APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, June 18, 2013

sardin goreng

ASSALAMUALAIKUM

Ahad, 16 June 2013

tersebutlah kisah di rumah bersama adik adik . memang citer dia kalau aku dah duduk rumah , bagai kapal penuh muatan terbalik dalam rumah aku dia punya sepah . kau boleh berenang dengan komik komik yang aku sepahkan satu rumah . belum kira bantal bantal yang aku sepahkan lagik . Shyyra kemas , aku sepahkan . dia kemas bilik aku , aku sepahkan . dia kemas hall , aku sepahkan . boleh cakap sampai jadi bergaduh aku dengan dia haritu . yang Ibu Ayah takda rumah gi ongkawen . aku kalau bab bab ongkawen ni kalau Ibu Ayah ajak automatic aku akan buat buat demam ke pening kepala ke . tak kuasa aku nak ikut . buat lecak ketiak je .bila dah bergaduh dengan Shyyra . dia mula buat mogok dia . aku suruh buatkan aku Milo pun dia tak nak , buat macam tak dengar apa aku cakap , anggap macam aku ni pasu bunga depan rumah . nak aje aku masukkan dia dalam wash machine lepastu spin kan dia 3 4 kali , letak downy . mesti wangi . 

aku tengok jam dah pukul 11 pagi . perut dah mula tergodak godak mintak makanan . kalau dia boleh bersuara , aku pun akan terperanjat bila tetibe dia tanya aku bila nak sumbatkan dia makanan . aku berjalan pergi tempat makan , tengok atas meja ada nasi lemak pagi tadi . alahai lemau je aku tengok . kalau makan nanti gerenti mengantuk pastu malas nak buat benda lain . aku tengok Aiman rilek je dok sofa goyang kaki baca kamus . tapi mata tengok Oh My English lepastu tukar tengok Animax pastu 5 minit tukar balik tengok Oh My English , dan bertukar tukar tukar ikut suka dia . tengok kamus yang dia pegang tu pun dah buat aku selera . buat cicah dengan Milo pun sedap . letak sambal sikit . aku tak tahu saka apa yang lorat betul datang mintak makanan . padahal 1 jam yang lepas baru je aku makan 2 pinggan breakfast . badan kepeng gak . aku tanya Aiman .

"woi akak mana ?"

"kat luar , sidai baju"

"aku lapar"

"pergi makan"

"takda makanan"

"pergi masak"


buat sakit hati je aku bercakap dengan Aiman . dahlah tak menoleh pandang aku , cakap nak psycho . semua nak mogok dengan aku ke caner . masa aku nak blah gi dapur selongkar kumbah kumbah makanan tu tetibe dia bersuara balik .

"jom masak , aku pun lapar"


ayat dia buat aku nak ketawa sambil garu garu perut . then aku pun pergi dapur . tengok dapur dah kemas . ah kisah apa , yang penting aku lapar . nak makan semua benda yang ada kat dapur ni tanpa meninggalkan sisa . bukak freezer , aku tengok ada ayam udang sotong yang masih keras membeku . memang citer dia aku malas nak tunggu lama . kau ingat sekejap nak bagi ayam tu semua lembik lepas keluar daripada freezer . sosej dengan nugget ada . tapi tak kan nak buat sambal nugget kan . dengar pun dah kelakar . tak menyelerakan . lepastu Aiman capai sardin .

"kau masak benda ni boleh ?aku tak tahu masak"

"abistu kau ingat aku reti ?" 

"aku panggil akak lah eh ?"

"ah takyah . kita masak sendiri"


pastu aku pun mula bukak tin sardin . mesti Ibu aku bangga anak kedua dia yang pemalas ni pandai bukak tin sardin , yang paling dia bangga siap terkejut aku nak memasak . punya payah rasa nak hentak je kat kepala Aiman . mana tahu boleh terus terbukak . aku asingkan kuah dia dengan ikan dia . aku rasa nak goreng dulu ikan dia bagi garing . baru sedap nak dimakan . aku tengok Aiman tengah ambik bawang pastu suruh aku potong . sekarang ni citer dia siapa yang abang ni , aku ke dia ? lepas dah panaskan minyak , aku pun masukkan ikan sardin tu dalam minyak panas . punya happy aku nak memasak ok . tuhan je yang tahu betapa happy aku nak masak ikan sardin takda bahan . kosong . aku buat lawak , sila ketawa . kosong kosong pun kalau makan dengan nasi panas , dia punya feeling pergh pergh 4 pinggan nasi pun masih laju je makan . 




