APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, May 23, 2011

INILAH CINTA

PART XI (cont'd)


...satu email dari Dania pun Danni tidak terima sejak dia ke Amerika. Mungkin dia bahagia di sana tanggapan Danni. Keadaan Danni semakin hari semakin tenat sehinggakan terpaksa dipapah apabila mahu bergerak. Entah kenapa pada malam itu Danni terasa seperti dirinya semakin dekat denganNya dan masa untuk dirinya kembali kepadaNya sudah semakin hampir. Danni meminta Farra mengambil sehelai kertas dan sebatang pen untuk menulis sesuatu yang ingin dia luahkan kepada Dania. Danni kuatkan juga semangatnya untuk menulis. Walauapapun, baginya, dia mesti menyiapkan luahan hatinya itu walaupun berada dalam keadaan yang lemah. Setelah selesai menulis, Danni memanggil Datin Hasnidah dan Datuk Kamal . 


"Mama, Papa, maafkan segala kesalahan Danni selama Danni bersama dengan mama dan juga papa. Terima kasih menjaga Danni dengan penuh kasih sayang sejak Danni kecil lagi. Danni bahagia mama, papa. Halalkan segala yang Danni makan, minum dan segala susu yang mama beri kepada Danni semasa kecil. Maaf jika Danni ada mengguris hati mama dan papa. Danni..."


Percakapan Danni terhenti tatkala Datuk Kamal mengusap rambutnya.


"Danni, jangan cakap yang bukan-bukan. Danni mesti kuat, Danni mesti lawan penyakit ini. Mama dan papa halalkan segalanya", kata Datuk Kamal cuba memberikan semangat kepada Danni walaupun dia tahu keadaan Danni yang semakin tenat.


"Farra..," panggil Danni.


Farra menghampiri Danni dengan linangan airmata.


"Danni juga memohon maaf kepada Farra kerana banyak menyusahkan Farra, melukakan hati Farra dan tidak dapat menyayangi dan mencintai Farra sebagaimana Danni mencintai Dania. Terima kasih kerana selama ini menceriakan hidup Danni, menjaga Danni, melayan kerenah Danni. Terima kasih banyak-banyak. Halalkan segala makan minum Danni", kata Danni sambil mengelap airmata Farra yang semakin deras mengalir.


“Danni.. jangan cakap macam tu.. I akan sentiasa mencintai you. Danni tak pernah melukai hati Farra. Bagi Farra, Dannilah yang terbaik buat Farra”, kata Farra tersedu-sedu. 


Danni menyerahkan sepucuk surat kepada Farra dan mengamanatkan surat itu kepada Farra untuk diberikan kepada Dania. 


“Danni..biar mama beritahu Dania tentang ni”, kata Datin Hasnidah merayu sambil linangan airmatanya yang tidak henti mengalir. 


“No, mama. Danni tak mahu dia sedih..please ma. Ini permintaan terakhir Danni. Mungkin sudah terlambat”, jawab Danni. 


Linangan airmata Datin Hasnidah terus mambasahi pipi. Datuk Kamal hanya mampu menghela nafas panjang dan memandang ke atas. 


“Mama, papa. Tolong bawa Danni ke bilik mandi. Danni nak  mengambil wudhuk nak solat dan baca Al-Quran”, kata Danni lemah. 


Lantas Datin Hasnidah dan Datuk Kamal memapah Danni menuju ke bilik mandi. Danni mengerjakan solat dan membaca Al-Quran sehingga satu ketika Danni merasakan waktunya telah sampai. Danni rebah lemah di atas sejadah memeluk Al-Quran. 


Datuk Kamal, Datin Hasnidah dan Farra meluru dengan tangisan ke arah Danni. Datuk Kamal membisikkan kalimah syahadah kepada Danni sambil perlahan Danni mengucapkan 2 kalimah syahadah sebelum nyawanya ditarik kembali kepadaNya. Sampai sahaja pada kalimah terakhir, jasad Danni terbujur kaku. Sangat tenang rasanya. Kini Danni bukan lagi berada di dunia yang sama dengan keluarganya, Farra mahupun Dania. Datin Hasnidah bagaikan hilang kawalan menggoncang badan Danni tetapi ditenangkan oleh Datuk Kamal. Danni hanya dapat memerhati dari jauh tanpa boleh memeluk mereka.


Jasad Danni terbujur kaku di ruang tamu. Bacaan yaasin mengiringi pemergiannya. Datuk Kamal, Datin Hasnidah dan Farra masih lagi dalam keadaan kesedihan. Tetamu semakin ramai menziarahi jasad Danni mengucapkan takziah kepada keluarganya. 


Tiba-tiba muncul seseorang di muka pintu rumah Danni dengan keadaan yang tergesa-gesa meluru masuk dan matanya tepat memandang kearah jasad Danni yang terbujur kaku ditutupi oleh kain. 


"Dania, kau sudah pulang! Aku merindui kau Dania !", jerit Danni walaupun jeritannya tidak didengar. 


Menggigil tangan Dania tatkala berjalan perlahan menuju ke arah jasad Danni. Kek dan hadiah yang ada di tangannya menyembah terhempas ke bumi tepat waktu tibanya hari lahir Danni. Dengan perlahan Dania membuka kain yang menutupi jasad Danni. Jantungnya bagaikan terkena panahan petir seakan terhenti tatkala melihat jasad Danni yang kaku pucat. Airmatanya mengalir secara tiba-tiba. 


"Da.. Danni.. Sam.. Sampai hati kau buat aku mcm ni..", kata Dania tertunduk diiringi airmatanya yang semakin deras berlinangan. Tangannya digenggam kuat.

*                      *                      *

Jasad Danni selamat dikebumikan. Orang ramai beransur pulang setelah pengkebumian selesai dilakukan. Hanya tinggal Dania duduk terpaku di hadapan pusara Danni meskipun Datuk Kamal, Datin Hasnidah dan keluarganya mengajaknya pulang kerana hari semakin mendung. 


Tiba-tiba seseorang menyapanya dari belakang. 


“A..Awak Dania..?”


bersambung....