APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, April 29, 2011

selagi masih ada daya and usaha

ASSALAMUALAIKUM

tajuk entry kali nie siryes macam rasa nak hentak2 jea kepala atas meja ? rasa macam nak hempas2 jea lappy korang kan (*hempaslah...hempaslah) . actually aku dah kebuntuan idea nak tulis entry ape yang patut aku tulis and at last aku dapat idea nie time tengah lapa pagi2 mencari makanan dengan keadaan hujan yang lebat bagai . bagaimanapun ku gagahkan juga kaki melangkah untuk mencari sesuap makanan bagi menampung kehidupanku . sadis kan ? (*ade rase mcm nak hempas lappy lagikk tak ?) . actually malam tadi aku tido punyalah awal sampai tak buat discussion untuk past sem paper (-___-) . dah laa esok jea last paper aku . memang hampeh tahap mak gajah kekenyangan . bangun2 jea aku tengok dah 6.40 . tengok kat luwa gelap lagikk mcm still isyak . eh, melampau kann .
aku pun take note and past sem paper and start buat revision . tibe2 aku dengar satu bunyik yang agak jelas jugaklah . mula2 aku biarkan jea sebab aku ingat ini cuma khayalan aku . tapi makin aku tak layan makin ia berbunyi . aku pun start laa dengar betul2 . macam selalu dengar jea bunyikk nie . then aku pon baru perasan yang sebenarnya aku punye perut berbunyi . (*kaw memang gile lah gile !) . hehe . aku pon bukak locker and nampak roti gardenia yang aku beli dengan daya usaha aku sebab punyalah susah nak dapat roti nie kat sini . high5 berlambak2 lah sampai dah boleh buat bantal tido malam . kalau ade DAYA dan USAHA, kita boleh jugak dapat ape yang kita nak ? betul tak ?

maaf, kau terpaksa dikunyah :(

lepas aku kunyah2 roti tu sampai lumat aku pon start laa sambung kerja aku . buat2 work sampai tetibe aku rasa mcm aku di dalam dunia khayalan . haiyaa ! aku mengantuk ! aku pon mulalah hentak kepala aku berkali2 di atas meja walaupun ini hanyalah kata2 dusta saja . dah laa ditambah dengan hujan lebat yang sangat menarik aku untuk kembali berselimut . then bila pandang kat meja, aku pon insaf . esok last paper EIJAT ! bukan setahun lagikk ! sehari jea ! pastu kaw nak tidor tak bangon2 pon takpea . haiyaa ! come on come on . aku mesti boleh (*BACKGROUND MUSIC : JIKA KAU FIKIR KAU BOLEH) . aku pun buat2 laa keje kan sampai meja pon dah tak serupa meja . lai2 kita tengok...

takde laa sampai tak serupa meja . masih cukup sifat .

then aku ponn sambung laa keje tanpa menghiraukan keadaan sekeliling . then aku pon dengar orang bising2 kat luwa . eh, kenapa semua berbaju melayu . aiyaa ! jumaat . mereng jap . aku pon dengan langkah demi selangkah menuju ke tempat yang selalu budak2 gemar pergi . TANDAS =) . bukak shower, aku pon menjerit sekuat hati sebab tersangatlah sejuk (*tipu jea jerit) . pas mandi siap2 laa pakai wangi2 nak pergi solat . sebelum tu, aku tinggalkan beberapa pic untuk tatapan pembaca =) (*mak aih ! perasan tahap karma ~!!!!!!) haaa (*mata pandang ke atas, tangan letak di dada)




Wednesday, April 27, 2011

kali terakhir untuk semester ini

ASSALAMUALAIKUM

today aku update blog awal sikit tak macam selalu yang aku suke update blog malam2 . hari nie ade free sikit sebelum aku nak buat clearance bilik . malam nanti tak boleh nak blogging2 and nak update blog sebab esok dah nak final untuk building construction . 2 paper lagik tinggal so aku rasa macam nak cepat2 habiskan semua exam nie and bersantai ngn family kat rumah . lalala .

okeh, tajuk entry pun korang dah nmpak kan so agak kontroversi tak ? (*buat2 kontroversi) . kali terakhir untuk semester nie bukan bermaksud aku nak pergi jauh2 dari sini tapi kali terakhir untuk semester nie aku jumpe dengan membe2 atau MADU . madu ? aiyaa ! haha . kalau tak tahu ape yang aku maksudkan, sila cari entry aku yang nie : 4 Husband 1 Wife = MADU .

semalam kononnye perjumpaa ramai2 . kononn.. then ade pasar malam lagikk kann . so dah terlanjur tu pergi laa same (-____-) . actually ingat nak pergi petang tapi disebabkan mengantuk yang teramat sangat , terlajak tidur . adehh, then ingat nak cancel tapi ku gagahkan jugak diri ini . dah alang2 tak makan lagikk kan, so pergi jelah .

sampai pasar malam, wah ! ramainya zombie (*pelajar2 yang ramai) . then macam2 pulak tu makanan . adeh, sedap2 . perut pun tengah lapa nie . then pusing2 laa cari makanan . dah lame tak pergi pasar ramai2 nie sejak minggu exam nie kann . so today nak makan banyak2 . jalan punya jalan tak jumpa apa nak makan . lastly beli burger goreng dulu . diorang rancang nak makan kat mee sup utara . layankan aje . so dat pas dah beli2 tu pergilah makan kat mee sup utara . sampai2 jea, ramai pandang (*perlu kea nak bagitahu ?) . kitaorang buat tak taw jea . maybe diorang pestime tengok manusia kot . perhaps.....

pas makanan dah sampai kitaorang pun makan (*tak kan nak tido pulak gile!) . best gak bile dah makan ramai2 nie . and plus mee die yang banyak daging nie kann . memang makan tak pandang kiri kanan . pas dah makan tu lepak2 jap dok cerita kisah hidup masing2 . HAHA !

then tetibe aku rasa macam tak sedap badan . aiyaa, jangan cakap aku nak demam sudah . akhirnya memang betul aku nak demam . adeh, tolong... tolong... janganlah demam . saya masih perlu baca nota . at last aku baca note sikit then aku tidor . bile pagi bangun dah oke dah . 

then aku pon merangkak2 pergi mandi and start on lappy . kemudian, tangan aku pun menaip perkataan seperti ini :

guys, tengs semalam bagi kerjasama pergi pasar sama2 . dah lama kan tak macam nie . di kesempatan nie aku nak wish korang selamat bercuti and next sem jumpa lagikk . cuti2 nie marilah kita beramai2 pergi cari awek . semester baru, awek baru, isteri baru (*opps!) . happy dengan korang . maaf kalau selama nie aku sakitkan hati korang . aku banyak buat hal ngn korang and aku banyak tak jumpa korang and makan same2 . maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku ! selamt bercuti . buat intan, selamat dapat madu baru :) lalalala


Monday, April 25, 2011

kaulah IBU AYAH kaulah SAHABAT kaulah SEGALANYA

ASSALAMUALAIKUM

agak lama juga aku tak blogging2 nie . maksud aku tulis cerita pot pet pot pet kat sini lhaa . kebelakangan nie aku post cerpen aku yang telah berjaya aku habiskan semalam . terima kasih kepada pembaca yang sentiasa mengikuti jalan cerita nie . haih ! nak tulis ape ? aku pon tak tahu kann . tapi tajuk entry aku dah create awal2 . memang bijak kann ? (-____-)

okay, i got an idea . sejak nak balik rumah nie kan aku rase macam nak cepat balik and anjakkan mase exam aku nie ke depan sikit . haih . dah laa cuti singkat . rindu kat family ? mungkin kot sampai akhir nie macam2 penyakit lak datang . bukan sebab rindu terlampau tapi sebab aku yang tak cukup tidur nie . mcm2 laa kan tapi at least aku harap ia akan membantu aku dalam final .

back to main story . kisah aku dan IBU AYAH ku :)

sejak kecil aku dijaga ditatang bagai minyak yang penuh . segala keperluan aku,akan dipenuhi even pada hari yang lain . sikap aku yang suke menarik muka bila tak dapat sumthing membuat mereka tak sampai hati jika tak tunaikan permintaan aku . sejak kecil dah berapa juta mereka berhabis untuk aku . tapi aku tahu dulu aku tak belajar bersungguh2 . aku banyak main2 dalam kelas . aku banyak main2 kat rumah . bila mereka nasihat, aku buat tak endah . tapi, bila dah belajar, aku mula faham apa erti semua tu.

