMUALAIKUM

ok , tajuk yang ringkas tapi isi yang padat . ok , memanglah aku ni gigih kan nak dok bercerita tentang apa yang terjadi today . actually ye ye and ye aku mengaku yang aku mandi lambat hari ini . walaupun tak perlu nak cakap and ada yang meluat nak dengar aku melalut , tapi , ini BLOG aku . eheeeee *ketawa kejam . ok , hari ni memang banyak perkara yang aku gigih lakukan . kalau nak aku listkan pun boleh *hari ini bermaksud (13 OGOS 2011) :


  • BLOGGING SAMPAI 2 KALI

ok memang tak dinafikan idea melimpah ruah sampai dah tak tahu nak pergi mana letak idea . ade je benda nak cakap . tapi normal je banyak-2 kali blogging . lainlah kalau banyak kali berak . memang kena jumpa dengan doktor pastu kena bagi ubat tahan berak . sangat tak best . kejam menahan sesuatu . terseksa . haha . ok tadi blogging lain , sekarang blogging lain . then bila dah habis blogging memang takda kerja dah . nak pergi main lompat galah takda galah pulak kat kampus ni . takpelah *padahal tak guna galah pun . then aku pun gatal-2 laa cari benda apa yang boleh aku cari then aku pun carilah benda yang mengarut-2 yang aku sendiri dah tahu apa maksud perkataan tu atau lebih senang cerita mcm benda kat bullet bawah ni .


ok , agak lurus jugak kan mencari benda ini walaupun aku tahu apakah itu . then aku pun dengan gigih baca siap print screen lagi . memang masa cuti ni bukan setakat menghabiskan masa dengan tidur je tapi juga menambah ilmu sampai sangat padat mcm rasa nak korek je benda-2 zaman bayi dulu . agak melampau la jugak kan =,= penyakit betul . then bila agak-2 dah lama malas nak layankan benda mengarut tah hape-2 aku ni then aku pun pergilah youtube cari benda berfaedah kan . manelah tahu boleh tambah kat slide nak buat presentation isnin nanti . ceh , ok , cari .

  • LAGU RAYA =,=

ok , memang takda kerja kan . then bukaklah benda nie sambil-2 dengar kan . lagipun tak lama je lagi . hehe . melampau . alaa , nak dengar jugak ? klik benda ni : AKU PUN NAK DENGAR LAGU RAYA =)) . ceh , akhirnya klik jugak kan . haha . then bila dah seronok-2 dengar tu lupa pulak nak dekat pukul berapa dah . dengan tak mandi bagai kan . ok , memang sangat malas nak pergi mandi . mcm nak merangkak ala-2 ju-on je pergi sana . but , pergi jugak sebab lepasni nak kena cari kelas untuk presentation and nak pergi berbuka dengan family angkat aku kat parit *nama kampung dia bukan tepi longkang ok . actually aku ngn mel pun tak buat ape today so baik aku pergi melepak rumah mereka and sekali lagi gigih pergi CARI KELAS and pergi BERBUKA rumah mereka .

then lepas mandi starting la pergi bersiap then naik motor pergi sana pinjam motor membe aku . ceh alasan tak nak lama kan . memang harapan nak tidor dengan kerja banyak bagai , maaflah keluarga angkat . nanti kami datang lagi . ok , sebelum pergi tu mcm biasalah adat kan belilah sikit buah tangan . tak baik bawak tangan je . hehe . then lepas dah beli tu pergilah sana . tiba-2 hujan gerimis pulak turun . memang kena pecutlah sikit kan . sampai kat sana pun nak hampir dah berbuka dah . dengan makanan yang banyak aku pun pengsan kekenyangan tapi sempat tak pengsan lah . *merepek . then bila tengah duduk-2 sementara nak menghabiskan masa sebelum balik , kami tiba-2 didatangi oleh sesuatu :


makan durian lagi . memang best . oh durian , ada hayat kau lagi . aku ingat takda dah . kalau makan durian memang tak toleh kiri kanan . terbaikk gogoaaa ! haha . then sorang makan sebijik . memang puaslah . bila dah makan dah malas lak nak balik . ceh , nak kena garu dengan kulit durian assignment melambak panggil-2 kat bilik suruh balik . then dah nak dekat pukul 9 kami pun beransur balik . ceh mereka suruh tidur sana tapi lain kali jelah . kali ni memang tak boleh . nanti raya ke kami datang and tengs dengan samping raya yang mereka bagi secara mengejut . membuatkan kami pengsan 5 saat sebelum kembali tersedar . then kepada assignment , habislah kau aku balik nanti .


