APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, May 29, 2013

jangan biadap, saya gangster ok?

ASSALAMUALAIKUM

memandangkan sekarang ni cuti sekolah and Ibu aku pun tak gi mengajar , so dia banyak free time kat rumah . harini balik kerja posisi perabot rumah lain , esok balik kerja posisi lain , lusa posisi lain malah ada perabot yang baru pulaktu . sekarang ni pulak dah hujung bulan . bila hujung bulan memang semorang gembira siap berjoget sebab dapat gaji kan . yang jadi mangsanya aku . sebab , bila dah gaji , Ibu akan pow ayah duit untuk beli barang barang keperluan dapur dan yang menemannya aku . baru aku balik kerja , tak sempat nak panaskan bontot aku atas kerusi dia dah tarik tangan aku heret bawak masuk kereta nak beli barang . psycho gila k Ibu aku . yang adik adik aku semua dah surrender ikut Ayah aku sebab dia tahu kalau Ibu aku beli barang tak cukup kalau 2 jam . kenkadang mintak extra kat aku nak 3 jam . ok .

sampai je kat Tesco , Ibu aku dah siap siap cop dua troli . sebab dalam Tesco tu memang sesak dan selalunya troli memang tak akan cukup . gila nak bawak bakul je . habistu kalau barang banyak nak ambik bape bakul ? 13 ? gila k . aku memang rimas keadaan cemni . nak aje aku hambat sorang sorang suruh balik . lepas Ibu dah rasuah aku dengan menjanjikan yang dia akan makan kat mana je yang aku nak lepasni , aku pun dengan happy tolak dua troli serentak . aku ni kalau bab bab makan jangan kau sebut . memang aku suka . kalau kau suruh aku break up dengan syarat kau belanja makan apa yang aku nak pun aku sanggup . ok itu tak lawak ok aizat . dalam dua jam lebih lepastu je tup tup troli aku dah penuh dengan barang barang . nak tolak bukan main payah . takyah aku nak gi gym bentukkan badan . dengan tolak troli penuh dengan barang ni pun dah boleh buat aku ada sixpack .

dah lepas dugaan dua jam lebih tolak troli yang penuh dengan barang , dugaan lain pulak datang . sampai kaunter , orang yang beratur punya penuh macam ada jualan mega 99% diskaun siap percuma sorang satu samsung galaxy mini S3 keadaan dia . aku masa tu rasa macam nak menangis kau tahu . tapi takdelah sampai nak menangis . nak tunjuk macho awek kiri kanan pandang k . ok tu gampang . aku pergi belakang Ibu , aku mintak dia kendong . tapi jangan harap dia akan buat centu . kalau dia kendong aku sekalipun , kaki aku cecah lantai jugak . aku tinggi tau . k tetibe . 

"ok ok kejap je ni . lepasni kita balik ok ?"

"haaaa ? alaaa bu apa lak balik ni . kata nak gi makan . hmm . dah tak nak tunggu bye"

"ok ok gi makan ok ? diri depan tu kang orang curik tempat"


nak tak nak , baik teruskan bayar . penat habiskan masa pilih barang segala lepastu tak kan nak tolak tepi centu . tapi aku pelik jugaklah dengan Tesco ni , setiap hari orang nak ramai . padahal poster poster dia bukan Mariah Carey ke , bukan Tom Cruise ke yang jadi model pegang ikan , tapi entah mak cik celah mana tah dia cekup , tapi orang tetap ramai . padahal bagi aku Mydin lagi murah . ceh aku nak cakap orang . aku pun sama k . kalau boleh nak ambik gambar depan papan tanda Tesco dengan caption "Hi ! saya di Tesco , sila like gambar saya" . budak instagram katekooo . sekarang ni semua nak insta . nak nak makanan , belum sempat orang tu nak letak atas meja kau dah get ready camera 360 kau . 

so makin lama , makin sikit orang kat depan aku sebab semua dah habis bayar . tapi bila toleh belakang , orang ramai . aku pejam mata rapat rapat cuba membayangkan macam mana perasaan mereka kalau tetibe tengah beratur tu , time nak bayar , tertulisnya "COUNTER CLOSED" . oh mann *bak kata omputih* memang sia sia orang cashier tu kena kapak lalu mati di tempat kejadian . bila aku toleh je depan , tetibe ada sorang amoi berlenggang lenggang kangkung bawak bakul yang berisi 2 kotak ice cream , satu bekas buah anggur dan 1 botol yogurt bliss perisa mango . sempat lagitu nak check . tetibe , dia beratur terus depan aku padahal dah sampai masa aku nak bayar ni . kat tangan dah pegang tin susu nak letak atas kaunter . eh hai ada yang kena hentak dengan tin susu tembus dalam kepala ni kang .

