APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, April 22, 2012

jangan pernah tegur !

ASSALAMUALAIKUM

hari ahad memang aku tahu hari yang amat melemahkan bagi semua budak sekolah and semua orang bekerja , but lain bagi pelajar yang tengah cuti semester , duduk rehat goyang kaki layan cerita Ombak Rindu yang ada Rosnah Mat Aris itu , eh salah , Maya Karin . kau tahu tak best tahu cuti lelama ni boleh buat macam macam , nak pergi panjat Gunung Kinabalu 5 round pun boleh , kau ada ? *flip hair* . so sebabkan korang tengah buat homework sambil layan twitter tu , aku pun nak cerita something kat korang , but korang kena still tangan berjalan sambil baca entry sambil buat homework , kalau tak buat aku bagi banana kat korang , ehh salah tu tagline didi whoaa , aku bagi kau tembikai lima nam biji campak kat muka korang , sakit tahu . so 2 hari lepas dah genre sweet bagai sampai aku sendiri guling guling ketawa sampai terpaksa dimasukkan wad kecemasan gila , so hari ni aku pulak nak bagi korang masuk ICU gila . genre today is like more to seram but bagi aku macam biasa sebab aku ni jenis yang tak ambil kisah pasal benda benda yang merepek ni *padahal diri sendiri dah seram bagai nak meninggal* . so siapa nak memasak tu pergi memasak sambil bawak lappy pergi dapur , siapa nak beli popcorn ke , nak beli kelapa pergi dulu , aku nak ajak Norlia Ghani kejap dengar cerita aku .

18 MINIT KEMUDIAN....

macam biasalah bila masuk campus , suasana baru and tak biasa lagi dengan keadaan kat sana right . so masa aku masuk campus je , time orientasi dah macam macam happen , but semua kena cool down , dia cakap tempat yang kitaorang orientasi tu tempat baru . so cerita pasal histeria semua tu memang akan sentiasa dengar dari mulut ke mulut . but then aku ni jenis macam tak suka ambil tahu , ambil kisah pasal semua tu . selalu bila orang cerita kat aku and tanya aku dengan gigih bagai yang aku takut tak dengan benda tu , aku just cakap :

KALAU KITA TAK GANGGU DIA , TAK CAKAP BESAR , NOTHING WILL BE HAPPEN

but diorang pulak cakap aku macam , tak percaya dengan benda tu semua and one day kalau aku kena baru aku tahu macam mana . aku rasa macam aihh melampau aku tak kacau tak buat apa apa tak akan dia nak muncul tiba tiba . even sometimes bila kat bilik campus pun aku rasa macam lain but aku just buat tak tahu jelah . sebab kita pun tak tahu right tu just perasaan je . makin kita fikirkan makin senang dia nak muncul . tak perlu takut sangat sebab Allah yang cipta dia and kita patut takut pada Allah . sometimes budak budak ni sengaja takut takutkan kawan kawan dia dengan cakap pasal hantu , but ustaz aku selalu cakap kat sana :

HANTU TAK WUJUD , JUST IBLIS SAHAJA WUJUD YANG MENYERUPAI SEDEMIKIAN UNTUK TAKUTKAN ORANG

so yes aku salute dengan ayat ustaz , selalu juga aku dengar cerita cerita hantu dari kawan kawan aku yang happen kat campus but aku dengar but just senyum , malas nak bagi respond . sometimes cerita ni semua happen but diorang saja tokok tambah nak bagi lagi seram . apa ingat ni cerita Pontianak Harum Sundal Malam ke yang ada Maya Karin nak seram bagai . memang banyak orang cerita kat aku , ada yang aku ingat , kalau nak dengar just scroll je bawah , Harun Salim Bachik tak larat nak scroll kan benda ni untuk korang .




#GUARD KAT TINGKAP
selalunya lah banyak aku dengar cerita pasal benda benda yang muncul kat tingkap aras 3 atau aras dua . yang paling aku kerap dengar is guard muncul kat tingkap . cerita dia macam ni . one day masa tu ada budak dua orang tengah study and sorang buat kerja kat blok belakang menghadap hutan . blok budak lelaki . masa tu memang tengah pagi . diorang just borak borak sambil buat kerja . macam biasa kalau kat campus pukul 3 4 pagi tu memang jarang ada budak tidur . semua tidur lewat . tengah diorang buat kerja and berborak , tiba tiba ada suara kat tingkap :

ADIK , BUAT KERJA KE NI DAH LEWAT LEWAT NI ?

and budak budak lelaki tu just diam tanpa toleh arah tingkap , diorang just jawab :

YE ENCIK , KEJAP LAGI KAMI TIDUR

then after je dengar suara tu , diorang terus bangun tanpa toleh arah tingkap and terus tidur . yes exactly kalau orang lain kena , memang diorang akan buat benda yang sama . sebab mereka ada kat aras 3 , and suara tu dari tingkap aras 3 . mustahil orang boleh berdiri kat tingkap , di tingkat aras 3 kan . so that pelajar tu dah tahu and dah perasan pasal benda tu , that's why diorang tak toleh arah tingkap and terus tidur . 