Saturday, August 13, 2011

belajar bahasa lain

ASSALAMUALAIKUM

ok , terkejut kan aku tiba-2 post entry pagi-2 buta yang indah lagi harmoni ni ? *kalau tak terkejut buat-2 menjerit. ini bermakna aku bangun awal . tak seperti selalunya bangun sampai matahari dah nak terbenam . ok , ini tipu . disebabkan kerja aku yang melambak , aku terpaksa bangun awal sebab tinggal lebih kurang seminggu lebih je lagi aku nak siapkan semua kerja supaya aku boleh balik cuti raya dengan aman damai dan makan ketupat dengan penuh perasaan sehingga pengsan . 

ok , kenapa post entry aku mcm nie ? sebabnya aku dah reti cakap bahasa lain . ceh , mengalahkan aku lancar je kan . terasa diri ni tak berguna je bila cakap tak lancar . actually bahasa yang aku dok gigih google sebab nak berdebat dengan mmber aku ialah bahasa sarawak . ok , so interesting sebab patah-2 perkataan die akan menjadi markah kat aku untuk berdebat . ceh . sebenarnya bahasa ni memang aku nak belajar sejak aku dengar die dok bebel dengan kawan-2 senegeri dia tapi percakapan die yang pantas membuatkan aku berlalu dengan perasaan hampa . *bapak sedih . HAHA . then semalam tengah orang dok present after group aku , rezeki aku sebab aku bawak laptop ke kelas , aku google jap bahasa sarawak . ceh , punya gigih nak belajar kan .





Bulak – Bohong / Tipu
Tukuk – Ketuk
Palu – Pukul
Tikam – Baling / Lontar
Congek – Manja
Gelik – Risau
Sigit – Satu
Duak igit – Dua
Tiga igit dan seterusnya – Tiga dan seterusnya
Biak – Budak
Miak kecik -Budak Kecil
Debah – Dibawah
Nyaman – Sedap
Motor – Kereta
Lawa – Sombong
Kacak – Cantik
Gilak – Sangat
Ceridak – Tak Terurus
Kemeh – Kencing
Kepak – Letih
Kenjar – Gatal / Miang
Nang – Memang
Sekoh – Sibuk
Isok – Esok
Tapak – Pinggan
Cangkei – Cawan
Nasik – Nasi
Air mati – Air kosong
Langkau – Arak
Datuk – Nenek laki
Nenek – Nenek perempuan
Kedei – Kedai
Polah – Buat
Tedah – Kesian
Nangga – Tengok
Pusat membeli-belah – Pasar
Layap – Leka
Berayi – Rindu
Ngegeh – Poyo
Mancal – Nakal
Gurin – Baring
Kedak – Macam

REFERENCE : MARI BELAJAR BAHASA SARAWAK (klik disini)

ok, memang menarik bahasa ni sebab tu aku nak belajar . cuba korang susun ayat dia lepastu cakap laju-2 . depan orang sarawak . nanti dia orang ketawa dulu baru betulkan ayat korang . mcm aku kena =,= . ok , anyway semangat nak belajar tu penting . asalkan tahu sikit-2 pun takpe kan . ceh , dah boleh melancong ke sarawak dah ni . ok , baru belajar sikit dah perasan . 

ok , kamek bukan berasal dari sinun , sarawak . ececeh , cari sendiri maksud dia . memang menarik perhatian dengan olahan perkataan dia . kadang-2 member aku dok cakap aku ceridak . hampeh . cakap aku tak terurus , memanglah , kerja keliling pinggang . tapi kecomelan tetap ada . eh , kenapa ada line kat perkataan tu ? ok , tinggalkan bahasa ini dulu sebab kegigihan aku nak masukkan entry ini membuatkan aku hampir terlupa yang aku sebenarnya tak mandi lagi . oh , bahagianya dengan tak mandi bagai pergi taip semata-2 nak blogging . ok , nanti cerita lagi . mandi mandi mandi .


