APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, April 13, 2012

siapa punya suara ?

ASSALAMUALAIKUM

apa khabar semua ? harap harap hari ini lebih sihat daripada hari semalam *pura pura baik . so today jumaat and aku tahu ramai yang gembira sebab memang nilah yang korang tunggu selama ni kan ? cuti sabtu ahad . and heaven lah bagi korang ? *dalam hati berdoa korang banyak homework . rilek rilek , macam aku juga dulu , kadang kadang aku fikir , kenapa tak buat sekolah sabtu ahad and cuti isnin hingga jumaat . ahai , memang bahagia aku kau tahu , buat kenduri bagai nanti kalau mana mana menteri nak ubah macam tu even aku sendiri dah tamatkan zaman persekolahan , peace *buat muka comel macam minta kasut . and sebab hari jumaat nilah juga buat aku tergerak hati nak check gambar gambar dalam external harddisk aku masa aku tengah pakai headphone and duduk tepi tingkap sambil kacau awek mana entah lalu *Rosnah Mat Aris melintas tahu . then masa check punya check , nampaklah gambar aku dengan kawan kawan aku masa kitaorang ada trip . aku senyum sorang sorang , dalam pada aku senyum tu aku teringat , ada kisah seram di sebalik trip yang kitaorang pergi tu . siapa nak dengar angkat dua dua kaki , siapa tak nak dengar sila baca sahaja *kena boooo dengan reader sambil dibaling kasut .

dijadikan cerita , aku driving a car masa trip tu so senang lah kalau nak gerak mana mana , and kawan kawan aku yang ikut aku lagi 3 orang dok bantai gelakkan diorang yang terpaksa naik bas campus . then , masa tu yang follow aku dua gadis and seorang lelaki . which is classmate aku juga and ada 4 orang dalam kereta termasuk aku *muka yakin bercerita macam harun salim bachik pakai shawl . then after dah siap dengan tesis and kajian yang kitaorang buat kat bangunan lama , so decide nak pergi makan . perut memang serious lapar sebab pagi tak sempat nak take any breakfast sebab nak kejar masa *mengalahkan Norlia Ghani punya busy . then masa lunch membe lelaki (MELL) bersuara :

JAT , KAT SINI KAU TAHU TAK TEMPAT TEMPAT SERAM ? BAWAK KITAORANG MALAM NI BOLEH ? *sebab kitaorang buat kajian pun kat tempat aku , kira dekatlah dengan rumah aku . 

then membe aku yang gadis which is MYNN and LAILLA dah cuak gila badak nak meninggal . aku cakap kat mell ada , mana mana tempat seram , gelap and dia nak pergi semua ada , but depends on mereka jelah sebab aku on sahaja . lagipun aku banyak dengar cerita pasal tempat tempat yang aku nak bawak diorang ni kan . tiba tiba MYNN pandang aku and cakap :

EIJAT JANGAN MENGADA , IF ANYTHING HAPPEN TO US MACAM MANA ? *muka garang gila bapak tapi tangan laju menyuap sebab lapar

but aku just cakap kita dalam kereta bukan keluar pun kan . so after aku cakap macm tu diorang pun boleh accept lah apa yang aku cakap . then after lunch pergi balik tempat kajian and buat kerja sampai petang . panas dia kau jangan cakaplah , kalau letak Aaron Aziz pun dia tak sanggup nak duduk situ lama lama . badan masing masing dah berpeluh dah kecuali aku sebab aku buat kajian dalam bangunan , peace *muka selamba badak . dipendekkan cerita , after dinner kat ikan bakar , so start lah jalan jalan . aku tengok jam , ehem masih awal lagi , baru pukul 9 lebih . aku just bawa diorang pusing sekeliling bandar sahaja . tengok sana sini , usha usha orang melintas sebab aku nampak ada orang accident sekali 3 kereta . but tak insaf pulaktu aku nih , makin laju bapak pon adoi der ter ber aku bawak *ala ala johan .


*gambar sekadar hiasan tapi keadaan tempat hampir sama


#PUKUL 11.48
aku ingat lagi masa ni sebab aku berhenti tuang minyak kat area area kawasan seram yang kitaorang nak pergi ni sambil pandang jam . yes petrol station dia memang sunyi , yang ada hanya 2 orang pekerja , aku tunggu dalam kereta , mynn and lailla pergi beli air and sikit makanan kat dalam supaya takdelah mengantuk and mell tuang minyak . after dah beres semua , masuklah kat laluan tu . and mel yang excited bagai ni mulalah cerita pasal hantu dia , aku mula mula rasa macam biasa sahaja . then mell tutup radio , dia kata baru feeling . aku pun rasa macam nak lempang mell laju laju guna buku sebab dia macam over excited . mynn and lailla mula mula layan juga cerita hantu mell tu but bila aku bersuara :

