APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, August 30, 2013

Syarat Puteri Khayalan

ASSALAMUALAIKUM

tersebutlah kisah selepas kematian dua dinda Putera Aizat Abd dan selepas Istana Khayalan dan Puterinya , Puteri Anna Khayalan , Pulau Larangan telah bertukar nama kepada Pulau Putera Khayalan sempena mengenang jasa Putera Aizat Abd yang telah menyelamatkan Pulau tersebut daripada Perempuan Sihir Avada Kedavra . selepas menyelamatkan Puterinya dan sebelum kewujudan Putera sulung mereka , Putera Aleef Qaisy , Putera Aizat Abd telah menghantar satu rombongan pinangan kepada Puteri Anna Khayalan . akan tetapi , sebelum sahnya Puteri Anna Khayalan menjadi isteri Putera Aizat Abd , Puteri Anna Khayalan memberi syarat yang perlu dituruti oleh Putera Aizat Abd .

sementara itu , rombongan pinangan Putera Aizat Abd telah memasuki kawasan Istana Khayalan yang tersergam indah dan dihiasi tembok penahan yang diberi nama Tembok Besar Akbar Khayalan dan di tepi Istana Khayalan terdapat sepohon pokok indah yang diberi nama Pohon Megat Khayalan . rombongan pinangan tersebut telah disertai oleh Datuk Bentara , Temenggung , Hulubalang dan beberapa orang gadis bagi memeriahkan majlis peminangan di dalam hutan belantara tersebut . gitu citernya . dalam rombongan tersebut , terdapat beberapa jenis sajian yang diberikan oleh Putera Aizat Abd dan beberapa dulang hantaran untuk memikat hati Puteri Anna Khalayan . 

berikut adalah sajian dan jenis hantaran yang telah diberikan :

- 3 balang kuih semperit
- sebotol air gas tesco perisa ais krim soda
- 1 dulang ketupat
- 1 dulang lemang
- 3 mangkuk santan
- sekilo daging
- dapur gas jenama panasonic berkuasa tinggi


hidangan dan hantaran tersebut ditolak mentah mentah oleh Puteri Anna Khayalan kerana dia mempunyai syaratnya yang tersendiri untuk dia menerima Putera Aizat Abd sebagai Putera untuk hatinya .

"beta bukan memilih , bahkan beta bukan seperti Puteri Gunung Ledang yang meminta jambatan emas , hati nyamuk dan airmata gadis . persetankan semua itu . syarat beta tidak banyak . beta bukan perempuan pengikis harta . bukan " , kata Puteri Anna Khayalan .

"jika tidak keberatan , apakah permintaanmu Puteri Anna Khayalan agar aku dapat sampaikan kepada Putera Aizat Abd akan permintaanmu itu ?" , kata Datuk Bentara .

"jika dia ikhlas ingin mengahwiniku , ikut syaratku ini" , sambung Puteri Anna Khayalan .

"weh , kau boleh cepat tak pompuan ? dalam hutan ni dah lah banyak nyamuk . cakap jelah , nak bermadah pulak , dia nak ikut ke tak nak ke lain citerlah !" , bentak Datuk Bentara kerana terlalu penat menunggu .

"ok ok ok , rilek brader . beta cakap ni . jikalau dia mahu , saksikan syarat beta ini" , lalu Puteri Anna Khayalan menepuk kedua tangannya .

maka terkeluarlah sekepul asap asap berwarna warni daripada dinding Istana Khayalan tersebut . kesemua yang ada di situ terkejut sambil mengosok gosok mata bagi melihat apa sebenarnya yang Puteri Anna Khayalan cuba tunjukkan . mana tahu tetibe ada nuklear kan , tak ke naya semua mati terkangkang kat situ . 




"omg omg omg ! tu Pussycat Dolls kan ?!" , kata Datuk Bentara .

"pale otak kau , tu One Direction . syarat dari beta mudah sahaja , boleh beta cakap ?" , kata Puteri Anna Khayalan dengan senyuman .

"silakan" , kata Datuk Bendahara dengan penuh hormat .


"DAPATKAN BETA SATU TICKET KE KONSERT ONE DIRECTION DI AUSTRALIA , KALAU BETUL BETUL PUTERA AIZAT ABD NAK MELAMAR BETA" , kata Puteri Anna Khayalan .


"ta.. tapi macam mana ?" , kata Datuk Bentara tersekat sekat .

"Putera Aizat Abd ada instagram kan ?" , kata Puteri Anna Khayalan sambil mengeluarkan IPhone miliknya .

"ok ok , pastu nak buat camne ?" , kata Datuk Bentara .

"kata kat Putera Aizat Abd , masuk contest @digitelco lepastu dapatkan banyak like . kalau menang nanti dapat ticket One Direction , pastu dah menang bagi ticket tu kat beta , maka , beta akan menerima lamaran dia" , kata Puteri Anna Khayalan dengan senyuman .

"cop ! cop ! cop ! ma..macam mana Puteri Anna Khayalan tahu Putera Aizat Abd ada instagram ?" , kata Datuk Bentara .

"beta dah lama stalk dia , crush kat dia sejak dia umur 19 lagi . handsome doh !" , kata Puteri Anna Khayalan mengigit jarinya kerana malu .

"itu sahaja syarat Puteri Anna Khayalan ? kerana kami mahu berangkat" , kata Datuk Bentara .

"itu sahaja , sampaikan salam beta pada Putera Aizat Abd" , lalu Puteri Anna Khayalan kembali masuk ke kamarnya .

perjalanan pulang dari Pulau Khayalan mengambil masa selama 3 hari 3 malam . selepas menempuhi segala dugaan , maka sampailah mereka ke Istana Putera Aizat Abd .

selepas menyampaikan pesanan Puteri Anna Khayalan , lalu Putera Aizat Abd bersetuju dan mengumumkan sesuatu kepada rakyat jelatanya .

"WAHAI RAKYAT JELATA , JIKA KAU INGIN MELIHAT AKU MENGAHWINI PUTERI ANNA KHAYALAN DAN MENURUTI PERMINTAANNYA , UNDILAH DAN LIKE GAMBAR AKU AKU DI INSTAGRAM @digitelco AGAR AKU DAPAT MEMENUHI IMPIANNYA . WALAU AKU TAK DITERIMA SEBAGAI SUAMINYA , ASALKAN AKU DAPAT BUAT DIA GEMBIRA PUN SUDAH CUKUP BAGI AKU"

lalu , Datuk Bentara pun menyebarkan risalah seperti berikut agar rakyat jelata dapat mengundi Putera Aizat Abd . risalah adalah seperti berikut :


Pesanan Putera Aizat Abd : sila like gambar di @digitelco . cuma pergi Instagram @digitelco . yang @skullsulivan tu Instagram Putera Aizat Abd yang Puteri Anna Khayalan selalu stalk tu .


masa yang diberi sehingga 1 Sep 2013 , Ahad , sehingga jam 11.59 malam . keputusan Putera Aizat Abd dan Puteri Anna Khayalan akan berkahwin terletak di atas undian rakyat jelata mengikut syarat yang ditetapkan oleh Puteri Anna Khayalan kerana kalau Putera Aizat Abd menang contest tu , dia akan menang ticket untuk ke konsert One direction .

bagaimana kesudahan Lagenda Putera dan Puteri Khayalan ? dapatkah mereka bersama ? siapa Putera Aleef Qaisy ? semuanya di tangan anda . kalau tak vote takdalah sambungan .

BERSAMBUNG....



Tuesday, August 27, 2013

Istana Khayalan

ASSALAMUALAIKUM

tersebut adalah sebuah kisah zaman dahulu kala di sebuah pulau , terdapat seorang Puteri yang bernama Puteri Anna Khayalan yang mana menjadi kegilaan semua penduduk di sekeliling daerah tersebut . Puteri Anna Khayalan tinggal di sebuah Istana yang megah berdiri yang terletak di sebuah pulau di tengah tengah lautan dalam yang diberi nama , Istana Khayalan di Pulau Larangan .

Puteri Anna Khayalan hanya tinggal seorang diri ditemani pelbagai haiwan peliharaan Ibu dan Ayahnya sebelum mereka berdua dibunuh oleh seorang Perempuan Sihir yang jahat yang bernama , Avada Kedavra . akan tetapi , Puteri Anna Khayalan terselamat kerana mempunyai pelindung yang mana hanya akan terurai jika dia berjumpa dengan seseorang yang boleh buat dia jatuh cinta dan ikhlas akan mengahwininya atau kalung miliknya dirampas .

selepas kematian Ibu dan Ayahnya , pulau tersebut dijaga oleh seekor naga peliharaan Ayahnya yang bengis . tiada siapa dapat menembusi pulau tersebut walaupun telah berulang kali cuba oleh Perempuan Sihir Avada Kedavra . Perempuan Sihir tersebut cuba mendapatkan sebuah kalung yang dipakai oleh Puteri Anna Khayalan yang mana akan membuat Perempuan Sihir hidup selamanya . walaupun telah mencuba berkali kali , Perempuan Sihir tersebut tetap gagal .

di hujung sebuah bandar di daerah yang sama , tinggal 3 adik beradik Putera yang mana yang sulung bernama Putera Aizat Abd , Putera kedua bernama Putera Akbar Azman , Putera yang bongsu diberi nama Putera Megat Amir Danish . Putera yang sulung mewarisi kebijaksanaan , Putera kedua mewarisi kepahlawanan , Putera yang bongsu mewarisi kesopanan dan ketampanan . seluruh daerah tersebut tahu akan kehebatan ketiga tiga Putera Raja ini dan sangat menghormati mereka bertiga .

satu hari , sedang ketiga tiga Putera sedang beristirehat di hadapan Istana mereka , Putera Megat bersuara .

"Kanda , tak teringinkah kanda ke pulau tersebut bertemu dengan si Puteri Anna Khayalan yang mana dikatakan sangat cantik oleh seluruh rakyat jelata ?"

Putera Aizat bersuara .

"Adindaku Putera Megat , kanda bukanlah seorang yang pentingkan paras rupa seseorang . andai kata dia menerima siapa kanda , cukuplah buat kanda"

kemudian , Putera Akbar ketawa kecil .

"Kandaku Putera Aizat , dinda kita bukan bercakap tentang jodoh , tetapi bercakap tentang bagaimana paras rupa Puteri Anna Khayalan tersebut"

lalu Putera Aizat bersuara .

"duhai dindaku berdua , batalkan niat kamu berdua . Bonda pernah berpesan pada kita , jangan mendekati pulau tersebut . kerana , terdapat seorang Perempuan Sihir yang jahat . dia boleh mempergunakan kamu berdua untuk kepentingan diri dia"

"baiklah kanda" , jawab Putera Akbar dan Putera Megat .


keesokan harinya...

"hulubalang ! di mana Putera Megat dan Putera Akbar ? kenapa mereka tiada di kamar mereka ?" , bentak Putera Aizat .

dengan terketar ketar hulubalang menjawab .