Friday, August 12, 2011

kisah si CEMPEDAK

ASSALAMUALAIKUM


ok , akhirnya dapat juga aku bebas dari asyik nak publish cerita aku yang sampai aku sendiri takda masa nak story-2 . ceh , mengalahkan mcm-2 story pulak aku nak cerita . ok , disebabkan aku teringat sesuatu benda yang terasa je kat tekak ni nak makan even berbuka tadi dah makan dah , so mari kita dengar kisah si CEMPEDAK .

ok anda tahu apa itu cempedak ?



Pokok Cempedak menghasilkan buah secara bermusim di mana dalam setahun hanya terdapat satu musim utama. Ini berbeza dengan nangka di mana buahnya tidak bermusim. Buah cempedak dikenali sebagai 'multiple fruit' memandangkan ia terdiri daripada gugusan banyak bunga betina dalam satu jambak. Buah cempedak mengambil masa 100 hingga 120 hari untuk masak setelah bunganya mengorak.
Buah Cempedak juga hampir sama dengan buah nangka di mana kulitnya dipenuhi dengan duri-duri halus yang pendek. Walaubagaimana pun buah Cempedak adalah lebih kecil dari buah Nangka.


OK , aku pun tak tahu kenapa tiba-2 aku jadi pakar menerangkan perihal buah-2an padahal tujuan asal dah tersasar jauh . ok , cempedak goreng memang yang aku kejarkan kalau pergi bazar . kadang-2 sampai berebut dengan membe aku nak beli . ade kami bergabung dengan member membeli cempedak goreng sampai RM8 . aku pun tak tahu nafsu ape yang merasuk kami rasa mcm nak telan je dengan mak cik yang goreng tu . nasib mak cik tu besar . eh , ampun ampun ampun mak cik . ok , then bila dah tak dapat tu sanggup tunggu esoknya nak pergi beli jugak . semakin menggila . tapi minyak goreng dia jangan cakap lah . mcm aku rendamkan bibir aku dalam minyak . berkilat je . memang harapan nak cari yang tak berminyak *memanglah nak goreng kena minyak gilaaa ! then kalau dah habis tu mesti nak beli lagi esoknya sampai rasa diri ini tak berguna dah sebab obses kat cempedak .

even nama dia agak kelakar jugaklah yang membuat aku ketawa terberak jap sebelum blogging pasal dia ni , tapi isinya tetap sedap *walaupun ketawa aku masih juga tak dapat dihentikan . tapi yang pastinya bukan selalu dapat makan sebab buah ni kan bermusim . then teringat pulak dulu-2 bila balik kg nenek masak cempedak goreng . ohh , sangat rindukan keadaan itu . boleh tak kalau kuih raya buat cempedak je dalam bekas tu . ok , im going to go with crazy . dah nak dekat sama landasan dah . ahha .

stop talking about benda cempedak yang menggelikan hati aku . then aku nak cerita pulak pasal bagaimana aku menghadapi 11 hari aku berpuasa kat sini yang memang jauh dari keluarga . ok , memang tak best tak dapat eat together but aku akan pastikan yang aku dapt berbuka dengan mereka 5 hari sebelum raya . mana tahu seminggu sebelum ke kan .ok , dream on . makanan sahur kat sini memang membantutkan selera sebab makanan semua dah sejuk . memang banyak komplen kan mulut aku ? sebab tulah aku dok cerita pasal ni even aku punye mata ni dah guna pencungkil gigi dik tahan sebab mengantuk . setiap hari kena tido lambat . memang dah adat . ok , yang paling tak boleh terima and buat aku ketawa berguling-2 bila baru 1st puasa roommate aku dah bukak lagu raya daripada lepas tarawih sampai pagi mendodoikan kami tidor . ok soalan , penat artis tu nak pergi studio ulang kali . HAHA

at last , disebabkan bantal ni dah menarik-2 kepala aku suruh tidor , aku just nak cakap yang tadi aku makan nasi goreng + ayam goreng untuk sahur then dah nak berak dah balik .

