APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, May 16, 2012

cikgu , guru ataupun teacher

ASSALAMUALAIKUM

baca tajuk entry je korang dah rasa macam ehh apakah entry kali ini ? adakah aizat nak bercerita tentang Yuna ? ataupun tentang En Haris Ombak Rindu . salah salah salah *ambil soletape and soletape mulut sensorang* hari ni aku nak korang baca je entry kali ni jangan bising bising . penuh bermakna and ikhlas dari hati dan jiwa sanubari dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki . kalau nak ketawa boleh , ketawa dalam hati . tak kisahlah kalau korang terkentut sekalipun . mesti korang akan cakap "what the mak temah aizat ni nak serious kali ni tak bagi ketawa hah ? nak kena rejam dengan kawah dodol apa ?" . bacalah dulu baru korang tahu macam mana and apa yang aku nak cerita kat korang , masa lepas baca korang nak gelak sampai terkeluar jantung dari mulut pun tak apa . sila scroll sebelum tembikai nam biji sampai kat kepala korang .


16 MEI *tunjuk sepanduk tulisan 16 MEI*

fulamak cara aku tulis tarikh tu macam akan berlaku peperangan dunia kelapan pula kan *buta sejarah* so macam semua tahu , kepada siapa yang bersekolah lah kan , 16 Mei selalu orang sambut apa ? cuba teka cuba teka ? *sambil joget zapin tiga step kejap* apa dia ? sambut hari jadi ? kita tak tahulah bila kita jadi gila , hari lahir ! so 16 Mei macam setiap tahun semua sekolah akan sambut Hari Guru . dan pada masa inilah juga semua orang cari peluang nak ponteng sekolah . buat buat demam bagai , buat buat duduk lama dalam toilet konon cirit birit padahal tak nak pergi sekolah . so masa inilah patutnya korang pergi sekolah sambut Hari Guru tu . setahun sekali je pun . bukan kau nak kena cakap tiap tiap jam hadap muka dia cakap "SELAMAT HARI GURU CIKGU ROSNAH MAT ARIS" . just ucap sekali pun dah cukup , paling tidak pun kau bagi dia hadiah ulam ulaman ke kan petik kat mana mana semak untuk bagi dia kan . okay aku jahat , sila baling aku kat dinding sampai berbuih mulut , selagi tak jangan stop buat . so bila dah sekolah semua mesti ada cikgu favorite dia kan , tak kiralah cikgu tu buncit dia melebihi dada dia sendiri kan , but dialah yang akan buat kita selalu ketawa , baik and selalu rotan kita . macam aku , tipulah kalau aku cakap aku tak ada cikgu yang aku senang and selesa bila mengajar . dari sekolah tadika sampailah sekarang . but aku stop sampai sekolah menengah sebab kat campus , semua lecturer aku suka sebab semua best . so siapakah dia ? bukan Norlia Ghani , bukan Maya Karin dan juga bukan Harun Salim Bachik , tapi inilah mereka *sambil jari tunjuk entry sambungan kat bawah*

#TADIKA
bila aku sebut je pasal tadika mesti akan ada yang cakap "wahhh aizat ! comelnya aizat masa tadika macam kumpulan 1 Direction !" *tetibe sangat* masa tadika , masa comel ni mestilah semua akan agak agak macam lurus bendul kejutan budaya sebab mana tahu sangat nak meng-eja . tapi aku bukanlah di kalangan rakan seangkatan yang bendul *angkat kening ala ziana zain* sebab kecil kecil aku dah tahu membaca and mengeja sebab selalu kena paksa baca buku cerita oleh Ibu Norry . so kira kalau kat tadika , cikgu kelas aku is CIKGU HAWA . so memang dia sayang akulah . sebab bila dia nak contohkan budak baik and bijak mesti dia petik nama aku . aku dengan bangga sombong badak aku pun sengih sengih . so bila balik sekolah selalu atuk aku yang ambil sebab parents aku kerja and tak sempat nak rush from office sebab dulu tadika pukul 11 dah balik . so bila lambat sikit atuk ambil tu cikgu pun suruh duduk depan dia ajak borak borak minum kopi , bukan main kekecik dah ajar aku minum caffein . so kekecik pulak aku jenis yang banyak tanya sampai orang  rasa nak kerat aku 18 then tanam dalam concrete . so satu hari itu aku tanya cikgu hawa :

