APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, May 12, 2012

HAPPY BIRTHDAY !

ASSALAMUALAIKUM

to all my dear readers anyonyonyo omel omel macam kelapa bocor ,

kalau korang baca tajuk entry je korang dah tahu kan entry kali ni mesti about birthday someone . alaaa aku baru nak suruh korang teka apa tajuk kali ni , dah tahu pula *kena rejam tembikai nam biji dengan readers* so kalau dah tajuk dia macam ni , yes masa untuk aku wish birthday someone yang kira rapat juga dengan aku . apa dia ? eh no gosip gosip okay , just kawan baik , macam korang tak pernah ada kawan baik pulak kan , aku lempar sensorang kat dinding sampai lumat macam serunding baru tahu . G to the O to the S to the I to the P *gaya pasukan sorak negara* no no , kali ni bukan birthday En Haris Ombak Rindu , bukan juga Yuna and bukan juga Rosnah Mat Aris , but birthday this girl :





IZYAN SYAZWAN aka YAYAN
*amat and miera sekadar props , abaikan*

even nanti mesti akan ada orang cakap kat aku "EH AIZAT BIRTHDAY YAN BUKAN 12 MEI (SABTU) TAPI 13 MEI (AHAD) , KENAPA KAU BUAT ENTRY NI TODAY ?" , ya aku tahu semua tu but cuba kau fikir kalau aku post entry ni tetengah malam bukan readers aku je yang dah tidur , dengan Yan sekali dah tidur tarik selimut mimpikan Amy Search . sebabtu aku terpaksa , ewah terpaksa kan post entry ni awal awal . orang kata lebih baik wish awal daripada jadi yang terlewat , kalau aku post benda ni esok dah basi dah birthday dia hoi . so sebabtu gigih aku buat entry ni and publish sekarang sementara mata korang and mata dia tengah segar tu , kalau nak feeling Yan , takyah baca sekarang , tunggu pukul 12 nanti okay ? peace sikit . apa ? yes yes yes , aku tahu gosip dah melanda mengalahkan gosip antara En Haris Ombak Rindu dengan Sharifah Aini *buat muka poyo macam raja somalia* , aku dengan dia just kawan baik , macam anak dengan Ibu , ehhh bukan , kawan baik macam Maya Karin dengan Aaron Aziz . nampak sweet tu pun mana ada sweet , korang je nampak tapi kitaorang tak nampak , tu pun after kitaorang berjaya buat drama kat twitter , Sushi and Coklat yang tergantung kat tengah jalan . dahtu tahu tergantung siap kitaorang rancang nak buat drama baru bagai , Ice Cream and Strawberry , kau ada ? Norlia Ghani pun tak mampu nak buat . so today bukanlah nak bercerita about apa benda pokemon yang merepek ni , but about this birthday girl yang mana kawan aku di twitter , yes twitter , twitter , twitte , twitt , twit , twi , tw , t . 


YAYAN ,

based on nama dia pun  dah tahu comel ke tak kan . simple but gila gila macam aku tapi gila gila yang macam suka ketawa tak tentu pasal . melayankan je apa yang aku cakap even masa tu mata dia dah berair air dah tahan mengantuk . senang berkawan dengan dia , macam apa orang cakap "masuk air" . siapa yang tak tahu apa tu masuk air pergi search google before aku baling korang dengan tembikai kat kepala . sakit tahu . bila tengok kami tweet orang mesti akan cakap kat aku :

AIZAT ! YOUR NEW CRUSH THAT IS IZYAN ?
*macamkan aku banyak crush je kan sebelum ni*

oh my cik kiah , kami hanya kawan sahaja , tahu apa tu kawan ? again tak tahu pergi search google . kau ingat senang ke nak jaga hati orang kalau kita nak kat dia , kena ada feeling again untuk jatuh cinta fulamak , memang Harun Salim Bachik pun tak berani buat . hati aku masih belum terbuka for someone special , fuhh ayat macam nak kena tembak reramai macam zaman jepun dulu kan . aku suka berkawan dengan dia, tukar tukar voice note even suara aku tengah sakit macam Brad Pitt tertelan buah kelapa , but nak tukar tukar voice note tu benda WAJIB yang aku akan buat , takdelah sampai tiap hari , kalau ada masa je kan Yan . rasa macam nak upload voice note Yan kat sini tapi tak boleh pula , aku tahu kalau aku upload gerenti dia jadi Hantu Maya Karin datang dalam mimpi aku cekik aku bagi mati . ohh jarang eh nampak kitaorang kat twitter now with our "sweet" conversation and drama ? *muka comel* now dah tukar ke BBM pula , ahai *lari masuk almari* . masa boring boring haritu aku scroll scroll timeline and aku ada juga terbaca one tweet from Yayan , dia cakap :