Monday, August 8, 2011

30 HARI

FINAL EPISODE


Tubuh Lia tercampak ke bahu jalan tatkala Dzarriq menolaknya. Dia bingkas bangun sambil memandang ke sekeliling. Dia mendengar bunyi dentuman tatkala tercampak ke bahu jalan tadi. Tiba-tiba pandangannya terhenti apabila memandang sekujur tubuh kaku berlumuran darah.

“A….Ariqq……!!!!!!!!!!!!”, jerit Allia lalu bergegas ke arah tubuh Arriq yang berlumuran darah.

Jeritan Allia membuat ramai orang bergegas ke tempat kejadian.

“Arriq.. Arriq.. Bangun Arriq.. Bangun ! Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ini. Maafkan Allia, Arriq buat Arriq jadi macam ini”, kata Allia.

Arriq hanya tersenyum.

“Lia, ini.. Ini semua bukan salah Lia.. Mung…Mungkin ini sudah takdir Arriq”, kata Arriq dalam nada tersekat-sekat.

“Tolong…! Tolong panggilkan ambulan…!”, jerit Allia.

“Tak.. Tak perlu Lia.. A.. Arriq pun dah tak lama ini.. Arriq be.. betul-betul cintakan Lia.. 30 hari su.. sudah cukup mem.. membuatkan Arriq merasa ba.. bahagia”

“Sytt, jangan banyak bercakap Arriq”, kata Allia sambil memangku kepala Arriq yang berlumuran darah diiringi tangisan Allia.

“Ya Allah ! mengucap nak ! mengucap ! macam mana boleh jadi macam ini? Tolong panggilkan ambulan…!”, gesa Puan Asmidah sewaktu tiba di tempat kejadian.

“Ja…jangan menangis, Li.. Lia. Arriq a.. akan tetap per.. pergi.. Terima.. terima kasih sebab sudi mem.. memberi peluang kepada A… Arriq untuk merasa cin.. cinta.. Da.. Dalam kotak ini a..ada hadiah bu.. buat Lia.. Ar.. Arriq cintakan Lia sangat-sangat”, kata Ariqq memaksa dirinya bercakap sambil menghulur kotak hadiah di sisinya.

“Sabar ya, Arriq. Sekejap sahaja lagi ambulan akan sampai. Lia pun cintakan Arriq. Sangat-sangat cintakan Arriq.. Arriq bertahan ok..”, kata Lia dengan linangan airmata.

“Ji… Jika.. ada jodoh kita.. Ar.. Arriq akan menunggu Allia di… disana..Ash.. AshhaduallailahaillAllah.. Waashaduanna Muhammadarrasullullah..”

Nafas Arriq terhenti. Tangannya yang menyentuh pipi Lia lemah jatuh menyembah bumi. Matanya tertutup rapat dan airmatanya kelihatan keluar dari alis matanya. Kini Arriq telah meninggalkan dunia. Meninggalkan dunia yang banyak mengajarnya erti kehidupan.

“Arriq….! Arriq……!!!!!!”, jerit Allia menggoncang badan Arriq.

Puan Asmidah cuba menenangkan Allia. Kini insan yang dicintainya telah pergi meninggalkannya. Dalam sedu sedan Allia membuka kotak tersebut dan terdapat sehelai T-Shirt merah yang dipilih olehnya untuk Arriq bersama kad ucapan yang tertulis

“Selamat Pengantin Baru, Allia. 30 hari begitu bermakna buat Arriq. Allia tidak dicipta melalui rusuk Arriq untuk bersama Arriq tetapi dicipta untuk membahagiakan Arriq. Terima kasih”

Mohd Dzarriq Sharriz Hedry.

Airmata Allia deras berlinangan. Tubuh Arriq ditatapnya sebelum ia akan meninggalkan Allia buat selama-lamanya.

“30 Hari aku amat bahagia bersama kau dan akan terpahat dalam hati aku”, bisik hati Allia sambil mengelap airmatanya.


TAMAT

Tuesday, August 2, 2011

30 HARI

PART VII (CONT'D)


Allia terduduk diiringi tangisannya  tatkala kereta yang dipandu Dzarriq meluncur laju dari kawasan rumahnya. Kini dia rasakan kekesalan dan rasa bersalah yang amat sangat kepada Dzarriq. Dia telah menghancurkan perasaan Dzarriq yang mana dicintainya sejak dulu lagi. Inilah yang dia tidak ingin berlaku. Baginya lebih baik dia berkawan kerana jika dia meluahkan cinta, jika cintanya ditolak, persahabatan mereka juga akan semakin pudar. Kini perkara yang tidak diingininya berlaku pada malam menjelang pernikahannya dan juga malam terakhir dia akan bersama Dzarriq dalam kontrak cinta.

*                                             *                                             *

Pagi ini awal lagi Allia telah bangun. Dia lemah menuju ke hadapan tingkap lalu mencapai telefon bimbitnya. Tiada sebarang mesej dari Dzarriq yang diterimanya. Yang hanya ada mesej dari keluarganya dari Italy mengucapkan tahniah atas perkahwinan Allia. Allia menuju ke tingkap, dari atas dia boleh Nampak pelaminnya yang berwarna putih silver. Dia memegang rantai yang dipakainya. Rantai pemberian Dzarriq.

“Allia, cepat mandi nak. Nanti nak bersiap ambil gambar sebelum pernikahan”, kata Puan Asmidah mengejutkan Allia dari lamunan.

“Baiklah mama”, kata Allia ringkas lantas mengambil tualanya menuju ke bilik air.

Rombongan dari pihak lelaki telah tiba di masjid. Hati Allia berdebar-debar. Hatinya bagai dipaksa melangkah ke situ. Sesekali dia merenung keadaan sekeliling jikalau kelibat Dzarriq berada di situ namun hampa kerana hanya ada sanak saudara dan rombongan dari pihak lelaki. Hati Allia semakin terasa dipaksa saat imam mula datang untuk melaksanakan pernikahannya.

“Mohd Affiq Mustaqim bin Zahid Hisham aku nikahkan dikau dengan  Allia Nuha Qistina binti Mahadi dengan…”

“Berhenti..! Saya tidak mahu meneruskan pernikahan ini. Hentikan semuanya”, suara Allia bergema tanpa sempat kadi menghabiskan kata-katanya.

Semua hadirin memandang kearah Allia yang sedang berdiri anggun bersama baju pernikahannya.

“Maaf ma.. Allia tidak boleh meneruskan pernikahan ini. Allia tidak bahagia ma. Kalau mama sayangkan Allia, tolong jangan paksa Allia.. Maafkan Allia..”, kata Allia lalu beredar dari kawasan tersebut sambil berlari-lari anak.

Puan Asmidah hanya berdiri terkejut sambil hadirin mula berbisik sesama sendiri. Puan Asmidah sedar bahawa selama ini dia hanya membuat keputusan tanpa persetujuan Allia. Dia sedar akan kesilapannya lalu terduduk mengalirkan airmata tanda kekesalan memandang Allia yang lari meninggalkan masjid. Fikiran Allia hanya memikirkan Dzarriq. Dia mesti berjumpa dengan Dzarriq sebelum terlambat. Dia tahu dia telah melukakan hati Dzarriq yang dicintainya. Langkah Allia terhenti tatkala melihat kelibat seseorang yang kemas berbaju melayu merah bersamping silver berada di hujung jalan masjid memegang kotak kecil.

“Arriq….!”, jerit Allia lalu menuju kearah Dzarriq lalu mendakapnya.

Dzarriq membalas pelukan Allia.

“Lia, kenapa Lia kat luar lagi ni? Kan sekarang tengah majlis pernikahan Lia. Arriq minta maaf sebab lambat. Arriq…”, kata-kata Dzarriq tidak dapat dihabiskan tatkala jari lembut Allia menyentuh bibirnya.

“Allia yang patut minta maaf, Arriq. Allia dah lukakan hati Arriq. Allia dah hancurkan harapan dan cinta Arriq”, kata Allia diiringi tangisan.

“Sytt.. jangan nangis lagi. Lia, macam Lia pernah ajar Arriq dulu. Kalau ada jodoh kita dengan seseorang, kita akan tetap juga bersama dengan dia. Mungkin Lia tidak dicipta untuk bersama dengan Arriq tetapi dicipta untuk membahagiakan Arriq. Sejak 30 hari bersama dengan Lia, banyak Arriq belajar apa itu cinta dan sangat-sangat menghargainya. Memang Arriq cintakan Lia. Cintakan Lia sepenuh hati Arriq tapi Arriq akan ubah ia menjadi cinta Arriq kepada Lia atas persahabatan kita.  Arriq sedar tak guna kalau Arriq terus macam ni di hari pernikahan yang mana penting buat Lia. Jika Lia merasakan perkahwinan ini satu paksaan buat Lia, ada hikmah di sebaliknya. Cinta akan wujud juga antara Lia dan pasangan Lia. Mungkin mama Lia nak lihat Lia bahagia”, kata Dzarriq cuba memujuk Lia.

“Tapi Arriq Lia…”

“Lia……!!!!!!!!”, jerit Dzarriq menolak Lia ke tepi.


bersambung...

Monday, August 1, 2011

puasa memang semua orang akan suka

ASSALAMUALAIKUM

ok , disebabkan lama sangat dok publish cerpen aku tu , sampai takda masa atau takda entry yang aku nak tulis buat tatapan korang even takda orang nak baca sekalipun , biarlah aku sendiri yang baca berulang-2 kali . best kan ? sampai dah boleh hafal setiap baris ayat . ok , kenapa aku berblogging secara tiba-2 ? cuba hang dok pi baca tajuk entry aku . tak nampak ? pergi print size A1 . tak mahal . baru RM60 je . *semata-2 nak baca kann .

PUASA ? kenapa korang tanya aku apa itu puasa . nak kena garu-2 kat tapak kaki ea . ok , disebabkan bulan Syaaban yang dah berakhir , menjelma pula bulan Ramadhan yang kita nantikan . siryes tak sabar nak puasa bukan sebab nak raya tapi sebab suasana puasa yang best . masuk kali ni dah 2 kali aku puasa kat sini . masa part 1 dulu and sekarang part 3 . cepat gaklah masa berlalu . nanti dah tak boleh nak mengunyah setiap masa mcm selalu dok menghadap laptop sambil kunyah-2 makanan tak henti-2 . pastu tak boleh nak bergosip-2 dah mcm dulu . hahaha .

bila ingat puasa teringat cerita zaman kanak-2 . almaklumlah bila puasa je , adalah alasan kan . nak-2 time tadika . bila dah tengah hari je buatlah hal . terbaring sana , terbaring sini konon mintak simpati nak berbuka . mcm waktu dulu , bila puasa je cuti dari awal puasa sampailah habis raya . memang best . sekarang memang harapan . cuti raya pon seminggu je . baru nak bersalam-2an dah habis cuti . then aku still ingat lagik dulu time semangat nak pasang pelita . kebetulan aku tak tahu yang botol yang aku gunakan letak minyak tu bekas botol petrol . ceh dengan bangganya tuang dalam bekas pelita . then bila botol tu kosong , api sambar botol tu then gas panas dia terkena tangan aku . memang terkejut tetibe tapak tangan aku mengecut . then aku pon larilah pergi kat paip basuh , ceh , nyaman je . bila tutup air , peh , pedih+sakit mcm kena hiris pastu letak limau kat tangan . memang sakit . bila nak berbuka memang terbantut selera nak makan tahan kesakitan . dahla lagi 5 hari nak raya .

then tangan dah mengelembung ada mcm air dalam tu sampai aku sendiri tak sanggup nak tengok tangan aku . bila raya tangan pon berbalut-2 lah kan lepas pergi klinik . bila salam orang , orang dok ingat aku main mercun . ok , bestnya main mercun . tapi tangan aku dah licin kembali . tak percaya ? saksikan =))




haha . then paling best bila time berbuka . nak makan sana , nak makan sini tapi bila dah berbuka banyak yang tak makan . tapi , sangat sangat and sangat best bila berbuka dengan family . dah banyak kali tak dapat buka sama (*______*) . ada pon lagi  3 4 hari nak raya . bolehlah .

sebelum aku melabuhkan tirai percakapan aku ini , aku nak memohon maaf di atas segala kesalahan yang aku lakukan sebelum berpuasa ini . dan kepada keluarga , nanti orang balik jangan lupa masak sedap-2 and kepada semua SELAMAT BERPUASA . 

bila puasa nak makan laksa,
bila dah beli nak makan buah-2an
bila puasa tak nak puasa,
tapi raya dia yang berlebih-2an.