APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, May 29, 2013

jangan biadap, saya gangster ok?

ASSALAMUALAIKUM

memandangkan sekarang ni cuti sekolah and Ibu aku pun tak gi mengajar , so dia banyak free time kat rumah . harini balik kerja posisi perabot rumah lain , esok balik kerja posisi lain , lusa posisi lain malah ada perabot yang baru pulaktu . sekarang ni pulak dah hujung bulan . bila hujung bulan memang semorang gembira siap berjoget sebab dapat gaji kan . yang jadi mangsanya aku . sebab , bila dah gaji , Ibu akan pow ayah duit untuk beli barang barang keperluan dapur dan yang menemannya aku . baru aku balik kerja , tak sempat nak panaskan bontot aku atas kerusi dia dah tarik tangan aku heret bawak masuk kereta nak beli barang . psycho gila k Ibu aku . yang adik adik aku semua dah surrender ikut Ayah aku sebab dia tahu kalau Ibu aku beli barang tak cukup kalau 2 jam . kenkadang mintak extra kat aku nak 3 jam . ok .

sampai je kat Tesco , Ibu aku dah siap siap cop dua troli . sebab dalam Tesco tu memang sesak dan selalunya troli memang tak akan cukup . gila nak bawak bakul je . habistu kalau barang banyak nak ambik bape bakul ? 13 ? gila k . aku memang rimas keadaan cemni . nak aje aku hambat sorang sorang suruh balik . lepas Ibu dah rasuah aku dengan menjanjikan yang dia akan makan kat mana je yang aku nak lepasni , aku pun dengan happy tolak dua troli serentak . aku ni kalau bab bab makan jangan kau sebut . memang aku suka . kalau kau suruh aku break up dengan syarat kau belanja makan apa yang aku nak pun aku sanggup . ok itu tak lawak ok aizat . dalam dua jam lebih lepastu je tup tup troli aku dah penuh dengan barang barang . nak tolak bukan main payah . takyah aku nak gi gym bentukkan badan . dengan tolak troli penuh dengan barang ni pun dah boleh buat aku ada sixpack .

dah lepas dugaan dua jam lebih tolak troli yang penuh dengan barang , dugaan lain pulak datang . sampai kaunter , orang yang beratur punya penuh macam ada jualan mega 99% diskaun siap percuma sorang satu samsung galaxy mini S3 keadaan dia . aku masa tu rasa macam nak menangis kau tahu . tapi takdelah sampai nak menangis . nak tunjuk macho awek kiri kanan pandang k . ok tu gampang . aku pergi belakang Ibu , aku mintak dia kendong . tapi jangan harap dia akan buat centu . kalau dia kendong aku sekalipun , kaki aku cecah lantai jugak . aku tinggi tau . k tetibe . 

"ok ok kejap je ni . lepasni kita balik ok ?"

"haaaa ? alaaa bu apa lak balik ni . kata nak gi makan . hmm . dah tak nak tunggu bye"

"ok ok gi makan ok ? diri depan tu kang orang curik tempat"


nak tak nak , baik teruskan bayar . penat habiskan masa pilih barang segala lepastu tak kan nak tolak tepi centu . tapi aku pelik jugaklah dengan Tesco ni , setiap hari orang nak ramai . padahal poster poster dia bukan Mariah Carey ke , bukan Tom Cruise ke yang jadi model pegang ikan , tapi entah mak cik celah mana tah dia cekup , tapi orang tetap ramai . padahal bagi aku Mydin lagi murah . ceh aku nak cakap orang . aku pun sama k . kalau boleh nak ambik gambar depan papan tanda Tesco dengan caption "Hi ! saya di Tesco , sila like gambar saya" . budak instagram katekooo . sekarang ni semua nak insta . nak nak makanan , belum sempat orang tu nak letak atas meja kau dah get ready camera 360 kau . 

so makin lama , makin sikit orang kat depan aku sebab semua dah habis bayar . tapi bila toleh belakang , orang ramai . aku pejam mata rapat rapat cuba membayangkan macam mana perasaan mereka kalau tetibe tengah beratur tu , time nak bayar , tertulisnya "COUNTER CLOSED" . oh mann *bak kata omputih* memang sia sia orang cashier tu kena kapak lalu mati di tempat kejadian . bila aku toleh je depan , tetibe ada sorang amoi berlenggang lenggang kangkung bawak bakul yang berisi 2 kotak ice cream , satu bekas buah anggur dan 1 botol yogurt bliss perisa mango . sempat lagitu nak check . tetibe , dia beratur terus depan aku padahal dah sampai masa aku nak bayar ni . kat tangan dah pegang tin susu nak letak atas kaunter . eh hai ada yang kena hentak dengan tin susu tembus dalam kepala ni kang .

