APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, September 6, 2012

my rhythm of love

ASSALAMUALAIKUM

bhahahahahahahahaahahahahahahahahahahah *kena terajang dengan khatijah tan sebab ketawa tanpa henti* hai guys , harini entry tak panjang manapun , sampai sini je entry aku kali ni . okbai ! <----- aku rasa kalau aku macam ni , hari hari yang aku lalui pada harini sangat tak bermakna and aku dimohon untuk terjun daripada tingkat 16 . melihatkan pada tajuk entry aku yang agak rasa macam mintak kena baling kelapa ke durian ke dalam dua bakul , aku sendiri tertanya tanya apakemenda yang aku nak cerita pepanjang eh today pasal my rhythm of love ? takdelah gempak manapun cerita aku harini sampai kau nak bawak sekampung datang sini . aku dah pasang bom jangka kat sini , siapa baca meletop jadi macam Altantuya Sharibuu . then sebelum kau meletop , baca lelaju entry ni supaya kau boleh lari angkut sekali Rosnah Mat Aris yang aku ikat sekali kat bom tu .

my rhythm of love mengisahkan tentang seorang jejaka memiliki wajah seakan akan En Haris Ombak Rindu , nantikan di pawagam... *kena tembak sampai lunyai* actually , my rhythm of love ni tentang life baru yang aku rasa dah aku dapat . bukan bermakna aku hidup semula apa kejadah pokemon semua . tapi aku dah tinggalkan hidup lama yang penuh jalanan berliku *turn on lagu beribu sesalan* bila bercakap hidup baru , aku nak kiatkan pulak dengan senyuman baru . sometimes dalam hidup ni kau akan rasa TERminat , TERsuka , TERsayang kat someone cuma kau je tak tahu macam mana nak cakap or kau takut nak luahkan . kenkadang waa cakap sama lu , kalau luahkan then dia tak suka kita balik , malu dia kemain rasa nak masuk muka dalam lobang jamban , then malu nak bertegur . hek eleh kalau camtu baik kau takyah suka dia sebab kena reject je kau tak nak berkawan dengan dia . and ada kena mengena ke semua ni dengan entry hidup baru aku ni ?

yeahhh same goes to me , TERminat someone yang bagi aku , aku akan tersenyum dengan gelagat dia , cara dia , senyum dia and whats so ever okay *flip hair macam datuk sharipah aini* , benda tu kebiasannya orang panggil crush and pada siapa yang tak tahu apa crush tu , aku tak menyediakan perkhidmatan google translate , nak pergi cari sendiri sekarang *sambil pegang kayu besbol pandang sorang sorang*. bila dah ada crush start from that lah akan tiap malam hadap laptop sensorang tweet dear crush apa bagai semua sampai terlelap laptop hempap kepala pastu benjol . bila rasa cinta or suka tu dah membara memang camtu ye tak even nak makan , dalam pinggan pun nampak muka dia . and yeah aku pun dah TERada crush , cuma aku tak bagitahu orang je siapa yang aku suka *lari masuk bawah tilam vono ziana zain* . macam korang gak , bila cakap and luahkan , kau takut benda ni akan jadi lagi teruk . selalu bila orang tweet pasal crush , mesti ada orang akan reply :

LUAH JE KAT DIA , JANGAN TUNGGU LAMA LAMA KALAU DAH SUKA

apak ahhh , bagi korang yang beruntung sebab dia suka balik tu bolehlah senang cakap nak luahkan , bagi kita yang takut dia tak suka kita balik ni , ketar ketar usus perut rasa macam terbelit kat tulang rusuk je rasa . at last pendamkan perasaan tu sendiri and tweet pasal crush supaya dia sedar yang kita suka dia . kenkadang sebab nak jaga persahabatan yang kita ada dengan dia sebab kita lebih suka pandamkan perasaan kita kat dia . bagi akulah tak salah nak minat seseorang tapi jangan letak harapan terlalu tinggi , sebab nanti takut kita suffer and sedih bila dia takda rasa sama macam kita rasa kat dia . masa tulah mula heartbroken and dengar lagu  ramlah ram bagai apa semua . lepastu mulahlah rasa single is better apa semua . ohh masa suka semuanya indah , bila tak suka semua pandang dia macam jamban berjalan kat jom heboh ye .

dan apa motif aku tulis entry kali ni ? *sambil betulkan seluar yang dah terlondeh* sebabnya aku just nak cakap I've got crush on someone yeah crush . yeee crush . paham tak crush ? cuma siapa dia satu hari nanti akan aku cakap bila aku dah bersedia and bila sampai waktunya benda tu akan muncul juga menemukan cinta kami , ewah macam cerita ayat ayat cinta , kau ada ?!!! ada ?! sekarang ni rasa macam terlalu awal gedik bapak kalau nak cakap ye tak , entah entah bila aku cakap dia ketawa sampai esok tak henti lepastu masuk hospital gila sebab mulut koma tak boleh berhenti ketawa . kalau ada nanti one day aku masukkan gambar dia dalam blog sampai besar macam poster orang hilang yang selalu tampal kat tandas awam tu . and kepada crush , kalaulah anda baca benda ni kan , yes , you're my crush ! LOL *lari laju laju masuk tandas awam duduk atas lobang jamban sambil tutup muka*

"HOW WONDERFUL LIFE IS , NOW YOU'RE IN THE WORLD"




NOTE : lepasni dah boleh download lagu ainan tasneem aku rasa lepastu dengar ulang ulang sampai terberak