APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, January 12, 2012

surat untuk diri sendiri

Assalamualaikum w.b.t ,



kehadapan diri sendiri , Aizat Abd yang berada jauh di perantauan , semoga kau berada dalam keadaan sihat sejahtera , kau jangan mengada ngada nak cakap kau tak sihat , sekali aku bagi pelempang jangan tanya kenapa muka kau senget sebelah nanti . ok kesempatan di pagi buta aku ambil untuk taip surat ni , bukan tulis kau tahu , aku dah moden dah , tak payah nak pakai bulu ayam dengan dakwat dah , asalkan ada broadband celcom dengan blog pun dah cukup aku nak bagitahu kau apa yang aku nak bebel , pergi kau get ready dulu berak ke apa ke sebelum baca surat ni before kang aku dah start kau nak pergi sana sini memang aku lempangkan aje kang . ok dah ?


tujuan aku menulis surat , eh salah lah pulak , menaip surat ni aku nak cakap yang aku dah bosan dengar kau mengeluh sana sini aizat , kau dah kenapa ? nak aku lempangkan ? dari tadi dah tiga kali aku cakap perkataan lempang . selalu kau cakap yang kau ni banyak kerja . ok come on babe , kata semakin berusia semakin matang , ohh cop tua tak nak , matang nak , aku tembak kang baru kau tahu , so bila dah makin banyak kau belajar makin banyaklah kerja kau kena buat . muka kau pun aku tengok dah tak bermaya dah , aku syorkan kau pakai loreal paris , diorang kata baik untuk kulit , cer kau try dulu lepastu kau bagitahu aku acanee , kalau ok kau orderkan aku satu . lagi satu , dulu lagi aku dah cakap minum superpower untuk cergaskan diri kau tapi kau tetap minum air asam boi , ape kehe ? nak aku bagi sebijik kat muka kau ? apa kau cakap air tu sedap ? memanglah sedap tapi masam kau reti ? nanti kecut usus , entah mana theory aku rembat . ok aku nak nasihatkan yang kau jagalah makan minum sikit sebab kau nak bekerja memerlukan tenaga kan ? so kau jangan mengada nak makan benda benda bukan bukan , aku lempang kau kang jangan tanya kenapa .

then tujuan aku lagi ialah nak bagi nasihat yang aku tahu kau ni suka layan twitter dengan facebook eh ? kau mari sini kau pandang muka aku , yang kau tunduk dah kenapa ? sini kau pandang diri kau sendiri ni , kau tahu tak twitter tu boleh melalaikan , nak nak facebook tu , apa apa macam si najwa latif tu kata apa ? muka buku ? kau nak aku bagikan buku kat muka kau ? nak ? kau tahu kan exam tak lama lagi ? lepastu kau boleh lagi macam ni , amboi dia , biasa dia . kalau kau tak boleh jawab aku bagikan buku kat muka kau reti ? tapi kesian pulak kat kau nanti tak dapat bersoSIAL kat laman sesawang kan ? tapi make sure ada had , paham ? underseten ? kalau aku tahu lebih limit aku buangkan aje broadband kau , baru kau tahu betapa ruginya hidup tanpa itu semua kan . lepastu kau tahu kan benda tu semua kalau ada kepentingan je baru bukak ok ? setakat kau nak update status jiwang karat tu aku belasah kau kang guna timun nak ? ok tak nak dengar cakap aku .

lepastu ni lagi satu aku nak cakap ni , kenapa kau pergi layan video ni sampai banyak banyak kali ? kau ingat kau boleh jadi sweet macam dia usha awek dia lah ? pigidaaaa aku bagikan pelempang baru kau tahu , ni kalau korang nak tengok pergi kat bawah ni aku ada masukkan , tengok haa kalau surat tak dapat aku masukkan video bagai ni kan , suka aku dah boleh hantar surat dalam blog , siap aku boleh masukkan video lagitu , bukan yuna je setiap gambar ada lagu , aku pun ada , setiap blog ada video , haa kau ada ? tapi kan tiba tiba aku nak masukkan sekarang tak boleh , lantaklah , siapa nak tahu pergi cari atau klik je link ni : KLIK JE KALAU NAK TAHU APAKAH INI ! , tak payah risau sebab aku dah taubat tak bagi lagi link link hantu kat sini , kesian ramai yang baca blog aku dah kena heart attack , tak pasal pasal je kan , memang aku ni suka buat kejutan melampau . memang melampau rasa macam nak humban tinggi tinggi . aku nak cakap jangan asyik layan video je nanti kau leka , faham ? aku bukan nak kata apa sebab kalau kau dah tengok tu aku pun dah terjoin , acanee ?

last aku nak cakap ni sebab aku nak pergi tidur nak letak lobak kat mata , orang selalu letak timun sebab nak cerahkan sekeliling mata , aku letak lobak sebab nak elakkan rabun , buat lima kali sehari , dapatkan hasilnya dan tanyalah pada yang pakar . ok last aku nak cakap kau jangan selalu leka and bertangguh tangguh kerja , bukan apa , nanti kau tak siap kerja nanti kena stay up sampai pagi , dah kena beli loreal paris , ukurlah sendiri ! haa aku main bantai je mana punya tagline syarikat ni , then kalau betul betul ada masa lapang buat kerja tu , jangan asyik nak bercintan citun je , kejar cita cita tu dulu paham ? ok bagus sebab aku pun nak pergi tidur ni , then aku nak cakap ni , kenapa kau gila ni menaip sambil cakap depan cermin ? kononnya kau bercakap dengan diri sendiri lahni ? aku lempangkan jugak kau ni kan . ohh aku lupa , dah kata surat ni surat untuk diri sendiri , how dare you kita tak bercakap depan cermin kan , ok bagus betul idea kau bagi nasihat kat diri sendiri , memang kalau selena gomez ikut pun memang top kat youtube kalau dia record . ok aku dah merepek , kbai !


yang terkacak ,
DIRIMU DIRIKU JUA