APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, April 30, 2015

Fred Perry Green Label SWAG

ASSALAMUALAIKUM

Appearance? Cakap pasal appearance ni, aku jenis yang suka benda benda yang kemas tapi simple even pemalas tu nak kikis kat diri aku tu payah yang amat. Selain daripada makan sampai kenyang, salah satu hobi aku, kumpul baju. So ada satu hari tu aku terjatuh cinta dekat satu jenama baju yang dulunya susah betul nak dapat dekat Malaysia, Fred Perry. Punyalah tiap kali raya merengek hadap muka Encik Ayah dengan Puan Ibu sebab memang lama gila craving nak rasa macam mana pakai baju Fred Perry tu, mahu tak dipukulnya aku dengan lesung sebab dapat anak yang annoying macam aku.

Benda yang aku nak highlight sekarang, Fred Perry brand sekarang memang dah listed as one of the famous brand dekat Malaysia sebab sebelum ni hanya available dekat Italy and manufactured dekat Italy, tapi sekarang dah boleh dapat dekat MALAYSIA! Ha menangis tak tu dengar? Aku yang menaip ni pun bergelora jiwa baca. Dan, korang sekarang dah boleh shopping ke cuci mata ke purchase banyak banyak ke dekat website yang memang ada lambakan lambakan baju Fred Perry yang akan buat mulut kau ternganga jatuh sampai ke lantai sebab semuanya simple affordable dan kemas!

CLICK LINK BAWAH NI SEKARANG LAH BABE!



http://luxuriouscraving.com/
(yang laki pompuan jenis pemalas macam aku singgah cepat!)


Luxurious Craving satu website aku nak suggest yang memang dah lama jadi favourite aku. Boleh orang kata sejak dalam perut Ibu mengandung aku dah set dalam kepala fashion website ni mesti jadi fashion website favourite aku, nasib baik dalam surat beranak takda space untuk tulis website online kegemaran. And aku nak tambah, website ni memang orang dah kenal dekat Malaysia, Thailand, Indonesia and Singapore! Memandangkan aku memang jenis yang agak memilih and suka benda yang tak sarat, so aku memang rasa puas hati and design design Fred Perry Green Label semua memang tak pernah mengecewakan, plus boleh dapat kotak postage yang sangat lawa dan simple! (*kalau nak kotak banyak banyak, beli asing asing hari lain lain)




Yang pastinya sejak azali dah tercatat yang aku ni bukan jenis suka melepak dekat mall lama lama, aku aim apa aku nak awal awal, beli then balik. Kalau ada service baju delivery akulah pelanggan setia delivery tu. Sekarang ni nak shopping dah senang dah. Tak macam dulu, nak kena tunggu bas berjam jam semata mata nak pergi mall beli baju, campur pula dalam bas tu dengan bau ketiak bangla, bau Kak Jemah beli belacan dengan bau kaki kau sendiri yang hapak macam longkang, automatic mood kau boleh hilang macam tu je. Lepastu dah sampai mall takda size pulak. Rasa macam tak berguna pun ada juga ye tak.

Honestly, ada juga rasa berdebar bila purchase online ni sebab kau tak dapat nak rasa material dia macam mana and kadang kadang kau tengok lawa, tapi bila pakai kau rasa macam tak selesa and tak kena dengan badan kau. Tapi, from Fred Perry punya baju ni, dari ke kolar, material, cutting, warna and semualah aku suka and memang selesa. Nak beli banyak banyak pun tak ada masalah and aku memang suggest lagitu dekat korang. Setakat aku pakai ni sampai rasa sayang nak buka.


Ewah ewah tunduk sikit kasi nampak macho

Kalau dari gambar ni dah boleh rasa material dia, aku kasi kau rasa.

Ha jangan lupa bawah bag macam ni masa nak ootd tu






Dah puas belum cuci mata tengok baju lawa lawa from Fred Perry Green Label? Based on pengalaman aku puchase dekat sana, service memang tak pernah mengecewakan. Rasa macam jatuh cinta pula dekat orang yang melayan segala service atau order tu. Baru order boleh sampai depan rumah dah belum sempat kau nak kelip mata. Kalau terkelip tu maknanya kau kena recheck mata kau dekat hospital pakar. 

Material selesa, nak tidur, bersukan, berjalan, berdating guna baju yang sama pun tak apa sebab memang selesa! Macam balut badan dengan toto lepastu bukak aircond bilik kuat kuat. Korang boleh gayakan dengan macam macam gaya and event and aku rasa sangat berbaloi untuk apa apa event sekalipun dan yang pastinya ada macam macam warna! Nak tambah rasa berdebar debar tu pergilah korang singgah website tu and jangan lupa bawa tisu. Pasal apa? Get ready untuk shopping sambil menangis. Lepasni aku dah boleh move on dah dekat jenama jenama lain untuk baju baju aku, bergaya mengalahkan orang lain dah lepasni. Aaaa happy! 