"excuse me , queue up please"


sambil selak selak rambut muka toya dia tu dia terus letak barang dia atas kaunter macam aku ni hanyalah sebatang tiang pengesan kecurian je kat kaunter tu kan . pergh pergh pergh pergh pergh . guwa tak boleh hadap orang camni . darah mula mendaki naik kat muka . orang kalau tengok guwa time tu mesti ingat guwa pakai blusher silky girl kat muka .

"hello miss . you pekak ke ? you nampak tak orang beratur panjang kat belakang ?"


mak cik mak cik and pak cik pak cik kat belakang muka semua dah tebek je terbakar tengok amoi tu . 

"I punya barang sikit . I nak cepat"


jawapan dia... lagilah buat aku rasa nak melekapkan tapak kakiku di bibirnya . mak aku time tu dah cuak dah . dia memang tahu aku ni jenis yang kalau benda tu salah , aku tak duduk diam . eh memanglah mana boleh biar orang pijak kepala . dia dah tarik tarik tangan aku .

"come on , semua orang nak cepat kot . auntie belakang ni pun barang sikit . beratur gak ."


nasib baik aku punya tembakan tu betul . tak silap aku auntie tu beli kubis dengan cili padi je . padahal main belasah je cakap mak cik tu punya barang sikit , cam bangang haha . yang amoi tu pulak memang tak nak bergerak . yang buat aku lagi terbakar , cashier tu . dia macam serba salah , dia terus scan satu daripada barang amoi tu . fuyooo ada orang buat lawak . ketawa sikit . aku malas nak cakap banyak , aku terus pandang cashier lelaki tu macam nak cari gaduh . dia tak tahu ke aku ni pernah bunuh 4 ekor lipas dalam satu masa ? tak takut ke apa ?!

"dude , kau nak teruskan scan barang perempuan ni ke kau nak cancel ? ok kalau kau teruskan scan ok . aku tinggalkan semua barang aku , you'll lose your business . kau jawab dengan manager kau . ok ?"


masa tu semua orang dah pandang . lantaklah . aku dahlah penat balik kerja , pilih barang , beratur lagi . lepastu sesuka je orang nak potong queue aku . mana boleh tahan beb . nak nak time tu aku full berkemeja , memang nampak macam peguam . aceceh tahi je . yang budak cashier tu rasa serba salah nak scan tak nak nak scan tak nak . muka nak nangis takut aku hentak dia pulak dengan tin susu tembus kepala . lepastu tetibe supervisor dia datang . sambil tu aku dengar orang orang belakang memekak "hoi moi beratur ah . kau ingat ni pasar mini ke ?" and bla bla . bila dah talk talk dengan cashier tu , supervisor dia keluarkan card , then slide kan kat dia kat cashier punya cash machine tu . lalu supervisor tu bersuara :

"miss , queue up please . kalau you tak nak beratur , you boleh letak barang ni . orang beratur panjang nak bayar kat belakang tu"


tetibe aku rasa macam nak ketawa tertonggeng toggeng . rasa macam hero pun ada . dapat selamatkan orang orang belakang aku ni . yang amoi tu angkat barang dia dengan muka toya pergi beratur belakang . masa tu aku tak kisah dah orang nak kata aku takleh bertolak ansur ke apa ke , go die . sebab diorang takda kat tempat aku , diorang tak tahu apa apa . yang beratur belakang aku semua happy . memasing tengok amoi tu macam nak baling botol kicap je kat dia . lepas habis je bayar Ibu ajak makan aku tak nak . sebab apa ? sebab aku rasa macam kenyang bila aku dapat mempertahankan hak aku sebagai pengguna ok . ok ni gampang . lepasni bila jumpa kawan boleh jadi modal aku nak bangga dengan diorang . padahal riak

moral of the story , tak kisah siapapun seseorang tu , apapun bangsa dia , apapun agama dia , apapun warna kulit dia , hormatlah dia . orang tak akan kurang ajar dengan kau kalau kau tak kurang ajar dengan dia . nak kurang ajar ni semudah ABC , nak menghormati ni kenkadang macam 2xy - 45x + 30yy . tapi kalau kau sound orang tu lepastu dia keluarkan pistol nak tembak kau , okay lebih baik kau bagi je dia k . tin susu tak mampu sempat sampai kat kepala dia kalau kau nak buat pertahanan sekalipun . 