sambil nak tunggu ikan tu masak dalam kuali , aku pun potong bawang fefeling ada kat master chef . ketepuk ketepuk bunyi pisau tu berlaga dengan tempat alas potong bawang . aku toleh tengok nasi dah masak . mungkin Shyyra dah masak dulu sebelum dia sidai baju . tengah leka potong bawang , tetibe , aku rasa kesakitan yang amat kat tangan aku . rupanya minyak dari ikan sardin yang aku goreng tu . punya meriah minyak tu terloncat loncat . aku berundur ke belakang sikit . makin aku berundur , makin meriah dia terloncat loncat keluar dari kuali . bila nak pergi kat kuali , dia makin rancak serang aku . aisehmen . guwa memang takda peralatan keselamatan nak lawan balik ni . rasa macam nak capai penyapu bantai je kuali tu . mulalah berangan kejap kekonon ada masa zaman sebelum kemerdekaan , perang perang gitu .

Aiman kau jangan tanya , dia bantai ketawakan aku bagai nak rak sampai meleleh leleh air mata dia tengok aku terkinja kinja . aku sumbat dengan bawang ni baru dia tahu . dahlah minyak terloncat loncat keluar , memang bersepah dapur dengan minyak . lepastu siap ada bunyik keletus keletus lagi ala ala bunyi ikan goreng yang meletup letup . keadaan masa tu bukan macam aku goreng ikan lain . apahal tah ikan sardin ni lain macam pulak meletup dia . macam wadahel kan ? mulalah rasa macam aku ada kat gunung berapi pulak , tadi dah fefeeling ada masa sebelum zaman penjajahan . aku capai penutup periuk . lepastu setapak aku pergi kedepan nak tutup api gas tu . setapak pergi , setepek kena minyak , lepastu ketawa kebelakang balik . aku rasa aku habiskan masa ketawa kedepan kebelakang je kat situ . ikan dalam tu makin lama makin hitam . asap dah keluar sikit sikit .

"korang buat apa ni ? ish nak bagi terbakar rumah ke menda ?"


lepastu Shyyra terus pergi kat dapur gas tu terus tutup api gas tu . bagaikan Black Widow dalam cerita The Avangers gaya dia . langsung tak terkena percikan minyak . takda nak mengelak ngelak lansung . aku dengan Aiman bagaikan terpaku seketika melihat aksinya menutup api gas tersebut . then aku buat ayat sedih .

"aku lapar . nak makan . nak masak"

"asal tak cakap ?"

"tak nak . kita kan gaduh olok olok"

"ish mengada . dah pergi keluarkan ayam tu , aku masak . tolong aku"

"yeayyyy"


lepastu aku pun tolong dia masak . punya happy aku ada orang nak masakkan aku makan . aku ambik kuali yang ada ikan sardin tu , aku tenung then tak pikir dah , terus buang . punya hitam aku tengok ikan tu , kalau makan tahi pun mesti hitam . selamat tinggal sardin meletup . lalu aku baling ke tong sampah .


NOTE : bukan semua orang tahu masak . ada yang tak tahu tapi buat buat tahu , macam aku .


Tuesday, June 11, 2013

mengigau

ASSALAMUALAIKUM

harini macam free sikit . kerja pun tak banyak sebab baru lepas valuation . so dendiam ni aku bukak blog semata mata nak baca entry aku yang lepas lepas . memula tu rasa jijik je baca entry yang lepas lepas . siap nak tulisan kecik besar kaler kaler . lepastu ayat rempit ok . kalau tak caye kau gi bukak entry aku tahun 2010 . tengok link blog aku pun dah kelakar , eijat abdullah . cam bangang je aku rasa . kau sendiri akan rasa jijik nak muntah . tengah baca sensorang sambil senyum senyum sipu , tetibe terbaca satu entry pasal raya . bila raya , teringat aku kat satu kisah yang bagi aku pecah perut aku ketawa . bagi kau takdelah kot . sebab kau tak alami . bila aku cerita japgi kalau tak best nak menyampah kat aku pun tak apa . tak memudarkan hubungan kekeluargaan aku pun . entry kali ni sangat bosan . malah takda gambar yang aku nak paparkan . kau mesti bosan nak baca tulisan kelabu je memanjang . next next next punya entry aku masukkan gambar beribu ok ? 


raya 2 tahun lepas...

