APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, November 17, 2011

patah seribu by shila amzah

ASSALAMUALAIKUM

tajuk harini bukan main lagi kan , but then ini sebenarnya tajuk lagu je . lagu pun tak tahu apa ehh ? nak kena lempang tak ? kalau nak kena lempang mari sini aku bagi . actually lagu ni didedicate untuk someone . kenapa ? tak payah nak tanya kenapa . lepastu kalau nak dengar just klik je video kat bawah ni . kalau tak tahu jugak sukahatilah mana mana korang nak klik tapi make sure dengar lagu awek no 2 aku ni . awek lah sangat kan . dia kenal aku pun tak , tapi , serious dia comel dengan suara dia lagi yang comel tu . rasa macam nak pergi depan dia lepastu cakap atototototo omel omel , boleh tak ? lepasni tak nak minat liyana jasmay yang comel tu pulak . nak suka dia pulak , boleh kan ? ok kita layan lagu ini dulu baru kita bercerita , boleh ?



( sources : youtube.com )


Walau kau tiada di sini

Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku


Bilakah kau akan utuskan surat buatku

Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


oh.. patah seribu hatiku

Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Biar pergimu tanpa relamu

Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan


Patah seribu hatiku

Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Sayangku mohon padamu

Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…



tanggal 20 November 2011 ,

kau akan pergi bersama keluarga kau , pergi jauh dari Malaysia . aku harap kau bahagia teruskan hidup baru kau kat sana . bersama rumah baru , tempat baru , suasana yang baru and kehidupan yang baru . kehidupan kat Malaysia kau tinggalkan bersama kenangan kau . aku tersenyum bila mengimbas kenangan kau bersama kami semua . kenangan yang kau cakap kau tak akan lupakan untuk sepanjang hidup kau . aku , tak dapat ikut kau , hantar kau ke airport memandangkan masa aku bertentang dengan masa kau . tapi takpa , eventhough aku tak hantar pun , tu senyuman kau sebelum kau pergi tu penting . jangan lupa senyum kat aku sebelum aku balik nanti . lepastu kalau kau tengah baca entry ini , aku nak bagitahu , kotak yang ariq bagi dekat kau , kau buka bila sampai je kau dekat sana ok ? itu je yang aku nak .

tanggal 20 November 2011 ,

tinggalkan semua kisah kau kat sini , kisah yang sudah kita hentikan berdua . aku harap kau masih macam selalu , macam yang aku kenal kau selama ini . penuh dengan senyuman . walaupun kau tengah sedih . itu yang mahal ada kat kau . apa aku merepek ni kan ? haha , bukan aku sorang je merepek , ariq , haykall , adam , firr , kyra , zayed , fyraa , anyss , kylaa semua cakap macamtu . kau seorang gadis yang suka dengan senyuman . tak kiralah budak budak ni kacau kau pun kau tetap senyum . aku tak nak kau rindu zaman dulu kita sekolah ramai ramai tu , walaupun kita sekolah yang berbeza , namun , hubungan kita semua , terbaik ! bila sampai kat sana , US , kau cari hidup kau yang baru . cari kawan baru , cari kehidupan baru . kami kat sini akan teruskan dengan kehidupan kami . aku tahu dah lama kita semua berkawan , 5 tahun aku dan semua kenal dengan kau and 4 tahun aku rapat dengan kau . kita semua membesar bersama , ketawa bersama , makan bersama , keluar bersama sampai kita dah besar panjang dah pun sekarang and masing masing dah berjaya melanjutkan pelajaran mengejar cita cita masing masing . tapi , ingat , semua tu passed history tahu tak , ok ?

tanggal 20 November 2011 ,

kau akan usung bagasi kau ke airport , haha . kenapa aku ketawa ? sebab haritu kami semua ada bagi kau MP3 yang kau idam idamkan tu kan ? lepastu dalam tu kau tahu kan ada lagu apa ? lagu yang aku dedikasi kepada kau kat atasni . bila dah sampai sana , susah kau nak dengar lagu baru yang ada kat Malaysia ni , so satu lagu tu je yang kami masuk dalam kau punya MP3 tu buat tatapan kau bila kau manatahu nak rindu rindu kami kejap kan . atototototo tak payah nak rindu . lempang mahu ? 

