APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, April 7, 2012

kau memang nakal aizat

ASSALAMUALAIKUM

weheeeee ! okay today mood and idea nak blogging memang ada . macam aku cakap kan kalau aku dah ade kat rumah memang bersepah idea aku , macam macam aku nak cerita *sambil berdiri megah macam harun salim bachik #tibatiba . tapi kisah today macam agak funny juga . tajuk pun dah macam , what the babun si aizat ni nak cerita kali ni . nakal ? apa nakal ? kalau siapa yang tak tahu nakal tu meh aku baling dengan kelapa lima enam biji . bukan main sakit kau tahu . so tak tahu tu better kau pergi angguk kepala buat buat tahu . bila cakap pasal nakal memang orang akan ingat yes zaman kanak kanak . yapp , memang aku nak cerita pasal zaman kanak kanak aku pun *sambil berpusing ala ala ballad . but ! kenakalan aku zaman kanak kanak telah banyak mendewasakan aku sehingga aku menjadi seperti aaron aziz sekarang *ada rasa nak tembak tak ? memang banyak part aku nak cerita ni , so korang baca sahaja , kalau tak larat letak lidi kat mata okay ? peace !

#PART1
ini cerita pasal zaman aku kanak kanak bersama abang . aku dengan abang memang rapat sampai masa kecil tu boleh kata mandi pun sama sama . sekarang melampau nak mandi sama sama , ohmy aku pun tak tahu apa akan terjadi kalau ia berlaku *sambil termenung berfikir . masa kecil dulu , aku memang suka lepak rumah nenek , and pastinya abang akan ade sekali . kat kampung memang aku ada geng , jiran nenek aku kan . dia sangatlah nerd *sukahati aku . kira aku dengan abang aku ni suka buli orang tau . kira lima enam tahun dah jadi otai . so masa tu , aku main ada satu machine atuk tu , tapi bukan automatic punya , dia putar secara manual . then aku punyalah rancak putar .

YEAY LAJU LAGI LAJU LAGI CEPAT *abang aku memberi sokongan moral

then membe aku yang punyalah lurus bendul macam jalan raya ni pergi pegang benda tu and tangan dia sedikit terkepit and dia menjerit . aku macam dah gila gelabah terus lari dengan abang meninggalkan si dia yang menjerit kesakitan . ada macam nak lempang aku tak ? then lama doh kitaorang tinggalkan dia , masuk rumah jengah dia melalui tingkap , then bila dah jerit jerit mesti atuk akan dengar , so atuk yang lepaskan dia . tengok baik kan atuk aku . lalalala , aku tak salah dia yang letak tangan dia . lepas dah dia balik tu aku dengan abang dok bantai gelak . esok tu dia masih berkawan lagi dengan kami . lurus tak dia ?

#PART2
ini yang kelakar masa raya . memang kalau dulu kecil kecil mana berani nak main mercun bola , telur apa bagai kan , main mercun padi je . kalau siapa pernah main juga geng aku . then aku dengan abang macam biasa bila kat kampung kenakalan menjelma . punyalah gigih jumpa najis lembu then yeay yeayyyy ! aku tanya juga kat abang .

AKU : abang kenapa kau yeay yeay kau nak buat apa ?
ABANG : kau tengok je , aku nak buat kek

aku pun dengan tekun hadap dia pergi cucuk mercun kat najis lembu tu . so pengotor ! then dia bakar cepat cepat suruh aku lari . memang tak sempatlah gila . then terkena seluar aku sikit dengan seluar dia . then siap ketawa bagai dengan ayat aku :

KEK KITA DAH PECAH KAN ABANG

balik tu kena bebel dengan Ibu Norry dengan panjang berjela . and sekarang bila aku tengok najis lembu kat kampung , aku akan teringat , kek pertama kami yang meletup , peace !

#PART3
ini agak ngeri sikit . kedegilan aku apabila gagal mengikut arahan si atuk . sebenarnya atuk and nenek tak pernah marah kami sebab kamilah cucu yang selalu datang rumah dia buat dia ketawa . yang paling aku ingat bila atuk cakap jangan main basikal atuk , basikal ni tinggi . nanti jatuh . duduk rumah diam diam . atuk nak keluar . nenek ada dalam rumah . kalau nak pergi kedai cakap kat nenek . then bila atuk keluar aku pun bersuara .

