APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, September 25, 2011

rintihan seorang gadis , HANISA ADAM

ASSALAMUALAIKUM

tengah malam ni kan bosan-bosan carilah benda-2 yang menyeramkan sambil bukak YM , then tiba-2 received message dari yahoo cakap ada new mail . so aku yang malas nak layan benda tu sebab dok keluar lalu bukaklah mail tu . aku terdiam sekejap bila aku dapat mail dari membe lama aku , Hanisa Adam . aku fikir balik , Hanisa Adam , kenapa dia bagi email kat aku , dah lama aku lost contact dengan dia . lagipun dia hantar document ke ?

aku dengan bertambah-2 pelik lagi bukaklah email dia , tengok tajuk dia , aku berhenti sekejap tengok tepat kat tajuk dia email dia . "SURAT BUAT HAYKALL" ? kenapa dia bagi dekat aku . tapi dekat bawah tu dia tulis ini saja cara untuk aku cari dia . haih , bertambah pelik aku . kejap , tengok ni :



*klik gambar untuk besarkan


then aku baca surat dia and dah diminta kebenaran untuk aku copy paste kan surat ini dalam blog aku . aku bertambah pelik . daripada buat kerja , terus stop kerja yang aku buat . mata aku teliti pandang satu persatu ayat yang dia cakap .

Aizat,

Sorrylah kalau aku email kau ni mengganggu kerja kau atau hari kau kat sana . tapi , aku dah tak tahu nak buat mcm mana lagi , aku dah tak tahan , aku tak kuat aizat . aku tak kuat mcm orang lain . cuma ini je cara yang aku boleh buat untuk kembalikan kenangan aku dengan haykall sebab sampai sekarang aku masih tak dapat contact dia lepas dia accident and hilang ingatan . aku tahu kau kenal Haykall . Kawan baik kau masa dulu , kawan yang memang rapat dengan kau dulu . Kawan kau yang telah berpindah ikut family dia ke luar negara atas urusan kerja ayah dia . Aizat , lepas dia pindah lepas dia setahun ada kat sana , dia terlibat dalam kemalangan kat sana , ingatan dia hilang . dulu , aku masih lagi contact dia , selalu kami email sebab bagi seorang pasangan , aku akan setia ambil berat tentang dia . sampailah suatu hari , dia lama tak balas mesej aku . aku email dia langsung tak reply sampailah aku dapat tahu tentang perkara ini . aku terkejut aizat , aku sangat terkejut . aku tak tahu mcm mana lagi nak buat , aku rindukan dia , sangat rindukan dia . aku harap , kalau dengan benda yang aku nak tulis ini buat dia , dapat membantu dia untuk ingat aku kembali .

Mohd Aireyyll Haykall

masih awak ingat saya ? Nurul Hanisa Adam ? kawan yang sangat rapat dengan awak dahulu . kawan satu sekolah dengan awak dulu . setelah hampir 3 tahun kita menjadi sahabat . sahabat istimewa . tapi Haykall , saya tahu awak hanya mampu membaca tanpa mampu mengingati saya . Awak , ingat dulu masa awal perkenalan kita ? awak selalu lintas depan kelas saya . ramai orang cakap awak minatkan saya tapi saya hanya tidak endahkan perkara itu . saya benci dengan awak dulu . sangat bencikan awak sebab kerana awak selalu buli saya kat sekolah . awak selalu letak chewing gum kat kerusi saya . hinggakan suatu hari saya menangis tanpa henti . awak terkaku sewaktu itu , kelu untuk berkata-2 . awak cuba pujuk saya tapi saya teruskan menangis . hati saya sangat sakit ditambah dengan kesedihan kerana dilakukan begitu .

tiba-2 awak datang , awak datang bawa aiskrim untuk memujuk saya . awak senyum dan kata "Aku mintak maaf , aku tahu aku sengaja kacau kau sebab aku , sukakan kau" . hati saya tersentak . saya angkat muka pandang ke arah awak . awak hanya tersenyum menghulur aiskrim ke arah saya . "Cepat makan . nanti cair . orang kata kalau kita tengah marah , makan aiskrim . nanti sejuk" . saya ambil aiskrim tersebut dengan perlahan . awak tetap tersenyum . saya rasakan saya sedikit bahagia pada masa tu . mulai dari hari itu , awak selalu belikan saya aiskrim . awak selalu tunggu saya lepas sekolah . saya gembira , gembira kerana berkawan dengan awak . makin lama saya rasa ada suatu perasaan yang datang dalam diri saya . saya tak tahu adakah ini cinta kerana keikhlasan awak atau ia cinta yang datang kerana kebaikan awak . setiap hari yang saya lalui sangat bahagia bersama awak . saya mengaku , awak seorang yang ikhlas dan seorang yang sangat mengambil berat . 

awak ingat masa hari jadi awak , saya cuba nak cakap saya sukakan awak tapi saya malu . tapi akhirnya saya mengaku juga . awak terdiam . saya kata , kalau awak tak sudi tak mengapa , saya tahu , susah untuk awak dan saya bersama . kehidupan awak lain , kehidupan saya lain . saya manusia biasa . dan awak ingat tak kata-2 awak :