ibu ayah tidak mahukan balasan harta tapi mereka mahukan kejayaan . kejayaan dari seorang anak yang boleh buat mereka bahagia . tidak pernah mereka merungut memberi pendidikan kepadaku . masa pertama kali aku mendapat surat tawaran untuk menyambung pelajaran, mereka gembira tak terhingga . segala kelangkapan aku disediakan . apa sahaja kemahuanku diturutkan . dan hadiah yang paling bernilai buat aku dari mereka ialah handphone dan jam tangan yang mereka belikan . aku sangat2 menjaga barangan tersebut . aku tak tahu kenapa, kalau benda tu jauh dari aku, aku rasa kehilangan .

bila masuk U, aku berjanji aku akan menjadi pelajar yang berjaya . aku mula meletak target . menjadi yang dikagumi di khalayak . aku jadikan abang sebagai contoh aku . dan aku berjaya . berjaya mencapai apa yang aku impikan . mereka gembira . gembira dengan pencapaian aku walaupun aku masih belum puas dengan apa yang akau dapat tapi aku bersyukur dengan kejayaan ini .

yang paling best sehingga kini aku ingat bila kat rumah . aku nie suke pot pet pot pet ngn ibu aku kat dapur . mulalah bukak mcm2 cerita . memang best . aku rindukan semua tu . kadang2 bila aku duduk buat kerja kat tepi tingkap, aku akan senyum sorang2 bila ingat balik kisah tu semua . aku tahu aku tak pernah jauh dari family . aku tahu ini semua cabaran untuk aku . sampai bila kan nak terus bawah ketiak mereka and belajar berdikari .

sekarang aku tahu aku perlu kejar apa yang aku inginkan . aku tak mahu hampakan meraka . aku nak lihat mereka bahagia . dah 19 tahun mereka berkorban untuk aku . apa salahnya aku pulak yang berkorban untuk mereka . aku nak jaga mereka macam mana mereka jaga aku even aku terpaksa korbankan apa yang aku ada . bagi aku merekalah segalanya . merekalah yang mencorakkan sehelai kain putih menjadi indah dan aku menjadi orang yang berguna . mereka tiada gantinya . merekalah segalanya . merekalah yang penat lelah untuk membahagiakan kami . 

IBU AYAH, terima kasih atas segalanya LOVE YOU


Sunday, April 24, 2011

TANPA

LAST EPISODE (cont'd)



....Airmata Isya laju membasahi pipi. Menggigil kaki dan tangannya. Dia merasakan dunianya seakan dalam khayalan. Lelaki tersebut tersentak dengan panggilan Isya lalu menoleh kembali ke belakang. Dengan pantas Isya berlari lalu mendakap lelaki tersebut iaitu Eijat. 

Eijat, yang selama ini dirinduinya, dinantikannya.  Eijat tergamam dengan tindakan Isya. Dia tidak menyangka perempuan yang dinantikannya selama ini muncul di hadapannya tatkala dia sangat-sangat merinduinya. 

“I…Isya? A…Apa yang Isya buat kat sini?”, kata Eijat masih lagi dalam keadaan terkejut. 

“Isya rindukan Eijat.. sangat-sangat rindukan Eijat. Dah lama Isya mencari Eijat. Kenapa Eijat tinggalkan Isya? Kenapa Eijat?”, kata Isya diiringi tangisan dan masih memeluk erat Eijat. 

“Isya, Eijat lakukan semua ini sebab cinta Eijat kepada Isya. Eijat sangat-sangat cintakan Isya. Eijat sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan Isya. Cinta Eijat kepada Isya masih lagi utuh dan tidak pernah pudar. Eijat tak sanggup lihat Isya melupakan impian Isya. Bukan niat Eijat untuk meninggalkan Isya. Tapi, Eijat tak nak jadi batu penghalang, jadi beban kepada Isya untuk mengejar cita-cita Isya. Kegembiraan Isya adalah lebih bermakna bagi Eijat…” 

Kata-kata Eijat terhenti tatkala jari lembut Isya memegang lembut bibirnya. 