tanggal 20 November 2011 ,

terhentilah semua perasaan yang ada pada kau , yang aku harap , kita hanyalah kawan biasa ok ? kau pun tahukan kita dah boleh sesuaikan keadaan kita macam ni sekarang . lagipun aku dah ada gadis yang boleh buat aku senyum . kau tak payah risau . gadis yang selalu aku cerita pada kau tu , setiap hari kau akan tanya kat aku tentang dia , kau selalu nasihat kat aku . aku masih ingat , "sakit tidak akan terjadi kalau kita tak memulakannya" , aku ingat ye aku ingat . bila kita dah stop haritu , setiap hari kau mesti akan ingatkan aku suruh cari kembali seorang yang boleh buat aku tersenyum , gigih kan kau . haha , sekel nak macam kau selalu cakap kat aku . 

tanggal 20 November 2011 ,

aku sudah berada di kampus sebab hari kau bertolak sama dengan hari aku balik ke kampus and aku hanya mampu tersenyum melihat jam sebab aku dan kawan kawan tak dapat teman kau kat airport , kalau flight kau lalu atas kampus aku , jangan lupa jatuhkan memo pada aku , jatuhkan semua kisah kita , semua yang kau ingat tentang aku , aku , tak mahu semua itu buat kau terus ingat kat aku . dalam pada kau senyum , aku tahu kau menangis , hilangkan semua kenangan , sebab , satu hari , apa yang kau cari selama ini akan kau jumpa juga , cuma masanya cepat atau lambat . jaga kesihatan kau kat sana sebab kawan kawan kat sini dah tak dapat tegur kau dah , aku pun akan jaga kesihatan aku , nanti kalau kau dah kahwin jangan lupa jemput and bagi alamat sekali ! haha . aku akan kurangkan makan aiskrim sebab dah ada orang akan marahkan kat aku , aku akan jauhkan diri aku daripada habuk sebab dah ada orang akan halang aku dari tempat berhabuk , aku akan kurangkan makan kacang sebab nanti aku batuk , aku akan banyakkan minum minarel sebab kau tahu aku suka minum benda tu kan . aku akan lebih matang untuk menjaga diri aku , ok ? aku mengaku , kau wanita idaman setiap lelaki sebab sifat kau and personaliti kau , aku harap bahagia akan datang kembali kat kau . muka kau , saling tak tumpah macam muka shila amzah . and , pergilah ELLYSSYA .

shila amzah kat bawah ni anyonyonyo comel kan ?



NOTE : agak agak shila ada no telefon tak ?





inilah ucapanku untuk tahun ini !

ASSALAMUALAIKUM

eceh eceh ingat nak berehat kejap daripada blogging ni 5 6 hari tapi tak bolehlah . macam mana ni ? macam mana ni ? macam mana ni ? tangan ni sentiasa je nak taip something , dah ketuk ketuk dah banyak kali guna penukul tapi dia degil . ada siapa nak tolong pukulkan kuat kuat ? ok , tak payah . tak berperikemanusiaan . actually tertarik nak blogging ni sebab tiba tiba idea banyak datang mencurah . bila nak buat entry pulak idea macam serious takde . penat dah fikir sampai otak ni menangis frust . and plus , ada benda aku nak cakap with my entry yang aku buat ni . sebabtu gigih nak blogging ni pergi ambil lappy (notebook) and connect internet . masuk email and password and mulalah buat entry yang menggembirakan ni . gembira tak ? nanti dulu . aku lempang sorang sorang kang nak gembira dulu sebelum aku buat isi utama aku . ini pendahuluan paham ?

ok dah masuk body . bukan body nak tunjuk atau tayang body . body untuk aku cerita tentang entry aku ni . ni nak ceritalah ni . #sambil tangan beriya-iya duduk bercerita . esok , alah esok 17 November 2011 korang tahu hari apa ? alaaa , bukan keputusan UPSR , but kejap , GOODLUCK untuk adik adik yang ambil result esok ok ? ucap terima kasih pada abang cepat #abang tak tahan kan panggil camni . ok , esok ataupun harinilah sebab dah masuk pukul 12 dah pun . actually 17 November bersamaan dengan hari jadi papa aku . eh eh bukan hari jadi . hari lahir papa aku . aku pun tak tahu bila beliau jadi . #nakal . mesti korang tak tahukan apa itu hari lahir ? baca kat bawah ni kalau tak reti and tak tahu apekemende tu hari lahir :