NOTE : lepasni boleh dapat award Tokoh Hak Pengguna ni . kihkih !


Monday, May 27, 2013

cuti sekolah

ASSALAMUALAIKUM

seronok cuti sekolah ? kalau aku tanya bebudak satu Malaysia ni , semua melinjang terkinja kinja cakap seronok . mana taknya . sejak awal tahun , first day masuk sekolah dia dah dok tengok calendar bila ada cuti sekolah . yang penting dia akan highlight dulu bila raya . kalau kau tanya aku pun and aku masih bersekolah pun aku memang terkinja jawab aku seronok nak cuti sekolah . dahlah lama kan cuti . boleh tidur lambat , bangun lambat . tulah kerja and hobi baru kau tetiap hari bila cuti sekolah . mindset bebudak sekolah kan memang camtu . nasib masa zaman aku sekolah dulu aku fikir nak belajar je . tahi tak dengar ?

bila cuti sekolah opkos adik aku seminggu awal lagi dah listkan mana tempat dia nak pergi . kadang kadang siap dia gi google lagi mana tempat yang best . dulu masa sekolah dengan aku sekali join dia pikir mana nak pergi sambil tengok tibi citer power rangers and makan keropok moni . sekarang ni bila dah further study , tiap kali cuti sekolah , apa yang aku dapat ? dapat dengar diorang pergi jenjalan sambil tengok gambar diorang , nasib baik hubungan kekeluargaan masih utuh dan penerapan ilmu agama sejak tadika kukuh dalam dada aku ni membuatkan aku berfikir 3 4 mahupun 5 kali kalau nak terjun bangunan sebab family aku gi holiday tak bawak aku . kelakar kan aku ? sila ketawa ok .


yuna bukanlah duta cuti sekolah ok . asal aku letak gambar dia ? sebab dia cun k


imbas kembali beberapa tahun lepas...

masa tu yang aku ingat kitaorang pergi mandi manda kat water world je . dah lah dekat dengan rumah aku tempat tu . takda feeling langsung . kalau aku dok berdiri atas gelonsor dia pun dah boleh nampak atap rumah aku , malah boleh nampak langsir rumah aku warna apa . memang guwa cakap lu takda feeling langsung pergi situ . kalau aku ajak kak jah jual togeh kat Pasar Mini D'Mart tu pun boleh . tapi sebabkan aku paham ayah aku kenkadang busy dengan paper work segala , nak tak nak terpaksa berpura pura eksited nak pergi situ . dah lah tahu menghabiskan duit mak ayah je , tapi bila dia nak bawak jenjalan nak mengeluh lak kan . tapi kan , kalau aku naik basikal tanpa henti , 30 minit je dah boleh sampai tempat tu . 

sampai kat tempat tu yang adik adik dengan abang aku dah terloncat loncat tak sabar mandi *yang ni pun kes berpura pura* . yang aku pulak konon nak tolong mak aku jaga barang . padahal orang dalam tu memang pack sesak barak sampai kalau kau mandi and menyelam , boleh sesat kau dalam kaki kaki orang yang banyak tu . aku dengan abang aku pun mulalah cari port yang tak ramai orang . so dengan megahnya aku ajak dia pergi gelonsor tinggi kat dalam water world tu . bebajet konon tak ramai orang dalam tu . mulalah berjalan dengan penuh gaya mengalahkan handsome je kan gi kat gelonsor tu .

dah sampai sana , nak naik tangga pun dah macam orang nak ambik bantuan tsunami . lalu hati aku mula pedih . tunggu jelah kat situ macam orang bongok tengok sorang sorang terjerit jerit dok turun gelonsor tu  . sampai je giliran aku , dah tak rasa eksited aku nak turun . sebab ramai nak mati , aku pun terpaksalah turun . padahal dalam hati tu adalah sikit rasa eksited plus cuak cuak tahi kan sebab gelonsor tu tinggi ok . kalau kau terjun bunuh diri dari platform tu sampai je bawak gigi kau je yang tinggal . lain semua dah tak jumpa dah . bila turun je , dia punya kelajuan memang maksimum . sebab aku pakai seluar mandi kan . licin bak hang punya . nak menjerit pun dah tak sempat . bukak mulut tak keluar suara pun .