“Eijat, jika dulu Eijat tak pernah menganggap Isya sebagai beban hidup Eijat, sedikitpun Isya tak pernah menganggap Eijat sebagai beban kepada Isya. Malah, makin jauh Eijat dengan Isya, makin merintih hati Isya rindukan Eijat. Dah lama Isya mencari Eijat . Isya tidak pernah putus asa. Walaupun dalam surat terakhir dari Eijat mengatakan Eijat sudah pergi jauh meninggalkan Isya, namun detik hati Isya merasakan Eijat dekat dengan Isya. Dekat sangat-sangat. Setiap hari Isya berdoa supaya dipertemukan dengan Eijat jika Eijat masih hidup. Namun, setelah lama menanti, lelaki yang Isya rindu dan nanti selama ini ada di hadapan Isya. Selepas pembedahan, Isya mengambil keputusan untuk mencapai impian Isya yang mana juga menjadi impian Eijat untuk melihat Isya berjaya menjadi model yang disegani. Sekarang Isya sudah berjaya Eijat. Isya sudah berjaya. Mata Eijat menjadi pendorong kepada Isya untuk bekerja keras sehingga Isya berada pada kedudukan sekarang Eijat. Isya sangat-sangat rindukan kehidupan kita sebelum ini. Tempat inilah yang menjadi saksi perkenalan kita. Tempat ini jugalah yang menyimpan 1001 memori antara kita. Memori yang sangat-sangat indah buat Isya. Namun, selepas pemergian Eijat, Isya hanya dapat memandang sahaja tempat ini tanpa ada gurau senda Eijat, hilai tawa Eijat dan kasih sayang Eijat kepada Isya. Sekarang Isya bahagia, bahagia bertemu semula dengan orang yang Isya cari selama ini. Yang menjadi kekuatan kepada Isya selama ini. Membahagiakan Isya, memberi kasih sayang kepada Isya. Isya lebih sanggup buta dari kehilangan Eijat”, kata Isya kepada Eijat.  

 “Isya, Eijat pernah cakap dulu. Jika cinta Syah Jehan kepada Mumtaz sangat utuh, utuh lagi cinta Eijat kepada Isya. Eijat sangat-sangat cintakan Isya. Jika ditakdirkan, ingin sahaja Eijat memperisterikan Isya. Tapi…”, kata Eijat tidak menghabiskan percakapannya. 

“Tapi apa Eijat, kekurangan Eijat? Eijat, Eijat jadi macam ini pun kerana Isya. Kerana cinta Eijat kepada Isya. Eijat, dari dulu lagi Isya menunggu Eijat. Menunggu Eijat menjadi kembali bersama Isya. Bukan kerana Isya terhutang budi kepada Eijat tapi kerana cinta, Eijat”, kata Isya mengalirkan airmata kegembiraan dan mendakap semula Eijat. 

Eijat selama ini dicari berada di hadapannya yang kini akan bersama dengannya. Kekurangan yang ada antara masing-masing tidak menjadi penghalang kepada mereka kerana keutuhan cinta antara mereka. 

“Terima kasih, Isya. Terima kasih…”, kata Eijat mengusap rambut lembut Isya yang berada dalam dakapannya. 

Matahari senja memancar indah deselangi angin sayup seakan merestui hubungan cinta mereka. Kini cinta yang telah lama hilang dan dicari kini bertemu kembali. Cinta kembali mekar dan tidak akan layu sehingga ke akhirnya.


TANPA cinta dan kepercayaan yang utuh, seseorang itu mudah mengaku kalah. TANPA semangat dan kekuatan, seseorang itu akan lemah. Jika seorang wanita telah dicipta melalui rusuk seorang lelaki, walau apa cabaran dan dugaan, mereka akan bersama juga kelak. TANPA mu, aku mati....

TAMAT

 

Resah, Yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi, Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa, Cintamu aku resah
Tanpa, Kasihmu aku hampa
Tanpa, Dirimu aku mati..

Tanpa, Cintamu aku resah
Tanpa, Kasihmu aku hampa
Tanpa, Dirimu aku mati..

Kini, Benar-benar ku rasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut, Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati..

TANPA

PART X (cont'd)


“Siapa awak? Kenapa awak tanya siapa saya?”, kata lelaki tersebut yang memakai kaca mata hitam. 

“Maaf sekali lagi encik, encik sudah duduk di kerusi saya?”. 

“Kerusi awak? Ini tempat umum, jadi tiada siapa punya kerusi pun di sini”. 

“Tapi encik, ini kerusi yang selalu saya duduk bersama dengan kekasih saya.. Encik tak layak duduk di atas kerusi ini…!”, kata Isya sedikit marah tanpa mengetahui yang lelaki itu sebenarnya buta. 