macam biasa kalau raya , memang cousin mazen aku akan membanjiri rumah aku sampai takda space dah aku nak berjalan . berjalan sikit tergesel bontot dengan diorang . malu tau . then bila raya jugak bilik aku akan mempunyai tetamu seperti cousin lelaki aku yang akan berhimpit duduk dalam bilik aku . nak tidur pun kena tegak je takleh bergerak gerak . tipu tak beragak kan . biarlah aku memberitahu nama cousin aku tu Aleep . so malam tu aku dengan Aleep dah masuk bilik awal . bagaikan pasangan berkahwin kan masuk bilik awal . bukan apa , masa tu aku dengan Aleep pikir kalau tidur awal , mesti nanti cepat raya tu akan sampai . lepas teguk air oren kat dapur , aku pun masuk bilik bawak bantal extra dengan selimut extra . dia ni kalau aku tak bagi selimut , ikut suka dia je perembat selimut aku tetengah pagi .

sementara nak tunggu terlelap tu , kitaorang pun dok berborak pasal masa kecik kecik kitaorang . biasalah tu kau kalau dah jumpa cousin tak lain tak bukan mesti nak borak pasal masa kekecik . naik nyampah pun ada . dari cerita main mercun sampailah dia tanya aku ingat lagi tak dia pernah jatuh terseret kat carpet rumah aku sampai kening dia hilang . tragedi tu memang aku ingat sebab aku yang dok kejar dia sampai dia tertogengg cium carpet . bangun bangun je kening dia dah takda sebelah sebab tergesek kat carpet . aku dapat merasakan kepedihan yang dia rasa . nasib baik dia tak bunuh aku masa tu sebab buat dia cacat centu . sekarang kening dia dah tumbuh balik , lagi handsome kening dia yang sekarang . terasa lak nak gesel kening sendiri kat karpet dua dua belah . cerita punya cerita , bila aku terlelap pun aku tak tahu .

tengah dok lena tidur tu tetibe aku tersedar . muka memang pisat pisat . nak bukak mata pun tak larat . tapi telinga jelas dengar ada bunyi macam ada orang heret something . berbekalkan sinaran lampu tidur , aku pun toleh kat arah meje study aku , aku tengok ada orang tengah berdiri tegak pandang bawah . bagai nak tercabut jantung aku . nasib tak terkencing je masa tu . boleh tahan kencing tu lagi . aku perhati je orang tu , apa yang dia nak buat sebenarnya berdiri tengak macam bebudak PLKN nak berkawad ni . lepastu aku tengok pelan pelan dia tarik carpet bilik aku , heret arah pintu bilik . pelik gak aku , entah amenda yang dia nak buat tah dengan carpet aku . agak agaklah kalau nak ambik carpet pun pergilah ambik yang kat hall rumah aku punya ke kan . lagi besar gabak siap kalau letak kaki dalam tu , boleh tenggelam kaki kau paras buku lali . ni dalam bilik aku punya carpet ni buat lap tahi idong je . tapi dia tetap tarik gak . siapa orang tu ?

ALEEP !


aku pun duduk bersila atas katil campak tepi selimut . terus segar bijik mata ni pandang je amenda yang Aleep ni buat . aku dah get ready nak ketawa ni . dah siap peluk bantal nak buat pepukul masa ketawa nanti . lepastu aku tengok mata dia tertutup sambil tarik karpet tu heret dengan gigih nak bawak keluar . macam orang baru lepas bunuh orang , pastu nak gi sorok mayat tu . centulah gayanya . apahal pulak kan ? aku tanya dia .

"aleep , kau buat apa ?"

"!"£$%^&*()"


entah apa yang dia cakap aku pun tak tahu . aku jerit lagi sambil ketawa .

"woi aleep kau buat apa ambik carpet aku ?"

""£$%^&*("


aku masih tak paham lagi apa yang dia nak cakap . cakap macam orang takda lidah . rasa nak terajang dia je ok nak mengigau lak memalam ni , buat lawak seram kuku lak . aku masa tu dah sakit perut ketawa . berair air mata aku dok ketawa sambil tergolek golek atas katil pukul pukul bantal yang aku dok peluk tu . pastu adegan yang mengejutkan aku , bila dia macam nak buat sesuatu . gila ! kau tahu dia nak buat apa ? gaya dia macam nak kencing . dah get ready nak londehkan seluar . terus aku berdiri serta merta campak bantal tu kat kepala dia .

"woi , kau nak buat apa ?!"


lepastu dia bukak mata sikit mamai mamai .

"nak kencing"


lagilah terbarai aku ketawa . kepala hotak dia nak kencing depan pintu bilik aku . ingat ada lobang jamban kat situ . aku tarik dia terus bawak pergi toilet . yang dia masih lagi mamai bingung takda hala tuju . aku tak tahulah dia mengigau ke amenda . yang pastinya dia bebetul nak kencing . apahal nak kencing siap tarik carpet ? dia ingat tu kekonon tarik pintu toilet ? lepas dah kencing tu aku tunggu gak mana tahu dia ngigau lagi . lepas dah flush dia terus naik atas katil tidur macam biasa . aku pun dia tak toleh pandang , ingat aku ni  almari ke apa ? aku tengok dia , aku dok ketawa sensorang macam orang gila tengah pagi tu ok sampai aku letih , pastu tertidur balik .

esoknya , aku cerita kat dia . yang dia buat muka selamba , cakap "haah , aku ada penyakit sleep walking or mengigau kenkadang . aku pernah ngigau lagi kelakar ok . aku merangkak naik tangga rumah aku nak gi bilik pukul 2 pagi"

ok itu bukan kelakar . itu scary bongok .




NOTE : bahaya gak kalau orang sleep waking ni . tidur kat melaka , bangun tetibe ada kat RnR negeri sembilan .


Saturday, June 8, 2013

my ambition

ASSALAMUALAIKUM

sejak kecik kenenot sampai dah besar panjang ni , bila jumpa kengkawan lama ke bekas bekas jiran lama lama ke mesti tak lekang dari mulut diorang akan tanya "eh kau buat apa sekarang ?" , "eh kau jadi apa sekarang ?" , "eh kau pakai kereta apa sekarang"" dan tujuan mereka tak lain tak bukan nak membangga dengan diri sendiri or nak membangga dengan anak anak diorang yang mungkin lagi berjaya daripada korang . tapi apedehal rezeki masing masing kan . mungkin rezeki kau bukan macam anak dia , tapi bila kerja or kahwin nanti mungkin membuak buak sampai anak kau umur 2 bulan pun kau dah belikan Porsche . manusia ni memang tak akan lari dari membangga dengan apa yang dia ada . kenkadang tu rasa macam nak tenyeh muka dia kat karpet kasi luka mulut tu baru dia diam .

macam aku , bosan gak bila ada mak cik strangers datang rumah aku dengan tujuan nak ceritakan pasal anak anak dia yang telah berjaya ke situ ke sini jadi itu jadi ini pos pes pos pes . what the spender kan datang rumah aku 4 5 jam pom pang pom pang cerita pasal anak dia yang aku pon tak kenal siapa anak dia . lepastu balik macam takda benda je , siap pakej mintak makan tengah hari kat rumah orang . nasib baik semangat kejiranan tu utuh . dah orang datang tak kan kau nak halau pulak . dan aku bersyukur yang Ibu aku bukan jenis macam tu . I ken dai ok if my mom like that , gantung diri mugkin ? yelah kalau tu rezeki anak kau , bersyukur jelah . kau cerita anak kau pandai macam mana pun , ye memang didikan daripada kau , tapi ingat , kena berterima kasih gak kat cikgu . kalau takda cikgu , dia nak eja nama kau pun tak reti . baik baik nama kau Siti Nur Fatimah Al Zahrah , dia eja Mak Jah je . faham mak cik mak cik strangers ?


cita cita ?

guwa ingat lagik dalam kepala hotak guwa ni masa sekolah dulu cita cita guwa memang sesuka je nak bertukar tukar . bila nampak orang cita cita polis , sibuk gak nak jadi polis dengan harapan boleh pegang pistol and boleh tembak orang sesukahati sampai mati . bila dah bosan dengan cita cita polis , tukar pulak nak jadi askar sebab pikir askar punya senapang lagi panjang daripada polis . sekali tembak 4 5 orang sekali boleh mati terkangkang . lagi extreme kan . bila dah besar sikit , tukar pulak nak jadik cikgu sebab nak rotan anak murih kat bontot sampai darah . macam tulah realiti seorang budak hingusan yang tidak mengenal erti dunia sebenar . ok gampang . bila dah besar , tukar lagi cita cita nak jadi doktor . dan cita cita itulah yang tetap kekal mekar tertanam dalam hati aku sampai aku form 4 . kau takyah nak bertatabahasa sangat aizat .

so lama gak aku pendam dengan cita cita doktor . ada jugak alasan aku nak jadi doktor tu . kau ingat aku suka suka je random nak pilih . the main is aku nak travel sebenarnya apa yang ada dalam badan manusia ni . kenapa jantung boleh berdegup , kenapa darah boleh mengalir , kenapa mata boleh berkelip . kenapa orang suka mengumpat , eh ? sejak bertukar cita cita tulah memang aku berazam nak jadi doktor . Ibu guwa tak halang cita cita guwa tu cuma dia cakap guwa lebih sesuai jadi lecturer . tapi aku fikir kalau aku jadi lecturer , hancur punah anak murid aku kerjakan . mengajar lain , masuk exam lain . tapi tujuan sampingan cita cita aku sebagai doktor is , aku nak bermain dengan nyawa orang .