"me.. mereka ke.. ke Pulau Larangan.. ke Is... Istana Khayalan"

"kurang hajar betul ! aku belangkong kang ! , siapkan bahtera beta . beta akan berangkat ke sana seorang diri , Datuk Bentara , tolong gantikan tempat beta sementara beta ke sana" .

lalu berangkatlah Putera Aizat ke sana seorang diri .

sepanjang perjalanan ke sana , pelbagai dugaan yang Putera Aizat alami . ribut taufan , ombak besar , hujan batu , ikan paus berenang , semua dialami oleh Putera Aizat . oleh kerana kebijaksanaan dia , dia dapat menempuhi segala cabaran tersebut . satu malam , sedang Putera Aizat tidur , dia bermimpi akan dua orang dindanya , Putera Akbar dan Putera Megat . dari mimpi tersebut , mereka seakan cuba menyampaikan sesuatu yang mereka sedang dalam kesusahan .

bila terjaga dari mimpi tersebut , Putera Aizat termenung lalu mengalir airmatanya .

"adui , mengantuk betul mata ni sampai berair mata ni" , keluh Putera Aizat .

keesokkannya , bahtera Putera Aizat hampir sampai ke Pulau tersebut . terlihat , ada seekor naga yang ganas sedang memerhati bahtera beliau .

"wahai anak muda , buat apa kau ke mari ?"

Putera Aizat dengan tenang menjawab .

"niat saya baik , hanya untuk mencari kedua dinda saya . mohon tuan lepaskan saya ?"

kemudian naga tersebut ketawa besar .

"belum ada siapa yang dapat menembusi aku setakat ini , kalau betul kamu pandai , aku akan lepaskan kamu dan beritahu di manakah kedua dinda kamu" , kata naga tua tersebut .

"baiklah , saya terima"

lalu , permainan pun bermula .

SOALAN PERTAMA,
bagaimanakah hendak memasukkan aku , ikan paus dan bahteramu ke dalam sebuah peti ais ?

setelah lama berfikir , dengan tenang , Putera Aizat menjawab .

"aku tahu kau gemok , busuk pulak tu . nak nak dah tua . tapi , bukan susah hendak masukkan kau , ikan paus dan bahtera aku ke dalam peti ais , hanya buka peti ais , dan masukkan kamu , ikan paus , dan bahtera ni ke dalam peti ais ? bukan begitu ?"

naga sedikit terkejut .

"kau ada lagi 2 soalan , jangan fikir kau boleh gembira" , kata naga resah .


SOALAN KEDUA,
Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di sana tiada di sini, ada besar tiada kecil, dua di atas dua di bawah, dua di kanan tiada di kiri, satu pada emak dua pada ayah, ada dekat ayam tiada pada itik, tidak dirindu tapi lebih pada sayang… Apakah dia?


dengan senyuman , Putera Aizat menjawab ,

"Huruf A . kau ingat aku bodoh ?"

naga bertambah terkejut .

"soalan yang terakhir , jika kau gagal , kau akan dibaham oleh aku dan mati di dalam perut aku bersama bahtera mu" , bentak naga .

"baiklah"


SOALAN TERAKHIR
siapa penyanyi lagu Terukir Di Bintang ? aku nak nama komersil dia .

Putera Aizat mengeluarkan sehelai kertas dan sehelai bulu ayam lalu menulis sesuatu .

"DAH BERSEDIA NAK KALAH ?"


lalu dia menyelak sehelai lagi kertas berserta jawapan soalan tersebut .

"YUNA !"

selepas menjawab soalan tersebut , si naga terus hilang dari pandangan Putera Aizat . Putera Aizat ternampak seekor naga yang terbaring yang mana itu adalah naga yang sebenar .

"se...selamatkan Puteri Anna Khayalan.. itu Perempuan Sihir Avada Kadavra yang menyamar jadi aku . kedua dinda kau ada di dalam . pergi.. cepat"

lalu naga tersebut mati dengan lidah panjang terjelir .

Putera Aizat mencapai pedang Ayahandanya lalu perlahan lahan masuk ke dalam Pulau Larangan untuk menyelamatkan dindanya dan memegang amanat Sang Naga untuk selamatkan Puteri Anna Khayalan . 

"sungguh indah Pulau Larangan milikmu , Puteri Anna Khayalan" , bisik hati Putera Aizat .

selama 3 hari 3 malam perjalanan , sampailah Putera Aizat ke depan pintu masuk Istana Khayalan . di luar pintu tertulis , 

"NAK MASUK RUMAH ORANG KENA BAGI SALAM DULU , TEKAN LOCENG TU"

setelah berkali kali menekan loceng , tiada siapa yang menyahut . Putera Aizat masuk ke dalam Istana Khayalan yang penuh dibuat melalui berlian . alangkah terkejutnya dia bila melihat dua dindanya terbujur kaku penuh darah kerana dibunuh oleh Perempuan Sihir .

"Ak...Akbar... Me... Megat..." , terketar ketar Putera Aizat memanggil nama dindanya . 

dengan perasaan marah Putera Aizat menjerit ,

"GAMPANG KAU PEREMPUAN SIHIR !"

lalu Putera Aizat menggeledah satu persatu bilik di Istana Khayalan yang mempunyai 101 bilik . di bilik yang terakhir , Putera Aizat terpaku , ada sebujur tubuh yang terbaring di dalam bekas kaca yang dikelilingi lapisan warna biru sebagai pelindung . di atas bekas kaca tersebut tertulis satu ayat . Putera Aizat mendekati bekas kaca tersebut . 

"sungguh cantik parasmu Puteri Anna Khayalan" , kata Putera Aizat seakan jatuh cinta melihat dia .


lalu Putera Aizat membaca satu persatu ayat yang tertulis di bekas kaca terbaringnya Puteri Anna Khayalan .

