APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, April 30, 2015

Fred Perry Green Label SWAG

ASSALAMUALAIKUM

Appearance? Cakap pasal appearance ni, aku jenis yang suka benda benda yang kemas tapi simple even pemalas tu nak kikis kat diri aku tu payah yang amat. Selain daripada makan sampai kenyang, salah satu hobi aku, kumpul baju. So ada satu hari tu aku terjatuh cinta dekat satu jenama baju yang dulunya susah betul nak dapat dekat Malaysia, Fred Perry. Punyalah tiap kali raya merengek hadap muka Encik Ayah dengan Puan Ibu sebab memang lama gila craving nak rasa macam mana pakai baju Fred Perry tu, mahu tak dipukulnya aku dengan lesung sebab dapat anak yang annoying macam aku.

Benda yang aku nak highlight sekarang, Fred Perry brand sekarang memang dah listed as one of the famous brand dekat Malaysia sebab sebelum ni hanya available dekat Italy and manufactured dekat Italy, tapi sekarang dah boleh dapat dekat MALAYSIA! Ha menangis tak tu dengar? Aku yang menaip ni pun bergelora jiwa baca. Dan, korang sekarang dah boleh shopping ke cuci mata ke purchase banyak banyak ke dekat website yang memang ada lambakan lambakan baju Fred Perry yang akan buat mulut kau ternganga jatuh sampai ke lantai sebab semuanya simple affordable dan kemas!

CLICK LINK BAWAH NI SEKARANG LAH BABE!



http://luxuriouscraving.com/
(yang laki pompuan jenis pemalas macam aku singgah cepat!)


Luxurious Craving satu website aku nak suggest yang memang dah lama jadi favourite aku. Boleh orang kata sejak dalam perut Ibu mengandung aku dah set dalam kepala fashion website ni mesti jadi fashion website favourite aku, nasib baik dalam surat beranak takda space untuk tulis website online kegemaran. And aku nak tambah, website ni memang orang dah kenal dekat Malaysia, Thailand, Indonesia and Singapore! Memandangkan aku memang jenis yang agak memilih and suka benda yang tak sarat, so aku memang rasa puas hati and design design Fred Perry Green Label semua memang tak pernah mengecewakan, plus boleh dapat kotak postage yang sangat lawa dan simple! (*kalau nak kotak banyak banyak, beli asing asing hari lain lain)




Yang pastinya sejak azali dah tercatat yang aku ni bukan jenis suka melepak dekat mall lama lama, aku aim apa aku nak awal awal, beli then balik. Kalau ada service baju delivery akulah pelanggan setia delivery tu. Sekarang ni nak shopping dah senang dah. Tak macam dulu, nak kena tunggu bas berjam jam semata mata nak pergi mall beli baju, campur pula dalam bas tu dengan bau ketiak bangla, bau Kak Jemah beli belacan dengan bau kaki kau sendiri yang hapak macam longkang, automatic mood kau boleh hilang macam tu je. Lepastu dah sampai mall takda size pulak. Rasa macam tak berguna pun ada juga ye tak.

Honestly, ada juga rasa berdebar bila purchase online ni sebab kau tak dapat nak rasa material dia macam mana and kadang kadang kau tengok lawa, tapi bila pakai kau rasa macam tak selesa and tak kena dengan badan kau. Tapi, from Fred Perry punya baju ni, dari ke kolar, material, cutting, warna and semualah aku suka and memang selesa. Nak beli banyak banyak pun tak ada masalah and aku memang suggest lagitu dekat korang. Setakat aku pakai ni sampai rasa sayang nak buka.


Ewah ewah tunduk sikit kasi nampak macho

Kalau dari gambar ni dah boleh rasa material dia, aku kasi kau rasa.

Ha jangan lupa bawah bag macam ni masa nak ootd tu






Dah puas belum cuci mata tengok baju lawa lawa from Fred Perry Green Label? Based on pengalaman aku puchase dekat sana, service memang tak pernah mengecewakan. Rasa macam jatuh cinta pula dekat orang yang melayan segala service atau order tu. Baru order boleh sampai depan rumah dah belum sempat kau nak kelip mata. Kalau terkelip tu maknanya kau kena recheck mata kau dekat hospital pakar. 

Material selesa, nak tidur, bersukan, berjalan, berdating guna baju yang sama pun tak apa sebab memang selesa! Macam balut badan dengan toto lepastu bukak aircond bilik kuat kuat. Korang boleh gayakan dengan macam macam gaya and event and aku rasa sangat berbaloi untuk apa apa event sekalipun dan yang pastinya ada macam macam warna! Nak tambah rasa berdebar debar tu pergilah korang singgah website tu and jangan lupa bawa tisu. Pasal apa? Get ready untuk shopping sambil menangis. Lepasni aku dah boleh move on dah dekat jenama jenama lain untuk baju baju aku, bergaya mengalahkan orang lain dah lepasni. Aaaa happy! 


NOTE: Doakan bangjat kau ni tabah menghadapi semester akhir degree dia ok. Lepas dia graduate dia akan berusaha update blog dia dengan lebih kerap.


TWITTER: @AizatAbd
INSTAGRAM: @skullsulivan
FACEBOOK: Aizat Abd