I WISH FOR THE SWEETIEST BIRTHDAY EVER

and aku terfikir , alamak ! dengan aku demam macam ni , tak sihat and nak pergi rumah nenek this weekend memang aku tak dapat nak pergi JB nak sambut or wish birthday dia bagi kejutan yang sweet sampai dia punya sambutan birthday tahun ni adalah yang terakhir buat dia *mati* tapi nak buat macam mana , tak boleh nak buat *merajuk masuk bawah katil* . then aku duduk kat meja study aku kejap , aku capai kertas and aku saja saja tulis perkataan HAPPY , eh happy pula aku jadinya bila tulis perkataan tu . then TERsambung pulak tulis perkataan BIRTHDAY , setiap gambar ada lagu kan , tapi aku tukar , setiap gambar ada baju . tengok tu setiap gambar lain lain baju and budaya yang aku bawakkan . aku tak harap benda ni jadi sweet kat mata dia , tapi cukup sekadar Yayan tahu yang aku gigih adjust webcam aku sebab nak jadikan muka aku comel sebab muka aku yang tak sihat sebab demam yang lama ni jadikan muka aku tua 10 tahun , eh ? hihihi . Miera pun ada tweet aku juga haritu , Miera cakap :

DATANG JOHOR THIS WEEKEND , WAJIB HAHAHA

tapi nak buat macam mana , aku memang tak dapat nak datang , korang rasa ini betul betul ke alasan ? *get ready dengan tembikai* ini betullah , banyak benda nak kena uruskan *sambil lap peluh* . aku just melukut di tepi pintu dengan menaip blog ni supaya at least aku tak lupa birthday Yayan . tak harap benda ni jadi yang special pun sebab korang tengok entry ni pun biasa je kan , takde bom jangka ke , takde kemunculan Dr Rozmey ke kan but macam selalu kan bila birthday orang mesti akan bagi ucapan even sometimes orang yang terima ucapan tu buat tak tahu sebab tak dapat hadiah . and aku ada ucapan untuk Yayan , but , jangan buat gosip okay , just sweet wish buat kawan sahaja , yang kenal aku and nak cakap aku "eh aizat ni tak guna , baru lepas clash get new love" lantak koranglah , aku dah malas nak cakap dah , nanti berbuih mulut aku macam sembur ajax , so Yan , this is my wishes *tutup muka*




REHAT KEJAP 15 MINIT *tarik nafas panjang panjang*
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_


HAPPY BIRTHDAY , HAPPY BIRTHDAY 
and 
HAPPY BIRTHDAY YAYAN !



HAPPY BIRTHDAY TO YOU
TO YOU HAPPY BIRTHDAY
HAPPY TO YOU BIRTHDAY
BIRTHDAY TO YOU HAPPY

PERTAMA , so Yan , wish umur baru ni make Yan always happy , tahu dah ucapan ni dah basi macam sambal belacan seminggu dibiarkan , but happy tu bukan setakat happy je , tapi sentiasa happy dalam kekuatan , sometimes kan kiri kanan kita ada je orang nak cakap itu , nak cakap ini , tapi semua tu kan asam garam hidup , kalau takde orang macam tu yan , kita tak akan belajar macam mana nak jadi kuat . kalau nak ajak Aizat teman Yan sepanjang hidup Yan tu boleh , sampai Yan jumpa someone yang akan ambil tempat dia dalam hati Yan , so anything about kawan Aizat akan berkorban even terkorban , ahai menyampah je Yan dengar kan . tapi serious , Aizat tak main main okay *buat muka selamba*

KEDUA , semakin bertambah umur ni jadi tua macam Rosnah Mat Aris ni , makin banyak juga cabaran , tak semua benda akan buat kita happy je Yan , sometimes kita ada waktu sedih juga , but sedih tu boleh juga sedih , tapi jangan sampai terus je terjatuh , bangun and teruskan hidup . macam orang cakap , anything happen "LIFE MUST GO ON" . kalau nak sedih , nak bahu , Aizat ada bahu ni hah , eh ? okay joke joke . hidup ni sebenarnya seronok sebab macam macam perasaan yang kita boleh rasa , kita boleh dapat , so enjoy dengan hidup even sometimes ada waktunya kita akan sedih , kat depan insyaAllah ada waktu kita akan happy .