"excuse me , queue up please"


sambil selak selak rambut muka toya dia tu dia terus letak barang dia atas kaunter macam aku ni hanyalah sebatang tiang pengesan kecurian je kat kaunter tu kan . pergh pergh pergh pergh pergh . guwa tak boleh hadap orang camni . darah mula mendaki naik kat muka . orang kalau tengok guwa time tu mesti ingat guwa pakai blusher silky girl kat muka .

"hello miss . you pekak ke ? you nampak tak orang beratur panjang kat belakang ?"


mak cik mak cik and pak cik pak cik kat belakang muka semua dah tebek je terbakar tengok amoi tu . 

"I punya barang sikit . I nak cepat"


jawapan dia... lagilah buat aku rasa nak melekapkan tapak kakiku di bibirnya . mak aku time tu dah cuak dah . dia memang tahu aku ni jenis yang kalau benda tu salah , aku tak duduk diam . eh memanglah mana boleh biar orang pijak kepala . dia dah tarik tarik tangan aku .

"come on , semua orang nak cepat kot . auntie belakang ni pun barang sikit . beratur gak ."


nasib baik aku punya tembakan tu betul . tak silap aku auntie tu beli kubis dengan cili padi je . padahal main belasah je cakap mak cik tu punya barang sikit , cam bangang haha . yang amoi tu pulak memang tak nak bergerak . yang buat aku lagi terbakar , cashier tu . dia macam serba salah , dia terus scan satu daripada barang amoi tu . fuyooo ada orang buat lawak . ketawa sikit . aku malas nak cakap banyak , aku terus pandang cashier lelaki tu macam nak cari gaduh . dia tak tahu ke aku ni pernah bunuh 4 ekor lipas dalam satu masa ? tak takut ke apa ?!

"dude , kau nak teruskan scan barang perempuan ni ke kau nak cancel ? ok kalau kau teruskan scan ok . aku tinggalkan semua barang aku , you'll lose your business . kau jawab dengan manager kau . ok ?"


masa tu semua orang dah pandang . lantaklah . aku dahlah penat balik kerja , pilih barang , beratur lagi . lepastu sesuka je orang nak potong queue aku . mana boleh tahan beb . nak nak time tu aku full berkemeja , memang nampak macam peguam . aceceh tahi je . yang budak cashier tu rasa serba salah nak scan tak nak nak scan tak nak . muka nak nangis takut aku hentak dia pulak dengan tin susu tembus kepala . lepastu tetibe supervisor dia datang . sambil tu aku dengar orang orang belakang memekak "hoi moi beratur ah . kau ingat ni pasar mini ke ?" and bla bla . bila dah talk talk dengan cashier tu , supervisor dia keluarkan card , then slide kan kat dia kat cashier punya cash machine tu . lalu supervisor tu bersuara :

"miss , queue up please . kalau you tak nak beratur , you boleh letak barang ni . orang beratur panjang nak bayar kat belakang tu"


tetibe aku rasa macam nak ketawa tertonggeng toggeng . rasa macam hero pun ada . dapat selamatkan orang orang belakang aku ni . yang amoi tu angkat barang dia dengan muka toya pergi beratur belakang . masa tu aku tak kisah dah orang nak kata aku takleh bertolak ansur ke apa ke , go die . sebab diorang takda kat tempat aku , diorang tak tahu apa apa . yang beratur belakang aku semua happy . memasing tengok amoi tu macam nak baling botol kicap je kat dia . lepas habis je bayar Ibu ajak makan aku tak nak . sebab apa ? sebab aku rasa macam kenyang bila aku dapat mempertahankan hak aku sebagai pengguna ok . ok ni gampang . lepasni bila jumpa kawan boleh jadi modal aku nak bangga dengan diorang . padahal riak

moral of the story , tak kisah siapapun seseorang tu , apapun bangsa dia , apapun agama dia , apapun warna kulit dia , hormatlah dia . orang tak akan kurang ajar dengan kau kalau kau tak kurang ajar dengan dia . nak kurang ajar ni semudah ABC , nak menghormati ni kenkadang macam 2xy - 45x + 30yy . tapi kalau kau sound orang tu lepastu dia keluarkan pistol nak tembak kau , okay lebih baik kau bagi je dia k . tin susu tak mampu sempat sampai kat kepala dia kalau kau nak buat pertahanan sekalipun . 


NOTE : lepasni boleh dapat award Tokoh Hak Pengguna ni . kihkih !