“Maaflah cik.. Selagi kekasih saya tidak sampai di sini, saya tidak akan berganjak dari kerusi ini”, kata lelaki buta tersebut. 

“Kekasih awak? Maksud awak?”, kata Isya sedikit mengerutkan dahinya. 

“Maaflah jika cerita saya ini tiada kaitan pun dengan Cik. Dulu, setiap petang saya akan selalu ke sini berjumpa dengan kekasih saya. Di sini jugalah tempat pertama kali kami berjumpa. Saya akan selalu menemani dia di sini. Memetik gitar untuknya. Mendendangkan lagu untuknya. Saya berasa sangat bahagia. Bagi saya itulah kenangan paling indah dalam hidup saya. Tapi, kekasih saya itu mempunyai impian. Impian untuk menjadi model yang berjaya untuk mengubah hidupnya. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya membuatkan dia terpaksa melupakan impiannya. Dia disahkan buta sewaktu umurnya 15 tahun. Cinta saya kepada dia sangat utuh. Saya mengambil keputusan untuk mendermakan mata saya kepadanya supaya dia boleh melihat dan mencapai impiannya. Sekarang, dia telah menjadi model yang paling berjaya. Saya sentiasa mendengar perkembangannya. Saya sangat-sangat berbangga dengan dia. Namun, saya menyatakan kepada dia bahawa saya telah meninggal dunia. Saya tak nak menjadi beban kepada dia sewaktu dia ingin mengecapi cita-cita dia. Saya tidak mahu dia malu dengan keadaan diri saya. Namun, saya akan sentiasa menjadi mata dia untuk melihat sinar di hadapan menjalani liku-liku hidupnya dengan tabah. Setiap hari saya menunggu kehadirannya di sini. Mengenangkan kembali kisah kami. Maaflah cik sebab cik terpaksa mendengar kisah silam saya. Tapi cik, cinta saya kepada dia tidak pernah akan pudar walau sedikitpun meski dia akan menemui cinta barunya. Bagi saya dialah segala-galanya. Jika cik mempunyai cinta, hargailah cinta sebab ia boleh menjadi bahagia mahupun derita. Maaf cik, saya pergi dulu”, kata lelaki tersebut lalu mengambil tongkatnya untuk berlalu pergi.   

“Maafkan Isya…. Eijat.." 

bersambung.....

Friday, April 22, 2011

TANPA

PART IX (cont'd)



“Eijat, Isya dah menunaikan cita-cita Eijat untuk melihat Isya mencapai impian Isya”, bisik hati Isya sambil tersenyum di hadapan banglo mewah miliknya. 
 

“Alangkah bahagianya Isya jika kejayaan Isya ini dapat dikongsi bersama Eijat. Namun Eijat, Isya sentiasa tidak menganggap Eijat sudah tiada. Bagi Isya, Eijat sentiasa memerhatikan Isya”, bisik hati Isya lagi. 
 

Setelah dua tahun melakukan pembedahan pertukaran mata, Isya menyertai ujibakat mencari model iklan dan dia terpilih untuk ujibakat tersebut. Semenjak daripada itu, namanya terkenal di serata Negara. Namanya gagah mendaki tangga kejayaan sehingga dinobatkan sebagai model yang paling berjaya. Semua itu dilakukan demi cintanya kepada Eijat. Kejayaan demi kejayaan telah dikecapinya. Rasa rindunya kepada Eijat masih lagi tidak pudar. Tiada cinta lain baginya selain daripada cinta Eijat. 
 

“Cik Isya, kita dah sampai ke tempat yang Cik Isya minta saya hantarkan”, kata pemandu Isya, Pak Cik Hamid. 
 

“Baiklah pak cik.. Terima kasih.. Nanti bila Isya nak pulang, Isya telefon Pak Cik ya”, kata Isya lalu menyusun langkah menuju ke tempat yang mana mempunyai banyak memori dia bersama Eijat. 
 

Sudah lama dia tidak ke tempat itu. Terasa segar di dalam ingatan kenangan dia bersama Eijat. Ingin sahaja dia putar kembali waktu dulu saat Eijat selalu memetik gitar menyanyikan lagu “Tanpa” buatnya. Angin segar menghembus menyapa rambut Isya yang tersusun kemas di telinganya. 
 

