APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, September 15, 2015

Trip to South Korea : Seoul Day 4

ASSALAMUALAIKUM

Punyalah lama gap daripada Day 3 nak menyampaikan Day 4 kan, sampai aku pun macam orang hilang ingatan nak ingat satu satu balik apa yang aku buat masa Day 4. Maaflah dah berusia ni kan ingatan ni kena paksa sikit, kalau rasa tak ingat tu, wajib kena ketuk ketuk kepala sikit guna lesung terkejut sikit otak tu.


Seoul, July 31, 2015

Harini plan memang nak bangun awal ataupun aku yang terbangun awal? Mula mula kan sebelum sampai dekat Korea ni dah mula berangan pagi pagi nak bangun pergi jogging sambil pakai headphone macam hero hero dekat Korea, konon boleh buat muscle dekat sana. Biasalah kan manusia, tak perfect. Bangun dah awal pun takda niat dah nak berjogging bila baring atas katil lagi best daripada berjogging. Harini cuaca pun nampak macam ok since beberapa hari ni memang hujan sikit and agak susah bila nak gerak mana mana sebab hujan kan, nak tak nak confirm baju ada basah even kau dah berpayung sebesar payung peniaga bazaar Ramadhan. 

Macam biasa ikut schedule, destination harini, Dongdaemun Design Plaza and Hongdae. 


Binggrae Korean Banana Milk


Banana Milk ni dekat Korea memang famous even kalau kau tengok idol selfie ke dalam drama ke dia ada kasi dekat BF dia ke GF dia ke dengan sticky notes tulis I Love You. Untuk beginner kan, mula mula minum kau akan rasa macam nak campak terus susu ni dekat muka orang sebab rasa dia macam cake pisang kau rendam dalam air then minum, tapi sebenarnya benda ni sangat sedap trust me and korang boleh dapat dengan harga yang affordable, 1000KRW je. Kalau rasa macam tak sempat nak grab anything untuk breakfast, korang boleh minum ni je and kenyang sampai minggu depan. 

Lepas dah siap siap and breakfast, semua mula bersepah keluar. Sebabnya dekat sini if kau keluar pukul 2 3 petang ke memang goodbye lah dekat semua tempat best best. Even kau rasa macam senang je train boleh dapat every minutes, tapi nak ke satu tempat tu agak jauh. Kiranya kalau kau memasak pun boleh siap 2 3 lauk jugalah then baru sampai tempat korang nak pergi tu. Plus, dekat sini cafe cafe or coffee shops memang everywhere. Takyah takut rasa haus ke lapar ke sebab sepanjang nak pergi train station tu shoplot dia memang penuh dengan coffee shops je. Takyah pening juga nak cari makanan or apa yang korang nak makan buat alas perut. Tak payahlah sampai beriya nak makan berat berat.


Kat sini kalau kau tak pegang benda ni masuk train, kau adalah manusia pelik sebab semua orang 
akan bajet cool pegang coffee.


Masa on the way nak ke Hongdae (please dia singkatan untuk Hongik University, jangan cari Hongdae dalam map sebab kau pusing satu Korea pun tak jumpa) kitaorang ada singgah juga dekat Dongdaemun Design Plaza. Aku rasa dalam runningman banyak kot dia casting dekat sini. Tapi sebab masa tu memang panas gila and kalau ambil gambar pun muka semua bekerut, we guys decide pergi Hongdae dulu untuk shopping. If korang memang pergi Korea untuk shopping kan, make sure korang serbu dulu kawasan kawasan yang belakang dia ada University ni sebab dekat sana ramai student and budak budak muda. Orang kata sambil menyelam minum air. Sambil korang shopping baju yang lawa lawa tu korang boleh cari jodoh dekat sana. Dapat terus kewarganegaraan Korea.

And kalau korang rasa korang ada banyak baju pelik yang korang rasa akan dikecam rakyat bila pakai dekat Malaysia, pakailah dekat sini sebab even kau pakai baju ikat dekat kepala ke buku lali ke or lutut, orang akan rasa kau sangat up to date. Tapi janganlah sampai nak kena pakai bulu bulu dekat leher tu aku tampar dahi kau nanti. 