kalau kau tengok balik cita cita aku dari kecik , macam kerja nak bunuh and main dengan nyawa orang kan . bahaya orang nak ambik aku kerja . bila makin lama , aku jadi tertarik dengan kerjaya sebagai doktor . mula mula ayah macam senyum je dengar aku punya cita cita tu . dia macam tak kisah . lama lama mula membuka mulut , "tak rasa nak jadi engineer ke , architect ke , or terlibat dalam bidang construction ?" . ayah mana yang tak nak ikut anak jantan dia ikut jejak dia kan . tapi aku rasa darah tu ada cuma aku je tak minat nak jadi and berkerjaya macam dia . so aku ignore buat tak tahu and teruskan cita cita aku sebagai doktor . nasib ayah aku tak berapa nak kisah sangat sebab tu hidup aku . kalau dia tak restu habis semua exam aku dari form 1 sampai from 3 semua failed . 

masuk je form 4 aku ditawarkan dua aliran , which is sains tulen or sains kejuruteraan yang mana bagi aku sains kejuruteraan lagi tough sebab dalam kepala aku dah mengusai sains tulen . ayat macam nak mintak kena kapak kan . lama gak aku fikir , tanya abang semua, then dia cakap , lets try with science engineering . masa tu rasa macam nak nangis je sebab dalam rumah tu semua macam tak support ok cita cita aku . rasa nak bungkus baju malam tu and lari dari rumah tidur bus top . sebab abang aku pun ikut jejak ayah menceburkan diri dalam bidang engineering . tapi nak buat cemana , macam lurus bendul , aku ikut cakap diorang . bermulalah hidup aku sebagai seorang pelajar science engineering . demi menjaga hubungan kekeluargaan gitu .

mula mula aku rasa kelas tu memang bosan . dengan budak budak yang entah apa apa , gila tak tentu pasal . stress tak tentu pasal , menangis sensorang , ketawa sensorang , hadap buku sensorang . lama lama aku pun jadi centu , malah lebih teruk . kalau kau tengok aku time tu serupa orang zaman batu . sebab , quite tough gak menatang tu . masa zaman aku , aku ambik 11 mata pelajaran . lepastu aku fikir jangan nanti dapat 10A+ lepastu satu gagal sebab matapelajaran engineering tu . nak nangis cemana pun , masa tak akan berpatah balik . ayat sedih ok , sila menangis . dengan berkat usaha , aku boleh catch up and carry on sampailah nak masuk ke IPTA . borang UPU pun abang aku yang isikan . yang aku dok keluar pi tengok wayang . nak terbalik ke , nak tertonggeng ke borang UPU tu aku tak kisah . asalkan aku dapat sambung belajar . tak dapat , aku pusing pusing and lontar abang aku dalam gaung sepenuh hati .

at the end , aku ditawarkan untuk further study dalam bidang engineering di bawah Faculty Architecture , Planning and Surveying sampailah aku bergelar graduan sekarang . mungkin betullah apa yang orang cakap , kalau satu benda tu Ibu Ayah kita restu , insyaAllah benda tu akan berterusan even susah payah macam mana pun benda tu kau kena tanggung and hadapi . bila tengok balik aku yang dulunya cita cita nak jadi polis , terus ke bidang engineering . jarak dia bukan main jauh . dalam bidang engineering ni kau tak boleh nak bermain dengan nyawa orang , melainkan kau tetibe nak ambik batu bata tu lepastu hentak kepala orang yang tengah kerja kat situ . lepastu kau masuk jailed kena gantung . tak ke naya ? belum kira dosa kau lagi kan . 

so korang yang bercita cita tinggi tu tak salah nak bercita cita setinggi gunung kinabalu , ewah . ada kawan aku , yang dari kecik cita cita dia nak jadi cikgu , sampai sekarang dia dah bergelar seorang cikgu . pergh aku sangat jealous ok . bukan jealous sebab dia jadi cikgu , tapi sebab dia berjaya capai cita cita dia sejak dia tadika lagi . rezeki ada kat mana mana . cuma kena cari . itu jelah kot aku nak membebel . dengar and baca panjang panjang pun bosan . kisah cita cita aku je pun kan . tak bawak apa faedah and tak boleh buat korang kenyang ye tak . melainkan sepatah kau baca ayat aku keluar big mac set medium berserta mcflurry milo dua set .

untuk yang masih bersekolah , selamat kembali ke sekolah ! untuk yang berkerja , guna cuti sabtu ahad kau ni wisely . jangan dok tidur je . sekejap je nanti dah sampai hari isnin . okbai .