tiba tiba , sampai je kat tengah gelonsor , air macam kering . lalu badan aku tergesek kat gelonsor tu . bila dah ada geseran , penghabaan akan berlaku . lalu akan menyebabkan kulit mula merah lalu terhakis . ok belajar sains harini . dengan tak semena mena , aku terus je berdiri atas gelonsor tu sebab badan aku dah luka , plus aku dah tak tahan pedih . masa aku bangun tu pulak , air mula melimpah dan mula lalu di kaki aku , apa jadi ? aku jatuh terduduk lalu terkontang kanting tergolek golek ikut flow gelonsor tu . yang aku tahu aku berputar putar kat benda tu and kepala aku terhentak hentak kat sisi gelonsor tu macam jatuh dari gunung everest aku rasa .

dalam kepala aku fikir macam mana aku nak stop dari benda ni sebab aku dah rasa bibir aku kebas . dan , tanpa kuduga *ayat bahasa melayu sangat* ada sorang lagi manusia dari belakang turun kat gelonsor sama . and apa jadi ? dia heret sekali aku turun . aku dah takut mana tahu aku tercampak terjatuh daripada gelonsor ni , tak memasal goodbye dunia . sampai je kat bawah , memang aku dah takleh nak buat apa , terus tenggelam masuk dalam air yang dalam tu . bila pikir balik , filem sangat kan tragedi aku tu . siap nak tenggelam segala . lepastu ada penyelamat tarik tangan aku . yang aku tahu bila aku sampai je atas , bibir belah dalam aku dah terbelah okay dan aku mampu nampak tisu bibir aku sendiri . yang Ibu aku dah pucat lesi muka . hek eleh , bibir koyak je pun . 

tapi memang rasa nak nangis gak ah time tu sebab badan aku rasa macam baling dengan batu bata berulang kali and bibir aku rasa macam kena belah dengan kapak . memang lama aku tak boleh nak makan sangat . merana ok merana . mungkin tu sumpahan tempat tu sebab aku benci betul nak bercuti dengan family kat situ . last last hambik kau betul betul water world tu belasah aku dengan sebatang gelonsor je . lepastu bila pergi water world je , aku dah jadi fobia nak main benda tu , rasa macam nak tendang je sampai pecah gelonsor tu . takpun bom kan . takpun kapak kan dia . tapi tak lama fobia tu , bila 3 4 kali gi sana , dah terkinja balik nak naik menatang tu . siap boleh nak gelonsor terbalik lak tu . mati kang baru tahu . 

so , pengajaran yang kau boleh dapat daripada cerita aku ni , bila mak ayah kau nak bawak memana gi cuti , even dia bawak kau pergi camping kat dusun belakang rumah sekalipun , ikut je takyah nak bantah . kang kalau kau bantah mana tahu tetibe durian hempap tapak kaki kau , tak ke naya ? bersyukur dengan apa yang kau ada , bukan mengeluh . ada orang cuti sekolah pun tak dapat nak gi memana sebab kena kerja nak kumpul duit untuk dia guna bukak sekolah nanti . ye , bersyukur .


NOTE : agak agak kalau parents nak pergi korea lepastu aku tak nak gi , aku terjatuh daripada flight ke cemana ? final destination sangat kan .


Saturday, May 18, 2013

gigit kuku

ASSALAMUALAIKUM

gigit kuku tu kadang kadang dah menjadi habit bagi sesetengah orang . bila aku tanya membe membe aku yang dok gegigit gigit kuku tu jawapan diorang senang , "benda ni kalau dah jadi habit , susah kau nak tinggal . dia punya ketagih kalah mat ganja nak dadah" . sampai macam tu sekali bombastiknya jawapan dia . sebaik statement tu tak keluar muka depan harian metro . aku bukanlah pengigit kuku yang tegar . dulu pernah gak masa sekolah rendah try try nak rasa apa bestnya kuku ni sampai diorang dok gigit . lepastu dah gigit tengok kuku capuk memang nyesal tak habis . rasa macam gelap je dunia tengok kuku cacat satu jari .

