APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, August 8, 2011

30 HARI

FINAL EPISODE


Tubuh Lia tercampak ke bahu jalan tatkala Dzarriq menolaknya. Dia bingkas bangun sambil memandang ke sekeliling. Dia mendengar bunyi dentuman tatkala tercampak ke bahu jalan tadi. Tiba-tiba pandangannya terhenti apabila memandang sekujur tubuh kaku berlumuran darah.

“A….Ariqq……!!!!!!!!!!!!”, jerit Allia lalu bergegas ke arah tubuh Arriq yang berlumuran darah.

Jeritan Allia membuat ramai orang bergegas ke tempat kejadian.

“Arriq.. Arriq.. Bangun Arriq.. Bangun ! Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ini. Maafkan Allia, Arriq buat Arriq jadi macam ini”, kata Allia.

Arriq hanya tersenyum.

“Lia, ini.. Ini semua bukan salah Lia.. Mung…Mungkin ini sudah takdir Arriq”, kata Arriq dalam nada tersekat-sekat.

“Tolong…! Tolong panggilkan ambulan…!”, jerit Allia.

“Tak.. Tak perlu Lia.. A.. Arriq pun dah tak lama ini.. Arriq be.. betul-betul cintakan Lia.. 30 hari su.. sudah cukup mem.. membuatkan Arriq merasa ba.. bahagia”

“Sytt, jangan banyak bercakap Arriq”, kata Allia sambil memangku kepala Arriq yang berlumuran darah diiringi tangisan Allia.

“Ya Allah ! mengucap nak ! mengucap ! macam mana boleh jadi macam ini? Tolong panggilkan ambulan…!”, gesa Puan Asmidah sewaktu tiba di tempat kejadian.

“Ja…jangan menangis, Li.. Lia. Arriq a.. akan tetap per.. pergi.. Terima.. terima kasih sebab sudi mem.. memberi peluang kepada A… Arriq untuk merasa cin.. cinta.. Da.. Dalam kotak ini a..ada hadiah bu.. buat Lia.. Ar.. Arriq cintakan Lia sangat-sangat”, kata Ariqq memaksa dirinya bercakap sambil menghulur kotak hadiah di sisinya.

“Sabar ya, Arriq. Sekejap sahaja lagi ambulan akan sampai. Lia pun cintakan Arriq. Sangat-sangat cintakan Arriq.. Arriq bertahan ok..”, kata Lia dengan linangan airmata.

“Ji… Jika.. ada jodoh kita.. Ar.. Arriq akan menunggu Allia di… disana..Ash.. AshhaduallailahaillAllah.. Waashaduanna Muhammadarrasullullah..”

Nafas Arriq terhenti. Tangannya yang menyentuh pipi Lia lemah jatuh menyembah bumi. Matanya tertutup rapat dan airmatanya kelihatan keluar dari alis matanya. Kini Arriq telah meninggalkan dunia. Meninggalkan dunia yang banyak mengajarnya erti kehidupan.

“Arriq….! Arriq……!!!!!!”, jerit Allia menggoncang badan Arriq.

Puan Asmidah cuba menenangkan Allia. Kini insan yang dicintainya telah pergi meninggalkannya. Dalam sedu sedan Allia membuka kotak tersebut dan terdapat sehelai T-Shirt merah yang dipilih olehnya untuk Arriq bersama kad ucapan yang tertulis

“Selamat Pengantin Baru, Allia. 30 hari begitu bermakna buat Arriq. Allia tidak dicipta melalui rusuk Arriq untuk bersama Arriq tetapi dicipta untuk membahagiakan Arriq. Terima kasih”

Mohd Dzarriq Sharriz Hedry.

Airmata Allia deras berlinangan. Tubuh Arriq ditatapnya sebelum ia akan meninggalkan Allia buat selama-lamanya.

“30 Hari aku amat bahagia bersama kau dan akan terpahat dalam hati aku”, bisik hati Allia sambil mengelap airmatanya.


TAMAT