Wajib masuk setiap kedai dekat sini. Kalau tak kau menyesal percayalah


Dekat sini pun memang semua benda ada and yang paling banyak baju baju korean style and cafe. Kalau korang ada yang tak minat baju baju jenis macam tu, korang boleh gak shopping benda lain macam sandal ke kasut ke sebab dekat sini aku rasa semua sandle dia lawa lawa and memang kalau cari dekat Malaysia, susah nak jumpa. Kalau ada pun agak mahal and selalunya sold out. Dekat sini kaki kau besar badak pun dia ada size and banyak jenis warna ada apa kau nak.


Ambil gambar tengah jalan pun orang tak rasa pelik. Nasib baik kereta tak lenyek


Apa aku suka boutique diorang, concept dia. Even kalau dia ada jual baju saya sayang mak saya pun, 
design boutique dia sangat cool. Yang belakang tu aku ingatkan Keba HAHAHAHA puas perhatikan


To be honest, hari keempat ni aku memang tak ambil banyak gambar sebab masa aku dihabiskan merayau ke setiap satu kedai ke satu kedai. Kalau boleh semua baju and semua benda aku akan rasa nak beli. If korang memang nak beli baju kan, sweatshirt ke ataupun baju jenis loose (untuk lelaki), korang boleh dapat 15,000KRW je and kalau dekat Malaysia aku rasa baju jenis sama orang jual dalam RM149 or lebih. Sebab tu if datang sini, kalau berniat nak shopping tu, shoppinglah. Knitted shirts dia pun boleh buat kau menangis hentak hentak kaki dekat depan tu. Aku lah tu nangis hentak kaki depan kedai dia tu. 

And memang salah satu benda wajib kena try dekat sini adalah bingsu dia. Tak kisahlah mana mana cafe pun masuk je sebab semua memang cantik and comel. And dekat depan dia mesti akan ada cakap bingsu itulah inilah and korang cari harga yang affordable sebab rasa dia kebanyakan sama je cuma flavor dia je lain lain and cara pembuatan dia. Kalau semua benda nak sedap je, bawa RM10K pun belum tentu cukup kalau bawa pergi sini.


Angel In Us Cafe. Ada drama kan shoot dekat sini? Hero tu aku tau. Trust me.


Aku rasa dekat sini selain suka minum coffee, orang Korea suka makan waffle sebab menu dia 
penuh dengan waffle pelbagai perisa. Waffle perisa rendang pun ada. Ok ini tipu.


Untuk korang yang tamak and tak nak share bingsu dengan kawan kawan, aku nasihatkan share sebab dekat sini portion dia memang besar. Kau akan menyesal kalau ambil sorang satu. For 1 bingsu korang boleh dapat around 5,500KRW and waffle pun lebih kurang harga tu. Total we guys order around 15,000KRW and share 5 orang. So sorang bayar 3,000KRW. Tu pun dah lebih daripada cukup sebabnya sampai berpaksa paksa makan untuk habiskan so takdelah membazir. Lagipun kalau share, boleh jimat untuk benda lain. Kadang kadang makan 3 4 suap je kau dah mula kenyang. Makan sebelum lapar and berhenti sebelum kenyang okay.


Tengok pun dah terliur. Serious tengok gambar ni pun aku dah craving


Rasa benci pula tengok sebab dah mula craving. Dapat print gambar ni pun jadilah


Tipulah kalau siapa cakap waffle tak sedap kan. Aku cekik leher dia nanti.


Selain daripada korang boleh makan sampai kenyang, korang boleh juga ambil gambar dekat mana mana sudut dalam cafe ni. Even dinding dekat jamban pun kau dah rasa nice dah untuk buat ootd dalam tu. Dah penat habiskan masa dekat sini, so we guys decide nak pergi balik dekat Dongdaemun Design Plaza sebab dah lambat nanti agak hampa jugalah sebab dekat DDP tu nak ambil gambar lawa lawa memang ada banyak tempat. 


Tadaaa! 

Dah sampai dah dekat sini. Aku rasa dekat area area berdekatan sini ada GD Exhibition (peaceminusone), I'm not sure exactly where it is tapi you guys cari je boleh jumpa. So siapa siapa yang sukakan art and memang dia punya bias tu GD, nilah salah satu benda wajib korang kena pergi. Ada rezeki boleh jumpa GD tengah makan keropok lekor. Mana tahu dia ajak makan sekali, bonus.


Dekat sini pun agak struggle nak ambil gambar sorang sorang, mesti ada yang menyelit even 
tanpa sengaja.


