APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, July 24, 2013

ayam dan telur

ASSALAMUALAIKUM

pagi ni guwa bangun sahur dengan awal untuk meneman Puan Ibu memasak sambil guwa selak selak surat khabar semalam . makin lama makin banyak kes bunuh membunuh sampai guwa sendiri pun rasa terancam je bila keluar . mana kan tahu tetibe ada orang dengki kat guwa , datangnya dia tikam guwa kat perut , tak ke terkeluar segala isi isi perut guwa dengan juadah berbuka semalam , murtabak pun silap silap ada . dalam pada tengah lengah lengah baca surat khabar tu , tetibe Puan Ibu bersuara membuat lamunan aku tersentak . novel sangat ayat kan .

"pergi kejut Aiman , dah pukul berapa dah ni , nanti dah azan kang"


ini memang peberet aku kejut kejut orang ni . kalau tak kena geletek tapak kaki , aku akan spray muka dia guna spray bila nak iron baju tu . feeling dia kau je tahu . sebab Aiman ni kalau nak kejut aku bangun senang je , dia ambik seketul ais then masukkan dalam baju aku . tak ke gugur jantung aku straight berdiri sebab terkejut . sakit hati kita dibuatnya . sampai kat area iron board , aku pun ambik spray , dok ready awal awal . masuk je bilik nak kejut Aiman , tengok budak tu tengah dok rilek atas katil goyang goyang kaki tengah main game . terbantut hasrat aku nak tengok dia melinjang bangun kena geletek tapak kaki .

"bang , ayam dengan telur siapa keluar dulu ?"

"kau pehal tetibe ? malas nak jawab , takda jawapan"

"hek eleh dak bang ni , kau tak tahu kan ?"

"amenda kau , kau yang tak tahu . dah Ibu suruh kau bangun sahur"

"eleh , pembohong . kalau tahu asal kau tak jawab ?"

"kau tahu ke ?"


then Aiman geleng geleng kepala sambil bangun campak selimut ketepi . muka tertoleh toleh kat aku sambil senyum senyum . sungguh tercabar aku rasa dengan reaksi dia tu . ada yang bergaduh pepagi ni kang . tak memasal makan penumbuk kat mata sebagai juadah sahur . tak boleh jadi ni , buat aku rasa nak belasah je dia macam bodoh nau dia tengok aku .




sejak daripada pagi tu , aku pun dok terpikir mana yang lahir dulu . kalau boleh aku recordkan and uploadkan dalam blog reaksi aku masa tu , serious kau akan tengok aku macam dungu . termenung memanjang . makan pun sesuap sesuap .


kalau aku jawab ayam , dia mesti akan cakap , habistu ayam asal dari mana ?

kalau aku jawab telur , dia mesti akan cakap , siapa yang keluarkan telur ?


stress aku dibuatnya . boleh dikatakan macam orang baru lepas break up lah keadaan aku masa tu . makan pun dok terpikir je . sampaikan aku tengok satu satu contact number aku siapa yang boleh aku tanya bagi mendapatkan jawapan tu . tak nak lah orang cakap aku bangang sangat benda macam tu pun tak tahu . padahal memang aku tak tahu . kerja aku pergi sekolah bukan nak belajar ayam telur je memanjang kan . dalam pada tengok sorang sorang contact aku tu , tetibe nampak ada sorang senior yang aku kenal tapi from different universiti . dia ambik sains hayat masa belajar . ahh lantaklah , asalkan ada pasal sains , bantaikan je nak tanya .

lepas subuh centu aku pun terus text dia .

"kak , free ?"

"amboi , salam mana ?"

"alaaaa , salam kak . free ?"

"asal , nak ajak akak dating ?"

"dating amenda kak pukul 630 pagi ni . akak belajar sains hayat kan ? ayam dengan telur siapa lahir dulu eh kak ?"

"aizat kenapa ni ? pepagi dah brain wash . main teka teki apa sesubuh ni ?"

"alaaa kak , orang nak tahu je . ee susahlah cakap dengan perempuan ni . banyak tanya laktu"

"eee hodohnya mulut cakap perempuan camtu . ok akak cerita kat aizat , tapi ni apa yang akak pernah baca and tahu je tau . dengarkan kuliah subuh akak kau ni"

"ye kak . cepatlah !"


berikut adalah penerangan si senior tersebut yang aku panggil Kak Nadine .

"ayam yang wujud dulu . pasal apa ? pernah tengok telur busuk ? takpun telur tembelang ? ok benda tu semua terjadi sebab telur tu tak dapat suhu yang mencukupi untuk dia menetas . dalam erti kata lain dia memerlukan benda yang suam untuk dia terus hidup . kalau telur tanpa ayam , macam mana dia nak menetas sedangkan takda benda yang mengeram dia . tujuan mengeram adalah untuk bagi suhu yang cukup kat telur tu . faham ? tapi tu ikut science tau . selebihnya , Allah lebih tahu"


ok berikut adalah penerangan Kak Nadine .

sekarang semua persoalan guwa dah terjawab . goyang goyang kaki guwa baca text tu satu persatu . bangga kejap . masa tu aku tak pikir apa dah . dalam kepala aku pikir dapat jadikan modal nak membangga dengan kawan kawan . takdalah aku nampak bengap sangat kan . terus aku keluar bilik tercari cari Aiman . tengok dia tengah pakai stokin sekolah . dalam pada nak membangga tu lupa pulak aku nak panaskan enjin kereta , nak kena hantar bebudak ni gi sekolah .

"aku dah dapat jawapan soalan kau tadi tu !" 

punya bangga aku jawab .