so aku tahu kat dunia ni , ceh takyah nak dunia sangat . kat Malaysia ni pun dah ramai "pengigitkukupers" *ala ala kpopers* . kebetulan salah sorang membe aku memang kerja dia dok gigit kuku je . kalau boleh dia nak bukak kasut dia , nak gigit kuku kaki dia pulak . kuku dia jangan cakap dia punya capuk kalau budak kecik tengok boleh jadi nightmare untuk dia . banyak kali dah aku tegor "weh ayed , kau jangan nak gigit kuku , macam beruk kau tahu tak ?!" . tapi yang dia jawab ,"kalau aku beruk , kau berkawan dengan beruk . hai jat , kita se-beruk" . ok ayat mintak putus persahabatan . tapi kebelakangan ni bila aku jumpa dia aku nampak dia dah tak gigit kuku lagi dah .

at first aku ingat macam aku terlepas pandang ke , or dia dah tetapkan schedule dia pukul berapa dia nak gigit kuku . ataupun dia dah tak jadi ahli "pengigitkukupers" lagi dah . argh tolak tepi semua tu . tapi yang pastinya habit tu dah kemana dah dia campak aku pun tak tahu . bila kau dah biasa tengok habit orang , kalau dia tak buat kau mesti akan rasa pelik . rasa macam aku nak tadahkan kuku aku suruh dia gigitkan . teringin pulak aku nak tanya dia . tapi nampak macam kecoh mak jah je kan . balik rumah rasa nyesal pulak tak tanya . dok terfikir asal tak tanya . makan tak kenyang , tidur tak lena , mandi pun tak basah aku fikirkan benda tu . ah jangan kau nak membohong kau jat mandi tak basah , bukak shower basah lencun badan kau . 

so aku pun decide nak text dia . terfikir gak aku , dah makan ke dia . yelah mana tahu gigit kuku tu boleh buat dia kenyang kan . bila dah tak gigit kuku tak ke nanti dia lapar . siapa nak dermakan kuku kat dia , sila taip "DERMA KUKU" jarak , isikan berapa panjang kuku nak diderma dan hantarkan ke 32456 . talian 24 jam mengikut terma dan syarat . nampak tak keprihatian seorang kawan yang handsome ? k aku buat lawak . ketawa k . tengah dok belek belek phone , tetibe terasa nak tanya . so aku pun tanya dia .

"yed , free ?"

"hah asal ? nak lepak ?"

"tak , nak tanya something ."

"penting ke ? or nak jumpa mana mana ?"

"tak , em kau asal tak gigit kuku lagi eh ?"

"palotak . text aku semata mata nak tanya benda ni"

"aku tanya jawablah ! rogol kang"

"yeay dapat anak dengan ijat . rogol lah rogol lah"

"argh tension aku . jawablah"

"taklah , aku tak akan berhenti gigit kuku . kuku aku tak panjang 
lagi . tunggu panjang then baru gigit balik . baru feeling"

"k . beruk"

"kau kawan beruk"

"kau gila"

"kau beruk !"


bercakap dengan Ayed memang akan selalu menyakitkan hati aku . tapi dialah kawan lelaki aku yang paling baik . hmm sayang dia . argh takyah nak gay sangat kat sini . tak guna punya Ayed . aku ingatkan dia dah berhenti gigit kuku . rupanya tak . tapi mungkin betullah orang cakap , once kau dah try nak gigit kuku tu , benda tu akan jadi ketagih kat kau . sebab ramai orang yang aku tengok , bila termenung , dia gigit kuku . bila cuak , dia gigit kuku . bila sedih , dia gigit kuku . tak paham aku kenapa nak kena gigit kuku ? takda rasa strawberry pun kat kuku ku . mungkin diorang patut tubuhkan persatuan gigit kuku dan membuat kerja amal mengigit kuku sesiapa yang malas nak memotong kuku . mungkin boleh jugak buat produk . kaya kak ton camtu . tetibe nak kak ton pehal lak . pergh .

ok , yang dok happy tengah mengigit kuku sambil baca entry tu , kau ingat kau boleh terus nak happy gembira gigit kuku bergolek golek kat lantai ? nah ambik kau kesan mengigit kuku . ambik kau . ambik . ayat nak seram . tak seram k aizat .