NOTE : boleh tak sekarang ni nak tukar cita cita jadi Dr Rozmey ? ehem *betulkan suara


Thursday, June 6, 2013

makan sampai kenyang

ASSALAMUALAIKUM

cuti sekolah dah nak habis dah pun . tinggal beberapa kerat malah ketul hari je lagi . kalau nak kira guna jari pun cukup . takyah nak kira dua tangan , sebelah tangan pun dah cukup . dan pastinya akan kedengaran suara suara budak sekolah mengomel kekonon perasan manja yang diorang malas nak gi sekolah lah , malas nak buat homework , malas nak bangun awal dan lain lain . cheitt ! tulis dalam biodata nak jadi cikgu doctor engineer segala , gi sekolah pun malas nak buat apa . ingat goyang kaki makan kopok ubi tengok tibi duit boleh keluar dari mulut ? mimpi tu tak akan jadi kenyataan ok . never !

dan bila dah nak habis cuti ni , adik aku pun mula berbisik bisik mengumpat aku cakap cuti ni tak bawak diorang jalan mana mana . bukan setakat diorang , dengan Ibu aku siap join mengumpat buat cucur udang buat kudap kudap masa nak mengumpat aku . nak tak nak ambiklah cuti satu hari . memang lunyai aku kena kerjakan dalam satu hari tu . get ready red bull 6 7 tin sebab diorang akan berjalan berjalan dan terus berjalan non stop . aku dengan aiman kalau bab bab macam tu memang boleh bawakkan , tapi aku dok habiskan masa dalam bookstore baca curik curik buku dia dalam tu . kalau promoter dia nampak paling koman kena 2 3 kali hentak dengan kamus dewan kat dalam bookstore tu .

bila dah lama berjalan and bosan , perut mula kosong lalu mengeluarkan bunyik pelik . sampai kadang kadang aku terpaksa "berdehem" konon dok cover bukan perut aku yang berbunyik , tapi tekak . tahi sangat ok , malu kau tahu tak . tapi yang phailed nya aku ni , aku memang tak tahu and tak reti kedai mana yang best nak makan . sebab aku ni jenis sebat je mana mana makanan ada depan mata aku . bak kata nenek "nak cari rezeki tu bukan senang" . so aku decide nak singgah je mana mana kedai . sebat je masuk mana mana kedai asalkan kepala aku tak meletop nak jawab Ibu tanya nak makan mana nak makan mana nonstop . seakan dapat membaca apa yang aku pikir , tetibe Ibu bersuara :

"harini bang ngah nak belanja , so dia kena bawak kita makan kedai sedap sedap . 
tak sedap kita beduk dia . dia yang kena pilih kedai"


tertelan 2 3 kali air liur aku dengar Ibu cakap centu . aduh mana pulak kedai aku nak sebat yang sesedap ni kan . nak tangkap muat secret recipe ke old town ke papa john's je semua dah ada dalam list Ibu , "do not enter" . pening kepala aku pikir . bila kat traffic light je aku sibuk google "kedai makan mana yang best kat melaka" . pathetic gila ok aku . cari bukan main payah , jumpanya tidak . yang banyak result kat search tu kedai rumah urut di melaka . cari gaduh ok , memang cari gaduh . last last Shyyra bagi aku idea makan kat "Rasa Kampung" sebab dia kata makan kat situ best even dia tak pernah pergi . ni spesis nak kena beduk 4 kali ke cemana ?

kira jauh gak kedai tu dari bandar . cari cari tak sampai gak sebab Shyyra kata dia tahu kat mana kedai tu . aku dengar nama "Rasa Kampung" tu mesti masakan dia ala ala kampung and mesti ada kat kampung , rupanya tak . sampai je kat situ aku tengok kedai dia moden tapi berasaskan kampung . paham ? orang dalam tu punyalah pack sampai tergopoh gopoh tonggeng tonggeng mak cik kat dapur tu bawak keluar nasik seret seret letak atas meja . at first aku suruh Aiman yang cop tempat dulu . sebab aku belum pernah rasa lagi macam mana makan berdiri kan . so memang tak nak rasa pun . lauk kat situ memang banyak and buat kau rambang mata . nampak pun macam sedap . kalau tak sedap memang aku terbalikkan semua meja kat situ . ok tetibe nak emo pehal . yelah ada kedai yang orang citer pom pang pom pang , tapi bila makan tak sedap .


aku takda masa nak posing depan kedai ni ok .