AKU : CIKGU , CIKGU DAH KAHWIN KE CIKGU ? CIKGU ADA ANAK ?
CIKGU : DAH , ADA LIMA ORANG ANAK
AKU : ADA LIMA ORANG ANAK ? KENAPA RAMAI ?
CIKGU : REZEKI TU KAN ALLAH YANG KURNIAKAN
AKU : OHH , SUAMI CIKGU MESTI DAH TUA KAN CIKGU ?
CIKGU : DIA SAMA USIA DENGAN CIKGU , KENAPA AIZAT CAKAP MACAM TU ?
AKU : SEBAB MUKA CIKGU PUN DAH TUA
CIKGU : ASDFGHJKL !

so dia memang suka melayan apa yang aku cakap . tak kiralah soalan aku tu membunuh . dari zaman aku tadika dulu sampailah sekarang dia masih lagi mengajar kat tadika KEMAS tu *padahal budak lain selekeh je aku tengok , tak kemas pun* so kau bayangkan berapa lama dia dah mengajar kat sana . and dia juga adalah cikgu tadika abang aku . bila aku jumpa dia kat mana mana dia mesti akan cakap kat aku :

EHH AIZAT DAH MAKIN BESAR DAH , DULU KECIL JE *senyum manis even dah tua bangka*

then aku pun rasa macam nak jawab "memanglah makin besar cikgu , tak kan saya makin mengecut , kemain ayat cikgu" , haha but nanti dia sumpah aku jadi Aaron Aziz nanti mati aku En Haris Ombak Rindu hilang job dah . dan dialah permulaan untuk aku mengenal ilmu dalam hidup aku . orang kata cikgu tadika ni kan banyak jasa dia berbanding cikgu rendah atau menengah . sebab dialah yang ajar kita membaca , mengeja atau mengira . kau bayangkan macam mana nak jawab soalan sejarah SPM kalau tak reti membaca ? sadis kan bunyi ?

#SEKOLAH RENDAH
masa sekolah rendah kau jangan tanyalah berapa ramai cikgu yang aku suka sebab cikgu kan melambak datang dari pelosok mana kan . but cikgu yang kira aku salute is CIKGU ZUL . sebab dia ajar Bahasa Melayu and aku sukakan subject tu . nak nak kalau buat karangan merepek je lebih tapi dapat A . kau tengok betapa bangganya aku macam rasa nak dukung je Yuna *tetibe* then Cikgu Zul tu punya garang kau jangan tanyalah macam mana , kalau dia tinggikan suara dia kat depan budak sorang sorang , terkencing lima kali aku rasa budak tu . tapi dalam garang garang dia tu dia memang best . sebab orang kata cikgu garang nilah selalu orang sayang . and yes kalau hari guru je , dialah cikgu yang paling banyak dapat hadiah sampai aku rasa perabot and perhiasan kat rumah dia tu tak payah dia beli dah . semua dapat dari murid murid , nak nak sabun mandi dia kan *kekecik kan sabun pun boleh jadi hadiah* yang paling cannot go bila kitaorang dari jauh dah nampak dia and kelas bising , lari lelaju masuk kelas and cakap :

CIKGU ZUL CIKGU ZUL ! DUDUK TEMPAT ! *padahal dia lalu je*

then bila dia lalu semua senyap macamkan dalam library . then bila dia dah lepas tu phewww semua buat bising balik mengalahkan Batu Caves masa Deepavali . sekali yang paling kau rasa macam nak ketawa berak bila fikir balik is tengah bising bising tu boleh pula dia patah balik . kau ingat kitaorang je boleh berlakon , dia pun boleh ok , masa tulah budak budak nakal sekalian kena sebat dengan dia *aku tak ok* mesti rasa macam tak berguna je berlakon sebab at last kena sebat juga . even perlahan dia punya sakit pakai seluar dalam lapan helai pun tak cukup tebal untuk menahan kesakitan dia . dan dialah yang mengajar aku BM dari aku darjah satu . lama kan ?