kesan buruk menggigit kuku bukan hanya pada kecantikan semata-mata malah lebih dari itu . kebiasaan buruk ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Antaranya, akan menimbulkan luka pada hujung jari dan kutikula, sehingga meningkatkan risiko radang pada kuku dan mulut. Jadi pastikan kamu membuang kebiasaan buruk.



so daripada kau dok mengigit kuku tu , ada baikya kau ambik part time bukak kulit kuaci kat supermarket . kan sekarang manusia dah makin pemalas terutamanya aku . kalau ada teknologi yang boleh mandikan aku , sanggup aku beli even terpaksa gadai semua komik aku . teknologi membunuh kesihatan manusia . k ni yang dah nak start ceramah ni . sampai kulit kuaci pun ada yang dah siap bukak . tinggal nak makan je . jap ! kulit kuaci yang dah siap bukak kat supermarket tu pekerja pekerja bangla dia ke yang tolong gigit bukakkan then terus packing ? ok bangla . ok bangla bukak kulit kuaci guna mulut . ok . 




NOTE : kepada pengigitkukupers , kalau kuku dah takda korang nak gigit apa ? rambut ? gitu .


Wednesday, May 15, 2013

wallet dan purse

ASSALAMUALAIKUM

apa itu dompet ? siapa yang tak tahu menda tu dompet aku rasa kau dah boleh panjat pokok kelapa , mengucap lepastu terjun daripada pokok kelapa tu ke bawah . kalau belum cedera parah , kau panjat balik lepastu terjun . buat sampai cedera parah . kanak kanak yang berumur 13 tahun ke bawah perlulah bimbingan daripada keluarga . aku tengah buat lawak ni , ketawa k . dompet ni memang penting untuk semorang . tak kira lelaki ataupun perempuan . Ibu kata dompet ni pun ada nama , untuk perempuan nama dia "purse" untuk lelaki nama dia "wallet" . argh tak kisah semua tu . yang penting tujuan dia sama je untuk simpan duit . 

bila pergi makan dengan membe membe and duduk , habit aku mengeluarkan dompet aku letak atas meja . ceh bajet macam nak tunjuk dompet tebal lettew . padahal penuh dengan slip bank . nampak nau banyak kali withdraw duit . kau tahu aku keluar letak atas meja sebab bontot aku sakit lenguh duduk atas dompet ni sebab aku letak dompet aku kat bahagian belakang . ada orang suka letak belah depan . rimas aku letak depan . nak berjalan pun tak selesa . bila letak belakang siaplah nanti Ibu asyik bebel cakap suruh letak depan . sebab nanti kalau letak belakang senang orang nak seluk saku . tapi aku degil gak . anak derhaka betul . kalau orang nak seluk saku aku jeritlah "tolongggg ada orang pegang bontot saya !" , k takda siapa nak tolong .

dan bila makan dengan kawan kawan mestilah ada sorang dua gegirl yang join . biasalah , gegirl kan . tangan mana boleh nak duduk diam . mesti sana dia nak capai , sini dia nak capai , pegang situ sini . membebel tu jangan cakaplah kan . telinga kau menanah berdarah pun belum tentu dia nak berhenti membebel . k terbakar gegirl yang baca entry ni , ada yang rasa nak santau aku tu . bila tangan dah tak reti dok diam tu , one of my gegirl friend mesti akan ambik wallet aku and start bukak and selongkar sana sini macamkan dia selongkar almari baju dia je dia buat wallet aku tu .

sukahati dia je terkorek korek isi kandungan wallet aku tu . tapi tak sampai 5 minit dia campak balik kat aku . lepastu mintak purse kawan gegirl dia pulak yang berwarna warni ala ala mak datin tu .


"check wallet ijat tak best . bosan !"

"siapa suruh check ?"

"argh takda , wallet kau bosan"


lepastu dia pun mulalah check purse kawan gegirl dia . #typicalgegirlinmalaysia . k hashtag ni boleh mengundang orang buat pembunuhan kejam beramai ramai ke atas aku . dah check purse kawan gegirl tu gembira pulak dia . ketawa sana sini , tengok gambar sana sini , slip bank pun dia boleh jadikan gosip pulak . macam macam yang dia boleh jumpa dalam purse kawan gegirl dia tu . kalau kawan dia tu boleh simpan baju tudung and kasut dalam purse tu , aku rasa dia dah sumbat dah .

apa perbezaan wallet lelaki dan purse perempuan ?