Langkah Isya terhenti tatkala melihat kelibat seorang lelaki duduk di tempat yang selalu Eijat dan dia bertemu. Hatinya tiba-tiba berdebar. Dia seperti dapat merasakan sesuatu perasaan yang aneh. Perasaan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Lalu, dia mempercepatkan langkahnya menuju ke tempat tersebut. 
 

“Maaf encik, encik ni siapa?”

 bersambung....

Thursday, April 21, 2011

TANPA

PART VIII (cont'd)


"...Maaflah sewaktu Isya membaca surat ini, Eijat tiada di samping Isya. Eijat juga tidak dapat menunaikan janji Eijat kepada Isya. Janji Eijat untuk menjadi orang pertama yang Isya lihat sewaktu membuka mata selepas pembedahan. Maafkan Eijat, Isya. Mungkin sewaktu surat ini dibaca, Eijat sudah pergi jauh dari Isya. Pergi buat selama-lamanya. Bukan niat Eijat untuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Isya tetapi Eijat tidak mahu Isya bersedih. Eijat tak sampai hati melihat Isya sedih. Keputusan yang Eijat buat untuk memberi mata Eijat kepada Isya adalah keputusan yang sudah lama Eijat putuskan namun Eijat terpaksa mengambil sedikit waktu sebelum pembedahan dijalankan kerana Eijat nak melihat Isya puas-puas sebelum Eijat menutup mata meninggalkan dunia. Eijat sangat bahagia bila bersama Isya. Bahagia yang tak pernah Eijat rasa sebelum ini. Senyuman Isya, kegembiraan Isya menjadi pengubat kepada hati Eijat sewaktu Eijat sedih. Isya tidak pernah menjadi beban kepada Eijat. Cinta Eijat kepada Isya tidak akan pudar meskipun kita berada di dunia yang berbeza. Jika cinta Syah Jehan kepada isterinya, Mumtaz sangat utuh, utuh lagi cinta Eijat kepada Isya. Eijat takut akan kehilangan Isya. Tapi, apa yang Eijat takutkan berlaku kerana setelah sebulan perkenalan kita, Eijat disahkan menghidap barah otak tahap ketiga. Memang sudah tiada harapan untuk sembuh. Waktu itu fikiran Eijat buntu tetapi Isya lah yang selalu membahagiakan Eijat. Setelah disahkan hanya tinggal sebulan lagi untuk hidup, Eijat mengambil keputusan untuk mendermakan mata Eijat kepada Isya. Eijat harap, dengan pemberian mata Eijat ini, dapat menghidupkan kembali impian Isya untuk menjadi model yang berjaya bagi mengubah kehidupan Isya. Eijat tidak dapat lagi nak mendendangkan lagu “TANPA” pada setiap petang yang mana menjadi kegemaran Isya. Eijat harap, Isya menjaga mata Eijat elok-elok. Eijat tidak minta apa-apa balasan pun dari Isya tetapi cukuplah sekadar Isya menghadiahkan Eijat dengan ayat suci Al-Quran melalui Al-Quran yang sentiasa menjadi peneman kepada Eijat yang Eijat sertakan bersama sejambak bunga. Walaupun Eijat jauh di  sisi Isya, tetapi mata Eijat akan sentiasa menjadi pemerhati buat Isya meneruskan hidup Isya di dunia. Jagalah mata Eijat dengan sebaiknya. Jangan ditangisi pemergian Eijat. Semoga segala memori diantara kita menjadi memori yang paling indah buat Isya. Sekali lagi maafkan Eijat atas segala kesalahan jika Eijat ada mengguris hati Isya. Eijat sangat-sangat cintakan Isya. Sudah tiba waktu Eijat untuk meletakkan pen. Jika ditakdirkan jodoh di antara kita, Eijat akan menunggu Isya disana. Wassalam..

Resah, Yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi, Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa, Cintamu aku resah
Tanpa, Kasihmu aku hampa
Tanpa, Dirimu aku mati..

Tanpa, Cintamu aku resah
Tanpa, Kasihmu aku hampa
Tanpa, Dirimu aku mati..

Kini, Benar-benar ku rasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut, Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati..

