APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, July 19, 2011

30 HARI

PART I



“Tiada sebarang alasan, yang pasti kau kena datang juga kafe temankan aku pergi cari baju untuk aku pakai minggu hadapan. Aku tunggu sekarang ya Cik Allia. Bye”, lalu Dzarriq meletakkan panggilan telefon.

“Ish, melampau betul. Nasib baik hari ni aku tak buat apa-apa. Kalau nak pergi mana-mana tak sah kalau aku tak ikut”, keluh Allia lalu menyisir kemas rambutnya.

“Mama, Allia keluar temankan Arriq sebab dia nak minta tolong Allia pilihkan baju dia. Kalau Allia lambat, mama lunch dulu ok? Rasanya Allia lunch dengan dia”, kata Allia kepada Puan Asmidah.

“Hati-hati pandu skuter tu. Kirim salam mama kat Arriq. Jangan balik lewat sangat. Mama pun nak ke rumah Mak Cik Hasnah tengok anak dia accident semalam. Katanya berlanggar dengan kereta. Nauzubillah. Kamu tu jangan bawa laju-laju. Baca doa sebelum naik motor”, kata Puan Asmidah sambil mengangkat ikan yang digorengnya.

“Baik Bonda. Anakanda akan mendengar titah perintah Bonda”, kata Allia diselangi tawa lalu mencium manja pipi Puan Asmidah.

Allia Nuha Qistina adalah anak tunggal kepada pasangan Encik Mahadi dan Puan Asmidah tetapi ayah Allia telah menghadap panggilan ilahi ketika Allia berumur 5 tahun kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika mereka dalam perjalanan pulang berhari raya di kampung. Tragedi itu membuatkan Puan Asmidah trauma. Walaupun dia berasa amat sedih akan pemergian suaminya tetapi dia bersyukur kerana Allia terselamat. Allia dididik menjadi anak yang berjaya sehingga melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di IPTA ternama. Sejak dari kecil lagi Allia sudah pandai berdikari menguruskan kehidupannya berbeza dengan Dzarriq, sahabat baiknya sejak dari sekolah rendah. Mohd Dzarriq Sharriz Hedry merupakan anak bongsu dari 3 adik-beradik kepada pasangan Datuk Karimm Muhid dan Datin Norry Hasnim tetapi disebabkan dia adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya, dia dimanjakan oleh kedua ibu bapanya berbeza dengan Allia yang lebih matang dalam kehidupan. Dia terlalu bergantung kepada Allia jika hendak membuat sebarang keputusan. Keakraban mereka terjalin sehingga melanjutkan pelajaran dan mengambil jurusan yang sama. Nasib menyebelahi mereka kerana mereka ditempatkan berada dalam satu kelas. Keluarga Allia dan keluarga Dzarriq rapat sejak dulu lagi disebabkan ayah Allia adalah kawan rapat ayah Dzarriq sejak kecil lagi sama seperti Allia dan Dzarriq.

“Tuan Puteri datang menghadap tuanku”, kata Allia sambil membetulkan rambutnya.

“Eh, perasan punya orang. Aku putera, kau orang gaji”, kata Dzarriq dalam nada gurauan.

“Banyak la kau”, kata Allia menarik telinga Dzarriq. 

“Yang kau beriya-iya nak suruh aku pilihkan baju kau ni kenapa? Dah tak reti dah nak pilih baju sendiri?”, kata Allia merenung tepat ke muka Dzarriq.

“Ala Lia, kau tahu kan aku tak boleh hidup tanpa kau. Sebab tu aku ajak kau sekali. Aku kan sayang kau”, kata Dzarriq diselangi tawa.

“Gila ! Dah, jom pergi, nanti lewat pulak. Nah..”, kata Allia menghulur helmet ke arah Dzarriq.

“Na…Naik motor ?”, soal Dzarriq dalam riak muka pelik.

bersambung...