APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, July 6, 2012

tiga hati buat aku

ASSALAMUALAIKUM

kepala semakin serabut kau tahu , okay rasa macam nak campak aku kat tengah padang lepastu rejam reramai tak ? mula mula entry aku dah cakap serabut . actually bukan serabut apa , serabut sebab muka dah semakin jadi macam Aaron Aziz . ramai dah semakin menyampah dah tu tengok aku and rasa nak terajang aku sehingga koma pakej bisu aku rasa . for today , tengok tajuk entry macam what the Azwan Ali buncit Aizat ni nak cerita kan . rilek dulu , kau pergilah ambil apa apa makanan kau nak makan sambil dengar cerita aku yang selalunya menarik ni kan *flip hair* tak memasal blog aku kena hack sebab orang menyampah kat aku ni kan . so tiga hati buat aku ? apakah ? okay sinilah nak cerita , tak perlu korang nak buat muka cik embun kau tu , so tiga hati about sibling which is adik beradiklah . bukanlah cerita tragis melalak bagai tapi aku nak cakap sikitlah supaya korang kenal sikit dengan adik beradik aku yang semestinya akulah lagi handsome , mana tahu salah sorang dari yang baca ni kahwin dengan aku ke kan , sejuk perut mak korang ngandong . kay ni takda kena mengena , so sebelum aku bagi sensorang ciuman dari Rosnah Mat Aris better kau teruskan bacaan korang sebelum aku lekatkan screen lappy ni kat muka korang tanpa boleh dipisahkan .

#AMAR
Amar ialah abang aku , tak kan kakak pula kan nama pun dah tunjukkan dia mempunyai teruna , ewah . alah dia ni yang aku cerita sama sama nakal dengan aku masa kecil dulu , ingat kek tak ? ketereran *broken tatabahasa* kami buat cake beserta najis lembu yang pecah ? hew hew hew *ketawa trend sekarang . so dia nilah yang aku cerita tu . apa dia ? nak tengok muka dia ? kejap korang jangan menggatal ok , nak dia kena langkah kuku kaki aku dulu . so amar ni pada pandangan aku brother yang caring , bertanggungjawab handsome and yang penting wangi <---- *ayat Khairul Fahmi Che Mat* . even sometimes dia quite serious tapi buat aku nak gelak pecah perut sebab tak menjadi pun serious kau lah brother , baling tembikai nam biji kat kau dah buat perut kau senak and terberak . sometimes dia gila gila and ayat yang dia suka cakap dengan Ibu Norry bila kat dapur :

ENTAH ENTAH MIRUL (AKU) KAHWIN DULU DARI AMAR SEBAB DIA ASYIK CAKAP NAK KAHWIN JE *entah bila aku gatal nak kahwin , ni kes dok stalker blog aku lahni baca sesurat aku semua

yoyy , aku dengan dia dia lagi tua ok , so aku tak nak kahwin dulu , jadi pengapit dia pun ok dah cukup aku terasa macam aku yang kahwin . hew hew hew *sekali lagi ketawa trend sekarang . yang paling aku suka dengan adik adik aku bila kikis duit dia , yang penting sekali adik gegirl aku yang paling suka kikis duit dia even Shyrra bukanlah pisau cukur yang sebenar , but dia dengan selamba badak cipan dia minta suruh Amar belanja . kau rasa dia patut dilempang tak ? but aku pun bila Shyyra cakap dalam hati cakap :