Salam Sayang,
Eijat Shah Benjamin

Menggigil tubuh Isya tatkala selesai membaca surat tersebut. Tidak semena-mena airmatanya jatuh laju membasahi pipi. Tangisannya tidak dapat dibendung lagi. Isya menangis sekuat hati sambil menyebut nama Eijat. 

“Eijat…! Kenapa Eijat buat Isya macam ni? Kenapa Eijat?! Isya tak sanggup kehilangan Eijat…! Kembalilah Eijat! Kembalilah…!!”, kata Isya diiringi tangisannya tanpa menghiraukan kesakitan pada matanya. 

Tangisannya didengari jururawat lantas memanggil Doktor untuk menenangkan Isya dengan suntikan. Isya terkulai lemah setelah suntikan pelali disuntik ke badannya. Pemandangannya kabur dan gelap.


*                                   *                                   *

Dua tahun Kemudian…


bersambung.....

Wednesday, April 20, 2011

TANPA

PART VII (cont'd)





"....Eijat dah start sibuk. Eijat kena flight setiap hari menguruskan projek di luar negara”, kata Eijat murung. 

Isya memegang tangan Eijat lembut. 

“Eijat, tak mengapa. Isya faham dengan tugas Eijat. Tugasan lebih penting Eijat kerana itu amanah. Isya boleh menghadapi pembedahan itu sendirian. Tapi Eijat, Isya harap apabila Isya membuka mata, orang yang pertama Isya lihat adalah Eijat. Eijat tak perlu bimbang ok. Isya tahu jaga diri Isya. Walaupun Eijat jauh dari pandangan Isya, namun dihati Isya, Eijat sentiasa akan menemani Isya. Isya akan tunggu Eijat walau berapa lama pun Eijat”, kata Isya seraya airmatanya mengalir.

Eijat mengelap airmata yang membasahi pipi Isya lalu memegang bahu Isya. 

“Isya, walau apapun dugaan yang ada di hadapan kita, kita mesti hadapi demi cinta kita. Eijat sangat-sangat cintakan Isya. Tanpa Isya, hidup Eijat bagai tiada apa-apa lagi. I love you so much, Isya. I love you so much…”, kata Eijat seraya mengusap rambut Isya. 

Hembusan angin pagi diiringi daun-daun berguguran menjadi saksi kepada janji Eijat kepada Isya atas cinta mereka.

*                                   *                                   *

“Cik Isya… Cik Isya boleh buka mata sekarang”, kata Doktor kepada Isya setelah seminggu pembedahan dilakukan.

“Aww…!”, jerit Isya perlahan apabila dia cuba membuka matanya. 

“Perlahan-lahan Cik Isya. Mungkin Cik Isya belum biasa dengan keadaan sekeliling. Cik Isya rehat dulu. Nanti jika Cik Isya perlukan apa-apa, Cik Isya tekan je butang kat tepi Cik Isya tu. Soal bayaran Cik Isya tak payah risau sebab semua sudah dibayar oleh Encik Eijat. Isya tersentak tatkala mendengar nama Eijat. Dia seperti mencari-cari seseorang yang bernama Eijat setelah sekian lama dia hanya boleh mendengar suara Eijat sahaja. 

“Maaf doktor.. boleh saya bertanya, mana Encik Eijat?” kata Isya seperti terpinga-pinga. 

“Maaf Cik Isya, Encik Eijat terpaksa pergi setelah menghantar bunga dan senaskah Al-Quran yang ada di atas meja sebelah Cik Isya. Maaf Cik Isya, saya pergi dulu”, kata Doktor lalu berlalu pergi. 

Isya hanya memandang sahaja Doktor berlalu pergi. Isya melihat keadaan sekeliling. Dia berasa amat bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi melihat keindahan alam ciptaan Allah. 

“Cantiknya…”, kata Isya sambil tersenyum. 

Pergerakan matanya terhenti tatkala melihat sejambak bunga bersama sekeping kad yang tertulis “Buat Anyss Ellysya” dan senaskah Al-Quran terletak kemas di atas meja di sebelahnya. Isya mengambil surat dan bunga itu dengan lemah. Isya tersenyum melihat kecantikan bunga rose merah yang diberi oleh Eijat. Dengan perlahan Isya membuka kad pemberian Eijat sambil mengukir senyuman apabila melihat kecantikan kad tersebut.

"Kehadapan yang tersayang, Anyss Ellysya…"

bersambung....