Hari lahir atau hari jadi (juga kadang kala disebut hari ulang tahun) merupakan hari di mana seorang dilahirkan, menandakan hari dimulainya kehidupan di luar rahim. Dalam beberapa kebudayaan, ia merupakan suatu kebiasaan untuk merayakan peringatan hari lahir seseorang, contohnya dengan mengadakan majlis ulang tahun dengan keluarga dan/atau rakan. Hadiah sering diberikan pada orang yang merayakan ulang tahun. Juga merupakan suatu kebiasaan untuk memperlakukan seseorang secara istimewa pada hari ulang tahunnya.
( sumber : wikipedia [ klik ] )

dikesempatan ini , eceh tak habis habis nak ambil kesempatan , aku nak ucapkan sepenuh hati aku setulus jiwa raga nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk ayah aku yang mungkin sekarang ni tengah tidur sebab korang tengoklah jam dah pukul berapa . 12 malam kan ? memang wajib semua insan tidur bersama mimpinya . kalau ayah rajin bukaklah blog mirul and then baca benda ni . menarik tau . kalau tak menarik , buat buat menarik . lepastu memandangkan harini hari lahir ayah kan . apalagi , macam biasa mekdi , kepsi , pizza , windmill , secret recipe , a&w , subway , fullhouse , and apa lagi yang ayah mahu belanja ? eh eh kenapa ayah kena belanja . kata hari lahir . ni anak anakmu semua tengah tunggu ni . haishhh , best best . pilih je yang mana mana . kalau boleh nak semua ok ? apa ? nak ucapan jugak selain daripada ucap selamat hari lahir ? ok boleh boleh . macam orang pantai timur selalu kata kat mirul sewaktu kat kampus , berehhh berehhh .

PERTAMA , semakin berusia ni nampak semakin kacak so belanja makan ok ?

KEDUA , apabila sudah berusia jiwa semakin remaja , belanja makan boleh ?

KETIGA , ayah kacak hari ini , betul ! belanja makan boleh ?

KEEMPAT , saya nak ucapkan selamat belanja makan , ok ?

KELIMA , nak pergi makan kat mana ni , pilih pilih , pastu belanja makan ok ?

itulah ucapan yang bernas daripada anakmu yang tercinta , selain itu ada penambahan , macam ayah dah selalu dengar sana sini orang duduk cakap , bukan setakat hari lahir je nak ayah panjang umur , kalau boleh sampai kita sama sama tualah kita punya umur sekeluarga panjang , even masatu tinggal tulang sekalipun . pastu pastu pastu , semoga berbahagia bersama makwe ayah sebelah tu , ibu yang dah hampir 24 tahun korang together gether , so sweet , nak macam korang jugak . lepastu , semoga kesihatan tetap terpelihara macam sekarang , bagus bagus , rajinkan bersenam ok ? lastly , belanja makan , ok , berhenti .

kesimpulannya , sekali lagi selamat hari lahir untuk ayah . apa dia ? dah banyak kali ucap ? alaaa , faham faham le kan , esok lepas ayah balik dari office , kita orang semua dah bersiap . even ayah tak siap lagi , kami boleh mandikan salinkan dan dukung bawak masuk kereta ok . ok ayah , stop cakap pasal esok , pembaca dah bosan ni , muka semua dah macam lempeng pisang hitam yang selalu ayah suka makan nenek buat tu . bukan hitam sebab terbakarlah , sebab warna dia memang macamtu , ada gula merah . plus , ibu pun suka buat yang mana ayah lagi suka makan . 

apa dia ? tak habis lagi . nak hadiah pulak ? alamakk , mati . lupa , haha . takpe takpe , nanti pagi ayah bangun pergi tengok kat meja lampu tidur sebelah ayah . ada pontianak kampung batu , eh eh , bukan ade sesuatu yang tak disangka #macam lagu ibnor riza yang ayah suka tu . nanti jangan bukak kat rumah . pergi bukak kat pejabat and suruh junior junior bawah ayah tengok . mesti mereka suka . lepastu balik , belanja makan . kbai !

SELAMAT HARI LAHIR AYAH !



anyonyonyo omel omel kan ? haha

kejap kejap nak nyanyi !

AYAH , AYAH , ENGKAULAH RAJA HATIKU , boleh ?

apa dia ? nak dalam bahasa mandarin pulak ? ok ok

爸爸,爸爸,我的内存,好吗?

apa dia ? bahasa tamil pulak ? ok boleh .

पिताजी, पिताजी, किंग खान की तू स्मृति, क्या तुम ?

ok dah , boleh ?


NOTE : yeayyy yeayyy dapat dibelanja !