APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, November 9, 2011

mereka , buat aku ketawa !

ASSALAMUALAIKUM

sejak meninggalkan dunia berceloteh aku yang agak gila gila merepek dulu , aku senyum bila baca balik entry entry aku yang lepas , ayat memang kelakar buat aku pecah kepala perut kaki dan mulut . buat kata orang orang dahulu kala kan , ayat macam gampang , gampang tu apa ? lebih kurang macam cantiklah #eventhough aku hentam . di hening malam yang syahdu ni , aku ingin gak nak bercerita tentang apa yang aku lakukan sepanjang hari aku tadi , macam biasa , yang tak nak baca , tidak dipaksa , tutup je page ni . #bubbye ! heh . 




bangun pagi tadi awal awal dah kena kejut sebab sebagai muslim wajiblah menunaikan apa yang wajibkan , sebelum aku pergi mandi di pagi hari sebab aku nak keluar hari ini . kalau aku cakap pukul berapa aku keluar nak pergi tengok wayang pun orang akan kata aku and sahabat sahabat aku gila sebab pukul 8 ke 9 pagi kami dah bertolak nak keluar . alasan dia sebenarnya rancang nak pergi taman botanical kejap sebab nak ambil ambil gambar dengan pokok pokok tua kat sana kan , then bila dah minum kat kedai pun dah makan masa banyak , cancel je then terus pergi JJ sebab kat sana ada tempat karaoke best , katanyalah . aku pun drive jelah , serious , kereta lengang . dahtu siapa suruh pergi JJ awal pagi kan . boleh dikatakan kami orang keseratus terawal lah .

kalau nak dibayangkanlah , kalau aku parking kereta untuk 3 orang atau 5 orang punya parking pun boleh sebab kereta langsung takda , maybe mereka naik public transport kot . #pemikiran akulah . bila semua dah settle , kereta pun dah letak tempat yang betul and selesa , masuklah JJ and straight pergi ke sana , i mean tempat karaoke . dari luar nampak ok , masuk dalam , tak menghampakan , sebab sound best and lagu best . banyak lagu baru , so banyaklah lagu nak nyanyi kan . bila dah nak hampir 2 jam pergi karaoke , last song dok bershuffle nyanyi lagu party rock anthem , dengan membe aku yang wear skirt pun shuffle ala ala cik leha kena kejar lipas gitu . heh , then keluar , tengok jam awal lagi nak beli tiket wayang , rancang nak pergi tengok shark night kot , cerita jerung jerung tu kan , eleh , jerung ? masak lemak kang . 



2 JAM KEMUDIAN . . .

disebabkan malas nak ingat balik apa yang berlaku dua jam seterusnya , aku buat ayat macam kat atasni . tiba masa nak masuk cinema , sejuk bagai nak rak , selalu takdalah sejuk mcmni , dengan aku yang dah mula rasa nak pee , tahankan aje satu jam setengah , hambik , memang merana aku , nak nak minum lagi dalam tu , dengan bantuan popcorn , keringkanlah sikit air kat pundi tu bila dok makan kan , haha . cerita not bad lah , aku tak terkejut pun , steady je . #padahal tutup tutup mata sikit . bila keluar bergegas cari tandas , memang dia saja nak main main dengan aku , tandas tingkat ni semua tengah renovate , aduhh , memang dah merana , terus pergi tempat lain . haha , then bila tengok jam dah dekat pukul 3 lebih , decide nak pergi mekdi area rumah jue , so pergilah sana , tempat baru so semua oklah , harini last jumpa before semua dah berterabur masuk belajar balik , next time keluarlah , heh . then tempat yang selama ni dok kami sebut tapi asyik asyik lupa nak pergi , wonderland and tutti frutti . kau tunggu je aku pergi sana ok ?


NOTE : jue , adah , next time kita jalan tempat lain pulak ok ?


IBU , kenapa saya dibuang ?






(klik pada gambar untuk sources)

apa ini ? kenapa ini ? tadi aku tengok youtube , then terjumpa benda benda ini . aku google cari benda benda dekat atas ni . apa dia ? kes pembuangan bayi . aku tahu ramai yang dah dengar cerita tentang benda ini , tapi , andai kata rintihan mereka didengar , bagaimana isi hati mereka ? hancurkah hati mereka , kadang kadang mata tidak sempat dibuka sudah kembali kepadaNya . tapi , apakah yang telah mereka lakukan sehingga dibuang sebegini ?

IBU ,

mana ibu nak bawa adik ni ?
tempat ini gelap , adik takut , adik sejuk , ibu peluklah adik kuat kuat
nanti kalau ibu tak peluk , adik sejuk , adik nak nangis kuat kuat ,

IBU ,
kenapa ibu letak adik kat bawah ni ?
kenapa ibu campak adik ?
kenapa ibu dah tak peluk adik ?
ibu nak pergi mana ni ?
jangan tinggalkan adik ,
adik sejuk .
ibu tak sayang adik ke ?
apa salah adik yang kecil ini ibu ?

IBU ,
adik pernah sakitkan hati ibu ke ?
ibu rasa sedih dengan adik ke ?
ibu dengar tak tangisan adik ini ibu ?
adik merayu sangat sangat
ambillah adik kembali
tempat ini gelap
adik takut duduk sorang sorang
tiada siapa pun dekat sini
tempat ini banyak lalat ibu .

IBU ,
adik sudah dihurung lalat ibu ,
adik sudah dimamah ulat ibu ,
adik sayang ibu ,
janganlah tinggalkan adik sendirian di sini .
adik takut .

IBU ,
kalau adik yang salah pada ibu ,
adik minta maaf banyak banyak
tiada niat adik nak sakitkan hati ibu ,

IBU ,
kalau boleh adik tak nak lahir ke dunia ,
adik lebih rela dalam jagaan ibu ,
dalam kandungan ibu
kemana mana ibu bawa adik ,
ibu tidur bersama adik ,
ibu usap adik ,
adik rasa selamat ,
sebab ibu ada .

IBU ,
adik nak sentiasa dengan ibu ,
kenapa ibu tinggalkan adik ibu ?
kenapa ibu buat adik mcmni ?
mengapa ibu ?
sanggup ibu lihat adik mcmni ?




IBU ,
nafas adik semakin sesak ,
badan adik semakin sakit ,
DIA sudah memanggil adik kembali semula kepada-Nya
adik sudah tiada daya ibu ,
adik nak lihat ibu buat kali terakhir ,
tapi ,
kelibat ibu adik tidak nampak kembali ke sini .

IBU ,
adik rindukan ibu ,
adik ,
tunggu ibu di sana .


andai inilah rintihan seorang bayi terbuang itu boleh kita dengar , semua akan mengalirkan airmata , tergamak mereka lihat bayi yang dikandung mereka sedemikian rupa , apapun , jadikanlah iktibar dah mohon dijauhkan . terima kasih kepada link ini kerana memberikan iktibar kepada saya untuk memasukkan entry ini . ayat di video telah diedit semula : KENAPA BUANG ADIK IBU ?


NOTE : fikir dahulu sebelum buat