APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, February 4, 2014

Singapore Trip to USS : PART 1

ASSALAMUALAIKUM

Puan Ibu sudah mula bising bising . katanya sejak guwa balik cuti semester ni aku banyak buat benda yang tak bermanfaat . makan tidur keluar tengok wayang dan ulang benda sama sampai aku sendiri pun rasa hidup aku dipenuhi dengan benda benda yang tak berguna . but bila orang tanya aku "abang ijat bila nak update blog ?" and my answer will be , "soon , busy sikit" . padahal aku pun tak tahu apa yang busy sangat aku buat . bangun tidur makan jogging , tetibe tahu dah nak maghrib pastu tengok movie dan tidur balik . makan tu tak lupa . wajib . amenda seh aku rasa perenggan pertama aku tak ada langsung isi penting berkaitan tajuk . benci betul .

selain duduk menggoyang kaki kat rumah . aku ada gak survey survey tempat untuk aku pergi travel bila aku ada cuti panjang . tapi tempat yang dekat dekat jelah sebabnya kalau nak travel aku suka kumpul duit sendiri daripada merengek mintak Ibu Ayah melainkan tu family trip . nanti terus tak dapat pergi . so , first destination is Singapore . dah lama actually aku dengan kawan kawan plan nak pergi Singapore sama sama tapi disebabkan cuti tak sama , plan tu jadi macam hambar tau . at the end , kitaorang pilih untuk pergi masa chinese new year . berkobar kobar aku rasa sebab dah lama aku rasa tak pergi travel . dulu pergi dengan family pun takda gadjet gadjet canggih ni nak masukkan gambar dalam blog . ada pun camera kodak . nak aku transferkan macam mana . kitaorang pun dah rancang baik punya untuk this trip based on the package . RM350 for full package siap hotel and ticket ke USS . tak boleh nak berlagak lagak shopping memahal kat sana sebab package ni hanya untuk pergi dan balik ke USS . lupakan harapan ko tu Aizat nak pergi fefeeling kat mana mana tasik ada kat Singapore tu .

trip kali ni kitaorang pergi 10 orang untuk 3 hari 2 malam and akan menetap di Grand Sentosa Hotel JB . over tau nak guna perkataan menetap tu . so pagi jumaat tu kitaorang dah bergegas bangun awal dan siap siap untuk sampai ke JB dalam pukul 12 so nanti yang lelaki boleh settlekan everything yang wajib kat sana . so untuk orang orang yang travel macam kitaorang ni , semua benda nak cepat je kan . so takda masa nak tunggu mamak mamak tebar roti canai , goreng goreng mee . makan fast food je yang aku rasa is a good idea sebab kau tak payah nak tunggu lama sangat and boleh bungkus makan dalam kereta . walaupun kau rasa macam hek eleh Singapore je pun tak payah nak rushing sangat tapi bagi aku , even Singapore tu kau boleh pergi berenang je ke sana , but , setiap masa aku habiskan dengan kengkawan tu aku rasa macam berharga betul . tak nak lah habiskan masa kat tempat asal je kan . at least sebelum masuk ke Singapore tu bolehlah jenjalan kat JB dulu . 


pagi pagi dah buat aku tak ada selera . aku mintak tea dia bagi milo , pastu aku makan pancake dia without syrup sebab dah habis benda tu . palehotak sangat kan .


actually ada lagi 3 orang tapi  2 orang over tak nak masuk dalam camera sorang lagi tak sampai so dia terus ke JB . rugi tak bergambar , susah tau nak masuk dalam blog Aizat Abd . HAHAHAHA


cabaran bila travel naik kereta , kau kena ada driver and co-driver . yang dua tu kena berjaga daripada pergi dan sampai . jealous tengok yang kat belakang boleh tidur siap mengigau .


untuk minyak dan tol pergi balik naik kereta , overall hanya guna RM200 dan dibahagi kepada 5 orang so dalam RM40 ringgit seorang untuk pergi balik sebab daripada JB ke Singapore tu kitaorang guna bas yang dah include dalam package so jimatlah sikit . dah nama pun travel kan , kenalah prepare everything nak nak daripada segi duit . kalau ada RM200 nak pergi travel luar Malaysia , boleh , tapi takyah makan . boleh survive . makan  dan minum siap siap kat Malaysia . for this travel aku siapkan around RM1K untuk ke sana termasuk sekali package ke USS . perjalanan ke JB ambik masa around 2 jam sebabkan tak jammed . yang aku tengok lorong bersebelahan , nak ke Melaka yang jammed . sebab kami dari Melaka ke JB . pom pang pom pang berborak dalam kereta , akhirnya sampailah ke JB . rasa lega tu bukan main tau sebab peha aku dengan Keba dan rasa macam dibakar sebab panas terik . nak buat sambal sotong atas peha kitaorang pun boleh dah .


aku bawak satu beg pegang dengan satu beg silang . cukup dah beg tu . korang nak gi travel takyah nak over bawak banyak sebab tak guna sangat pun . nak beli barang lagi nanti .


