APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, June 13, 2012

Surat Layang Buat Crush

ASSALAMUALAIKUM




kehadapan crush yang terjumpa surat ni merata di tepi jalan , surat ini untuk awak *joget ballad*

tujuan awak terima surat ini adalah sebab awak adalah crush saya . even saya tahu surat ni awak jumpa tepi jamban kan , sebab namanya pun surat layang so melayang kemana dia nak pergi ikut sukahati bapak janda dia je nak melayang . so sebab awak bertuah , awaklah yang terima surat ini and serta merta tetibe pokemon jadi crush saya . saya tahu awak pun tak kenal menatang mana punya surat ni kan . tapi saya nak awak tahu saya dah lama perhatikan awak sampaikan mata saya nak juling tembikai dah asyik pandang awak je kan . tapi awak janganlah pulak takut sampaikan nak masuk dalam peti ais sebab saya hanya minat kat awak je . tak semestinya kita kena kahwin kan . melainkan kalau jodoh kita , hah kau aku pinang kau dengan Bismillah kau macam Rossa dengan siapa entah lelaki tak handsome tu nyanyi tu . *hulur cermin* sekarang tengok muka sendiri and saya tahu muka awak mesti blur macam zirafah PMS kan so better saya terangkan kenapa saya suka kat awak and kenapa saya nak sangat awak baca surat ni . even saya pakai pembungkus nasi lemak je tulis surat ini , tapi saya harap bermakna untuk awak and awak simpan elok elok even semut berkerumun atas surat ni .

actually dari dulu lagi saya dah nampak awak . then masa first saya tengok saya macam "wuhuuuu macam Megan Fox" tapi saya tahu susah saya nak dapatkan awak sebab awak ni jadi kegilaan ramai sebab orang kata awak ni anak orang kaya yang ada kontena minyak hampir nam belas bijik kan . so sebabtu saya nak usha awak kikis harta awak bagi kepala awak botak miskin . selain daripada tu , gigi emas awak tu yang mahal tu bila awak senyum fulamak tergoda saya macam peserta kilauan emas dah saya tengok . actually saya harap bila saya minat kat awak , awak pun minat kat saya juga . tapi saya tahu saya tak boleh nak berharap juga , sebab kalau berharap and luahkan kat depan awak mati saya kena terajang sia sia balik rumah seret teddy bear menangis kecewa ratah sambal belacan sambil tengok Ombak Rindu . bila dah baca sampai sini mesti awak akan rasa macam apa kemenda gila jamban jantan ni kan , tapi inilah apa yang saya rasa kan awak . saya tak boleh tipu perasaan saya . mungkin sekarang saya just boleh tengok awak daripada jauh je kan . tapi one day mana tahu saya boleh tengok awak dekat dekat lepastu luahkan apa yang saya rasa and simpan dalam hati saya ni , contohnya macam ni :

AWAK.... GIGI AWAK TERSELIT CILI , BERSIHKAN CILI TU DULU BARU SAYA CINTAKAN AWAK

awak , saya selalu perhatikan awak kat kelas tau awak . even kelas saya kat tingkat satu and kelas awak kat tingkat lapan , saya gigihkan diri juga masa rehat nak tengok awak makan , and cara awak makan nauzubillah macam kerbau tengah lapar . main telan ikut suka sampai comot kemain . tapi itu yang menambah kekiutan awak kalah macam Azwan Ali Masterchef . tapi awak , hati saya sentiasa je nak kat awak , even kadang kadang tengah belajar awak melintas , sanggup saya tipu cikgu cakap nak berak semata mata nak tengok awak jalan . sebab awak comel macam Sharipah Aini . lepastu dengan lesung pipit awak tu bila senyum boleh buat semua orang cair and rasa macam nak tapak je muka awak dengan kasut . sometimes saya tahu awak selalu perasan saya senyum kat awak berkali kali sampai awak lempar saya dengan tembikai cik kantin . tapi itulah saya . saya tahu saya selalu sometimes kacau awak , pijak tali kasut awak sampai awak tertoggeng dalam longkang and muka awak terseret kat jalan tar and itulah sebagai tanda cinta saya kat awak . itulah cara saya tunjukkan rasa minat and sayang saya pada someone yang berjaya buat saya jatuh cinta kat dia .

awak , ingat masa selalu awak lepak kat kedai cendol and saya pernah dengar awak cakap awak takut sangat kat ular kan , then masatu lak saya bawak ular mainan and saya letakkan dalam beg awak . bila awak nak capai purse awak terpegang ular tu and menjerit macam nak mati sampai awak disahkan koma selama enam hari tanpa boleh bercakap mahupun berjoget . and masatu sayalah orang yang selalu jengah awak hantarkan buah sebakul setiap hari sampai nurse buat bisnes buah potong . and saya tengok awak lelap je mata tak sedarkan diri . saya ada juga cuba tampar tampar pipi awak guna kayu besbol bagi sedar tapi doctor cakap keadaan awak makin critical and itu buat saya makin sedih . akhirnya awak tersedar dengan jeritan bila saya bawak ular betul and letak atas muka awak . tapi awak , semakin hari awak semakin jauhkan diri daripada saya sebab awak cakap awak dah serik dah kena ganggu dengan saya . awak terus pindah sekolah masa tu . tapi sejauh mana pun awak pindah , rumah awak sebelah rumah saya je . setiap malam saya akan nyanyi lagu Kau Kunci Cintaku untuk awak . awak ingat lagi tak ? setiap malam juga awak akan lempar batu bata kat kepala saya suruh stop nyanyi tapi saya rasa itulah moment yang paling sweet sebab awak bagi feedback kat saya .

sekarang awak , saya nak luahkan rasa suka saya kat awak , saya tahu selama ni saya pendamkan dalam hati saya yang awaklah crush saya tapi hari ini saya nak luahkan yang saya sukakan awak . saya suka cara awak tersenyum even gigi awak gigi emas , saya suka lesung pipit awak even pipi awak lagi sebelah dah teruk terseret kat jalan tar masa jatuh . even tangan awak pendek sebelah sebab awak terlanggar tiang masa lari jumpa ular dalam beg tu , tapi semua tu sweet bagi saya . saya tetap sukakan awak even macam mana pun keadaan awak . sekejap ! kenapa awak lompat lompat ni awak ? saya hanya sukakan awak .oh please saya bukan cintakan awak ok . dulu masa awak cantik menawan kemain macam kilafairy saya pun awak tak nak layan . sekarang ni baru awak nak merayu kat saya untuk terima awak *flip hair* tapi awak , sebabkan saya awak jadi macam ni , saya harap awak tak kisah jadi makwe kedua saya tapi secara rahsia jelah . kalau awak naklah . so sebabtu saya gigih tulis surat ni dalam gelap tak nak kantoi sampai tulisan saya pun dah macam kangkung masak belacan dah . so apa apa pun kalau awak nak terima cinta saya , awak log in facebook and accept relationship request tu . kalau tak maknanya kita tak ada apa apa . kalau dah deactivated facebook sila buat account baru kalau awak masih nak kat saya . and dear crush , saya ada satu benda nak cakap kat awak , even macam manapun diri saya ni , setiap surat surat saya , saya mesti akan cakap kat orang yang saya ni peminat Yuna , okbai !


crushmu yang kiut miut,
Aizat Abd