"apa dia ?"


pom pang pom pang pos pes pos pes aku bercerita kat dia sebijik macam apa yang Kak Nadine cerita kat aku . muka tu mesti kena bangga , gaya tangan tu perlu ada . ke kiri ke kanan tangan aku bergerak seakan membaca sajak dedulu zaman sekolah . susah tau nak cari jawapan ni . dua jam aku pikir , penyelesaiannya , tanya orang . eleh , at least aku mencuba tau . eleh . dah habis bercerita tu , reaksi Aiman ?

"ok , dapat . terima kasih"

"asal kau terima kasih ?"

"masa kelas science semalam cikgu tanya soalan tu , lepastu harini dia nak tanya balik . siapa dapat jawapan dia bagi 20 ringgit"


reaksi aku ?

GAMPANG .


NOTE : rasa macam bengap je bila orang tanya kita tak dapat jawab , tapi rasa lagi bengap kalau terkena dengan adik sendiri . 


Monday, July 22, 2013

tepung pelita

ASSALAMUALAIKUM

hening pagi dah cukup membuat aku tarik selimut kembali sampai ke kepala berbekalkan bantal yang diselapak di kaki dan satu yang menutup muka . keadaan macam tu cukup membuat aku tenang sampaikan tak sedar yang aku dah tidur daripada lepas sahur sampai ke pukul 1 tengah hari . nak bangun bukan malas , tapi tak nak . boleh je nak terus berdiri , tapi keadaan kat luar yang ala ala macam ada salji berterbangan membawa aku lena bersama selimut yang empuk . asyik... opkos feeling tidur bilik sendiri tu kau tak akan dapat rasa kat mana mana . 

"abang , kejut mirul tu , dah pukul berapa tak bangun bangun lagi tu . 
dengan bilik bersepah , baju sidai sana sini"


disebabkan pintu aku tak ditutup rapat , terdengarlah suara Ibu yang sayup sayup masuk ke dalam bilik aku berterbangan suruh Ayah kejut aku . tanpa disuruh , meloncat aku dari atas katil terus buat buat berdiri tepi tingkap buat buat tengok luar kekonon nak bagitahu Ayah lah macam aku dah lama bangun. belum sempat Ayah nak bukak mulut , dia tengok aku dah terpacak depan tingkap buat buat tak perasan dia ada kat pintu bilik sambil aku sibuk membetulkan langsir kat tingap . 

bila dah tengok centu , dia pun keluar . phewww . selamat . kalau tak sah sah aku kena bebel and Ayah akan hadap aku kemas bilik sampai bilik tu betul betul kemas . tak naya aku habiskan masa daripada tengah hari sampai ke berbuka nak kemas bilik . kalau kau campak baby dalam bilik ni , 4 jam lepastu baru kau dapat jumpa baby tu balik .

"sebelum berbuka kemas bilik , ingat , sebelum berbuka"


oh mannn . itu suara Ayah dan pastinya dia masih terpacak tengok aku lagi kat depan pintu tu . dah sah sah aku kena kemas bilik . konon dok tepi tingkap posing ala ala salman khan bolehlah nak mengelak kena kemas bilik . sudah , lupakan mimpimu di siang hari aizat . dengan lemah aku kutip , kutip , kutip sehelai sehelai baju aku dengan charger phone yang melambak lambak atas lantai . kenkadang terpikir gak ape benda tah yang aku buat sampai bilik bersepah camni . 

ni yang terasa nak kahwin ni . boleh isteri dok kemaskan . takyah suruh dia kerja , dok rumah je , kemas bilik aku tiap tiap hari . bila dah kemas perut mula terasa lapar . mulalah nak terbayang bazar bazar Ramadhan yang ada dekat dekat sini . kalau bulan puasa ni tak sah takda bazar Ramadhan . kat tempat aku je nak dekat 3 bazar . punya dahsyat . aku pun mula bayangkan murtabak , bayangkan kuih tepung pelita , bayangkan air soya . ini tak boleh jadi . aku kemas laju laju sumbat sumbat benda dalam almari , mandi lepastu aku ajak adik aku pergi bazar Ramadhan . 

*                       *                        *

ulamak , ramai betul orang . ni kalau ada pengebom berani mati dah sah sah aku tak sempat nak lari kalau camni gayanya punya ramai orang . silap silap kalau ada orang kentut pun tak tahu siapa yang kentut . relakan jelah hidung tu hidu . ada yang tak nak kalah , siap bawak troli lagitu . amenda tah yang dia nak beli , nak beli tong gas kat bazar ke caner . aku pun mula menyelit kesitu kesini , elak situ elak sini . yang aku rimas bawak Shyyra ni kalau boleh semua kedai dia nak singgah tengok . padahal tak nak beli pun . aku debik kang . 

terasa pulak macam nak snap snap gambar konon dok buat modal nak menunjuk aku pergi bazar , tapi kang belum sempat nak snap orang dah tertolak tolak bontot aku suruh jalan . macam takda tempat lain nak tolak . gampang . ada yang bergaya sakan ke bazar , ada yang pakai kain batik je . ada yang memakai bedak setebal alam . jika ditampar kedua dua belah pipinya , nescaya jerebu akan melanda .

tak boleh jadi ni , asyik nak kena mengelak je dari tadi , belinya tidak . aku bukan pergi sini nak main game elak elak orang lepastu dapat highscore naik level lain . aku datang nak beli makanan . sebab malas nak tunggu lama , aku pun beli 2 keping murtabak , sebungkus air soya , kuih karipap dua ringgit , kuih tepung pelita 2 ringgit . tu pun masih rasa macam sikit . dah cukup , lepastu terus balik tak toleh kiri kanan dah . tak sanggup aku nak berdiri lama lama kat situ . nak beli pun sampai nak kena tunggu 10 minit . tak boleh tahan punya pasal , aku pergi sekejap je . 

semua menu tu aku beli kat satu kedai . senang , jimat masa . tapi takdelah jimat duit . cekik darah punya kedai . tepung pelita 2 ringgit 3 keping je , murtabak sekeping 5 ringgit tapi nipis macam kertas A4 dilipat empat . kelakar kan . sebab dah teringin nak makan . bedal je . sampai rumah dah dekat nak berbuka . mulalah Ibu dengan Shyyra dah tekopoh ketuntang kat dapur hidang hidangkan makanan . aku goyang kaki dok kat meja tunggu makanan berhidang . derhaka .

*                         *                        * 

lepas dah berbuka , yang aku tengok diorang sentuh karipap dengan murtabak je , tu pun main cubit cubit . tak bernafsu agaknya tengok benda tu bila perut dah kenyang . tulah tamak lagi nak beli banyak banyak . lepastu tak makan . kalau boleh gadai murtabak tu then dapat refund , dah aku buat dah . yang kuih pelita tu tersadai bagai melukut di tepi gantang macam takda hingin pun orang nak makan . sebab aku kesian tengok dia , aku letak dalam freezer bagi sejuk then malam malam masa dok baca sokkabau boleh gak buat kudap kudap . 

dah tengah malam centu aku pun makan kuih tepung pelita tu . feeling gila makan . padahal dalam tu kosong je . mungkin sebab perut aku lapar lagi , benda tu pun dah aku anggap macam makan burger bakar . focus betul aku makan sampai tak sedar licin benda tu aku kerjakan . takdalah sedap mana . buat kunyah kunyah masa boring . kalau benda tak best kau makan , mulalah nak mengungkit sana sini . kalau boleh seposen pun nak berkira . 

*                      *                       *

dalam pukul 3 pagi aku pun tersedar , perut rasa memulas mulas . macam nak beranak aku rasa even aku tak pernah rasa macam mana sakit nak beranak tu . orang kata macam perut ni dibelah belah , wallahualam . aku tepuk tepuk perut aku yang tough ni sebab aku malas nak bangun pergi berak . nak kena duduk lagi , nak kena tunggu lagi , nak kena flush lagi , mana tahan . tidur lagi best . 

tapi makin lama makin sakit . nak tak nak berlari gak aku masuk toilet . setelah selesai membuang segala bahan kumbahan , aku kembali tidur melelapkan mata dengan perasaan yang lega macam bola besar baru keluar daripada perut . dalam 15 minit lepastu dia memulas balik . ada something wrong dengan perut aku . pergi lagi membuang . ulang alik ulang alik sampai ke Ibu aku pun dah bangun sahur lah citer dia . macam makan ubat kurus dah aku ni . penat asyik meneran je . 

sah ni sebab tepung pelita ni sebab benda tu last aku makan sebelum tidur . kalau tepung pelita tu orang , memang dah aku sebat bontot dia nonstop . ingat tak nak citer kat Ibu pasal aku kena food poisoning , sebab bangun sahur pun aku malas nak makan walaupun berkali kali Ibu paksa aku minum susu sebelum tidur balik . memang aku dah letih gila ulang alik masuk toilet . 

padahnya , esok kat office keluar masuk keluar masuk aku ke toilet sampai aku rasa dah malas nak keluar daripada toilet . rasa nak bawak semua kerja then buat dalam toilet je . lastly pergi clinic gak . doktor bagi ubat suruh makan masa balik aku tak makan pun . tak sanggup den nak membatalkan puasa yang tinggal beberapa jam je lagi nak berbuka . rela aku membuang berulang kali . 

kisahnya , kalau nak beli sesuatu benda kat bazar tu , make sure kau beli benda yang bertutup . ni benda yang terkangkang kau beli , memang terkangkang kau balik tu menahan sakit perut . dan jangan membazir beli makanan banyak banyak kat bazar . kau rasa macam tak cukup , rupa rupanya sekali je kau pergi bazar , nak dekat 20 hengget kau terbang untuk sehari . kalau berhari hari ? tepuk dada kira sendiri .


NOTE : memang lepasni fobia aku nak makan kuih tepung pelita lagi .


Thursday, July 11, 2013

bantal busuk

ASSALAMUALAIKUM

pagi yang lena lagi syahdu aku dikejutkan dengan tangisan terpekik terlolong anak buah aku yang dok bergaduh sesama sendiri . nak pukul kang tak memasal koma lepastu aku kena sebat kat bontot 7 kali beserta penjara 18 bulan . nak tak nak tutup je muka pakai bantal . belum sempat nak lena balik , Ibu dah rempuh pintu bilik aku ala ala Lara Croft sambil membebel bukak langsir bilik aku .

"bangun bangun bangun , dah pagi . Ibu nak kemas rumah , basuh baju . nah jaga budak ni sekejap"


lalu Ibu letak Amim betul betul kat atas badan aku . punya sedap budak tu duduk macam naik kuda . siap tepuk tepuk dada aku . apa dia ingat aku nak bawak dia berjalan macam kuda . maaf , tidur lagi penting . aku tutup muka aku balik mula fefeeling nak dapat mimpi indah yang boleh buat aku tidur dalam senyuman . belum sempat nak lelap , aku terdegar bunyi benda jatuh .

"kelepukk..."

begitulah bunyinya . aku bukak mata , handphone aku betul betul atas lantai terpapar "slide tu unlock" seakan tersenyum dan berkata "pertama kali saya jatuh" . nice . menggelabah aku capai handphone and tak perasan yang budak tu atas badan aku , dengan gerak perlahan , dia terjatuh , lalu kepalanya terhantuk di dinding . sekali lagi .

"kelepuk..."

bunyi kepalanya . macam kau gak , handphone tu lagi penting dari orang lain ye tak . tak kisah kau terjatuh tergolek siap muka terheret kat jalan pun tak apa , yang penting handphone selamat . betul ? bila dah terhantuk , mula menangis kuat kuat . kalau boleh dia nak bukak mulut dia kasi luas . kalau boleh masuk kepala orang dalam mulut dia , luas macam tu dia nak bukak semata mata untuk menangis .

secara automatik ,

aku ambil botol susu dia sumbat terus dalam mulut dia . terus dia landing atas lengan aku berbekalkan bantal busuk dia kat tangan . aku nak bangun balik tak boleh , baring jelah sekali dengan dia tadahkan lengan aku untuk letak kepala dia .

"oh manjanya dia"

bisik hatiku . tetibe fefeeling nak jadi seorang ayah . fuyoo

dalam pada fefeeling tu , Amim pun dah lelap . perlahan lahan aku angkat kepala dia letak kat atas bantal . punya berhati hati macam ambik barangan kaca kat supermarket . if broken considered sold katakau ! then ambil bantal busuk dia , letak atas badan dia . bila tengok bantal busuk dia , teringat zaman zaman aku ada bantal busuk gak . tapi Amim punya bantal busuk tak sekepam bantal busuk aku . masih selamat dipeluk lagilah . yang aku punya kalau ada perang dunia , baling kat tengah medan perang pun dah boleh buat 12 ribu askar mati tanpa sempat bertanding . begitu cerita dia .


*flashback

"ishhh , dah tua bangka pun nak ada bantal busuk ! pergi buang . dah kotor dah"

"bu , bantal ni berharga tau . kalau mirul kahwin nanti , ni salah satu hantaran tau tau !"

"orang pun cancel nak kahwin dengan kau nanti"


begitulah bebelan seorang Ibu yang nonstop even kau dah ada cucu nanti . biasalah , Ibu mesti nak yang terbaik untuk anak anak dia . kalau dia tak membebel satu hari , mesti kau akan jengah jengah cari mana dia , buat apa dia satu hari ni sampai takda masa nak bebel kat kau .

aku dengan bantal busuk dulu memang tak boleh nak dipisahkan . kalau boleh bawak pergi shopping , tengok wayang , makan ice cream , dah lama aku buat sama sama dengan bantal busuk aku . tapi aku takdalah segila itu . kewarasan akal aku masih mampu membezakan mana satu bantal dan mana satu manusia . kalau bantal busuk tu ada depan Ibu , tanpa sebab , Ibu akan lempar jauh jauh . kotor katanya . memanglah . tak pernah basuh tau ! itulah yang buat aroma dia makin membuak buak harum . geli ?

bila nak pergi sekolah , aku akan sorok bantal busuk aku bawah katil takpun dalam almari . sebab kalau aku letak atas katil , aku tahu Ibu mesti akan buang . bukan takat buang je , siap gunting and bakar . kalau boleh bom , dia akan memilih untuk bom bantal busuk tu . punya dia tak suka kan . bila celik mata je , mesti aku nak cari bantal busuk tu buat peluk . bila tengah marah , mesti cari bantal busuk tu buat pukul . bila sedih , aku bayangkan bantal busuk tu orang yang buat aku sedih pastu aku terajang bantal tu jauh jauh . kalau bantal tu ada blog , pasti penuh entry dia pasal aku yang tak guna .


sehinggalah suatu hari....

malam tu adik sedara aku yang masih memakai pampers datang tidur rumah aku . nak tidur dengan aku katanya . anomnomnom comel . ke kiri ke kanan pampers dia melayut bila berjalan . rasa nak tumbuk je sebab comel sangat . lepas Ibu dah salinkan pampers dia , baju tidur dia apa semua , Ibu pun buatkan dia susu botol besar . ayah kata buat botol kecik je , degil Ibu nak buat botol besar . malas nak dengar diorang bercanggah pendapat , aku pun dukung adik sedara aku masuk bilik sambil cium pipi dia kiri kanan kiri kanan sebab dah wangi kan . kalau aku jadi dia , dah aku tampar je siapa yang buat aku macam tu .

lepas sebotol susu dia telan , maka terlelaplah budak kecil tersebut sambil bontotnya ditepuk perlahan oleh aku . buat penambah lena nak tidur . dengan aku aku sekali terlelap . lena , berselimut , berbantalkan bantal busuk di kanan aku . naik asthma budak tu aku letak bantal buduk di tengah tengah antara aku dengan dia . tepat pukul 4.45 pagi aku pun terjaga . sebab terasa sejuk betul kat bahagian pinggang aku . aku bukak mata perlahan lahan , tengok adik sedara aku betul betul kat tepi aku dengan kepala dia kat dada aku . macam filem titanic dah aku rasa . aku angkat kepala dia slow slow . tengok , baju aku penuh dengan air .

aku mula khuatir . air apakah ini ?

aku mula pegang baju aku , kemudian mencium tangan aku . deria bauku mula mengesan pantas memberi maklumat ke otakku , otakku mengerakkan bibirku , lalu bibirku bersuara .

"oh air kencing"

mencicit aku bangun daripada katil . tengok baju aku je basah . seluar aku kering takda setitis pun air . kau jangan pikir bukan bukan . aku tengok adik sedara aku , penuh basah lencun baju dia , siap dengan leher leher dia melekit air kencing . ke kiri ke kanan aku ulang alik ulang alik tak tahu nak buat apa . yang pastinya perlahan lahan aku ke bilik Shyyra untuk mintak tolong dia tukarkan pampers adik sedara aku . guwa kekok sikit . kalau budak tengah comel comel guwa boleh uruskan nak bawak jenjalan ke apa ke . tapi kalau kena tang dia berak ke kencing ke , awal awal guwa dah cabut masuk kereta pecut laju laju .

lepas dah tukarkan pampers and lap lap badan tu , aku pun letak dia perlahan lahan ke tepi sikit . nak mandikan dah pagi buta . tak memasal terpekik dia sejuk . bila dah sejuk memang dia tak akan tidur balik . satu kerja nak menjaga pulak . langkah selamat , lapkan aje badan dia . mana tahu nanti second round dia kencingkan aku . yang aku siap mandi pagi pagi buta . hancing pering dah badan aku . tak nak lah tidur dengan air kencing kan , mahu berkurap badan . tengah fefeeling nak tidur balik lepas mandi dalam kesejukan , aku pun capai bantal busuk buat penambah lena tidur . bila peluk je , aku rasakan sesuatu . lalu bibir terucap..

"gampang"

bantal busuk aku pun dah lencun kena kencing . fuhh . apa lagi ke bawah aku campak dia . daripada aku sayang , dah aku pijak pijakkan . esoknya terus aku buang dalam tong sampah . tak payah Ibu nak suruh . aku sendiri pagi pagi angkat terus buang . pilu jugak hati ni . kalau boleh nak buat sampai ke tua . tapi nak buat caner . tak sanggup den nak tidur berbantalkan air kencing fresh . basuh banyak kali pun akan terngiang ngiang kat kepala aku yang bantal tu dah dikencing . pengotor . kalau Amim tu besar , memang aku dah ajak bergaduh dah buat bantal aku camtu . 

mula mula kekok gak takda bantal busuk , lama lama aku mula mengutuk orang yang ada bantal busuk . 


"eeee bongok dah tua bangka ada bantal busuk"



kemain ayat aku . tak sedar diri betul .

begitulah kisah aku bersama bantal busuk . yang nak buat modal untuk karangan PMR dia tu . silakan . belum ada orang lagi buat cerita KBKK dia dalam karangan pasal bantal busuk . aku yakin pemeriksa kau tu pun kekecik ada bantal busuk . dah kahwin takda lah kan . dah ada laki , dah ada bini . mau kena terajang . jadi , bagi bagaimana nak buangkan tabiat buruk berbantal busuk ? kencingkan bantal tersebut . okbai .




NOTE : kalau ada lagi bantal busuk tu sekarang , setiap gambar guwa kat insta mesti dengan bantal busuk . sweet ok .


Monday, July 8, 2013

puasa

ASSALAMUALAIKUM

amacam hidup korang kebelakangan ni ? baik ? ayat pertama entry dah mintak macam nak bertumbuk kan . esok tinggal satu hari lagi sebelum puasa . ye yang pastinya bukan aku sorang je yang excited nak puasa . semua umat Islam mesti dah ready nak menyambut Ramadhan yang mulia . bukan semua orang berpeluang nak menikmati Ramadhan , yang berpeluang , bersyukur . bila tiba bulan Ramadhan atau dalam bahasa pasarnya puasa , hmm mesti ada yang tak sabar sabar nak pergi bazar Ramadhan . kalau ada 4 pasang tangan , penuh 4 tangan dia nak beli semua benda kat bazar tu . kalau boleh dibeli anak dara or anak teruna mak cik bazar tu , pastinya dengan mereka sekali diangkut untuk dibawa pulang buat berlagak masa hari raya . mitos sangat cerita kan .

tahun ni aku berpeluang puasa penuh di rumah . bukan bermakna tahun lepas aku memonteng puasa . tapi dah 3 tahun aku berpuasa di perantauan . berbuka pun jauh dengan family . rasa nak menangis gigit jari je masa tu . nak nak pulak Ibu selalu call sebelum berbuka , then  cerita apa dia masak untuk berbuka , lagi meronta ronta hati aku nak balik . seksa tau . sempat berpuasa pun 3 4 hari je nak raya . macam tak rasa apa benda je . tahun ni ambik sebulan duduk kat rumah . makan apa yang nak makan , minum apa yang nak minum . yang penting jangan sampai mengada tak puasa . kena back hand dengan Ayah and Ibu kang . 

disebabkan nak puasa , Cik Puan Ibu pun dah mula bising suruh kemas bilik , sepah katanya .

bila dia bercakap sebegitu , aku pun duduk berfikir sekejap , apa kena mengena puasa dengan kemas bilik ? kalau ada orang nak datang sekalipun masa bulan puasa ni , tak kan mereka nak berbuka beramai ramai dalam bilik aku ? sungguh aku tak mengerti kemahuan Ibuku . daripada dengar Cik Puan Ibu membebel tanpa henti sampai kepetang . aku pun mula capai hanger then gantung mana baju baju yang aku nak basuh . lepas dah pilih , aku betulkan suara , sedikit berdehem dan mula melontarkan suara aku .

"Shyyraaaaaaaaaaaaaaaaaaa , sekejap"

"tak nak , busy"

"sekejap je , sini ada 2PM , cepat !" 

*info : 2PM adalah artis kepop yang menjadi kegilaan adik aku . 2 petang ? nice name .


dengan pantas dia datang siap berlari .

"mana mana ?"

"ni dia , sila basuhkan"


lalu aku hulur baju yang aku nak basuh kat dia . sungguh teruja aku tengok mimik muka dia macam nak hentak aku guna pintu almari kaca aku . scary . dia capai baju tu then terus blah dengan muka yang tak puas hati rasa nak bergaduh dengan aku . kalau dia tak ambik pun , aku akan suruh gak . umpan macam macam nak belikan itu ini , lepas dia dah basuh , segala janji menjadi debu . tak kuasa aku nak belanja dia memacam . nak simpan duit nak kahwin nanti . 

bila dah mengemas sana sini , duduk atas meja belajar . tengok sekeliling , rasa macam takbest je susunan bilik aku . rasa macam hidup dalam dapur takpun stor yang ada cangkul , mesin potong rumput tu semua . dapur pun lagi cantik susunan dia . aku terus bukak almari , kumbah semua barang barang dalam almari aku . letak semua benda atas katil . bila dah kumbah , terduduk atas katil . berfikir lagi dan bercakap dalam hati .

"kenapa aku kumbah barang dalam almari ? aku nak susun benda dalam bilik , bukan dalam almari"


sebabkan aku rasa cerita hidup aku harini makin sadis , aku pun terus baring atas katil . pandang siling bilik . fefeeling macam break up . cuma tak turn on lagu mariah carey je buat cerita bertambah sedih . tetibe rasa macam ada benda tajam mencucuk kepala aku . on the spot berdiri . guwa memang fobia sikit dengan benda benda tajam ni sebab dulu masa kecik guwa pernah kena sengat dengan lipan kat kepala masa guwa balik kampung . kuat sungguh gigi lipan tu gigit kepala batu guwa ni . 

bila bangun , aku tersenyum . apa benda tu ? kad raya !

teringat pulak aku zaman zaman main kad raya dedulu . aku capai kad raya tu , melambak lambak lagi ada kat bawah dia . yang pastinya daripada banyak kawan kawan aku . ada jugak daripada orang yang aku tak kenal . crush katanya . naik loya aku mendengar ayat beliau . aku pun bukak satu persatu kad raya tu . agak tergagap gagap nak dibaca . ayat semua nak rempit . patulah aku tak pernah hingin pun nak keluarkan tunjuk mak ayah buat modal nak bangga , rupanya aku sendiri tak rasa bangga . 

bila makin banyak aku baca kad raya , fefeeling pulak nak imbas zaman sekolah rendah aku...


*chinggg - sound effect

flasback sekolah rendah...

belum puasa lagi aku dah merengek mintak kat Ayah nak kad raya . kalau boleh masatu nak jugak suruh cari . tapi nak buat caner gila belum puasa orang nak keluarkan kad raya . then sabar dulu . tunggu masa puasa . bila puasa ayah pun belikan kitaorang kad raya . aku sepuluh keping , abang sepuluh keping . masa tu abang tak heran dah sebab dia dah pakai henpon 3310 . text je katanya , berlagak , benci . aku ni baru darjah 4 . terkedek kedek nak bagi kad raya . propose kat awek pun pakai kertas kajang ada cop sekolah kat atas lengkap dengan alamat sekolah . so kad raya abang aku lah yang dapat .

dah dapat banyak kad raya mulalah rasa excited . mana tak 20 keping ok . cukup nak bagi satu kelas . awal awal dah tick nama orang yang aku benci tak nak bagi . lepastu senyum sorang sorang fikir yang nak bagi kad raya tu depan depan orang aku benci tu . modal buat diorang jealous . masa zaman tu , tak dapat kad raya daripada orang yang kau rapat rasa macam heartbroken gila . kalah feeling dia macam break up . so aku pun mula tulis apa yang aku nak luahkan . bukan tulis panjang pun .

"selamat hari raya , raya datang rumah tau . jangan tak puasa"


macam bangang je ayat masa tu . tulis pun kecik besar . siap ada lukisan orang main bunga api lagi . tu yang mahal . then simpan kad raya tu . Ibu kata bagi kat kawan masa last nak sekolah sebelum raya . masa tu dah bayangkan yang nak letak dalam beg diorang senyap senyap . letak bawah meja nanti diorang tak perasan pulak . sejak daripada haritu aku pun mula kira hari berapa lagi hari nak raya . bebudak kan . jenis tak sabar . Ibu kata jangan kira nanti lagi lambat raya tu sampai . aku pun stop kira . lama lama aku pun tak perasan yang tinggal seminggu je lagi nak raya . fuhh maknanya lagi 2 hari je nak sekolah . kalau boleh baju raya tu tiap hari nak kena test . bila malam ikut ayah pergi tarawih . yang aku dengan abang sembahyang memain . bila orang sujud , tengok diorang pakai spender ke tak . kalau takda line spender tu terkikik kikik kitaorang ketawa sebab bayangkan caner kalau kain dia tu terlondeh masa sembahyang .

petang second last puasa tu aku dengan abang pergi kedai nak beli minyak tanah . nak pasang pelita katanya . ayah kata nanti ayah yang beli , kitaorang jangan memandai nak beli . degil kan , pergi gak tanpa Ibu dengan Ayah tahu . nak tunggu Ayah balik kerja memang masa nak berbuka baru dia sampai rumah . ah nafsu nak pasang pelita dah membuak . nak buat cucuh bakar bunga api . then kitaorang pun kayuh basikal pergi beli kat kedai . abang main capai je botol apa entah yang dia dapat kat stor . then lepas dah beli tu gembira nak letak dalam botol pelita . aku ni pulak jenis tangan gatal . bak kata orang macam tangan mak janda . semua benda nak pegang . aku pun pegang mancis yang sebatang sebatang tu . tengok macam menarik je nak test test main bakar bakar kan .

abang dah warning aku jangan main benda tu , macam aku cakap , degil , kepala batu , main gak benda tu . aku ambik botol kosong tadi , then nyalakan mancis atas tu . kekonon nak tunjuk kat abang yang aku buat pelita besar . gergasi gitu . tetibe ada macam gas panas menyambar mancis tu tepat kena tangan aku . panas gila gampang tahi kucing ok . macam kau rebus tangan kau dalam air mendidih . aku terus campak botol tu jauh jauh , kalau dia tu manusia aku dah pijak perut dia siap tenyeh muka dia kat tanah lagi . aku pandang abang , dia tengah kemas kemaskan pelita . punya feeling dia . aku pandang tangan aku , kulit aku makin mengecut . rasa macam nak nangis , tapi tak boleh nak nangis . "anak lelaki mesti kuat" - Ayah , 1998 . aku pun terus lari pergi paip , bukak paip letakkan tangan aku . fuhh lega aku rasa . bila tutup je air . sakit tu mula datang . pergh pergh pergh dia punya rasa pedih . aku tengok tangan aku dah merah gila . airmata aku mula menitik .


"abang.. tolong"

abang aku terus toleh kat aku , tengok aku dah terduduk pegang tangan sambil nangis , lagilah dia gelabah . semua benda yang dia pegang dia lepaskan then berlari datang kat aku . abang yang baik .

"kau kenapa ni ? jom masuk"


lepastu pergi dapur kat Ibu yang tengah masak untuk berbuka . bila dah pergi kat Ibu , Ibu datang kat aku , lagilah aku melaung macam orang takda akal . anak manja betul .

aku rasa masa tu Ibu nak marah pun tak sampai hati , then Ibu ambik cream sapukan kat tangan aku . bila Ayah balik Ibu terus ajak pergi clinic . kesian aku tengok Ayah , pepenat balik kerja , minum air seteguk untuk berbuka lepastu bawak aku pergi clinic . budak degil kan . sampai clinic aku tengok tangan aku dah mengelembung penuh dengan air . jijik ok tengok tapak tangan sendiri . kembung dan penuh dengan air . doktor tanya macam macam kat Ayah dengan Ibu . rupanya botol yang kitaorang guna nak beli minyak tanah tu sebenarnya botol yang Ayah guna untuk beli petrol . tulah kau aizat , degil kan . main capai je apa yang kau nak . part yang paling perit masa kat clinic bila doktor tu gunting sikit kulit tapak tangan aku dengan tujuan nak keluarkan air yang menggelembung kat tangan aku tu . melimpah limpah wa cakap sama lu . esoknya , dapat cuti sampai raya . malam tu tidur dengan Ibu . manja tau . alah sekolah rendah lagi .

conclusion ?

aku tak pergi sekolah sampai lepas raya . buat penat aku tulis kad raya , sekeping pun tak bagi kat kawan aku . bila raya tangan dah pakai bandage , semua orang ingat aku main mercun . semua label aku nakal tak dengar cakap . cari gaduh kan ? nak nak nenek aku , pom pang pom pang dia bebel kat aku . bila Ibu ceritakan benda sebenar , baru dia datang kat aku kekonon nak pujuk , apa lagi demand duit raya lah citer dia .

tulah pengalaman puasa aku . tapi lebih kepada pengalaman raya ye tak ? tak guna punya aizat . jadi , kepada korang yang nak pasang pelita tu , nak main mercun tu , pikir 2 kali dulu . nak ada tangan ke takda masa puasa and raya ? sayangilah tangan anda . pikir macam mana nak cebok kalau tangan tu luka kena mercun . okbai .


SELAMAT BERPUASA !




NOTE : masa kekecik puasa penuh sebab kena umpan dengan Ibu Ayah singgit sehari kalau puasa penuh .


Monday, July 1, 2013

topeng muka

ASSALAMUALAIKUM

kebelakangan ni guwa rasa dada guwa semakin sempit . bagai ada berduyun duyun bola keranjang disumbat sumbat masuk ke dalam dada guwa . begitu katanya . bagaimana dan kenapa ? jawapannya mudah dan ringkas . jerebu .

guwa tak menyalahkan mana mana pihak kerana jerebu ni , sebab bagi guwa , semorang ada buat salah . misalan kata jerebu ni berpunca daripada kebakaran hutan . katanya . mungkin ada seseorang beli rokok di Singapura , kemudian hisap rokok di Malaysia , membuang putung rokok di Myanmar lalu putung tersebut terbang mengena hutan di Indonesia dan terbakar tanpa henti . akibatnya ? tak paham paham lagi laktu . jerebu lah .

dah takmoh main guwa guwa .

bangun pagi lambat lambat memang dah jadi kebiasaan bagi semua orang , tetapi , tetapi bukan pada aku ye . aceceh nak cakap bangun awal lah ni . tapi bangun pagi pun bukan tahu nak bangun dari katil , golek golek , pusing pusing , lelap lelap tetibe sedar sedar dah pukul 12 tengah hari . takda guna kan bangun awal awal ? tak memberikan motivasi kat korang yang baca ni langsung . so satu hari di kala jerebu tu , tepat pukul 8 aku dah bangun , tengok keliling masih gelap lagi . apa lagi , tarik selimut sampai ke dada . kalau sampai ke kepala tak bernafas aku . aku pandang luar , tengok langit tak gelap , tak cerah , tapi warna oren . hebat tak ?

dengan kusut masai bawak selimut pergi dapur , tanya Ibu :

"kenapa langit oren ?"

"dah tengah hari , bangun . takyah breakfast , terus lunch"

"asal langit oren bu ?"

"pergi mandi , gosok gigi . makan"

"asal langit oren bu ?"

"mandi ! pergi cepat !"


ok jawapan memberansangkan .

aku pun pergi luar , tengok luar and fefeeling macam ada kat South Korea gitu , ala ala Big Bang gitu , wap wap ala ala salji gitu . nganga mulut boleh keluar asap gitu , lepastu mati pun cepat gitu . ok takda kena mengena . barulah aku tahu yang ada jerebu kat Malaysia ni . ingatkan tak sampai, dok diam je . datang jugak dia kat sini munculkan diri . aku tengok tibi , pemberita yang muka serious tu cakap IPU kat Melaka semakin tinggi . ok boleh masuk tidur balik , esok gerenti cuti . tak cuti pun tetap nak cuti . nak ikat badan sendiri kat tiang rumah .

lepas lunch aku pun kulu kilir kulu kilir dalam rumah tak senang duduk . bontot ni gatal je nak keluar berjalan . yang menjadikan ia bertambah lebih gampang bila kawan aku cakap dia dah tengok World War Z . oh man , memang aku terus tutup phone . kalau tak dia akan text aku nonstop jalan cerita movie tu . bagai rasa nak dilempang lempang je . tengok hall , ayah ada . memang duduk terperap aku dalam rumah harini . awal awal dia dah warning pegang hanger :

"harini jangan keluar , siapa keluar kena sebab hanger kat bontot sampai bengkak" *ini serious


then Shyyra menyampuk :

"kalau ayah keluar ?"


belum sempat Ayah nak jawab , Aiman menyampuk :

"ayah sebat bontot sendiri sampai bengkak"


ok kelakar ok .

bila aku tengok ayah dah mula landing , aku pun terlari lari masuk bilik nak bersiap . dengan adik adik aku sekali aku paksa bersiap . padahal bukan nak pergi mana pun , nak jogging je pun . pakai tracksuit je . macam orang gila , jogging di tengah jerebu . mati baru tahu . dengan berbekalkan keringat yang ada , aku gagahkan drive kereta pergi stadium semata mata nak jogging di tengah jerebu . baru feeling rasa macam mana duduk dalam freezer ye tak ?

sampai je kat sana , aku tengok takda orang pun yang jogging . yang ada pun mak cik mak cik jual kopok lekor dengan air kelapa yang terlentok lentok kepala nak sampai ke lutut sebab mengantuk . tunggu orang datang beli tak datang datang . aku pun jogging perlahan lahan dengan adik adik aku . memula tu laju je , lama lama perlahan , perlahan , perlahan dan berjalan . dengan tak pakai mask , orang cakap memang nak cari maut . bau bau asap mula menusuk nusuk hidung . pering macam bau kencing budak . ke ada orang kencing bersepah kat sini ?

sampai kat satu tempat tu , tetibe ada mak cik tu tegur : "dik beli kopok lekor dik , jerebu jerebu ni rajin jogging dik . pakai topeng muka . nanti sakit"


tetibe rasa macam kena perli .

nasib baik nilai hormat menghormati sudah ditanam di dada sejak kecil , kalau tak dah aku kumbah semua kopok lekor dia . aku pun teruskan jogging . orang orang kat situ semua pakai mask . lepastu tertoleh toleh tengok kitaorang jogging , entah apa yang dia mengumpat aku pun tak tahu . mulut dah pakai mask mana kau nak nampak kan . entah entah pakai mask tu cover je , nak korek gigi masa makan senang kan , sebab tu pakai mask .

lepas dah jogging aku pun balik . usha usha dalam rumah tengok Ayah dengan Ibu takda . gembira ok , takdalah kena sebat kat bontot . sakit tau . lepas dah rilek rilek aku pun mandi . masa mandi tulah bermula segalanya . aku batuk batuk batuk malah batuk tanpa henti . macam nak pecah rectum , dada , jantung , tekak , trachea , hidung , telinga , mulut ni aku rasa . ada organ yang aku tak sebut tak ? lepastu aku terus baring atas katil . keadaan dah macam citer citer melayu yang kau tengok , ala ala macam orang kena serangan jantung gitu .

teringat pulak kata doktor masa zaman sekolah menengah :

"aizat , awak allergik kat habuk , jangan suka duduk kat tempat yang berhabuk , bahaya"


lalu aku berbisik sendirian ,

"asap jerebu ada habuk ke ?" 

dalam beberapa minit lepastu aku pun terlelap .


TEPAT 3.30 PAGI...

aku tersedar . tengok sekeliling bilik dah gelap . yang pastinya aku rasa dada aku tersangat sakit sampai aku nak tarik nafas pun ada rasa macam sesuatu yang mencucuk cucuk . aku duduk tertonggeng atas katil . pikir pikir kalau buat centu kuranglah rasa sakit . tapi makin sakit . pernah tengok cerita zombie ? macam tulah keadaan aku masa tu . minum air banyak banyak pun takda guna . macam bertambah beban dalam dada aku ni . tetibe fefeeling nak jadi zombie sambil cakap "otakkkk otakkkk otakkkk" . asal eh zombie suka makan otak ? bongok . peha lagi best dari otak ok .

"bu , bu , gi clinic jom" *ketuk pintu bilik Ibu

"kenapa ni ?"

"sakit dada"

"makan apa tadi ?"

"takda apa pun , minum air je"


dalam lima belas minit lepastu guwa pun ke clinic berhampiran bersama Ibu dan Ayah guwa . masa tu guwa rasa macam Ayah guwa boleh diambil berlakon dalam Fast and Furious 7 sebagai watak utama . guwa kat belakang dok rilek goyang kaki korek hidung . ok tipu .

di Klinik Srimas sebelah Petronas dekat dengan Tesco , perbualan aku dengan doktor pun bermula .


"ada rasa sesak nafas tak ?"


"tak , cuma sakit dada"

"ok dekatkan dada ke sini" *kata doktor lelaki tersebut

bisik hati aku - "kalau perempuan , doktor ni buat ceni jugak ke camne ?"


pom pang pom pang pom pang , doktor tu pun habis check .

"pakai mask masa keluar rumah ?"

"tak pun doktor . tadi ada jogging"

"itulah masalah manusia sekarang , tak ada penyakit , kejar penyakit . bla bla bla....."


doktor tu punya bebel , boleh buat essay untuk Final Exam ok . then dia bagi aku beberapa jenis ubat and sekeping mask . adakah itu tanda memerli ? yang pastinya , dia kata aku punya dada tu sakit kesan daripada jerebu . beginilah nasib orang yang degil macam aku . so adik adik kat rumah , kalau kau tak nak kena bebel dengan doktor macam aku kena , jagalah kesihatan korang . bukan jaga masa jerebu je ok . melainkan kau bersedia dibebel untuk siapkan essay Final Exam kau . okbai .


siapa yang ingat mask yang ni kena pakai masa jerebu , aku tumbuk dia 
nonstop . serious .


NOTE : kalau pakai mask masa bulan puasa , tolong jangan letak cekodok dalam mask tu ok . batal puasa .