APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, October 9, 2011

resepi rahsia

ASSALAMUALAIKUM

semua semua semua , takut dah nak jadi adik ipar ? haha , nanti aku cerita syarat nak jadi kakak ipar pulak okayy ? *maaf abang . then barulah boleh cakap syarat nak jadi isteri pulak , wahh , weet weetttt ! before aku terlupa sebab fikiran ini asyik melayang nak tidur kan , tak faham dengan mata ni , asyik nak lelap je , hehe , aku nak ucapkan terima kasih kepada follower yang dah menjejak 102 . tak ramai pun , tak kisahlah kan , tak terjangkau pun nak jejak 100000 . sokongan anda saya amat hargai and nah ambik baki gula pasir haritu sorang satu .

RESEPI RAHSIA ?

kenapa tajuk agak mcm nak bagitahu apa resepi masakan kuah masak lepak cili padi + ikan masin kan ? tapi sebenarnya perkataan ini dah digoogle translatekan menjadi bahasa melayu , bahasa kebangsaan kita , *saya bangga jadi anak malaysia ! , daripada SECRET RECIPE dah jadi RESEPI RAHSIA . hmm , samalah jugak kan . semalam , pergi keluar dengan geng-2 seangkatan masa sekolah pergi makan-2 sebab dah janji nak celebrate birthday membe rapat di sekolah . yang entry lepas aku letak NUR JULIANA BINTI ABDULLAH SANI (klik untuk view) . 




actually nak tengok wayang sebenarnya tapi sebab dah pilih nak pergi main bowling and makan , then pergi jerit-2 nyanyi , cancel tengok wayang . then punyalah fikir nak pergi makan kat mana sebab banyak tempat yang berlegar-2 dalam fikiran ni , sana nak makan , sini nak makan , then akhirnya decide pergi SECRET RECIPE je sebab dah dekat je dengan tempat kami , lagipun nak cari cake pun senang .


kenapa pilih RESIPI RAHSIA ?

PERTAMA , cake dia aku suka makan especially chocolate indulge yang bila makan memang rasa mcm dunia ini penuh dengan coklat

KEDUA , tempat dia agak privacy daripada tempat lain and boleh aku ambil gambar banyak-2 dengan pelbagai gaya yang menjengkelkan

KETIGA , semua dh setuju nak makan kat sini sebab semua dah malas nak pergi cari tempat lain yang mengenyangkan perut semata-2 nak makan je







then bila dah makan , meneruskan aktiviti yang lain :






MENYANYI

MEMBELI BELAH

JONKER WALK

then terpaksa balik disebabkan hujan yang lebat time kat jonker walk even niat selepas nak pergi jonker walk tu nak pergi TUTTI FRUTTI yang memang dah lama diidamkan sejak kat perak lagi (*____*) . dapatlah capai jugak apa barang yang nak beli kat sana (jonker) , hehe , mana mana pergi mesti nak capai apa yang patut . guys , semalam best sangat + gila tapi letih jangan cakaplah , balik aku terus tidur sampai pagi ni , to ADAH and JUE (klik untuk link FB) , haha , kelakar kan semalam dengan datuk kau lah ape bagai ditambah dengan datin longlai lah kann , then , jangan lupa bila keluar , bangle yang kita beli semalam yang susah nak cari tu and chewing gum 7E yang keras sampai sakit mulut nak kunyah , safety protection , haha , korang gila !

NOTE : waktu remaja hanya sekali , pilihlah yang terbaik !