WALLET LELAKI...

beberapa keping duit kertas


3 jenis kad bank *old school betul kad bank aku*


sekeping I/C dan dua keping lesen



PURSE PEREMPUAN...

keychain memang tak tinggal . makin serabut makin dia suka


segala jenis kad dia ada . tak kira semua benda dia nak jadi ahli


gambar daripada dia baby sampai umur dia sekarang mesti dia ada simpan .


rantai yang pakwe dia bagi memang dia akan simpan . yang mak dia bagi dia pakai



gambar family dia . ini bagus . yang lelaki takleh harap tak simpan pun *perli diri sendiri*


kalau purse dia besar dia sumbat coklat gak . 2 3 keping tak tinggal .


duit syiling sebanyak alam . tu wajib .


gambar boyfriend . ini lagilahn wajib . letak kat front cover laktu .


kalau withdraw seratos tak cukup . mesti lima ratos dia nak simpan dalam purse .


couple ring wajib dia simpan . bawak kemana mana , letak dalam purse .


ada lagi yang aku tertinggal tak ? cer gegirl selongkar purse korang ?


lepas dah baca entry ni , mana mana boboi yang ada simpan macam macam benda mesti nak kosongkan jadi macam wallet aku . ceh berlagak . yang gegirl pulak lepas baca entry aku ni , mesti nak sumbat lagi macam macam dalam purse dia . yang penting , dia tak akan tinggalkan gambar dia masa kecik ke besar ke , kad jusco , kad tesco , kad avon , kad sendayu tinggi , kad guess , kad body shop and bla bla . kalau kat pasar borong jual jual ikan tu boleh guna card atau ada member card , mesti card tu pun ada dalam purse dia . k lepasni kalau ada muka depan metro "PELAJAR MAUT DIPIJAK BERAMAI RAMAI OLEH SELURUH GADIS DI MALAYSIA" tu , aku lah tu . sekian .


NOTE : kalau lelaki makin kecik wallet tu makin dia suka , yang perempuan makin besar wallet tu , makin dia suka . 


Monday, May 13, 2013

she's the one

ASSALAMUALAIKUM

tersebut kisah seorang budak kecil .


DI TADIKA..

"Ijat , kau ada makwe ?"

"Ada  , Ibu aku"

"weeee tak malu . tu bukan makwe , itu mak . ijat tak malu tidur dengan mak dia lagi"

"haah , sebab aku sayang Ibu aku . kau tak malu , kau tak sayang Ibu kau sebab tu kau tak tidur dengan Ibu kau"


DI SEKOLAH RENDAH..

"Aizat janganlah menangis . kan dah darjah satu . nanti balik Cikgu panggil Ibu ok ?"

"tak nak... nak Ibu... nak Ibu...."


DI SEKOLAH MENENGAH..

"Jat , jom keluar lepak nak . shisha ke , mamak ke jom !"

"takpelah weh , Ibu aku bising nanti . Dia marah kang"

"pergh pergh anak mak lah siot !"

"haah , kenapa ? kau anak angkat mak kau ke ?"


DI UNIVERSITI..

"kau ni jat tetiap malam Ibu kau call . ada je topic kau nak cakap kan ?"

"haah , sebab dia Ibu aku"

"memanglah , tapi tak kan sampai kahwin pun kau nak macam ni"

"yap , even jodoh aku pun kalau Ibu aku tak suka , macam mana sayang aku kat perempuan tu pun , aku akan dengar cakap Ibu aku"

"sebab ?"

"sebab dia Ibu aku"

"yelah kenapa pulak ?"

"9 bulan dulu kau duduk dalam perut Ibu kau ke dalam perut awek kau ? fikir"


siapa kanak kanak tu ? ye , aku . kau cakaplah , ajaklah macam mana , kalau Ibu cakap "NO" , bagi aku akan "NO" jugak . mungkin ada orang kata aku dah tua bangka pun masih nak ikut cakap mak . bayangkan kalau kau keluar tanpa restu Ibu kau , tak sempat nak balik ada orang langgar kau dan kau pergi tanpa sempat Ibu kau cakap "Ibu maafkan semua kesalahan kau" . sanggup ? semua orang tidak akan ada kesempurnaan termasuklah aku , semua orang pernah melakukan kesilapan termasuklah aku .

kalau kau tak boleh nak buat baik dengan orang lain , buatlah baik dengan Ibu dan juga Ayah kau .



