APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, January 30, 2012

pengalaman mengajar kita

ASSALAMUALAIKUM

harini aku dapat satu cerita , cerita pengalaman kisah hidup seseorang yang telah diceritakan kepada aku . aku bukan sukahati je nak cerita tapi inilah realiti yang sebenar . cerita kisah hidup seseorang yang minta aku kongsikan sebab dia kata untuk pengajaran lebih mengenal erti hidup . okay kisah hidup dia memang penuh dengan dugaan dan cabaran until sekarang dia menjadi seorang yang berjaya . dan aku lah menjadi tempat dia menceritakan segala yang berlaku dalam hidup dia . aku gembira sebab aku juga dapat belajar melalui pengalaman yang telah dia bagitahu aku . okay , jom kita start , kang orang rasa macam nak lempang muka aku kan asyik dok bebel lama lama tapi cerita tak mula mula lagi . adoi , ok mari .

*                               *                                *

aku dibesarkan dengan suasana hidup yang begitu ketat , setiap hari aku akan menghadap buku . tiada social life , tidak mengenal erti dunia luar sebab latar belakang keluarga aku yang begitu mementingkan education . ayah bekerja sebagai engineer dan ibu sebagai pensyarah menjadikan aku setiap hari akan dididik menjadi anak yang berjaya . kadang kadang aku rasa macam hidup aku terlalu dikongkong dan aku ingin memberontak . tapi apakan daya sebab aku anak sulung dalam keluarga . aku hanya ada mummy , daddy dan adik perempuan aku seorang . walaupun orang kata tinggal di bandarlah banyak peluang aku nak nikmati zaman remaja aku tapi aku tak pernah nak mencuba sebab aku tahu mummy and daddy pasti akan marah . sehinggalah suatu hari , daddy dipindahkan ke kota yang ternama dan terkenal di Malaysia , Kuala Lumpur . dan di situ jugalah aku mengenal erti sosial yang sebenar .

hari pertama sekolah , aku dimasukkan ke sekolah swasta sebab daddy kata senang dia nak ambil aku and hantar aku ke sekolah . disebabkan jarak umur aku dan adik hanya selang setahun . masuk ke sekolah tersebut , ya , aku boleh lihat bagaimana gaya hidup pelajar pelajar di sana . semua bergaya , semua berada . even aku dilimpahi dengan kemewahan hidup , tapi aku disekat dengan kehidupan bandar yang ingin aku cuba . sehinggalah suatu hari , aku ditegur oleh empat sekawan . aireyl , affiq , zafry dan ijam . mereka datang ke arah aku , "kau anak lot tu kan ? aku tahu . kau tak payah jawab . kau nak join kitaorang ? kau memang ada rupa tapi tak akan kau nak macam ni je , jom ikut kitaorang" , ya aku mengaku yang mereka menjadi perhatian gadis di sekolah tersebut , aireyl anak kacukan menjadi kegilaan gadis tapi sifatnya agak pendiam , affiq kelihatan peramah dan periang , zafry nampak lebih matang dan berdikari , ijam kelihatan seperti budak nakal yang mempunyai kelembutan hati . mulai hari itu , aku sah menjadi rakan kepada mereka dan bermulalah hidup aku sebagai anak kota .

kali pertama aku keluar dengan mereka , aku diajak ke rumah mereka , lepak lepak , rumah affiq menjadi tempat kami lepak . rumah dia kosong sebab dia anak tunggal dan parents keluar bekerja , daripada keadaan rumah dia aku dah boleh agak yang hidup dia memang bebas tanpa ada sekatan pun dari parents dia . kami mula keluar , aku mula mengenal erti gembira tanpa ingat apa apa . yang aku tahu , aku gembira dengan life aku sekarang . setiap hari aku keluar dengan mereka sehinggakan kadang kadang ada ponteng sekolah tanpa mummy and daddy tahu . aku mula menyentuh estacy , aku mula menyentuh arak , aku mula pergaulan bebas bersama gadis . semua pesanan mummy aku lupakan . kadang kadang aku bagi alasan yang aku nak keluar sebab nak pergi tidur rumah affiq , mummy izinkan sebab dia ingat aku buat kerja sekolah . dan setiap hari jugalah aku habiskan masa aku dengan dosa dosa yang aku lakukan . 

aku menjadi lupa diri , aku bukan lagi seperti dahulu , anak lot dan budak bandar yang nerd tetapi yang didampingi mana mana gadis . tukar gadis macam ambil tisu sahaja . di sekolah , kami dikenali sebagai anak kota yang dikenali oleh pelajar di sekolah . aku lebih rapat dengan ijam sebab dialah rakan aku yang paling memahami aku dan tidak pernah mengenal erti penat menasihati aku . selalu dia kata "arriz , walaupun kau ikut perangai kami ni , aku just hope kau berjaya , tu je" and aku ingat pesanan tu sampai sekarang . sebab dia rakan baik aku . kehidupan aku makin lama makin teruk , masuk club sana sini , party sana sini . sehinggalah suatu hari adik aku bau sesuatu pada baju aku . dia tanya aku "abang , kau ambil apa ni ? kau drinking eh ?'" . aku hanya diam sambil makan breakfast aku , dia terduduk , diam , aku tak berani pandang muka dia sebab aku tak nak lihat dia sedih . aku sayangkan dia sebab dia satu satunya adik aku dan aku paling rapat dengan dia . dengan nada tersedu sedu dia cakap "kenapa kau buat diri kau macam ni ?" aku pandang muka dia , dia hanya tertunduk , sebutir air jernih jatuh dari pipi dia . 

aku rasa serba salah , tapi aku macam tak hiraukan perasaan dia . aku teruskan life aku macam biasa , dengan kehidupan yang bagi aku sangat selesa , kehidupan yang , memberi aku kebahagiaan hidup . one day masa aku dekat hall , aku terdetik nak naik atas , sampai di pintu bilik , aku terdiam lihat mummy duduk menangis memegang plastik jernih kecil berisi estacy aku . aku diselubungi rasa bersalah . tapi mummy tidak pernah bertanya . dia hanya dia dan melayan aku dengan baik sekali tapi kali ini aku lihat perubahan dia , dia lebih rapat dengan aku , dia lebih mengawal aku , sehinggakan aku nak keluar pun dia akan hantar . tak bagi aku keluar sendiri . tapi bila kat sekolah aku curi curi keluar . tapi , suatu hari , benda yang aku tak sangka berlaku . tanggal 23 March 2011 akan aku ingat sampai bila bila sebab tarikh itulah yang menjadikan hidup aku sunyi kosong . malam tu , birthday member kami dan dia ajak kami keluar macam biasa . ijam sangat gembira sebab dia kata dia nak habiskan masa dia dengan kami . dia nak happy je hari ini . dan memang aku lihat dia happy . aku nasihat dia , "ijam kau jangan suka sangat kau tu semput" tapi dia kata , alaaa harini je aku nak happy kan . 

after party aku duduk di luar sebab aku tunggu aireyl ke toilet , affiq and zafry pula pergi ambil kereta . tiba tiba ijam duduk sebelah aku . dia kata , "arriz , ambil gambar sama jom" lepastu aku hanya senyum dan ambil gambar dengan dia . dia cakap lagi "arriz , kaulah kawan aku yang aku sayang , kau ingat tau . arriz , kalau aku tak ada kau boleh hidup sorang sorang kan ?" . aku hanya ketawa , aku jawab "kau ni gila ! mestilah , kau ingat aku nak kahwin dengan kau ke ?" , dia hanya ketawa , pegang bahu aku and bangun . dia cakap dia nak pergi depan sebab nak reload sekejap . tengah dia melintas tiba tiba ada kereta lalu , dia just terlanggar cermin sisi kereta tu dah rebah terjatuh . badannya kaku . aku hanya tergamam lihat dia . aireyl yang dah keluar dari toilet terus ke arah ijam . aku masih lagi duduk tergamam . sehinggalah aireyl mengoncang goncang badan ijam , mukanya tertoleh ke arah aku dah aku terus bangun meluru ke arah dia . dan dia sudah tak bernyawa , pergi tinggalkan kami semua , tinggalkan dunia . macam dah ternyata , ajal maut ada dimana mana , even kita jatuh sikit sekalipun .

dan hidup aku semakin kosong sebab aku rasa kesepian dalam hidup aku . walaupun aku ada affiq , aireyl dan zafry , tapi hidup aku tak macam dulu . aku rindukan ijam . aku rindukan kenakalan dia , aku sentiasa ingat kata kata terakhir dia . bagaikan dugaan dalam hidup aku . suatu hari aku rasakan dada aku sakit . aku pergi ke hospital dan doktor mengesahkan yang aku terkena jangkitan kuman di paru paru dan rawatan laser terpaksa dilakukan . aku tergamam , dia kata kalau lambat akan menjadi lebih teruk . mummy hanya memberikan aku kata kata semangat walaupun dalam senyum dia ada kesedihan . dan pada hari aku berada di hospital , adik aku yang sentiasa menggembirakan aku jika mummy dan daddy kerja . sehingga adik aku bersuara dan memberi senaskah buku kepada aku "abang , kenapa kau jahat pada diri kau sendiri ? kenapa kau jadi macam ini ? kenapa kau tak kesian kat aku ? kau nak jadi aku jadi macam kau ? kau nak aku cari teruk macam kau ? kau nak aku takda masa depan ? aku sanggup tengok kau sosial tapi aku tak sanggup tengok kau mati ! kau kasihanilah diri kau abang , kasihan lah kat diri kau" dia mengelap airmata dia dan terus keluar dari bilik tersebut . aku hanya terdiam dan memegang buku yang diberikan kat aku , MENCARI MAKNA HIDUP .



aku cuba selak buku tersebut dan aku tertarik untuk baca . setiap hari aku di sana aku habiskan masa dengan membaca buku tersebut . hati aku terbuka untuk kembali , untuk ubah hidup aku sebab aku tak nak terus hidup macam ini . hidup yang merosakkan masa depan aku , hidup dalam penuh dengan dosa . apabila keluar daripada hospital , aku seakan mendapat semangat baru . aku mula ubah diri aku dan kawan kawan juga faham dengan keadaan aku . aku masih berkawan rapat dengan mereka tapi kehidupan aku bersama mereka aku sekat . aku menjadi lebih berusaha dan Alhamdulillah kehidupan aku bertambah baik . aku mellanjutkan pelajaran dalam bidang architecture setelah setahun aku berusaha untuk menjadi yang terbaik . rezeki ada di mana mana yang penting usaha kita tak tidak putus . mummy dan daddy bangga dengan aku . aku menjadi contoh kepada adik aku . aku tak nak dia ikut jejak langkah aku yang dulu . aku nak dia menjadi wanita yang berjaya dalam hidup . aku tak akan sia siakan hidup aku lagi . aku akan berusaha menjadi yang terbaik , aku akan menjadi kebanggaan mummy dan daddy , dan aku gembira sebab aku dapat tunaikan kata kata yang selalu ijam kata kat aku , menjadi seorang yang berjaya . aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk mendapat kehidupan yang baru , kehidupan yang mendekatkan diri aku dan akan selalu dekat kepada-Nya . syukur ALHAMDULILLAH - ( Mohd Dammian Sharriz )

*                               *                                *

dan inilah kisah hidup dia yang memberikan aku banyak belajar tentang hidup . walaupun ada cerita yang terkurang di sini tapi aku dah masukkan semua yang aku dengar dari dia atas permintaan dia . cerita ini bukan nak menunjukkan keburukan dia tapi menjadi pengajaran dan contoh yang kehidupan bukan tidak boleh diubah tapi manusia yang tak nak usaha ubah . okay serious aku proud dengan dia sebab dia dah pun menjadi orang yang berjaya sekarang . aku harap yang terbaik untuk dia dan aku dah mintak tolong dia , kalau aku nakal nakal lempangkan aje muka aku . tapi jangan kuat kuatlah , senget pipi nanti . okay untuk semua , ini cerita benar bukan rekaan dan aku harap renung renungkan , kita hidup kat dunia ini hanya sementara . bukan kekal , yang penting ingat kat ALLAH .


NOTE : speechless