APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, July 25, 2011

30 HARI

PART IV (CONT'D)


“Eh, apa awak cakap tadi saya tak dengar?”, kata Allia lalu cepat-cepat mengelap airmatanya yang terjatuh.

“Tak, kenapa awak menangis ni? Awak ada masalah ke? Awak tak sihat?”, kata Dzarriq memegang bahu Allia.

“Ah ? Saya okey, Arriq. Saya sedih bila ingat balik cerita tadi”, kata Allia menyembunyikan sesuatu.

“Kalau awak tak ok, awak cakap taw. Nanti saya hantar awak balik”, kata Dzarriq dalam nada memujuk.

“Te..Terima kasih, Arriq”, kata Allia tersekat-sekat.

“Ok, perut saya pun dah lapar ni. Jom kita pergi makan?”, kata Dzarriq lantas memimpin tangan Allia.

“Arriq, aku tak tahu sampai bila aku harus bertahan dengan keadaan macam ini. Aku tak mahu terus merahsiakan perkara ini. Tapi kau tak bagi aku peluang Arriq, peluang untuk bersuara. Aku tak kuat Arriq, aku tak kuat”, bisik hati Allia sejurus Dzariq memimpin tangannya sambil tersenyum.

Sejurus selepas makan, Allia dihantar pulang oleh Arriq. Arriq berasa gembira hari ni. Allia pun merasa bahagia melihat Dzarriq bahagia tetapi tersingkap kesedihan dalam kegembiraannya. Allia hanya memerhati tatkala kereta milik Dzarriq dipandu beredar dari kawasan rumahnya. Sekali lagi airmatanya menitis.

“Kau mesti kuat, Lia”, bisik hati Allia.

Semakin hari mereka bersama, semakin bertambah sayang Allia kepada Dzarriq begitu juga Dzarriq. Setiap hari Dzarriq akan merasa bahagia dan tidak sabar-sabar untuk bertemu Allia. Namun, kadang-kadang Allia terpaksa berdalih jika pada hari tersebut dia tidak dapat berjumpa dengan Dzarriq kerana menyelesaikan perkara yang penting untuk dirinya.

“Cinta terbahagi kepada dua, cinta kepada Allah dan cinta kepada manusia. Jika kita cinta kepada manusia tetapi kita abaikan cinta kita kepada agama, cinta tersebut tidaklah sempurna. Jika kuatnya cinta kita kepada agama, maka sempurnalah bila kita mencintai seseorang kerana kita akan membimbingnya ke jalan agama. Cinta itu kurniaan Allah yang indah tapi jika kita menggunakan cinta untuk kepuasan diri kita, maka rugilah kita sebagai insan yang dikurniakan cinta. Dalam bercinta ini, macam-macam pekara kita perlu jaga, iman, nafsu, amal. Kalau salah satunya kita tidak jaga, nescaya syaitan akan menghasut kita melakukan perkara yang sesat”, kata Allia pada Dzarriq sewaktu mereka bersama-sama berehat di bawah pokok yang rendang.

“Setiap orang dikurniakan cinta?”, soal Dzarriq.

“Ya, setiap orang dikurniakan cinta. Cinta tidak akan datang jika kita tidak cari, Arriq”, kata Allia lalu berdiri menghirup udara segar.

“Kalau mereka yang dipaksa berkahwin, akan ada cinta juga untuk mereka?”, soal Dzarriq lagi.

Allia tersentak seketika tatkala mendengar persoalan daripada Dzarriq. Dia menoleh memandang muka Dzarriq dan pandangannya dialihkan semula ke hadapan sebelum menjawab pertanyaan Dzarriq.

“Walaupun kita dipaksa berkahwin, jika itu jodoh buat kita, akan ada cinta juga untuk kita dan akhirnya akan menemukan kebahagiaan. Walau berat manapun dugaan dan rintangan, jika itu adalah ketetapan jodoh buat kita, kita akan bersama juga dengan dia. Cinta bukanlah untuk pasangan yang bercinta sahaja dan cinta juga mungkin wujud dalam persahabatan. Cu.. Cuma.. Maafkan saya, Arriq. Saya balik dulu. Saya ambil teksi”, kata Allia lalu berlari sepantas yang boleh tanpa sempat ditahan oleh Dzarriq.

“Lia… ! Lia…! Tunggu Arriq.. !”, kata Arriq tanpa sempat mengejar dan dalam keadaan terpinga-pinga.

“Maafkan Lia, Arriq. Maafkan, Lia..!”, kata Lia perlahan diiringi airmatanya yang deras bercucuran.

*                                             *                                             *

HARI 18

“Lia, dah 18 hari dah kita bersama. Tinggal 12 hari saja lagi kita akan back to normal”, kata Arriq sewaktu mereka dalam perjalan ke library bersama.

Allia hanya tersenyum.

“Nanti masa hari ke 30, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak. Tapi saya nak awak terima tau”, kata Dzarriq sambil tersengih.

“Arriq, macam mana kalau hari ke 30 tu saya tak jumpa dengan awak?”, kata Allia menyoal Dzarriq.

“Tak jumpa saya? Awak nak kemana?”, kata Dzarriq seperti tidak mengerti apa yang hendak dikatakan oleh Lia.


bersambung...