KETIGA , semakin matang ni juga , so jaga diri baik baik , tu memang banyak orang gatal kat keliling yang tu , kalau ada yang cuba nak buat apa apa , Yan kasi tumbuk je senang cerita . tak kiralah tu Miera sekalipun , tumbuk je , eh ? and be nice to others juga , sometimes orang respect kita bukan sebab siapa kita , tapi sebab macam mana cara kita layan mereka . tak semua boleh terima cara kita kan , tapi kalau kita pandai hormat orang , orang juga akan pandai hormat kita tak kiralah macam mana background kita .


HADIAH ?!

bila bercakap about hadiah pula Yan , serious hari sabtu ahad macam ni poslaju buka tak ? maybe tak buka kot serious tak bukak , tak bukak , tak......bukak . haha but insyaAllah mana tahu one day nanti tetibe ada bungkusan sampai kat rumah Yan , Yan jangan buka dulu , suruh jiran yang yang bukakan , sebab mana tahu tu bungkusan bom belacan ke kan , so better beware . insyaAllah haritu cakap nak makan sushi lah , nak makan ice cream semua bagai , kalau sampai kat sana (JB) yes Yan akan belanja Aizat kan , ahai aman hidup kalau macam tu . kalau Yan datang sini barulah boleh Aizat belanja , nak makan Gula Kapas selori ke pun boleh tapi kalau esok masuk hospital kena potong kaki sebab kencing manis Aizat tak nak tanggung . nanti makan sama sama kat pantai and kat buaian dengan syarat Aizat yang naik buaian , Yan yang tolakkan . tak kira sebab selalu birthday girl yang kena buli bagi turun sikit kalori dalam badan tu ahai . Syalee and Leesya pun wish HAPPY BIRTHDAY juga kat Yan , siapa yang tak tahu siapa Syalee and Leesya tu pergi click entry aku yang lepas lepas . dan kau akan tahu siapa punya anak dua orang tu yang aku main sebat je . but Yan takda apa yang special pun kat entry ni yang selain daripada muka Aizat yang membosankan yang buat orang rasa nak lotar lembing kat dahi Aizat *muka sedih seret teddy bear* . tapi tapi tapi tapi tapi tapi tapi Yan , ingat ,

BILA HIDUP BERI KITA SERATUS SEBAB UNTUK MENANGIS DAN TERJATUH , TUNJUKKAN PADA HIDUP YANG KITA ADA SERIBU SEBAB UNTUK BANGUN DAN TERSENYUM

hope and hope and hope impian Yan nak jadikan birthday kali ini birthday paling sweet akan tercapai dengan senyuman , mana tahu kan tetibe bangun tidur je nanti Aaron Aziz muncul depan pintu bawak teddy bear besar untuk Yan takpun Edwarn Cullen datang bawak pontianak handsome macam Jaafar Onn ke kan . orang cakap umur 18 adalah yang paling sweet kan , and hope Yang eh Yang ? salah pula , Yan juga akan bertambah "manis" dengan umur baru sebelum ia bertukar menjadi pahit bila dah takde belas belas ni , dah main puluh puluh pulak *bersiul* . so again Yan , HAPPY BIRTHDAY yang ke 18 , dah ada bau nasi minyak dah ni mana tahu kahwin dengan Amat ke kan takpun dengan Crush Yan yang selalu Yan dok tweet tweet "DEAR CRUSH" , "DEAR CRUSH" and "DEAR CRUSH" tu kan hihihihi *big clap*  . haha so apa apa sekalipun yang penting , teruskan hidup dengan senyuman , senyuman tu sometimes pun boleh buat kita happy even kita terluka . entry yang simple sahaja Yan yang boleh ronyok ronyok masuk poket dah , but kalau Yan nak simpan entry ni , pergi print screen okay lepastu buat cadar tidur , JAGA DIRI HIASI PERIBADI *hulur teddy bear besar untuk yan*

HAPPY BIRTHDAY , YAYAN !