after dah check in hotel and settle everything . misi untuk orang orang travel macam kami ni ialah nak cari tempat makan yang best best . dah pergi tempat orang kan , mestilah nak cari makanan yang tak ada kat tempat sendiri . tapi cari punya cari semua kedai banyak tutup sebab chinese new year . sampailah ada kawan aku yang suggest pergi Restoran Singgah Selalu . dekat je dengan Danga Bay dan bersebelahan dengan JOHO Concept Store . dalam tekak ni punyalah nak makan makanan lain daripada yang lain , tapi yang ada makanan yang kau boleh dapat kat Melaka jugak . ah bantai jelah asalkan ada benda nak makan sebab perut ni dah start berbunyi depan orang ramai . malu pak cik . makanan dia ok tapi nasi dia tu kurang sikit , aku rasa orang yang tak reti memasak pun masak lagi sedap daripada nasi yang dia masak tu . 


daripada kiri : Mika , Farah , Iz , Apek , Kamal , Megat , Keba , Aku and Anna .


bersusah payah tau nak adjust monopod tu sampai boleh rasa macam nak bantai orang pakai monopod tu


aku dengan Keba ni tak boleh dipisahkan . kalau dah jumpa semua benda boleh jadi bahan nak ketawa . ada je benda kelakar ko tahu .


aku sendiri pun tak tahu apa salah aku sampai muka dalam gambar ni beralun alun gitu . 


lepas makan , scroll scroll twitter semua suruh pergi JOHO Concept Store sebab boleh dapat local JB punya brand or barang kat sana . aku pernah gak dapat and dengar barang barang daripada JOHO ni sebab one of my friend dia memang suka beli benda benda kat JOHO ni and mesti every semester dia akan bagi aku baju lah , lanyard , sticker , button batch and apa benda baru ada kat JOHO ni . so sebab ramai yang excited nak pergi , kami pun pergilah tapi aku tengok tengok je . diorang yang excited nak beli . and , aku pun tak tahu diorang beli ke tak sebab aku tengok keluar masuk keluar masuk macam takda benda je yang diaorang beli . aku dengan Keba dah cari mana dinding dinding best untuk kitaorang OOTD . tu kerja wajib tau kalau pergi jenjalan . benda pertama , cari dinding untuk diabadikan dalam Instagram . 


dak dak #MB4 . yang kuning tu handsome ekh ? nak kenal ah . 

last place for today sebelum balik ke hotel , pergi Danga Bay . masing masing pun muka dah letih mintak penampar . so , lepas balik hotel mandi , barulah pergi makan . sebelum balik tu sempat nak exercise mengayuh basikal kat Danga Bay . aku pun tak tahu benda tu nama apa . nak kata basikal boleh naik 4 5 6 orang . beca pun maximum 4 orang je . lantaklah aku namakan dia "becakal" . beca campur dengan basikal . aku ambik yang 3 orang punya and macam biasa , camera ready and action lah kan . kalau nak kira gambar dalam phone ni untuk first day je nak dekat 200 keping . semua gambar sendiri . rasa macam lifeless pun ada . kayuh becakalnya sekejap je , yang banyak dok ambik gambar je . jumpa padang sikit ambik gambar . bila ambik gambar je orang mesti akan terpegun , pelik tengok kitorang pegang monopod sebab boleh selfie . termasuklah tourist tourist daripada negara lain . "where do you got this ?" apa ko ingat aku pakai kayu mop nak buat . aku rasa benda ni kat Malaysia je ada kot . 


kan aku dah cakap aku dengan dia ni tak boleh nak dipisahkan . 


nilah becakal tu . nama aku bagi punyalah buruk tapi bila bawak laju . nak balik Melaka naik benda ni pun boleh tau . tapi ketiak lecak nanti .  


budak tiga ni kalau jumpa aku rasa ketawa tak boleh nak henti . 


and gambar last , #MB4 family photo . ala ala picnic tau . entah entah kucing dah kencing merata yang kitorang sesedap je landing . 






akhirnya , balik ke hotel . penat tu tak payah cakap . kalau tak penat , takdalah Keba sampai macam ni : 




malam tu makan dekat mana entah aku dah lupa sebab tempat penuh and kena makan area esklusif . nama je esklusif tapi lighting dia macam zaman dulu dulu . tak terang . konon nak romantik tapi kalau aku dah tertelan tulang ikan aku ketuk kepala dia pakai baldi . aku try makan mee udang dia dan nasib baiklah benda tu sedap even pedas nak mati . buat aku rasa nak bertumbuk je dengan orang . dan paling sadis , kawan aku makan asam pedas , memang pedas sampai tak boleh nak makan , tapi harga dia RM16 . dia tak habis makan , aku tengok macam dia tak sentuh langsung sebab pedas ....... pembaziran berlaku . lepas makan tak pergi mana terus balik hotel sebab kena prepared untuk esok . kena simpan tenaga . air minarel yang penting sebab kat sana dah takda masa dah kau nak pergi cari cari air minarel . dalam kepala fikir nak serbu semua benda yang ada kat sana . 

nak tengok apa yang bakal berlaku kat USS ? nantikan entry Singapore Trip to USS : PART 2 . 


NOTE : aku rasa part 2 punya entry entah entah sebulan akan datang . 


TWITTER : @AIZATABD
INSTAGRAM : @SKULLSULIVAN
FACEBOOK : EIJAT ABDULLAH