NOTE: Doakan bangjat kau ni tabah menghadapi semester akhir degree dia ok. Lepas dia graduate dia akan berusaha update blog dia dengan lebih kerap.


TWITTER: @AizatAbd
INSTAGRAM: @skullsulivan
FACEBOOK: Aizat Abd





Friday, April 24, 2015

Figure Figura Concept

ASSALAMUALAIKUM 

Aku ni bukanlah jenis orang yang pandai malah arif dalam dunia fashion (*ayat macam peguam). Yang aku tahu, tengok baju tu lawa, tengok style dia lawa, aku beli lepastu pakai. Kadang kadang bila dah beli tu ada juga rasa bangang sebab tengok patung pakai lawa je tapi bila sendiri pakai bangang tu automatic ialah diri aku sendiri. Disebabkan aku suka benda yang baru and mencabar, aku dengan kawan yang aku kenal since diploma, Intan, plan nak buka satu fashion business yang memang dah lama aku dengan dia plan lepastu tertangguh tangguh sebab masing masing busy dengan kerja masing masing (*mencabar tak?)

Maka,
Dah lepas nekad betul betul nak make it happened, wujudlah Fashion Brand aku dengan dia sendiri yang dah dikenali sebagai Figure Figura Concept. Nama yang aku rasa sangat sesuai untuk our fashion concept. Even aku rasa nak dekat lapan kali aku dengan dia tukar tukar nama business ni. Sampai berhari hari jugalah dok fikir benda sama. Kadang kadang rasa macam wah best betul idea and concept kami nak buat ni tapi bila tanya orang lain rasa macam weh aku tak patut buat idea and concept macam ni dan gitulah sampai 8 kali tukar tukar idea and dapatlah final decision.

Disebabkan aku dengan Intan ni memang suka benda yang modern and high class design (*even sebenarnya aku ni jenis pakai tracksuit and tshirt je pergi keluar jenjalan), maka benda ni terbawa bawa sampai ke concept brand kitaorang sendiri and so far Figure Figura Concept dah release first batch, yang mana korang dah boleh start purchase sekarang, Doux Cardi by Figure Figura. Kami tambah dengan element modern and classic, plus material selesa yang korang boleh guna dekat mana mana event atau apa apa pun keadaan.

Mula mula ada juga rasa tak confident, yelah sebab baru pertama kali nak terjun dalam bidang business ni, tambah pula aku ni belajar design bangunan, tiba tiba je buat Fashion Business. Yang Intan tu memang major in Fashion Design, so aku rasa tak tenteram je hidup sebelum release first collection kitaorang tu. Rasa tidur bangun tidur bangun pikir apa feedback orang dekat design kami. 

Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar and atas sebab request, Doux Cardi pun kami dah restock sebab yang first release tu sold out dah and ada 8 warna juga yang korang boleh pilih and siap ada nama nama dia sendiri tau. Rasa comel pula bila nak order cardi guna nama nama tu. Hiks!And tak lama lagi kami akan ada website sendiri and masa tu korang boleh purchase online ke nak cuci mata ke and all update semua dekat sanalah!




Pudding Mustard

Sour Mint

Red Velvet

Strawberry Yogurt

Royal Green

Midnight

Galaxy Blue

Blushing Peach


Nak tambah lagi! Sekarang ni Figure Figura Concept tengah ada sale memandangkan tanda terima kasih kami dekat korang semua and FF team akan bagi FFlovers 20% discount! From RM120 to RM96 INCLUDE POSTAGE! Bergetar tak rusuk baca? So apa lagi sebelum sold out korang boleh start purchase, harini korang order, esoknya kami pos! Boleh juga beli awal awal untuk raya sebabnya kalau beli sekarang raya confirm kau pakai semua tanya beli mana and kau dah boleh berangan jadi Cinderella versi modern even ayat aku ni pickupline dia macam tak kena je. Bolehlah kau bergaya dengan handbag mahal and kasut tinggi kau tu. Kena pula dengan FF Cardi memang curlas kau jemah! Let's Shopping and do whats app FF Team to purchase at +601133534050.

FigureFigura,
Make You Feel Your Figure


NOTE: yang lelaki kalau nak purchase untuk diri sendiri boleh tapi make sure kasi aku lempang kau dulu.


TWITTER: @AizatAbd
INSTAGRAM: @skullsulivan
FACEBOOK: Aizat Abd