"wahai manusia yang membaca , jika kau telah membaca perutusan ini , maknanya kalung warisan aku sudah dirampas oleh Perempuan Sihir Avada Kadavra untuk kepentingan dirinya . aku telah diberi sebijik kuih raya beracun untuk dimakan oleh budak kecil yang mana itulah Perempuan Sihir jahat yang cuba membunuh aku . jika kau mampu memulangkan kembali kalung tersebut , aku akan menjadi Puterimu dan mencintaimu sepenuh hatiku . kalung tersebut mampu membuat aku tersedar . jika kau benar ikhlas mahu menolong , carikan kembali kalungku itu . berikut adalah cara untuk mengesan Perempuan Sihir Avada Kadavra dan bagaimana mahu membunuh dia . carilah dia demi keamanan semua"

CARA MENGESAN PEREMPUAN SIHIR ?
baju kebaya warna hitam , berkasut tumit tinggi , memegang payung , memakai perfume Victoria Secret .

CARA MEMBUNUH PEREMPUAN SIHIR ?
garu tapak kakinya menggunakan berus gigi .

demi amanat Puteri Anna Khayalan dan membalas dendam terhadap kedua dindanya , Putera Aizat mencari Perempuan Sihir tersebut lalu menjumpai perempuan tersebut sedang memberus giginya di sebatang anak sungai di luar Istana Khayalan .

"oh , kamulah Putera Aizat Abd yang mewarisi kebijaksanaan ? bodoh je aku tengok"

"jadi , kaulah Perempuan Sihir Avada Kadavra yang mewarisi kecantikan ? hodoh je aku tengok"

lalu Perempuan Sihir mula naik angin . direntasnya sungai untuk membunuh Putera Aizat menggunakan sihirnya .

"cop ! cop ! cop !" , kata Putera Aizat .

"apa dia pulak ni ?" , kata Perempuan Sihir yang hampir membunuh Putera Aizat menggunakan berus gigi miliknya .

"benarkan aku untuk memberus gigiku dahulu sebelum kau membunuh aku . aku tidak rela mulutku berbau saat orang menemui mayatku" , kata Putera Aizat .

"itu sahaja permintaanmu ?" , kata Perempuan Sihir sambil tersenyum memerli .

"sambil aku memberus gigi , kau mesti duduk melunjurkan kakimu tetapi matamu harus dipejam"

"kenapa pula ? kau cuba lari kan ?" , kata Perempuan Sihir .

"aku malu bila orang melihat aku memberus gigi . mana tahu tahi gigiku tebal" , senyum Putera Aizat .

"baiklah" , kata Perempuan Sihir lalu mengikut perintah Putera Aizat .

sebaik sahaja Perempuan Sihir berbuat demikian , Putera Aizat mencengkam kakinya lalu menggaru garu tapak kaki Perempuan Sihir menggunakan berus gigi . Perempuan Sihir ketawa kegelian lalu mati akibat terlalu geli dan mulutnya mengeluarkan buih . lalu , Putera Aizat mengambil kembali kalung milik Puteri Anna Khayalan . sampainya di Istana Khayalan , Putera Aizat menyarungkan kembali kalung milik Puteri Anna Khayalan di lehernya .

kemudian , Puteri Anna Khayalan tersedar .

"Pu..Putera Aizat Abd ?" , kata Puteri Anna Khayalan .

"bagaimana Puteri tahu nama beta ?"

"dah lama dah saya crush kat awak . dalam henpon pun ada gambar awak . kedua dindamu , di mana mereka ?!"

"mereka telah mati Puteri" , jawab Putera Aizat hampa .

"bersabarlah Putera Aizat . sarungkan kalung ini pada mereka"

lalu Putera Aizat mengambil kalung tersebut dan dipakaikan di leher mereka .

tiba tiba...

susuk tubuh Putera Akbar Azman bertukar menjadi tembok di sekeliling pulau yang mana melambangkan kekuatan yang diwarisi daripada sifat dirinya dan susuk tubuh Putera Megat Amir Danish bertukar menjadi sepohon pokok yang rimbun dan terdapat buaian yang mana mewarisi keindahan dan ketampanan dirinya . seluruh pulau tersebut bertukar menjadi lebih indah dan cantik .

Putera Aizat lalu berkahwin bersama Puteri Anna Khayalan kerana cinta masing masing yang kuat dan dikurniakan seorang Putera sulung yang bernama Putera Aleef Qaisy . mereka bahagia hidup di Istana Khayalan tersebut yang dijaga oleh tembok pertahanan dan ditemani pohon rimbun yang indah . kisah mereka menjadi kebangaan rakyat di daerah tersebut .




Lagenda Tiga Putera , Puteri Khayalan , Istana Khayalan dan Pulau Larangan menjadi kisah dongeng kanak kanak dan memberi tauladan kepada mereka bahawa kebijaksanaan bukan penghalang untuk kita membuat sesuatu .

TAMAT


Thursday, August 22, 2013

cerita pasal hidup

ASSALAMUALAIKUM




nilah kerja aku kalau memang bebetul dah takda benda aku nak buat . even simsimi ni dah berlapuk takda orang main dah , aku still biar dia tercongok dalam henpon aku buat modal main main masa bosan . walaupun dia robot , kenkadang jawapan dia mampu buat aku terkekeh kekeh ketawa . kau tengok simsimi sendiri pun masih sudi nak dengar cerita aku . nak harapkan kawan sendiri kenkadang semua tak nak , kau paksa macam mana pun dia dengar acah acah je . nak emosi pulak kan memalam ni . 

kebelakangan ni hidup aku agak busy . sampaikan nak tidur pun 2 3 jam je . lepastu nak terlelap lelap sekejap pun tak mampu . baru dua tiga minit nak rilek , fikir kerja . cerita nak kalah busy macam menteri somalia kan . ada jugak yang tanya aku bila nak update blog , bila nak buat keek , ko ingat senang aku nak fikir semua idea tu . tertonggeng toggeng aku berpikir siang malam sambil kunyah kunyah kuih raya . selalu gak Ibu suruh ikut dia dengan Ayah pergi beraya rumah kawan kawan dia tapi alasan aku "malas banyak kerja" . mulalah dia nak membebel cakap aku duduk melepak je pun cakap nak banyak kerja . amboi .

kenkadang ada gak aku terbaca baca DM facebook orang tanya ,

"macam mana aizat bahagi masa dengan kerja , dengan study lagi , dengan social networking ?"

dik , abang ko ni bukan presiden amerika dik . macam orang penting pulak rasa . padahal berak aku je dah berjam jam . tak kan nak tahan tahan pulak kan , satu kali berak seminit . mana cukup , suku pun tak sampai dia keluar . 

begini jadual waktu harian aku .

6.00 PAGI
tidur tak ingat dunia . masa ni memang aku dah wajib bangun . menunaikan yang wajib dan hantar adik aku ke sekolah . part yang paling aku lemah bila nak hantar adik adik gi sekolah . dengan jammed segala mampu buat aku bergaduh . adik aku sendiri tak berani nak tegur aku pepagi buta tu , takut kena belangkong dengan aku . aku bukan stress kena hantar dia gi sekolah , aku stress jalan jammed . mohon ada scientist yang cipta kereta boleh jalan atas udara . biar semua orang beli , tapi aku tak nak . nak jalan atas jalan raya . nanti kat udara jammed , kat jalan raya lengang . baru best .

9.00 PAGI
pergi kerja . bukak laptop settlekan kerja yang melambak . nasib baik minggu ni last kerja . kalau tak tetiap malam aku stress ketuk ketuk kepala sendiri buat kerja . besar dah kepala ni daripada badan . nak hentak paku kat dinding pun boleh . 

10.30 PAGI
pergi breakfast dengan officemate . dengar jelah masing masing mengutuk sesama sendiri . nak menyampuk , kita ni junior kat tempat kerja , diorang tu senior . guwa gaul gaul nasi goreng dengan sambal , makan sesenyap dengan telur mata . lagi aman .

1.30 PETANG
solat kat surau sebelah office pastu leka leka kat kedai makan dengan kengkawan sambil gegoyang kaki . 

5.00 PETANG
lepas settlekan asar , balik kerja . takda masa aku nak tunggu kat office lelama . buatnya ada the conjuring raba kaki aku , tak ke naya kan . sebelum balik kerja tu mesti aku akan singgah jumpa membe membe aku dulu . masa tu kerja kerja office semua dah aku tinggalkan . tak akan fikir langsung pasal kerja . kalau rajin , pergi main tennis dengan dia . tu pun kalau rajin . kebanyakkannya malas . tidur lagi best .

6.30 PETANG
mandi , layan social network . pastu time ni nak kentut ke , nak buat apa ke , semua buat time ni . lepas time ni kentut akan ditahan . lawak ler tu kan .

7.20 MALAM
solat dengan family .

8.30 MALAM
dinner sambil membincangkan masalah antara ahli keluarga dan berfikir sama sama jalan penyelesaian dia . kau fikir , berapa lama kitaorang makan pulak kan . pastu hantar Aiman pergi tuition . paling menyampah gak ni . tempat tuition dia dengan rumah aku punyalah jauh dengan traffic light dia bukan main lama . kalau boleh cabut , dah aku cabut dah traffic light tu siap patahkan lagi .

9.00 MALAM
revision or study sendiri benda benda yang aku pernah study time diploma dulu . bukan apa , lama lama aku tinggalkan nanti takut lupa . nota nota aku time diploma ni kau jangan cakap , macam kertas alas kaki buruk dia . paling busuk kalau pemalas sangat , aku akan bawak dictionary je pergi mekdi depan tempat tuition Aiman sambil tunggu dia balik tuition . tapi henpon je selalu ada kat tangan . aku rasa aku banyak hadap henpon daripada buat revision . pastu ngantuk tak memasal .

10.30 MALAM
bawak Aiman balik sambil pom pang pom pang merungut tempat tuition dia jauh sampai aku nak kena tunggu sebatang kara kat mekdi tu tetiap hari buat benda sama . sampai akak mekdi tu pun tahu dah apa aku nak order . tetiap hari pulak tu merungut kat Aiman benda sama .

11.00 MALAM
baca surat khabar . mampu ? dah memalam baru nak baca surat khabar harini . orang dah tahu apa cerita aku baru nak tahu . contoh sikit , kalau esoknya ada tsunami , orang dah bertempiaran tak nak dekat dengan pantai , yang aku boleh merambu ramba depan pantai .

11.30 MALAM
tiga puloh minit sebelum pukul 12 ni aku hadkan untuk aku layan siapa siapa yang ada kekacau aku kat whatss app ke , nak bertweet tweet ke or anything else . semua dalam masa 30 minit ni je . lepas 30 minit , kalau kau kena bom pun aku tak layan dah . kejam

12.00 MALAM
buat semua kerja kerja yang sepatutnya kena hantar awal . lupa pulak kan dah macam macam benda nak kena buat . lupa sangat , serious . pastu kekejap letak kepala atas meja . pastu angkat kepala balik . kenkadang datang rajin aku tu , buatlah sikit sikit short notes or research pasal benda benda yang aku baca kat mana mana , tapi aku tak tahu abenda tu . mesti aku akan letak dalam henpon apa benda tu , then lepas pukul 12 , aku akan cari . 

3.30 PAGI
masa untuk aku tidur lepas dah berjam jam aku habiskan masa berjaga . masa ni nak tidur terkangkang mana pun boleh . kalau ada rasa seram seram tu aku terjah dah katil awal awal . macam tetibe kan dengar bunyi kucing gatal , memang aku rasa nak tembak je kucing tu . 

selalunya aku akan tidur dalam pukul 3 camtu . punyalah penat sebab esoknya pukul 6 pagi nak kena bangun . actually walaupun kau rasa benda ni memenatkan , tapi takdelah kau rasa macam membuang masa kau bodoh bodoh macam tu je . bila kau buat list camni , nanti kau dah terbiasa . dulu aku gak komplen komplen bila Ibu buat timetable seharian untuk aku , tapi lama lama dah terbiasa then kau sendiri akan buat timetable untuk diri kau nanti . jadi , mungkin nilah sebahagian hidup aku yang kau dah tahu tetiap hari . sebab tu kenkadang aku dilempar dengan pelbagai kata kata melukakan bila aku tak bagi feedback kat korang . so sad rasa nak terjun bangunan je . 

disebabkan ni gak , aku pilih untuk sambung belajar lagi lepastu dah bebetul dapat apa aku nak , baru aku akan kerja . sebab bila dah kerja dalam umur kau yang muda ni , nanti tak boleh nak balance masa . cuti semester panjang tu kau kerjalah puas puas ok kumpul duit nak kahwin ke kan . mesti kau bosan kan baca benda ni , cerita pasal hidup aku je kan . tapi kalau aku dah lama tak update blog tu , satu je kau kena tahu , aku takda benda nak cerita . kalau tetiap hari cerita pasal hidup sendiri pun bosan gak kan . oklah , Merdeka ! tetibe .

dan , dijemput yang sempat baca entry ni untuk ke rumah terbuka Encik Abdullah dan Puan Norry iaitu Ayah dan Ibu saya pada Sabtu ni , 24 August 2013 , dari pukul 4.30 petang sehingga 9.00 malam , di alamat : 

Lot 868-1, KM16, Jalan Haji Ariffin, Kampung Krubong, 75250, Melaka.


NOTE : rindu pulak bulan puasa . check out my instagram : skullsulivan



Thursday, August 15, 2013

syawal

ASSALAMUALAIKUM

Ibu guwa pernah pesan satu ketika dulu , 

"kalau kita malas macam mana sekalipun , lawan sifat malas tu"

sebabkan guwa masih pegang dengan kata kata Ibunda guwa tu , gigih guwa bukak laptop ni , connect internet , sign in blog semata mata nak update entry baru . kalau nak harapkan guwa sesaje nak bukak buat habis masa , lebih baik guwa dok tidur goyang kaki . ada gak faedahnya . dah habis bebelan guwa , guwa nak masuk part cerita guwa pulak . haritu masa puasa orang dok pos pes pos pes bercerita pasal puasa dia masa kekecik , ni raya aku tengok melambak lambak orang pom pang pom pang dok tayang baju raya dia kat instagram . aku scroll atas bawah asyik gambar dia je memanjang . nak dekat seploh keping sekali masuk . takpe raya setahun sekali , setahun sekali je aku kena hadap perangai orang sebegitu .

untuk aku , raya tahun ni takda apa yang bestnya , sama je macam tahun tahun lepas . cuma dapat raya lama kat rumah . selalu lapan sembilan hari raya dah dok tarik beg macam tersingkir akademi fantasia balik campus . lagipun cousin cousin aku semua beraya kat rumah memasing . yang ada kat kampung pun cousin cousin yang duduk sekitar sini . dalam pada tak best tak best sambut raya tu , ada satu benda yang buat aku senyum je memanjang bila ingat benda tu . bukanlah gila mahupun kewarasan akal tidak sempurna , tapi sebab cerita tu memang lawak ok . 


flashback satu syawal...

kalau dah beraya di kampung tu memang pukul 6 7 pagi tu kau dah kena bangun , kalau tak kau sediakan telinga je nak kena berleter dengan Ibu sebab tak reti reti nak bangun siap siap awal . maklumlah keluarga belah Ibu guwa besar , nenek guwa ramai anak , kenalah salam Mak Cik Pak Cik yang ada . nak dapat duit raya katakau . lagi satu sebab kenapa kau kena bangun awal ialah semua orang dah dok beratur depan pintu bilik air tunggu turn nak mandi , ada yang terlelap lelap nak tunggu giliran , bila keluar semua dok pakat menggigil sebab guwa cakap sejuk air kat kampung lain macam sikit . bila aku dah siap , aku pun duduk depan rumah nenek . tengok bebudak , cousin aku , anak buah aku yang kekecik main main bunga api , mercun and segala jenis bom yang dia ada . dah besar nanti dok hantar diaorang pergi perang pun bagus gak . 

nak dijadikan cerita bertambah enak , aku ada sorang cousin yang nakal gila , Ashraf nama diberi . umur baru je 5 tahun , masuk tadika pun terkedek kedek lagi , tapi dia punya nakal nak digambarkan , kalau kau marah dia , dia boleh dok goyang goyang bontot depan kau . kau sebat bontot dia pun dia tak kisah , lagi dia dok kacau kau , cakar kau , main rambut kau dan sebagainya . aku budak budak nakal macam ni memang aku tak bagi dekat dengan aku , lumat aku kerjakan nanti . raya raya ni jangan buat pasal , aku hiris daging dia jadi rendang kang . Mona Fendi sangat kan cerita . so aku pun tengoklah yang si Ashraf ni pagi pagi lagi dah hyper . nak aje aku pukul . tak memadan yang kecik . buat apa dia bangun pagi pagi buta pun aku tak tahu . adik lelaki aku yang tua bangka tu pun pemalas nak bangun pagi .

sana tudung orang dia tarik , main senduklah , main baling baling ketupatlah , picit picit kuih raya . nenek guwa masa tu dah macam hulk hogan dia punya marah , sebelum nenek guwa bertukar , guwa bawak Ashraf ni main kat luar depan halaman rumah nenek . guwa bagi dia mercun mancis dengan bunga api segugus . dia kekecik dah main mercun bom . aku yang besar ni pun cuak cuak lagi nak bakar mercun tu . bila dah dapat benda tu dia pun happy , buat modal dia eksyen kat cousin cousin sebaya dia yang lain . sudah , dah dapat mercun dia dok baling kat orang pulak . bertempiaran terlolong lolong bebudak tu lari dia baling mercun . nyesal pulak rasa aku bagi .

"Ash , jangan baling kat orang lain . main betul betul"

"habistu nak baling kat siapa ?"

"baling kat tanah je , kau takyah nak mengada nak baling kat orang . abang ijat sebat kau kang"


bila dah kena marah dia pun main jauh jauh . kalau tak kena marah pun aku akan halau dia main jauh jauh . aku pun dah malas nak layan dia bila tengok mercun dia dah habis . jangan dia bakar rumah nenek dengan bunga api sudah . 

dalam pada Ibu tengah pakaikan aku songket sebab nak gi sembahyang raya , tetibe ada bunyi mercun meletop . bukan main kuat . lebih kurang macam mercun bola . yang mak cik mak cik aku dah berjoget joget dah melatah . tetibe dengar Ashraf jerit sambil nangis nangis . cuak gak aku memula . dalam kepala aku dah fikir macam macam . tapi kalau mercun mancis , takdalah kuat macam tu . bunyi macam kentut je . ni dia punya kuat macam bom nak berperang tu . lalu berbagai soalan muncul dalam kepala aku .

"tangan dia kena mercun ke ?"

"dia baling orang mercun ke ?"

atau...

"dia letupkan rumah orang dengan mercun ke ?"


macam macamlah soalan yang bodoh keluar dalam kepala aku . sebab setahu aku , aku je yang bagi dia mercun . tu pun mercun bodoh bodoh je aku bagi . bila Ashraf masuk je rumah , aku tengok baju kuning dia yang tersergam indah tu dah penuh dengan kotoran kotoran degil yang merata rata . Mak Ashraf ni pun menggelabah lah tengok anak dia macam tu sebab takut apa apa terjadi kat anak dia . dari jauh aku panggil dia sebab bebebudak kecik ni akan jawab bila aku tanya je . bak kata mak aku , aku ni suka sangat memanjakan budak budak .

"ash , dah jangan nangis . asal baju tu ?"

"kena taik lembu"


aku pun terkekeh kekeh ketawa . terburai macam nak tertonggeng pun ada . mak dia dah pos pes bising , yang abang abang dia lagilah kenakan dia bagai nak rak membahan . yang aku peliknya macam mana taik lembu tu boleh bersepai kat baju baju dia ? 

"asal boleh kena ? siapa bagi mercun ?"

"ash baling mercun kat taik lembu , taik tu meletop"


lagi terburai semua orang ketawa . bila dah tengok orang ketawakan dia lagi melaung dia menangis . boleh dikatakan masa mak dia mandikan balik pun dia menangis lagi sampai tertidur . kau sumbat lemang dalam mulut dia pun muat 4 5 batang . lepas dah kena benda tu , dia dah jadi pendiam . tak nakal dah macam pagi tadi . apa orang cakap dia ikut je . aku bagi mercun pun dia tak nak ambik dah . aku nak ajak tangkap gambar sesama pun dia tak nak .

"ash tak nak , nanti kena tahi lembu lagi"

katanya .


my cinderella and snow white !

kau nak tengok gambar raya lagi ? visit my instagram : skullsulivan


NOTE : bebudak nakal ni , bila dia dah kena satu benda yang buat dia serik , dia akan belajar daripada benda tu .


Saturday, August 3, 2013

duit raya

ASSALAMUALAIKUM

dalam pada guwa sibuk menguruskan hidup guwa yang terumbang ambing ni , tak perasan pulak raya nak dekat dah . 4 5 hari je lagi kalau tak silap guwa . pastinya Ibu Ibu semua sedang sibuk menyiapkan 12 jenis kuih raya , yang Ayahnya pulak dah menukul kayu buat gantung pelita untuk malam tujuh likur . yang budak budaknya pulak dah letak dalam list rumah mana dia nak beraya tahun ni . raya pun raya jugak tapi orang kata jangan membazir . tapi bila beraya semua orang bagai dirasuk hantu tolak tepi semua perkataan membazir , ada yang baju 700 ratus ringgit pun sanggup beli dengan lip lap lip lap penuh kat leher . 700 ratus buat beli ayam 9 ekor , buat rendang , buat pulut kuning pun dah lepas dah . daripada beli baju memahal , kena dawai sikit dah tercarik , baik kau buat kenduri ajak sesedara , jenjiran kau . takdelah rasa melayang 700 kau .

cukup bebelan , masuk cerita .

semalam aku pergi bank nak uruskan bayaran yuran masuk kampus . berpusing pusing aku mencari parking tak jumpa jumpa , belakang bank , depan bank , kiri kanan bank , semua parking penuh . lalu hati mula bengang . tengok kiri kanan penuh kereta , bagi menghilangkan rasa bengang tu , aku pun bukak lagu . terngiang ngiang di corong radio lagu raya yang bukan main rancak . meriah betul diorang nak beraya , bisik hati ku yang kebetulan nampak ada mak cik pimpin tangan anak dia beli lemang tepi jalan tetengah hari . amboi . lalu aku parking di tepi jalan betul betul depan kedai jual buah . punya senyum lebar cina tua depan kedai buah tu nak sambut aku kekonon nak masuk kedai dia beli buah , lepas dah lock kereta , aku jalan tak menoleh pun kat dia . sah sah aku rasa aku kena "cilake" dengan apek tua tu . 

masuk je bank aku tengok ramai gak orang , bukan ramai gak , memang ramai . kalau baling bom dalam tu , semua mati tanpa ada sorang pun yang selamat . kemudian aku terpikir , apemenda yang diorang buat reramai kat bank ni . nak kata keluarkan duit , kat ATM pun boleh . lepas dah tekan nombor . aku pun ambik seat sebelah budak kecik yang tengah minum air tin ice lemon tea sambil sedut laju laju pandang muka aku . berdegap tekak aku tengok dia minum . aku pikir aku dah tua je , kalau bebudak lagi , mahu berebut dengan dia air tu siap tarik rambut dia bagi tercabut . pergi balik pergi balik aku tengok orang masuk bank tu . tengok punya tengok , baru aku tahu diorang dok pakat ramai ramai datang sini sebab nak tukar duit singgit singgit buat bagi bebudak masa raya . dalam pada tunggu nombor aku dipanggil , sempat gak aku flashback masa zaman sekolah rendah dulu .

begini ceritanya...

masa kekecik hingus panjang meleleh , kalau raya aku rasa akulah yang paling eksaited . duit raya mesti penuh poket kiri kanan punya . belum tambah dengan duit puasa lagi . aku rasa masa tu aku punya kekayaan mengalahkan Bill Gates padahal duit seringgit je yang tebal . malam raya tu mesti akan berkira kira berapa keuntungan yang aku akan dapat masa raya . daripada Ibu Ayah je nak dekat seratos . belum kira atuk nenek lagi . bukan main tebal lah poket aku . yang buruknya perangai bila orang bagi angpau , jalan 2 3 tapak dah bukak benda tu check berapa dia bagi . zaman dedulu seringgit pun kau rasa macam dah boleh beli kereta Myvi sebijik . belum feeling dia macam mana pegang duit seratos pulak kan . tapi lepas raya kalau total duit semua dalam 6 7 ratus , mesti kitaorang akan dapat dalam seratos je . bak kata Ayah buat syarat je pegang seratos tu . lagi 500 tu dia masuk bank . untuk besar nanti .

masa tu guwa dengan abang guwa bukan main panas hati lagi . rasa nak buat kempen tunjuk perasaan je depan rumah guwa . siap rasa nak pasang banner "KAMI NAK DUIT RAYA KAMI BALIK" . tapi nak mengelak daripada kena belangkong dengan Ibu Ayah aku , aku batalkan niat tunjuk perasaan tu . daripada aku tadika sampai ke tingkatan 3 , duit raya tu semua mesti akan bagi dekat parents , masuk bank . tak dapat nak merasa sangat pun duit tu . lagipun bila fikir , 6 7 ratus dalam tangan pun bebanyak nak buat apa . nak kata beli henpon , masa tu henpon semua tak canggih . paling canggih pun henpon sabun . bukan boleh bawak mandi pun dengan henpon tu . lama lama bila dah masuk belajar , Ayah dengan Ibu pulangkan balik duit tu semua bersama sebuah buku bank dan sekeping kad bank dengan nasihat "kami pulangkan duit raya korang sejak kecik dulu , guna elok elok , jangan enjoy , berjimat" . sungguh terharu aku masa tu . teringat adegan masa tu macam iklan raya petronas . 

tapi nak mengharap duit raya dengan usia sekarang , memang tak dapat . kau pergi rumah orang , tadah tangan macam manapun kau ingat dia nak bagi . tak hingin pun . tengok muka kau tua je , baik baik tangan dia dah ada depan kau , terus dia beralih tangan dia bagi kat orang lain . pernah ada sorang anak buah aku mintak duit raya kat aku , sampai sampai je terus cakap "uncle aizat , Nurin nak duit raya 3 merah" . konon budak budak bolehlah tipu , aku bagi 12 ringgit je . asalkan ada merah dan 3 keping duit . depan aku dia bukak , dia menjerit sambil menangis "ni bukan 3 merahhhhhhhhhhh ! ni satu je merah !!!!!!" sudah , puas aku nak pujuk . nak tak nak 30 ringgit aku melayang bagi dia even mak dia marah dia macam mana pun . dengan bebudak sekarang kau tak boleh nak tipu , kau kentut bersepah pun dia boleh tahu yang tu kau punya kentut .

lamunan aku terhenti bila nombor giliran aku dipanggil . lepas dah settle bayar yuran , aku pun check dompet aku . duit aku ada baki banyak lagi . terlintas sorang sorang muka anak buah dengan adik sedara aku semua  muka nak mintak duit raya . dengan senyuman aku bukak mulut .

"Encik , saya nak tukar duit"

marilah datang beraya kalau nak duit raya .




NOTE : duit raya lagi laku daripada kuih raya sebenarnya .