#SEKOLAH MENENGAH
bila sekolah menengah kau sebut je nama Cikgu Sherry siapa je tak kenal kan , semua kenal . and dialah juga cikgu yang aku suka , Cikgu Sharinor , memang dia suka buat lawak gila gila selamba dia even masa tu dia tengah marah . jaranglah kau nak tengok dia marah melainkan kau tak dengar cakap dia atau tak buat kerja dia , and juga one of my favourite teacher is Miss Lim . dia punya garang tu memang gila bapak gajah punya garang , tapi garang garang dia tulah yang buat kami selalu ketawa . bukan tahu nak takut kan . kau tahu boleh siap ketawa ketawa masa dia marah , then mesti dia akan tersenyum tapi cover cover . Cikgu Sherry and Miss Lim tu adalah kawan baik and dua dua cikgu yang aku suka . sorang ajar Bahasa Melayu and sorang ajar Add Math . sifat penyayang tu memang akan adalah dalam sifat cikgu cikgu tu kan , and yes , ayat favorite dua dua cikgu tu masih lagi aku ingat

CIKGU SHERRY : BELALANG
CIKGU LIM : MALAS NAK TANDA !

and yes dia cakap dia malas nak tanda sebab kitaorang banyak kosongkan soalan soalan yang kitaorang tak reti nak buat bila dia bagi latihan . Cikgu Sherry punya latihan selalu siap sebab itulah benda paling senang nak buat . siapa yang selalu buat latihan Add Math je tahu macam mana perasaan and hati aku . and bila sometimes ada masa free mesti aku akan pergi kat depan , ambil kapur and buat gaya macam Miss Lim tengah mengajar , sebab dia kalau cakap slenk dia memang pekat , then dengan dia punya gaya ala ala macam jual mahal tu kan , bukan main , and tulah yang selalu jadi bahan kitaorang bila pergi sekolah . masa dia tengah marah pun kitaorang akan keluarkan ayat ayat dia balik and mesti dia akan senyum balik tapi cover cover ala ala perempuan cina terakhir lahtu kan . seriously both of them best and awesome !


nak cakap pasal gambar masa sekolah dengan cikgu cikgu pula serious tak banyak and boleh cakaplah tak ada , kau bayangkanlah dulu mana boleh bawa handphone pergi sekolah kan . tak memasal kena rampas . rasa macam nak hempas hempas tembikai je bila kena rampas . but orang cakap even kita tak ada gambar , memori sentiasa akan ada dalam kepala . and merekalah yang banyak didik kita sampai ke tahap sekarang selain daripada parents kita sendiri . memang kalau nak cakap pasal jasa tu kita sendiri pun tak tahu macam mana nak balas . and yes , kalau boleh dikumpulkan semua cikgu sekarang , aku suruh diorang baca blog aku ni sambil makan popcorn untuk ucapan aku kat bawah ni , dan juga ucapan untuk semua cikgu , guru ataupun teacher kat seluruh dunia , di darat , udara mahupun air :




YOU ARE NOT ONLY MY TEACHER , YOU'RE MY FRIEND , MY PHILOSOPHER , MY GUIDE , ALL MOLDED INTO ONE PERSON THAT IS YOU , EVENTHOUGHT I CAN'T SEE YOU IN FRONT OF MY EYES , YOU ALWAYS IN MY MIND

HAPPY TEACHER'S DAY !