STOP , KAWASAN NI KERAS , ADA STORY ABOUT KAWASAN TU , JANGAN CERITA LAGI

memang betul pun apa yang aku cakap . mell macam tak faham faham juga apa yang aku suruh and dia tanya lagi , maksud kau ? then aku pun malas nak cakap banyak aku terus je cakap , ini kawasan accident sebab orang selalu tak nampak jalan , tiba tiba bila nak accident baru nampak jalan which is gaung . and then mell ketawa , dia cakap :

KALAU DIA MUNCUL , KITA RECORD TAU !

then mynn and lailla dah makin takut and marah mell suruh jangan mulut tu celupar and jaga mulut . yes , apa yang dia cakap happen to us . laluan seram tu sangat panjang and jauh . kitaorang kena habiskan juga sebab kalau nak u turn takut anything happen . so aku dah mula rasa meremang , kawan kawan aku semua dah terdiam , tiba tiba aku and mynn nampak ada benda besar budak kecil terbaring atas jalan , kat laluan kami , then aku tak aspect apa apa sebab bagi aku kucing atau anjing , aku jalan je sebab dia betul betul tengah jalan , takdalah roda tu kena , but bila lailla toleh dia diam je . then yes bila dah lepas benda tu , aku mula tak nampak jalan , aku cakap :

MELL , AKU TAK NAMPAK JALAN , AKU HIGH BEAM PUN TAK ADA JALAN JUGA ! *memang cuak serious gila babeng tahap raja

kawan kawan aku dah terdiam , aku slowkan kereta , aku capai CD ayat Al-Quran and terus pasang , aku kuatkan aircond , aku drive slowly , memang aku tak nampak satupun apa apa kat depan , yang ada hanya benda gelap , bila aku dah slow , makin lama aku makin nampak cahaya . then semua memang dah terdiam . mynn and lailla ajak patah balik . sampai kat tempat dah ada lampu jalan , aku patah balik and yes memang aku dah mula rasa lain macam . terpaksa lalu kat tempat tadi *punyalah cuak gila babeng macam berlakon cerita pontianak harum sundal malam* . masa patah balik tu semua diam je tak bersuara apa apa . then masa patah balik tu benda yang aku nampak tu still ade , terbaring atas jalan but macam aku cakap , aku anggap tu kucing . then , dah sampai kat area rumah aku , dah kira terang sikit , lailla bersuara :

BENDA YANG TERBARING TU HILANG BILA AKU TOLEH KE BELAKANG

mynn terus menjerit . aku dengan mell diam je , aku cakap dah lewat ni so stop talking about benda benda macam tu , please . sebab kereta memang tak banyak masa tu . jalan lengang sebab dah pukul 3.50 pagi masa tu . and akhirnya sampai kat rumah . then mell and mynn angkat barang , mell ambil gambar bulan dengan myyn jauh sikit dari garage rumah aku . aku and lela , buka bonet kereta sebab ada beg aku and lela dalam tu , masa nak tutup bonet tu tiba tiba aku dengar :

HIHIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII *suara yang perlahan tapi jelas and panjang

aku terus pandang lela , lela pandang aku , aku cakap kat lela "lela , kau dengar and rasa apa yang aku tengah rasa sekarang ?" . then lela tarik tangan aku , dia cakap tutup bonet and masuk rumah . we talking inside . then aku terus panggil mell and mynn . diorang macam terpinga pinga , aku dengan lela dah meremang and muka lela pucat . masuk dalam kat hall , diorang tanya kenapa ? then aku diam . lela jawab :

AKU AND EIJAT DENGAR ADA ORANG MENGILAI , PERLAHAN TAPI JELAS . ORANG CAKAP KALAU PERLAHAN TU MAKNANYA DIA DEKAT DENGAN KITA

mynn and mell dah pucat and diam . aku suruh diorang mandi and terus tidur . malam tu mell tidur bilik aku . dia letak je badan dia terus tidur . aku serious susah gila nak tidur , tengok jam dah pukul 4.30 . aku tiba tiba pandang arah tingkap . langsir terbuka . aku tutup and tiba tiba aku meremang . aku terus pergi kat katil , try lelap mata , baru nak terlelap , tiba tiba aku tak boleh nak gerak . ketindihan . aku cuba lawan but macam tak boleh . at last , aku cakap dalam hati :

DAHLAH AKU MALAS NAK LAYAN KAU , AKU NAK TIDUR ESOK AKU NAK BUAT KERJA

and yes , perlahan dia pergi dari badan aku . then aku pun tertidur . esok aku cerita kat Ibu Norry . dia bukan bagi kata semangat , but dia sendiri yang takut . but aku tak cakap aku pergi kat tempat tu . bila aku cerita kat kawan kawan . diorang cakap kitaorang tipu and siap gurau gurau dengan benda tu . but aku dengan kawan kawan aku je yang tahu and alami . but sampai sekarang aku masih tertanya tanya siapa punya suara tu from bangunan lama ataupun jalan yang kami lalu malam tadi and apa yang dia nak dari kami ?


NOTE : kalau kita ingat kat dia , dia juga akan ingat kat kita