APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, April 25, 2011

kaulah IBU AYAH kaulah SAHABAT kaulah SEGALANYA

ASSALAMUALAIKUM

agak lama juga aku tak blogging2 nie . maksud aku tulis cerita pot pet pot pet kat sini lhaa . kebelakangan nie aku post cerpen aku yang telah berjaya aku habiskan semalam . terima kasih kepada pembaca yang sentiasa mengikuti jalan cerita nie . haih ! nak tulis ape ? aku pon tak tahu kann . tapi tajuk entry aku dah create awal2 . memang bijak kann ? (-____-)

okay, i got an idea . sejak nak balik rumah nie kan aku rase macam nak cepat balik and anjakkan mase exam aku nie ke depan sikit . haih . dah laa cuti singkat . rindu kat family ? mungkin kot sampai akhir nie macam2 penyakit lak datang . bukan sebab rindu terlampau tapi sebab aku yang tak cukup tidur nie . mcm2 laa kan tapi at least aku harap ia akan membantu aku dalam final .

back to main story . kisah aku dan IBU AYAH ku :)

sejak kecil aku dijaga ditatang bagai minyak yang penuh . segala keperluan aku,akan dipenuhi even pada hari yang lain . sikap aku yang suke menarik muka bila tak dapat sumthing membuat mereka tak sampai hati jika tak tunaikan permintaan aku . sejak kecil dah berapa juta mereka berhabis untuk aku . tapi aku tahu dulu aku tak belajar bersungguh2 . aku banyak main2 dalam kelas . aku banyak main2 kat rumah . bila mereka nasihat, aku buat tak endah . tapi, bila dah belajar, aku mula faham apa erti semua tu.

ibu ayah tidak mahukan balasan harta tapi mereka mahukan kejayaan . kejayaan dari seorang anak yang boleh buat mereka bahagia . tidak pernah mereka merungut memberi pendidikan kepadaku . masa pertama kali aku mendapat surat tawaran untuk menyambung pelajaran, mereka gembira tak terhingga . segala kelangkapan aku disediakan . apa sahaja kemahuanku diturutkan . dan hadiah yang paling bernilai buat aku dari mereka ialah handphone dan jam tangan yang mereka belikan . aku sangat2 menjaga barangan tersebut . aku tak tahu kenapa, kalau benda tu jauh dari aku, aku rasa kehilangan .

bila masuk U, aku berjanji aku akan menjadi pelajar yang berjaya . aku mula meletak target . menjadi yang dikagumi di khalayak . aku jadikan abang sebagai contoh aku . dan aku berjaya . berjaya mencapai apa yang aku impikan . mereka gembira . gembira dengan pencapaian aku walaupun aku masih belum puas dengan apa yang akau dapat tapi aku bersyukur dengan kejayaan ini .

yang paling best sehingga kini aku ingat bila kat rumah . aku nie suke pot pet pot pet ngn ibu aku kat dapur . mulalah bukak mcm2 cerita . memang best . aku rindukan semua tu . kadang2 bila aku duduk buat kerja kat tepi tingkap, aku akan senyum sorang2 bila ingat balik kisah tu semua . aku tahu aku tak pernah jauh dari family . aku tahu ini semua cabaran untuk aku . sampai bila kan nak terus bawah ketiak mereka and belajar berdikari .

sekarang aku tahu aku perlu kejar apa yang aku inginkan . aku tak mahu hampakan meraka . aku nak lihat mereka bahagia . dah 19 tahun mereka berkorban untuk aku . apa salahnya aku pulak yang berkorban untuk mereka . aku nak jaga mereka macam mana mereka jaga aku even aku terpaksa korbankan apa yang aku ada . bagi aku merekalah segalanya . merekalah yang mencorakkan sehelai kain putih menjadi indah dan aku menjadi orang yang berguna . mereka tiada gantinya . merekalah segalanya . merekalah yang penat lelah untuk membahagiakan kami . 

IBU AYAH, terima kasih atas segalanya LOVE YOU