"SEMUA MANUSIA SAMA TAK KIRA APA BANGSA , APA NEGARA , MANUSIA DIJADIKAN DARI SEGUMPAL DARAH . TAKDA YANG DIJADIKAN DARIPADA BERLIAN . AND , TAKE YOUR SIT IN MY LIFE AND I WILL BE YOUR HERO"

saya sangat terharu masa tu . saya sangat gembira . setiap hari saya dipenuhi dengan senyuman yang indah . awak selalu pesan kat saya jangan tinggal solat and rajin berusaha kerana kalau kita lupakan salah satu , kita tak mampu nak capai apa yang kita nak . saya sentiasa ingat kata-2 yang awak bagi kat saya tu . masa hampir kita menduduki peperiksaan SPM , awak nasihatkan saya yang suruh saya berusaha bersungguh-2 kerana mungkin itu adalah nasihat semangat yang terakhir untuk saya . saya tak mengesyaki apa-2 . awak cakap awak nak beritahu saya masa selepas kita ambil keputusan SPM , awak tunggu saya lama tapi disebabkan saya bertolak dari kampung petang tu , saya sampai lewat di sekolah , saya bangga kerana saya berjaya dengan cemerlang , saya cuba call awak nak berkongsi kegembiraan dengan awak tapi setiap kali panggilan mengatakan awak di luar kawasan . saya pulang dengan hampa . 

sampai kat rumah , mama saya cakap yang awak akan berpindah ke Jerman , tempat asal mama awak sebab komitmen kerja ayah awak . flight awak akan bertolak pukul 8 malam . saya terdiam . saya sedih , tapi saya tahu dugaan ini satu kekuatan buat saya . awak tinggalkan note yang ada email awak pada saya . malam tu tanpa sempat ditahan , airmata saya mengalir kerana saya terkilan , terkilan kerana awak lama tunggu saya . sampailah saya terima email dari awak yang mengatakan awak gembira di sana . awak meneruskan pengajian menjadi seorang juruterbang . saya gembira , gembira dengan pencapaian awak walaupun awak baru masuk dalam akademi tersebut untuk meneruskan pengajian . 

hinggalah suatu hari ,

awak langsung tak balas email saya kerana kebiasaan awak akan email saya setiap hari . saya risau , takut . takut awak lupakan saya . takut awak hilang dari hidup saya . pergi dari hidup saya . hinggalah saya terima email dari mama awak menceritakn segalanya . saya mengakui saya sangat sedih dan apa yang saya risau , berada di hadapan saya . awak hilang ingatan . awak tidak ingat siapa saya . saya tahu ada hikmah di sebalik kejadian ini . sejak dari hari itu , saya tidak terima sebarang email dari awak lagi . setahun saya cuba berhubung dengan awak tapi awak tak balas email saya . hinggalah saya putus asa . saya teruskan pengajian saya dan ingin menjadi seorang yang berjaya .

HAYKALL ,

andai kata email yang saya bagi ini dapat membuat awak ingatkan saya , saya amat rindu dan sayangkan awak . dan awakk , jika ingatan awak telah kembali , fahamilah rintihan saya selama ini . andai ditakdirkan untuk kita bersama , saya terima dengan hati yang terbuka . dan jika ditakdirkan inilah nokhtah untuk kisah kita , saya nak awak tahu , hati saya terluka , saya sangat setia kat awak , percaya kat awak , dan hati saya hancur tapi di sebalik semua ini , ia menjadikan saya seorang yang tabah . hidup saya sunyi disebalik kegembiraan dan hati saya tertutup kembali jika inilah perpisahan kita .

dan janji kita dulu , saya tidak akan mungkiri .

HANISA ADAM


aku terkejut + simpati + salute kat nisa ni sebab dia sanggup buat apa sahaja untuk haykall . memang haykall kawan baik aku tapi , masa last kami jumpa time ambil result . aku tahu dia nak pindah dan aku terus lost contact dengan dia after dia pindah . aku tak tahu semua ini boleh berlaku .

and kepada haykall , aku tahu kau strong bro , kau mampu lawan and kembalikan life kau mcm dulu balik . aku tahu family kau support kau and kau anak tunggal yang aku kagumi sebab kau boleh tentukan life kau sendiri . and , pasal kau dengan nisa , aku tahu , kalau kau tak nak nisa terluka , and kalau diizinkan Allah ingatan kau kembali , carilah dia . dia bermakna buat kau . dialah wanita yang aku anggap kuat tidak sekuat lelaki . aku tahu kau boleh , dah lama kita berkawan . aku doa untuk life kau bro .

and untuk nisa , aku tahu kau sedih and terluka dalam gembira . kau kuat nisa . aku mengaku kau kuat . aku tahu dalam usia yang sebaya kita ni orang kata semua cinta adalah cinta monyet and kalau kau percaya adanya cinta kau dengan dia , pegang nisa pegang . and , aku harap kau tabah and sabar dalam menghadapi setiap dugaan kau . setiap dugaan itu akan membuat kau lebih kuat and akan mendapat kebahagian nanti . so , aku harap kau sentiasa support life haykall .

AMIN


NOTE : hidup penuh dengan warna kehidupan tanpa kita duga . hadapilah dengan kuat