Ni kalau dekat sini bukan main heran nak ambil gambar. Dekat train station Masjid Jamek punya 
tangga tak hingin pula nak ambil gambar


Nak kena tumbuk sampai melayang pun boleh cuba dekat sini ok


Dekat DDP ni kitaorang memang tak duduk lama pun sebab dekat sini memang tak ada apa apa and kalau korang rasa nak ambil gambar bolehlah singgah. Tapi dekat sini ada shopping mall opposite side bangunan ni yang korang boleh shopping sampai 3-4 pagi sebab dia akan tutup tak salah dalam pukul 4 pagi macam tu. Kalau lupa beli baju raya and teringat pukul 2 pagi, masih sempat nak pergi beli dekat sini takda masalah punya. Korang cuba google sebab aku pun tak sure sebab banyak mall area sini dan semua waktu tutup dia sama je sampai ke pagi. 

Balik sampai dekat Myeongdong memang dah maghrib macam tu and ada masa lagi kalau nak berjalan mana mana area Myeongdong tu. Tiba tiba Dini cakap:

"Aizat nak beli album adik kan? Apa kata pergi Lotte Young Plaza nak tak?"


Maka kami semua terkinja ke sana sebabnya kalau dekat Lotte Young Plaza tulah yang korang boleh ambil gambar dengan EXO portrait Overdose tu and korang boleh beli album and merchandise dekat sana yang official. Lotte Young Plaza ni dekat Myeongdong tau and korang yang plan stay Myeongdong ni everyday nak pergi sana pun tak apa sebab sangat dekat. Cuma jangan buat perangai eh tidur depan mall sebab nak jumpa EXO members, aku lastik kau nanti dari jauh.


Naik tangga pun dah rasa nervous.


Disebabkan aku sibuk terpegun sebab tengok melambak merchandise and album dekat sana, so aku lupa nak ambil gambar sekeliling dia macam mana hahahahahaha (ketuk kepala sendiri guna tukul sebab cuai sangat harini tak ambil banyak gambar). So aku sempat ambil gambar harga album album je untuk korang. Tapi untuk poster ke, lightstick ke apa ke memang affordable dekat sini and official pulak tu? Gila kalau tak beli sebab kalau nak beli online memang mahal and nak kena ada charge postage bagai kan. Dah alang alang sampai tu kau beli je daripada era zaman EXO rambut dawai besi sampailah dia jadi kegilaan sekarang. Tapi dekat sini bukan ada EXO punya stuffs je, group lain pun ada and pastinya SM Ent sebab diorang ni memang tamak sikit, everywhere dia punya official shop dekat Korea ni. 


Korang boleh convertkan ke MYR sendiri ye anak anak tapi aku tak tahulah ni sama price online 
dekat any online shop or tak.


Love Me Right harga dia 18,000KRW and boleh dapat sign aku. Free je, nak? Hahaha


Yang baju hitam ni belum umumkan offical so dia kena cover muka dia. Member ke 10, dengar
cerita mirip Do Min Joon?


Ni jelah yang aku tunjuk korang apa yang aku beli sebabnya kalau kau zoom dalam plastic tu kau 
akan nampak album mama and growl. Sebab tak baik riak aku sorok. Benci kan ayat? 


Aktiviti last apa lagi, balik guesthouse and fikir nak mandi je. Mesti ada yang rasa sampai pukul berapa night market dekat Myeongdong tu buka kan? We guys keluar daripada mall around 10 malam waktu Korea lepas beli album and boleh lepak cafe dalam 1 hour macam tu and beli topi dekat street market Myeongdong tu. So dia memang buka sampai tengah malam and if nak makan benda benda ringan memang banyak dekat situ yang korang boleh makan or take away bawa balik guesthouse. Tak perlu takut kalau malam malam ke rasa macam lapar. Convenience store pun melambak dekat situ. Takpun balik tidur je takyah sibuk nak makan.

If ada anything nak tanya about Day 4, korang boleh drop comment korang dekat bawah okay. Yang nak tanya pasal benda lain make sure baca dulu entry daripada awal sampai ke Day 4 punya entry sebab ada soalan yang Aizat tak jawab tu jawapan dia ada dekat entry sebelum ni.

See you in Trip to South Korea : Seoul Day 5! 


Lagi 6 bulan debut lah group ni. Concept group : Zapin


NOTE : between beli merchandise and album mana lagi bagus? album. sebab merchandise banyak boleh dapat dekat online shop dekat sini.


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM : @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd