ASSALAMUALAIKUM
macam biasalah bila cuti je aku jadi bodyguard Ibu Norry untuk ke sana ke mari . aku rasa kalau aku apply jadi driver mana mana datuk datuk yang perlukan driver pun dah lulus dah . kebetulan uncle semua nak balik so aku teman lah Puan Ibu pergi pasar . pagi pagi lagi dah workout angkat daging , ikan parang , ketam segala . aku tengok orang lain dok rilek goyang kaki tidur lagi . takpe , nak jadi anak mithali kena buat ceni selalu . ewah bangga pulak rasa kan .
bukan setakat pergi pasar je , tetibe Ibu Norry ajak pergi beli rak kasut sebab rak yang lama dah tak muat sampai termuntah muntah kasut yang ada . satu je perangai Ibu guwa ni , dia tak suka benda benda yang bersepah ada depan mata dia . sebelum kena pom pang pom pang kitorang dah bersihkan dulu . lepas dia dah check check , kau nak buat sepah lepastu lantak kaulah , tapi time dia nak check je make sure kemas . time kekecik dulu aku selalu kantoi bila tak kemas bilik , dah besar ni bila pagi je bersih bilik aku . dah tengah hari macam kapal pecah . kau sendiri tak sangka tu bilik sebab kau ingatkan tu tong sampah .
lepas dah check air kereta semua aku pun hon hon kereta suruh Ibu cepat sebab kalau keluar tetengah hari macam ni yang aku paling malas jammed . nak menghadap jammed tu kau boleh bakar kek 2 adunan tahu tak . padahal kenkadang kau nak beli tepung je . dalam kereta Ibu Norry pun mulalah bukak satu persatu list list barang yang dia nak beli . itulah pompuan , bila nak keluar , cakap nak beli satu barang je , almari or rak kasut . tapi ada anak anak di sebalik barang utama dia tu . dengan alas meja , dengan cawan apa semua . alasan dia senang , nanti kahwin senang orang datang nak sediakan cawan . memang yang datang tu nanti pakai sorang 2 cawan sebab kat rumah aku cawan tu kalau kau susun dan boleh jadi satu bangunan .
dah sampai tempat jual almari tu guwa pun berjalan jalan area situ biarkan Ibu pilih almari mana yang dia nak . naik segan pulak rasanya bila jalan sensorang ni . rasa macam semorang nak usha tau , malu tahu . ahakz aku rasa macam nak sagat je kepala sendiri kat dinding baca ayat tadi . lepas dah jenjalan tu mata guwa terpandang satu kedai game . aha memang peberet guwa ni sebab nak check ada tak game baru yang boleh guwa beli . masuk masuk je kedai tu guwa berdiri ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan . orang kedai tu pun dah menyampah tengok guwa sebab kalau datang aku selalunya bukan beli pun . tanya je banyak . lepastu aku download sendiri kat online .
tengeh belek belek tetibe ada sorang pekerja kedai ni bersuara menyapa aku . bahasa melayu sangat kan ayat aku :
"hallo bos lama tak nampak ?"
"saya study lah , jarang balik" - PENIPU ! padahal setiap minggu balik
"ohhh , harini datang sorang ah ?"
"dengan mummy saya , dia beli barang ?"
lepastu dia pun kemas kemas and susun dia punya khazanah khazanah dalam kedai tu sebab aku tengok kedai dia pun dah macam bilik aku . macam kapal pecah .
"aiyooooo bos , cantik selipar you ma"
aku pun senyum pastu terus pandang selipar aku . tak teringat langsung aku pakai selipar apa .
Astaghfirullahalazim.....
aku rasa aku paling comel harini . rasa macam benci kat diri sendiri pun ada . aku terus masuk kereta call Ibu cakap aku tunggu dalam kereta je . aku tak sanggup dah nak menghadapi dunia . kalau boleh aku nak duduk je dalam kereta diam diam even dah sampai rumah sekalipun . Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini .bila dalam kereta aku cerita kat Ibu , Ibu ketawa sampai keluar airmata . siap tak nak berhenti ketawa . aku rasa tak berguna betul harini . nak berkurung dalam bilik je harini . hm . patutlah aku rasa kaki aku sejuk and ringan je nak berjalan . benci ok benci . bayangkan kalau orang kedai game tu tak tegur , ah tak nak bayangkan !
NOTE : sebelum keluar tu even nak cepat macam manapun , check dulu ok selipar tu . menyesal kemudian tak berguna .
TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH