APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, June 30, 2011

haha ! muka kau kena conteng !

ASSALAMUALAIKUM

mari sini ramai-2 kumpul depan lappy baca apa yang aku nak post today . even takda lappy pon pergi curi pastu pulangkan balik . mencuri nanti kena potong tangan . nak-2 tangan kanan . nanti nak cuci and makan guna tangan yang sama ? penambah perisa lemak manis, masin dan tawar . aha . ok, even tajuk pun dah mcm nk buat ketawa separuh nyawa kan, but jangan ketawa dulu sebab nanti takut ketawa sampai habis nyawa and aku punya traffic reader tak naik . *kau memang gila populariti ! sebelum tu, besarkan mata anda, buka telinga dan ngangakan mulut supaya senang menikmati cerita yang saya hidangkan .


DICURI DARI = Cik Google

8 tahun lalu....

masa tu aku masih lagi kanak-kanak yang tidak mengenal apa itu erti cinta, aku bagaikan kumbang... weyh ! stop ! bukan nak cerita jiwang gaban laaa ! ok, masa umur nie aku dah jadi seorang pengakap . masa nie kalau dah join pengakap tu kira hebat lah sebab kem sana sini padahal dalam sekolah je . cakap mengalahkan kat sumatera . then one day ada announcement yang pengakap akan adakan kem kat luar . nama kem tu kem pengakap PUAN TAN CHEY YAN . ceh, kitaorang punyalah melonjak kegembiraan mengalahkan jauh je dari rumah padahal jalan kaki pon aku boleh sampai dari rumah aku . kem tu letaknya di Bukit Katil, Melaka . ceh, kitaorang pon start la berangan yang bukit tu mesti selesa la sebab banyak katil la ape la . then masa hari pergi, penuh dengan belukar yang fana . mase tu rasa mcm tiada guna berpatah arah *ala-2 lagu Francisca Peter . nak tak nak kena duduk jugak kat situ selama 3 hari 2 malam . hari yang penuh dengan pancaroba dan macam-2 mistik . percaya atau tidak ? bolos saja dinding itu !!!!!! *itu cerita bolos la gile !

hari PERTAMA

pendaftaran semua pengakap dari semua sekolah dalam melaka . mata ini dok usha-2 gak kan awek-2 tapi mcm yang aku cakap, masa ini aku tidak mengenal erti cinta . aku bagaikan... ! sudah ! degil pulak ! then pas daftar back kat tapak khemah kitaorang sebab nak start dirikan khemah dah . kira luas jugak kawasan die . then after dah siap-2 semua, kitaorang pon dok salin baju . ceh, konon nak tutup sane sini, lastly open je dalam khemah . kecik-2 tak tahu ape . lelaki ngn lelaki je . kira-2 dalam 40 orang join . 20 lelaki and bakinya perempuan yang lemah . *eh, salah cakap ea ? lama jugak nak tunggu yang perempuan ni bersiap . esoknya, eh tak, dalam lima minit after tu semua berkumpul kat padang and start buat aktiviti yang berfaedah . kem ini memang menggerunkan . ada pokok besar . orang cakap ada hantu . yang perempuan lak dok jalan tak nak pandang pokok tu even mase tu tengah hari buta ! haiyaa ! ini siang maa . bukan malam . kalau malam wa pun jalan guna glasses meyhhh . *wah, dah mcm kacukan dah ! weee~ . aktiviti petang tu memang banyak sampai tak terkata dek akal aku nak menyebutnya . lidahku kelu dan mindaku terkaku . ok, bila tiba malam, buat unggun api . punyalah ceria sebab nak masak in group . kau tak tahu cikgu bancuh air guna air perigi yang tak masak then tinggal tambah kordial je ! semua minum cakap sedap termasuklah aku yang gigih minum sampai buncit . *sekarang dah tough . ok, disebabkan nak camping, semua kena bawak masing-2 punya bekalan mcm sardin . bayangkanlah kalau 40 orang pergi, berapakah sardin yang ada ? cikgu pun berkata "UNTUNGNYA AKU...!" . then malam tu semua dok main game yang tah hape-2 merepek termasuklah aku  . semua tak dibenarkan keluar dari kawsn perkhemahan . ada la reason kan .

hari KEDUA

bangun seawal lima pagi sebab pagi tu ada aktiviti . ntah hape tah nak die buat sampai bangun awal mcm ni . masing-2 jlan tutup mata . nak pergi tandas die memang jauh thap cimpanzi dari tempat kitaorang . ada pun tandas usang yang mcm tak selamat je nak guna . sekali guna kang ada buaya . then masa balik tu jalan ramai-2 . pastu semua lari sebab dengar benda jatuh . padahal dah azan dah mase tu . then mase sembahyang subuh, aku and membe-2 punye mata sangatlah mengantuk . mcm ada double tape kan . then bila sujud, semua amik kesempatan nak tidor . then tertido dengan lenanya . bila sedar dah tahiyyat akhir . ceh, berlakon terus duduk tahiyyat akhir . nakal . then hari tu dipenuhi dengan bermacam-2 aktiviti yang buat kitaorang rasa mcm menyesal je ikut kem tapi best ! ceh mengayat !

then malam lak semua diarahkan duduk dalam tapak khemah sebab ada budak nampak sesuatu yang tak patut dia nampak . aiyaaa ! then ada lintasan la ape laa . kitaorang pon dah takda aktiviti nak buat, terus tido .

hari TERAKHIR

pagi bila sedar, aku tengok muka kawan aku, aku ketawa terbahak-2 . aku pon kejut dia .

"hahahaha ! muka kau kena conteng !"

dengan penuh megah aku ketawa kan kawan aku . kawan aku yang ngah pisat-2 bangun then sama-2 ketawa terbahak-2 dengan aku . aku pon pelik . aku cakap ketawa muka sendiri pulak . then die pon cakap :

"hahahahahahahaha *ketawa panjang sikit ! muka kau lagi banyak kena conteng !"

oh ! adehhhhh ! punyalah semangat ketawakan orang kan . weeeee ~ penangan sebab curi-2 tido awal . ramai gak yang kena . then bila nak balik tu salam-2 dengan kawan lain . sempat gak tengok awek tapi masa tu  kan aku belumm mengenal erti cinta . aku bagaikan kumbang.......

T H E . E N D


Wednesday, June 29, 2011

sorry

2 years ago…

1st September 2008, I know her since that day . I’m not tell her who am I and we make a FRIENDSHIP . very strong friendship . a girl who is understand the meaning of FRIENDSHIP . for me, she is different from another girl . she always appears if I have some problem . she is always in my side even though we from different place . I know I did a lot of guilty to her but I know I am dishonest person that lie at herself and also myself . why this problem should have between us ? I know that I make this problem so that I must find the out way by my own . 2 years that I keep the secret, it very long for me and I decide that I must go far from her . heh, but I’m stupid . make decision like a child . But, I can’t sit in this situation . I’m not a loser but I’m afraid that I lost the important thing that is FRIENDSHIP . its is so important for me . I could not keep myself deceit ! why now ? why now ?! Its my fault ! If I angry, she will make me smile . if I’m sad, she will give a spirit to me to continue my life way . she polite, understanding and she is the best friend that make she is like a diamond from other friend . I know, she will hate me, will angry and many feeling . I will feel the same thing if I at her condition . Sorry if my decision that go far from you is cowardly decision, I don’t want you to be more pain when you know this thing . Sorry, I’m the person that make you hurt . It’s the only way that I make for you with my spirit and full soul . With the song of “TANPA”,

Sorry, Alin…

MASHAM

Saturday, June 25, 2011

welcome to the family

ASSALAMUALAIKUM

ok, siryes dah lama tak blogging sejak aku punye lappy rosak . ok, ini je tajuk kita hari ini . babai ! *sambil berlari-2 anak . heyy kepada peminat di sekitar aku, terima kasih kerana meminati aku dengan membaca entry aku kali nie . yang tak minat pun terima kasih sebab at least korang bukak page nie nak tengok aku merepek2 tak tentu arah tanpa dapat dikawal ! *sambil loncat-2 pegang belon .

jika kita lihat atas bawah atas bawah tajuk aku today, mesti korang tertanya-2 kenapa entry aku like dis kali nie ? *kalau tak tertanya-2 pun buat-2 muka pelik . ok, ini bukan aku nak kisahkan yang aku dapat adik ke, anak ke ape ke, anak angkat ke ape ke itu ke ini ke *then kepala aku pon dihentak oleh mak temah sebab merepek tak tentu hala . ok, siryes-2 sekarang . now, jom kita masuk kat entry aku yang nak aku ceritakan today . ok, entry nie sepatutnya aku write semalam (24 jun 2011) tapi disebabkan aku yang tak sempat sebab aku balik kan *ceh padahal nak cakap balik jumpe family kan . semalam (23 jun 2011) aku and AJK BISA yang lain (Builsing Surveying) buat induction untuk student part 1 sem nie .

thats why aku tulis entry welcome to the family . bukan aku dapat keluarga baru . merepek laa korang (*____*) . after dah berkumpul semalam, mcm biasalah adat setiap sem ada persembahan kelas kan . then adik-2 *melampau even jarak umur 1 year je , start laa buat persembahan kelas . ok la . not bad sebab memang sporting diorang . then mase yang tak cukup membuatkan aku terpaksa cut persembahan mereka sebab masa tak cukup . pastu, bahagikan kepada kumpulan . *maaf hanim and mel, sasaran korang aku dah pancing dulu . hahaha . paling best time play a game in group sebab sape yang kalah memang kena conteng muka guna water colour . ceh konon laa kan nak kejam sikit, konon aku tak akan kalah dalam game nie . dok gembira-2 dok conteng muka budak-2 group aku, then tetibe, aku tersalah sebut perkataan then ramai-2 ahli group datang serang aku bagaikan aku ini adalah makanan untuk makan malam mereka . and inilah hasilnya :




Ok, cakap pasal budak-2 sem1 nie . hari ini genap setahun aku belajar di Sri Iskandar . heh . dalam tak sedar kan dah masuk setahun and masuk sem 3 . memang cepat waktu berlalu ke hadapan *memang laa ke hadapan gile ! . and aku pula semakin hari semakin muda . eh, salah . eh, betullah . muda je nampak . haha . and hope setahun aku kat sini, aku akan jadi lebih happening and caiyok dalam menghadapi semua cabaran dan dugaan and semua yang sering menggilai aku . *perasan tahap cipan gile ! . oke, untuk junior sem1, hope korang enjoy with BISA family . kitaorang semua ok ngn korang then yang paling penting, working together tak kira dari mana-2 korang datang . itu je kunci untuk korang . and last, WELCOME TO THE FAMILY


Thursday, June 16, 2011

nasi goreng

ASSALAMUALAIKUM

sempat jap aku mengonlinekan diri nak update blog nie sebab nak puaskan hati peminat sekalian di seluruh dunia untuk membaca blog aku . *ade rase mcm nak muntah tak ? aku dapat topik nie after aku pergi berak sebab keluar nasi goreng time berak . ok, ini tipu . actually nak tulis sebab tengah hari tadi aku makan kat kedai nasi goreng yang mana menjadi kegilaan rakyat di sini tapi student jelah . sebab apa ? murah . sape sokong, hentak kepala sendiri guna kasut mak anda . 

ok, back to our mission . marilah aku ceritakan kenapa orang suka makan kat sini . antara sebabnya mungkin :
  • mereka sudah mengubah haluan hidup mereka untuk kekal bersama nasi goreng seumur hidup
  • mereka memang suka dengan nasi goreng sehingga sanggup tunggu baris yang panjang sampai 100 meter semata-2 nak tunggu tapi sampai giliran die, nasi dah habis (*___*)
  • nasi goreng mudah dimakan kerana tak payah nak kotorkan tangan sampai ke siku sebab tak berkuah dah senang untuk penghadaman dalam badan mereka
  • cara untuk berdiet walaupun mereka ambil sampai nak pecah bekas makanan tu
  • jimat belanja sebab harganya hanya RM1 je walau ambil guna baldi
 inilah keistimewaan nasi goreng di tempat aku . kadang-2 rajin gak aku makan kat sini tapi bila datang je tengok mesti ramai manusia . *tak kan hantu kak limah lak . selalunya student lelaki lah yang makan nasi goreng nie sebab student perempuan suka makan nasi berlauk tak tahu jaga pemakanan . opps !  and kedai nie jugak jarang buka sebab kepopularannya . atau mungkin berasnya sudah habis pada waktu itu and pergi membeli beras yang banyak untuk memasak nasi goreng .

disebabkan ia murah, time nilah kitaorang ambil kesempatan untuk memicit sebanyak mana sos kat kedai die untuk diletakkan atas nasi goreng . *apa kau ingat pattaya ? then bila dah picit-2 sampai separuh botol, berlalu pergi dengan muka yang tak bersalah bagai kann . pak cik-2 tu semua putih mata kan ? best tengok mereka buat muka ala-2 blurr kan . and disebabkan masa aku yang tak cukup banyak nak tulis panjang-2 lagikk sebab kalau nak cerita memang sampai 3 semester aku kat sini pon tak habis . sebelum aku habis, aku nak pesan . mari ikut aku ramai-2 cakap benda nie : 1 MALAYSIAAAAAA !!!!!!



Wednesday, June 15, 2011

pasar malam

ASSALAMUALAIKUM

dengar je tajuk mesti korang dah melonjak kegembiraan kan ? kalau tak melonjak pon melonjak je same-2 dengan aku . pastu depan orang ramai . nanti org akan buat seperti ini *THUMBS UP !

oke lets go kita menggedik-2 cerita tentang pasar malam . ape ? pasar pagi ? ade aku cakap nak cerita pasal pasar pagi ? hentak sikit kepala korang kat tiang jamban kat tandas awam . ok, merepek . nak dijadikan cerita *konon , tadi pergi pasar malam . kat mana ? dalam U je . cerita mengalahkan pergi kat Utara tanah air kan . after habis kelas pergilah pasar malam dengan segerombolan manusia kelas sebab perut memang lapar teramat tahap raja then cari-2lah makanan ape patut dimakan . sampai kat pasar siryes memang banyak gila babeng manusia sampai nak jalan pon perut bertemu perut . geli kan ? ha ? suke ?

then start lah langkahan even manusia terlalu ramai walaupun setiap minggu benda yang sama je dijual mereka tetap membeli termasuklah aku . dah kata seminggu sekali kan . then jalan sepanjang-2 jalan tu tak jumpa jugak ape yang naak dimakan . bukan tak nak beli tapi kehadiran manusia yang ramai kat setiap kedai membuatkan aku takde ruang nak pergi membeli . then decide dulu nak pergi kat tempat yang selalu kitaorang pergi beli air . mak cik ape tah nama die tapi yang pastinya die pon tak tahu nama aku even kitaorg ni regular customer . best kan ? jalan punye jalan akhirnya beli nasi lemak ayam dengan tau foo fah . ini je yang tak ramai manusia . haih, makanlah tempat lain . sibuk je nak tiru aku kan pergi pasar malam . 

then after that makan kat uptown sebab tak tahu mane lagikk tempat nak makan . bosann dengan tempat nie tapi boleh usha-2 awek-2 kan . ceh, sekali yang jalan semua mak cik mak cik je . THUMBS UP again !


Monday, June 13, 2011

sempurnanya sifatmu, tapi....

SEMALAM,

awak datang jumpa saya . awak sungguh cantik . saya memang terpegun jumpa awak . dari jauh awak dah tersenyum kat saya . bila awak sampai, awak hanya diam dengan melemparkan senyuman yang paling manis buat saya . saya senyum kembali kat awak . bila saya cuba bercakap, awak halang saya . saya tak tahu kenapa awak tak bagi saya peluang bercakap . awak hanya minta saya dengar apa yang awak cakap . awak cakap kita dah tak sehaluan . saya bingung, saya tanya apa maksud awak ? awak hanya kata kini semuanya sudah berakhir . saya terdiam kaku, saya cuba capai tangan awak tapi awak cepat-2 elak saya dari buat sedemikian . saya cuba halang awak pergi, awak hentikan langkahan. tapi awak tak menoleh . awak kata awak tidak mcm saya . awak tak sempurna . awak banyak cela jika dibandingkan dengan saya . awak tidak boleh terus bersama dengan saya . saya kecewa . saya rasa mcm mimpi . saya cuba minta penjelasan tapi awak langsung tak bagi saya peluang untuk bercakap . yang awak tahu hanya menunggu masa untuk awak tinggalkan saya . tapi kenapa sekarang ? kenapa waktu saya memerlukan awak, awak pergi tinggalkan saya ? kenapa awak ? cuba jawab saya ?

AWAK : kalau itu yang awak mahu saya akan terangkan .

dengan lemah awak menoleh ke arah saya . lalu awak menampar saya . saya bingung sambil terasa pipi amat pedih . sanggup awak tampar saya . apa salah saya ? apa yang saya dah buat ? awaklah yang paling sempurna bagi saya . jangan tinggalkan saya !

AWAK : awak tahu tak ini hanya mimpi ? memanglah saya kena tinggalkan awak ! dahla goodbye !

lalu aku terjaga dari mimpi.....


Saturday, June 11, 2011

keadaan PANAS = badan PANAS

ASSALAMUALAIKUM

today actually takde semangat langsung nak menaip blogging-2 sesuka hati nie *kononn . then diriku ini memaksa untuk menaip cerita buat tatapan peminat di seluruh dunia terutamanya JAMAICA . hello ! i am AIZAT ! *sambil melambai-2 tangan ke hadapan . keadaan badan yang tak sihat membuatkan aku menaip sambil bertongkatkan kayu balak di dagu . punya pemalas tahap kucing sembelit wooo . so marilah kita membaca cerita aku nie yang ntah hape-2 tapi boleh membuatkan korang tak tidor semalaman bace berulang kali *mungkin !

and first thing first aku nak cerita tentang kepanasan pada waktu sekarang . pagi-2 lagi aku dah bangun . punya semangat kan . tengok jam pukul 10.30 *awal laa tu ! then aku rasa mcm badan aku panas . rasa jelah . pastu aku pergi round-2 satu uitm tanya semua badan aku panas ke tak *ok, ini tipu . then pas rasa mcm tak selesa dengan keadaan badan aku, aku pun take my towel then pergi laa ke toilet untuk minum . eh, mandi laa gile ! then bila bukak je shower memang aman dan nyaman . means rasa best laa kan sebab dah sejuk sikit . pas mandi aku back kat bilik aku rasa mcm nak demam . ubat pulak takde . and siryes today aku rasa mcm malas sangat-2 nak keluar . maybe sebab badan aku yang tak sihat kan *alasan !

then bila dah siap-2 tu tak tahu nak buat apa, on lappy and men game *maaf amin, lappy aku rosak . pinjam jap . HAHA . ok, assignment cik azura tak buat ape-2 lagikk . pastu aku pon cari-2 laa ape yang perlu . then tiba-2 ! aku nampak sekepul asap hitam dari arah belakang kira-2 dari blok belakang kot . aku pon jerit-2 keliling blok sambil pakai selipar jamban asap ! asap ! asap ! itu pun kalau aku tak waras . sekarang aku masih waras . maybe ade orang bakar sampah kot . then bahang asap die boleh terasa sampai kat blok aku . walaweyh, dah la gua panas, die boleh bakar sampah pulak !

bila cakap pasal pembakaran terbuka nie, nie yang nak jadik joyah sikit nie . dah tawu pembakaran terbuka tu tak boleh kan sebab boleh make a global warming, dahtu still buat lagikk . then bila panas merungut . manusia... tak pernah puas even aku sendiri pon mcm tu . *ade rasa mcm nak pukul aku ramai-2 tak ? 



then disebabkan demam aku tak selera nak makan, minum mahupun berak . meskipun berak adalah best . then aku tengok budak-2 semua dok sewa kereta keluar pergi enjoy-2 . ohh, bahagianya korang . mentang-2 ptptn dah masuk ye . enjoylah . tunggu final project nanti ye . tengok mcm aku duduk bilik ala-2 anak mithali gitu *tapi kalau tak demam aku pon nak enjoy jugak . 

IBU NORRY : duduk bilik je ! jangan merayau !

tetibe kan suara ibu aku keluar . and sebelum aku mengakhiri wawancara aku pada hari ini, ingin aku mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada cousin aku iaitu anak mak lang aku sebelah ayah sebab anda berjaya berkahwin . ok, tak sempat nak datang sebab baru masuk semester . nanti bersanding lagik sekali khas jemputan untuk aku je ok ? deal ? ok . mcm nie lah cousin . ok lah, nak pergi mandi lagik .


Thursday, June 9, 2011

terima kasih PRESARIO CQ35 =)

ASSALAMUALAIKUM

firstly mestilah nak ucap salam kan, so dat assalamualaikum . so hari nie lepas penat dah dok rehat tanpa berblogging (*ceh ayat mcm hampeh) aku kembali menaip dengan bercucuran idea keluar bersama background lagu balada . tajuk entry mcm best je kan tapi bila baca berkali-2 aku rasa mcm nak hentak je kepala kat dinding sambil gigit kaki (*____*)

ok, cukup dengan sandiwara dunia yang penuh pancaroba nie, mari kita berbincang tentang tajuk utama kita . sebenarnya tajuk tu khas aku buat untuk lappy aku . sebab apa ? jap !


agak teruk kan keretakan die ? mcm tu jugaklah retaknya hati ini . retak hati ini... berlinang rona luka... (*ziana zain jap) . at first malam tu bukak memang takde pape tapi bila nak buat assignment esoknya, haaa ! hambik haa separu gambar je nampak . aku masih lagik tersenyum kat wallpaper lappy aku walaupun dah crack (*wallpaper lappy yang comel) . adess ! boleh tak kalau guna lappy tak guna skrin ? (*sambil buat muka rempeyek) . memang harapan laa nak buat assignment kan ? button start pon aku tak nampak . even guna kanta besar mak badak punya sedara pon tetap tak akan nampak . yang nampak hanyalah keretakan yang melanda lappy ku . hebat ?

then malas nak pikir sampai malam tadi tido awal . ceh, konon nak mogok kat lappy laa, japgi kang die merajuk banyak benda pulak die nak buat kang (*die bukan manusia laa gile !) . then petang nie aku kol laa COXXXX centre, then tanyalah berapa harga kalau nak tukar skrin, then die cakap kalau nak tukar skrin yang retak, harganya "RM1500" . adakah aku berkhayal ? weyh, baik aku beli lappy baru je !

then ayah aku text yang die dah tanya HP centre and die nak RM380 JE . *ceh, JE tu siap nak bold kan ? so dat kenalah aku tunggu balik nanti baru dapat repair . lame lagilah . 24 nanti . aiyaaa ! rindu nak hadap wallpaper aku yang comel laa *perasan tahap buaya darat tua . so, baru ingat nak jiwang-2 karat nak publish cerpen baru . memang kena tunggu sampai aku punye lappy baik lah . lalala (*____*)


Wednesday, June 1, 2011

SENIOR vs JUNIOR

ASSALAMUALAIKUM

selamat malam semua hadirin sekalian (*gile kau malam) . dah beberapa hari aku kat U nie dok makan tidor makan tidor hari nie baru ingat nak blogging even masa aku terbuang mcm sampah mekdi yang bergelimpangan . oke, tajuk entry pon dah mcm padat nak gile, tapi tak padat mana pon sebb mata aku dah kuyu sebb mase blogging nie aku baru balik kuliah selepas hujan lebat . korang pon akan berkeadaan sama kan ?

ok, maksud entry di atas ialah tentang roommate aku dis year iaitu membe aku, mel and dua orang junior part 1 . oke, walaupun aku senior sikit sebab aku part 3, tapi the moral or story aku memang senior . then at first memang mase masuk bilik tu reaction aku, erkk ? but lame-2 nak buat mcm mane . 1 sem hadap jugak kann . then buat mcm biase jelah . actually aku bukanlah jenis yang peramah but bila membe aku dah start aku pon bolehlah start bercakap sampai terpaksa guna kayu golf untuk hentikan percakapan aku . adehh ! pening jap, oke, sambung cite .

then mcm biaselah bila baru masuk mesti mcm-2 persoalan mereka kan . sampaikan aku tidor pon masih sempat berkata-2 ku pon jawab guna isyarat kaki . *oke, ini tipu . sebagai manusia yang bertanggungjawab, aku mestilah jawab even aku nie suke abaikan masalah remeh . oke, stop about roommate junior aku sebab dah takde topic dah nak cite . tak menarik *ahahaha, sambil ketawa bergelek.

and, adelah satu story tentang makcik nie dengan aku .

AKU : cik, kelas FPTP 1 kat mane ? *sebab memang aku tak pernah dengar pon kelas nie sebelum nie . tanya semua orang pon tak tahu even lecturer pon .
MAK CIK : tak wujud !
AKU : tapi dalam jadual kan ade, so sebab tu saya tanya sini .
MAK CIK : saya bukan nak uruskan urursan kelas awak je, banyak keje saya nak buat .

WTH ! aku punyalah tanya dengan baik die boleh jawab mcm tu . cik, adatlah kalau orang bertanya memanglah cik jawab tapi, jawab mcm nak kena humban kan ? kalau cik tanya saya mcm tu then saya jawab, kat jamban, cik bengang tak ? haih, at least bagilah idea kat mana kan . lupekan pasal die sebab buat rating blog aku jatuh menjunam je !

oke, sekarang siryes aku nak tido dah . idea nak blogging pon takde . sebelum tu, nak ajar tutorial mcm mane nak hilangkan ketagih pada laptop .

1 . tekan button kat start di bahagian bawah kiri lappy .
2 . cari button shut down then tkan laju-2 .
3 . hempas lappy kemudian pasangkan .

selamat bergembira =)