KAULAH ADIK YANG TERBAIK SHYYRA ! *hati melonjak

ok ini aku dah bocorkan rahsia , lepasni kena berlakon benda lain pula . so memang kalau dah minta tu mesti dia akan buat , so pergilah mana mana yang kitaorang nak , but then adik adik aku suka McD , aku macam , what the Ziana Zain , pergilah pow makan kat Le Garden ke apa ke , but aku pasrah , dah sampai makan juga . dia ikon aku dalam education , sebab until now aku masih belum dapat beat dia even kenkadang aku rasa nak hempok guna kerusi bagi dia pengsan lepastu belajar sensorang kasi aku lagi pandai , kalau beat wrestling tu satu hari nanti aku nak buat and aku menang punya , but otak dia aku tak dapat kalahkan lagi , and yes , dia pemalu and pendiam , more like my Ayah Abd , lebih pentingkan orang lain daripada dirinya sendiri , suka senyum macam aku , nak kata garang tu tak juga tapi kalau dia dah marah tu kau jangan tanya kenapa kalau tetibe kau dah kena terajang dengan dia . tapi setakat aku hidup ni kaki dia belum jejak dekat badan aku , kalau jejak aku sumpah dia jadi Azwan Ali , so sebab tu dia takut kot , siapa je nak jadi perempuan tu , eh silap , lelaki tu . Azwan Ali lelaki kan ? abang , aku sayang kau , ahai muah . *hope dia tak kembang kalau terjumpa link entry ni .

#SHYYRA
si perempuan ni buat aku sentiasa rasa nak buli dia . this one special in my siblings sebab dia satu satunya adik gadis dalam family aku . even dia gadis , kalau gurau gurau tu aku hempuk je guna tong gas , masuk keluar ICU tu lain cerita . dia memang ada perwatakan yang pelik sampai kenkadang kau rasa nak terajang dia sampai tak ingat dunia dah . tapi dia caringlah juga *capai baldi muntah sambal ikan masin* dia suka pergi melepak kat bilik aku kalau aku ada kat rumah , and ayat dia kalau masuk kat bilik aku , wajib dia cakap menatang ni :

HAI HAI HAI HAI HAI *sambil lambai lambai tangan

selagi aku tak balas hai dia tu , selagi tu dia akan buat sampai kau pun bengang dengan lawak durian busuk dia tu . tapi dia best kalau bab bab nak ajak keluar ni , melayan je apa aku nak buat , sampaikan aku masuk 67 buah kedai pun dia sanggup ikut . tapi dengan syarat kalau dia tak pow kau tak sah hidup dia even dia dapat jarum peniti saja pun dah cukup puaskan hati dia . aku suka takutkan dia kalau aku teman dia masak something kat dapur , buat buat suara hantu sampai kadang kadang menangis duduk macam Harun Salim Bachik cium pipi dia pulak kan . tapi bila malam malam masa nak tidur aku lak yang terbayang bayang sekali hantu tu muncul depan aku mati koma mulut berbuih aku atas katil tu . Shyyra ni dia suka nyanyi masa mandi sampai boleh mencecah sehingga satu album . and kerja dia tiru suara artis yang dia nyanyi tu , kalau Ning Baizura tu , dia nyanyilah ikut suara Ning tu sampai retak tak serupa cermin dah cermin dalam toilet tu , kalau Inul lak aku tak tahu dia dok bergelek ke hape dalam toilet tu , gegar menanti roboh rumah aku sebab gelekkan maut dia bagikan . dan kesimpulannya Shyyra selalu buat aku ketawa even sometimes aku rasa cam nak lempar diri aku sendiri kat pokok kelapa , tapi dia mesti akan buat aku senyum balik kacau dia dengan Hantu Maya Karin takpun aku buli dia suruh nyanyi lagu Ramlah Ram yang ala ala macam kau rasa nak ketawa sampai keluar airmata merah jambu tu . kemain lagu dia dengan Sleeq .

#AIMAN
adik bongsu yang paling rapat dengan aku . dia ni boleh dikatakan manja . dah nama pun bongsu so even tua bangka gedabak pun dia masih lagi manja . dia ni jenis degil , even kena marah macam manapun still degil tapi satu je , dia tak boleh kena marah dengan aku sebab nanti dia terasa and merajuk . kalau orang lain marah dia tak apa janji bukan aku yang marah and tinggi suara kat dia . bukan main penangan sayang dia kat aku , kau ada ? kau mesti ada punya tu Azwan Ali tu hah tengah retak menanti belah tunggu kau . Aiman ada minat juga sama dengan aku , apa yang aku buat semua dia nak buat , ni kalau aku ajar dia blogging pun entah dia punya blog lagi best daripada blog aku yang aku sendiri sedih tengok kemain buruk rasa nak campak air kumbahan je . dia jenis yang suka IT , kenkadang kalau kau tak tahu something tu , kau tanya dia pun boleh , bila kau dah tanya dia , and dia dapat jawab dengan lancar , kau akan rasa kebodohan kau di situ and menggalakkan kau untuk membunuh diri berulang kali even diselamatkan . pernah jugak aku tanya dia kau dah besar nak jadi apa , then dia jawab nak jadi macam ayah , abang mar and abang mirul which is more to enginnering course . then aku pun bersuara lah balik , aku cakap akemenda kau ni tak bosan ke semua nak macam tu je , cuba kau jadi pilot ke , doktor ke , so bila agak agak aku nak mati tu cecepat kau bagi aku tong gas nak nafas then mesti ramai perempuan Haji Taib nak kat kau punya , Datin Datin , mewah hidup kau dengan dosa . lepastu muka dia kemain hampa . seminggu lepastu dia balik sekolah dengan riang nak jumpa Ibu Norry , dia tunjuk something , dia kata from cikgu kaunseling . aku cuba baca , kau nak tahu dia cakap apa ?

ABANG , CIKGU CAKAP AIMAN ADA CIRI CIRI UNTUK JADI ENGINEER , SO BOLEH SAMA SATU KELUARGA *sambil muka penuh keriangan macam dapat anak sulung

benda tu buat aku macam , what the Kacang Buncis kau pergi kaunseling semata mata kau nak tanya benda ni je , okay bagus kau dah fikir masa depan kau . betapa gigih dia pergi jumpa and betapa riangnya dia kan . bagikan bagikan bagikan , kalau tak jadi malas nak belajar besar nanti , aku bukan baling dengan tembikai je , siap pakej tumbuk sampai bisu , nak mengucap awal awal tu terpulang , kalau tak kau baring koma tanpa boleh menari ataupun berjalan . actually memang sayanglah aku kat dia , aku tak boleh tengok kalau dia nak something tu tak dapat , so aku akan dapatkan benda tu even aku tak dapat nak beli ice cream sekalipun . aku lebih pentingkan dia dari diri aku , sebab adik kan , siapa je tak sayang . mana mana kau nak marah pun , kau akan cari dia balik punya . Aiman ni even nakal , tapi dia adik yang boleh kau layan je , ikut kepala kau , kalau boring tu kau ajaklah dia buat something , dia punya idea sampai kau sendiri malas nak layan dah . tapi satu je , dia ni jenis yang suka berahsia , jeng jeng .

inilah tiga adik beradik aku , tiga hati aku . nakal , tak nakal semua aku dah ceritakan kat atasni . moment moment dengan diorang bohong kalau aku cakap senang aku nak lupakan . adik beradik aku pun mana ramai macam korang kan yang sampai boleh buat pasukan kontijen Harimau Malaya kat sukan olimpik , so nak lari , nak gaduh macam manapun diorang tetap darah daging kau . so hargailah apa yang kau ada sekarang , now boleh kau berharap lagi kat parents kau , tapi bila one day diorang dah pergi , adik beradiklah jadi tempat kau bergantung susah and senang . so tak baik gaduh gaduh , kalau tak gaduh mesti korang akan jadi semakin cantik and handsome *angkat angkat kening* and my sibling semua , even korang one day kat jamaica ke , somalia ke sekalipun , aku akan tetap sayang korang , dengar ni , aku tetap sayang korang .

"YOU CAN JUDGE ME , YOU CAN ACCUSE ME , YOU CAN CHEAT ME , YOU CAN DO ALL YOU WANT WITH ME BUT NOT WITH MY LOVELY SIBLINGS"




NOTE : siapa adik beradik dengan Dr Rozmey ? mohon buat entry zaman kanak kanak dia ! and kepada owner this blog , stop buat cerita merepek kau cakap aku crush kat kau , kenal kau pun langsung tak , even entry tu kau maybe dah padam : http://mzmamamia.blogspot.com/