APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, November 27, 2011

jatuh tak bermakna tak boleh berdiri

ASSALAMUALAIKUM

baru balik daripada tengok bola , terus on lappy and tertarik nak update blog bila tengok semua orang update status pesbuk pasal bola . lepastu bukan ada yang nak menyokong , ada juga nak mengkondem #sukahati aku guna bahasa ni , kata harimau muda terlalu rilek sebab dah dapat 2 mata lah apa lah . fuhh , cakap macam dia lari turun naik turun naik kat atas padang kejar bola pulak kan . aku takdalah nak cakap aku kejar turun naik bola tu tapi nak cakap yang teruskan jelah sokong team tu . tak payah nak down down sangatlah . gedik pulak aku tengok . bukak page sana sini cakap itulah inilah . game je kot . kalau tak dapat takde maknanya semua kat sini tak dapat makan .

aku tahu olimpik tu memang tempat atau macam stage nak tunjuk kat semua yang berdiri and duduk kita sama dengan diorang . tu aku tak tahulah kita semua ni sama tinggi badan masing masing dengan orang lain kan . kalau ada yang rendah tu minta dimaafkan . ecehhhh . cakap penyokong setia MALAYSIA , tapi macam mana nak cakap penyokong kalau masa menang dah kutip mata sorak bagai sampai nak pecah meja makcik kedai tu tapi bila kalah semua campak botol lah lepastu tweet bukan bukan cakap itu ini . semakin dahsyat bila peningkatan teknologi berkomputer ni . tu diaaaaa bahasa baku aku dah datang . gigih jugak aku nak update pasal bola ni sampai gigih aku pergi google pergi search benda ni :



gigih pulaktu pergi tekan kat google taip "HARIMAU MUDA" lepastu macam macam aku boleh jumpa , macam macam harimau ada . sebelum aku out ni , nak jugak aku berpesan kepada seorang demi seorang pemain yang beraksi kat padang tadi . punya gigih aku nampak . aku malas nak sebut ikut nombor baju . cukuplah aku label macam pemain 1 , pemain 2 , pemain 3 , ok ? ok aku nak pergi siapkan ucapan kejap .


PENJAGA GOL : teruskan usaha anda tangkap bola tu , bayangkan anda tangkap 1 billion duit je masa tu , mahu tak , mahu tak , mahu tak ? mahu kan , tapi takpe , tadi tu sebab bola tu harga dia 3 ringgit je kan so tak payah tangkap pun tak apa -___-

PEMAIN 1 , teruskan latihan anda sebab nanti nak main game seterusnya kan , kekalahan tadi tu pembakar semangat je . usaha tangga kejayaan ibu saya selalu cakap , jadi sekarang ni nak cakap kat kau pulak . dengar ni .

PEMAIN 2 , makan banyak banyak sikit . stamina tak cukup tu , nanti nak main next game laparlah apelah kan susah . pasal kalah tadi jangan dok pikir .

PEMAIN 3 , semangat berpasukan tu mesti ada ! jangan nak menang sendiri nak dapat nama sendiri , lempang kang . gigihkan usaha tu .

PEMAIN 4 , errrr... er... errr... dah habis idea , macam mana ? ok takpe yang next punya pergi copy paste ke kat atasni yang aku dah pesan pesan kat kawan kawan kau ni ok ? bagus .


ok dah puas dah aku membebel tak tentu arah sampai ada orang rasa macam nak terajang kan , sekarang tiba tiba mata aku rasa macam ada lesung batu pergi bergayut kat mata ni . nak nak sejuk hujan pulaktu kan . memang nikmatlah tidur . sebelum tu nak pesan lagi ni . pemain malaysia tak payah nak down down sangat . ramai rakyat malaysia dok sokong korang sampai bila bila . aku dah paksa dah ahli keluarga aku semua sokong korang . so , kalau korang jatuh , bukan bermakna nak jatuh buat selama lamanya , bangun and teruskan perjuangan tapi , kalau dah jatuh macam ni , agak agak boleh bangun tak ?


aku pun kena pikir 2 3 kali nak bangun ke tak .


NOTE : HARIMAU MUDA sentiasa yang terbaik ! thumbs up !