ABANG , ATUK DAH KELUAR , MAIN BASIKAL DIA JOM

abang aku macam sudah mengantuk disorongkan tilam bantal segala bagai , then dia pun kata jom *sambil lompat lompat gembira . then aku pulaktu yang mengayuh . padahal aku masa tu lebih ketot daripada abang . dia pulaktu duduk terbalik arah , orang kalau dibonceng pergi hadap depan , dia hadap kebelakang . then laju lajulah aku kayuh , then ada sampai satu simpang tu kan , aku hilang kawalan . then aku jerit :

ABANG KITA NAK JATUH DAH KITA NAK JATUH DAH

then terus jatuh , then bila bangun aku ketawa ketawa , abang aku pulak diam kaku pegang tangan dia . aku tanya tangan kau kenapa abang ? dia buka tangan dia , kulit tapak tangan dia dah hilang . pink je semua aku tengok . aku cakap kat dia sambil ketawa :

MANA PERGI KULIT KAU ABANG ? KENAPA KAU CABUT

then atuk pun tiba tiba balik . atuk tak marah , dia just cakap :

YA ALLAH CUCU CUCU ATUK NI KAN DAH LUKA , MARI SINI BALIK ATUK LETAK UBAT

then abang aku pun mulalah menangis . atototototoooo punyalah degil nak mati kan dulu dulu . tapi atuk dengan nenek tak pernah marah . just senyum je lepastu bagu duit suruh pergi kedai . terus hilang sakit .

#PART4
then ini pula kisah mengaji . selalu kalau mengaji kat rumah ustaz mesti kami akan dipilih dahulu . mungkin sebab yang lain lain tu lambat kot . hihi *bangga diri betul . then bila dah habis tu mesti kami akan balik dulu kan . so lepas dah kemas kemas tu , salam ustaz and masa untuk balik . bila dah sampai depan tu , kira kecik kecik dulu kan ada main tak kawan tak kawan kan . so bila kita dah tak kawan dengan someone tu mesti kita akan rasa nak lempang je , nak dengki je kat dia kan . masa zaman kecil kecil mana ada fikir sangat semua benda tu kan . then bila sampai kat depan rak selipar abang akan cakap :

INI SELIPAR ALAN , JOM KITA SOROK BIAR DIA TAK DAPAT BALIK

macam biasa aku yang asyik ikut cakap dia terus je on , siap letak beg mengaji kejap then pergi sorok dia punya selipar kat bawah rak je . fulamak bukan main senang tempat dia nak cari ye tak ? then kitaorang pun balik dengan hati yang happy , tidur yang lena . esok bila pergi mengaji aku akan cakap :

ABANG ! DIA DAH JUMPA SELIPAR DIA

eceh padahal senang je tempat yang kitaorang sorokkan tu . celah gigi je kau tahu tak . then malam tu buat kerja sama , tempat yang sama until kitaorang kawan balik dengan dia . itu memang rutin zaman kanak kanak hew hew hew *ketawa trend sekarang .




dan inilah suku daripada kisah kenakalan aku masa zaman kanak kanak . kalau aku nak cerita semua memang ada banyak chapter kan nak cerita . but then makin dah meningkat dewasa makin tak nakal dah . serious *sambil buat muka serious ala ala jaafar onn . then aku bila ingat balik cerita ni , atau nampak tempat tempat kenakalan kami mesti aku akan senyum . and yes , one day bila aku ada anak lelaki , aku tak akan marah dia nakal masa kecil sebab aku tahu aku juga pernah nakal macam dia masa aku kecil dahulu , peace !

FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH (KLIK)
FACEBOOK PAGE : WHISPER OF EIJAT ABDULLAH
TWITTER : @AIZATABD (KLIK)


NOTE : kisah hidup zaman kecil memang best , dah tua nanti nak nakal macamtu balik , peace