MENU :

Aku : nasi putih , ikan siakap , sayur goreng , kari ikan , telur asin + tembikai laici

Ibu : nasi putih , ikan siakap , sup sayur , asam pedas , sambal belacan + sirap limau

Shyyra : nasi putih , ikan keli goreng sambal , masak lemak cili padi , sambal belacan , sayur + tembikai

Aiman : nasi putih , ayam goreng , telur goreng , sayur , kari ikan + limau ais 


maaf le kan terpaksa nak tulis satu satu menu . nak ambik gambar rasa segan ok . orang kat sini semua nak busy body pandang je bila orang makan . macam kan aku makan sarung bantal berlaukkan kekabu kan . so aku listkan je apa yang aku makan . tapi makan kat sini serious best ok . makanan dia memang bila kau suap , dah tak kisah dah nak pandang kiri kanan . tak tahulah makanan tu sedap ke memang aku yang lapar . tapi perut aku kalau kau suruh ratah ikan paus pun aku boleh makan sekali harung je . yang agak merimaskan aku , orang memang tak putus putus masuk . memang makan kat sini akan kenyang . magic ok .

bila dah settle makan , Ibu pun cakap "sedap eh makanan kat sini , next time boleh pergi lagi" . lepastu dia bantaikan main angry bad kat phone buat tak tahu macam kitaorang ni bunga hiasan dalam kedai tu . alasannya aku akan bayar segala apa yang kami makan kat situ . dia tahu pulak sekarang ni awal awal bulan kan , kalau private selalu gaji masuk awal bulan , nak nak bila shopping tadi , memang parah aku kena . takpe dah namanya Ibu , layankan . so aku pun check wallet kot kot tak cukup ke kan nak bayar semua tu . masing masing makan selera besar punya makanan . sekali tak cukup duit buat malu je ok tak memasal aku nak kena mop lantai kedai dia nak lunaskan hutang aku tu . keliling ni takda ATM langsung . bila nak bayar je , dia pun cakap :

"table 18 ye dik ?"

"haah . table 18" *tertulis di kertas menu


"ok semua sekali RM 29.80"


"eh betul ke kak ?"

"haah , table 18 kan ?"

"ok ok"


lalu aku pun membayar . aku bukan terkejut sebab mahal ke apa . sebab harga dia macam tak kena dengan apa yang kami makan . aku bajet bajet macam 50 hengget keatas harga dia . tup tup bila nak bayar dalam 30 hengget je . mahu tak rasa nak meloncat . kalau ada orang sebelah aku , dah aku peluk dia erat erat nak tunjuk rasa kegembiraan aku tu . tengok menu kat atas tu pun kau dah boleh agak berapa harga aku makan tu . ditambah pulak dengan kedai dia yang ala ala esklusif gak . so rasa pelik mula timbul dengan kadar harga sebegitu . so yang duduk melaka , tak tahu nak makan tengah hari kat mana , or yang berkunjung ke melaka tak tahu nak makan mana , korang boleh singgah ke "Rasa Kampung" ni berhadapan dengan Giant Taman Merdeka . lepastu bila balik kau boleh buat modal nak berlagak kat kengkawan kau citer yang kau makan memacam kat situ padahal hakikatnya kau try sup sayur dengan sambal belacan dia je . next , please ambik saya jadi duta awak ok Rasa Kampung . harini family aku gi picnic . sebaik tak ambik cuti . aku tak suka picnic ok .


NOTE : ada sesetengah kedai tu , ikan keli sekor dah 5 hengget . aku cekik kang baru tahu .


Tuesday, June 4, 2013

siapa tu ?

ASSALAMUALAIKUM

di keheningan malam ni memang selalunya aku suka duduk melepak goyang kaki dalam bilik sambil berangan bila nak kahwin . lepastu kunci pintu . Ibu aku kenkadang terjerit jerit panggil aku buat tak tahu je lepastu jalan perlahan lahan tutup lampu kononnya aku dah tidur . derhaka ok derhaka . tapi malam tadi terbuka pulak pintu hati nak kangkangkan pintu bilik aku . bukan apa , aku memang tak suka orang sukahati nak jejak masuk bilik aku pastu buat sepah . kalau ada security , memang kat pintu , almari , meja , katil apa semua aku letakkan security . buat sepah je automatik kapak akan melekat kat dahi kau . aku pembersih ? sangkaan kau meleset . kemas bilik pagi , tengah hari dah tunggang langgang macam lori kelapa sawit terbalik .

malam ni pulak anak buah aku datang . diorang bukan main menyampah lagi dengan aku . sebab aku ni diorang baru je nak jejak kaki depan pintu aku , bantal peluk dah melekat kat kepala dia . ok ni tipu . sebabkan takda benda nak buat , aku pun bukak laptop . scroll scroll , bukak bukak satu folder dalam ni , pastu ketawa sensorang tengok gambar lama . cam bangang hidup aku ok . then anak buah aku datang terkedek kedek dengan pampers labuh dia sebab kencing dah penuh dalam pampers . nak suruh aku salinkan memang jangan harap . kenkadang nak cebok berak sendiri pun aku malas . apatah lagi nak cucikan orang lain punya kan . aku gerenti umur 30 keatas baru aku kahwin sebab syarat nak kahwin dengan aku "NO cucikan berak anak" . kahkahkahkahkah ! aku buat lawak ni ketawalah . actually aku suka budak budak ah . bakal isteri aku takyah risau k .

"kau ni dah besar pun pakai pampers lagi , sini" , gertak aku kat Amim *3 tahun.

"abang tengok apa ni"

"tengok cite hantu kelakar , jom tengok"


padahal masa tu aku tengok cerita hantu thailand yang seram ok . hobi baru aku , tengok cerita hantu thailand . setiap hari mesti nak download . lepastu bila mandi teringat hantu syampo kan rambutlah , hantu cakar bontot lah , gigit ketiak lah dan macam macam yang aku bayangkan bila mandi . imaginasi aku takda siapa boleh lawan kalau bab bab camni . lepas aku dah angkat amim duduk atas katil . dia pun khusyuk je tengok cerita tu . entah apa yang menarik sangat perhatian dia aku pun tak tahu . selalunya normal bagi budak kecik lain kalau tengok cerita hantu je mesti akan lari lintang pukang siap pakej terberak sejemput dalam pampers sebab takut . yang amim siap boleh cakap "bila hantu tu nak keluar abang ?" . ni cemana pulak citernya ni . bila hantu tu terpampang je depan screen , dia boleh dok senyum sambil ketawa and muka dia macam puas bila dapat tengok hantu tu .

lepas satu jam lebih dok hadap cerita tu , aku pun tutup lappy then Shyyra masuk bilik aku dok menyibuk . awal awal lagi dia dah duduk kat meja study aku sebab dia tahu sehelai rambut dia jatuh dalam bilik aku , dia kena ketuk ketampi 18 kali tanpa rayuan . masa dia masuk tu amim dah duduk main atas meja aku . budak kecik takpe nak dok atas meja , at least kalau patah meja tu , dia yang cedera parah , bukan aku . kalau aku dok loncat loncat atas meja , mohon kau terajang aku ok dari jauh . tengah dia lompat lompat , tengah aku berborak ketawa dengan Shyyra tak ingat dunia , tetibe amim diam . mata pandang luar tingkap . 

"ABANG ! ADA HANTU ATAS KERETA"


ketummmmm ! *kekonon bunyik kilat dalam jantung

serious masa tu jantung aku dah dup dap dup dap macam ada pasukan main kompang kat ongkawen dalam jantung aku . yang Shyyra dah tutup telinga . entah apa motif dia tutup telinga aku pun tak tahu . "ish , apa amim cakap ni . dah turun cepat dari meja tu" . kekonon cakap macam cool . yang buat aku cuak bila nak ambik dia dari atas meja tu bawak turun sebab meja tu memang jelas jelas boleh tembus nampak luar . nak tak nak tabahkan hati . perasaan masa tu rasa macam nak gi berperang bom mengebom ok . masa dukung dia aku sempat toleh kat arah kereta . memang citer dia aku tak nampak ape benda lah kan . yang Shyyra masih tutup telinga kaku . bongok betul . bagi menghalang kejadian yang tak diingini , aku tarik langsir . masa nak tarik tu pulak , amim ketawa sambil bersuara ,

"EH DAH TERBANG . HIHI"


gampang ok gampang !

aku tarik langsir aku terus bawak dia kat Ibu aku secepat yang mungkin sebelum Amim bagitahu yang hantu tu terbang nak gi masuk kat bilik aku . eh tahi betul tau budak ni . yang Shyrra lari ikut aku siap tertonggeng tonggeng jatuh sebab takut . aku ingat Ibu nak tenangkan aku , tapi yang dia cakap "tengok lagi cerita hantu , jemput dia , jemput . asal tak ajak masuk bilik ?" . ok . Ibu buat lawak ok . malam tu aku dah tak kisah apa nak jadi , yang pastinya Ibu suruh aku tidur dengan Amim . pagi , Amim dah bangun and ada kat atas meja pandang luar . persoalan , macam mana dia boleh naik atas meja sedangkan kerusi aku pun dia tak boleh nak panjat sebab tinggi ? wallahualam . 


NOTE : pesan Ibu , kalau budak kecik suka main sorang sorang , jangan biarkan . "DIA" tak akan datang kalau tak dijemput .