Ibu ,

terima kasih atas kasih sayang ,

terima kasih atas bergelen gelen susu badan yang Ibu berikan ,

terima kasih atas senyuman yang Ibu berikan ,

terima kasih atas segala ilmu yang Ibu tunjukkan ,

terima kasih atas segala penat lelah untuk membesarkan kami ,

terima kasih atas perlindungan ,

terima kasih atas pujukan ,

terima kasih kerana melahirkan .


sekarang , duduklah di belakang . terima kasih kerana selama ni berada di hadapan . even macam mana pun masa depan , ingat , kami sentiasa menjadi benteng di hadapan .


SELAMAT HARI IBU , PUAN NORIAH .





Tuesday, May 7, 2013

kalau baca mesti kau bengang

ASSALAMUALAIKUM

hai , apa khabar semua ? ok takyah kau nak tunjuk baik sangat Aizat depan semorang nak tanya khabar segala kan . semakin hari ni semakin hangat aku rasa lepas Pilihan Raya Umun ke 13 ni kan . tak kira mak orang , ayah orang , anak beranak orang semua dok membincangkan isu PRU13 ni . bagus , amalan keluarga yang sihat . di samping tu , aku bersyukur gak sebab masih terus dikurniakan dan diberi peluang untuk menikmati keamanan dan kedamaian yang ada sekarang . yang pot pet pot pet tak puas hati tu kau tolak je tepi jejauh . takyah dengar , tutup telinga , pasang earphone dengar lagu Mariah Carey lagi baik . 

nak cerita apa pulak kan harini ?

dalam pada kesibukan aku berkerja kan , sempat gak aku dok terbaring baringkan kepala aku atas meja . bukan sengaja nak baringkan kepala aku atas meja , tapi tak sengaja . boleh pulak tak sengaja kan . tetibe dalam pada dok berkhayal macam nak tidur tu , tetibe teringat ada satu cerita yang boleh gak aku buat modal nak cerita kat korang . aku pun terus lah mengoogle google dengan gigih gambar gambar yang berkaitan untuk aku tunjukkan kat korang yang mana ada kait mengait jugaklah dengan entry aku ni . kalau Ibu aku tahu kegigihan aku macam ni , mesti perut dia rasa sejuk macam ada beg plastik ais masa mengandungkan aku dulu . ok tak lawak . 

dan dengan kegigihan aku tu semua sampai setengah jam aku dok google gambar ni semata mata untuk kau , aku persembahkan kat korang gambar gambar ni semua , lepastu baru aku cerita apa kaitan gambar dia dengan tajuk entry aku yang terbakar panas berdarah ni . yang wifi rumah dia tak laju , kau pergi kejap umah jiran kau yang wifi laju . dah habis baca entry aku , dah tengok gambar baru kau balik rumah . 












ok belum aku cerita apa apa lagi kau dah rasa terbakar ye tak dengan hanya melihat gambar ni sambil terkebil kebil . kau belum tengok gambar kat bawah ni lagi . memang membara babe guwa cakap sama lu . bukan nak cakap apa lah kan , come on , macam ni ke mentality yang perlu kita pupuk ? ok terasa macam aku ni cikgu sivik sekolah rendah pulak . 








ok dah aku rasa takyah kau nak refresh page ni banyak banyak kali . takyah nak tekan refresh page 5 , 6 , 7 malah 8 kali . sebab apa ? sebab memang gambar tu crack . takda gambar apa pun sebenarnya . kau refresh lah sampai ke esok pun dia tak akan keluar gambar kau paham ? even tenet kau selaju 7GB sekalipun tak akan boleh kau tengok gambar tu . k tak lawak Aizat . amacam ? terbakar tak kau baca entry ni sambil jari kau dok tekan butang refresh dari tadi tak henti . penat tau aku google macam macam semata mata nak cari gambar crack kat atastu . big clap untuk kegigihan aku . kbai .


NOTE : dah tak rasa mengantuk kan lepas baca entry aku ? yeay !