#CLEANER
ini pulak kat blok budak lelaki juga . masa tu tengah malam . macam biasa kalau tengah malam , ramai student yang on the phone kat bawah pokok sebab nak get the privacy right . then masa tu tengah duduk kat kerusi bawah pokok tu , tiba tiba bila dia toleh sebelah dia ada mak cik cleaner tengah duduk juga and on the phone . tapi mak cik tu bercakap tak jelas and muka dia pun toleh arah berlainan . mula mula dia macam buat tak tahu sebab bagi dia macam mak cik cleaner memang akan bersihkan blok . but bila dia fikir balik masa tu tengah pagi and mana ada mak cik cleaner yang bekerja sampai malam and hari sabtu . dia terus letak call , and nak bangun , tiba tiba mak cik tu ketawa kecil and cakap :

ADIK DAH HABIS CAKAP DEKAT TELEFON KE ATAUPUN DAH TAHU CERITA SEBENAR ?

and what happen to him aku pun tak tahu sebab aku just dengar daripada mulut orang and sometimes aku terfikir kenapalah dah malam malam macam tu still nak duduk bawah pokok besar tu bawah kerusi tu on the phone . but macam biasa aku just dengar and malas nak menyampuk .

#SKIPPING
ini pula kisah kat blok perempuan . kalau kat campus aku , blok budak perempuan banyak menghadap hutan compare to blok budak lelaki yang tak ada hutan sangat depan dia . then cerita dia macam ni . kalau minggu exam selalunya ramai budak yang dah balik kalau paper diorang dah habis terus boleh balik untuk cuti sem . so mana mana budak yang tak habis paper lagi duduklah bilik , sebab roommate kita pun tak sama course dengan kita . silap silap kalau dia dah habis paper , kita tinggal sorang sorang dalam bilik . macam cerita yang aku dengar ni pulak . masatu budak ni tinggal dua orang and budak dalam blok dia makin sikit . kira macam ramai dah balik . masatu dia ada paper lagi dua hari , and itu last paper dia . tengah diorang study tiba tiba ada dengar budak bilik atas lompat lompat macam main skipping . mula mula dia ingat macam sekejap je kot bunyi tu and makin lama makin kuat and tak henti . diorang pun macam bengang sebab tak boleh nak concentrate dengan study . so diorang decide nak naik bilik atas and tegur budak tu . then sampai kat bilik atas quite scary sebab hanya ada 1 bilik je yang menyala and itu bilik budak yang bising tu . then dia ketuk , ada orang buka and tersenyum . dia tegur dia cakap jangan bising sebab bilik bawah nak study . dia cakap malam malam janganlah main skipping . then budak tu just senyum sinis je tanpa cakap apa apa . bila dah marah diorang pun turun . then masa turun masih ada lagi bunyi tu . makin kuat . diorang lagi marah sebab macam sengaja nak buat macam tu . naik balik atas , sampai kat bilik tu , bilik tu dah gelap and diorang fikir dah tutup lampu takut kena marah . then diorang ketuk pintu takda orang buka . bila putar tombol pintu buka pintu , tak ada siapa pun dalam bilik tu , kosong . diorang takut and terus lari masuk bilik and terus tidur sama sama . and yes ,

BUNYI LOMPAT TU MASIH BERTERUSAN MEREKA DENGAR SAMPAI PAGI

bila dengar cerita cerita macam ni kat atas aku just macam nak percaya ke tak pun aku tak tahu sebab bagi aku kadang kadang orang suka reka cerita . bukan aku suka cakap besar tapi sometimes kalau terlalu percaya and obses pun tak boleh . memang ada banyak lagi cerita yang aku dengar , pasal perempuan mengesot kat corridor , pasal pocong terbaring sebelah kawan , pasal pontianak bertenggek kat depan tingkap semua tu aku anggap sebagai mainan telinga aku untuk aku lebih hati hati and jangan cakap besar . sampailah one day aku sendiri yang rasa benda tu .

masa tu minggu exam and course aku yang paling last paper . means course aku and batch untuk department aku sahaja yang tinggal dalam campus aku . budak kat blok aku jangan cakaplah , just ada 5 bilik je menyala . tu pun kat tingkat atas . aras aku just bilik aku sorang and aku sorang je budak yang ambil paper last tu . and nasib aku baik sebab roommate aku cakap dia tunggu aku sampai habis paper aku baru kitaorang balik sama sama . then after isyak aku ingat nak mandi , but after solat aku tertidur , roommate aku masa tu keluar beli makanan sebab aku malas nak pergi , just kirim dia . lagipun paper dia dah habis . masa pukul 12 suku tu dia kejut aku suruh bangun makan and mandi . aku terus je bangun nak mandi . time keluar dari bilik aku toleh kiri kanan , agak seram sebab gelap je semua , aku masuk bilik air and aku just cakap dalam hati :

ADUH , LAMPU JUST MENYALA SATU , TU PUN KAT AREA AMBIL WUDHU

then aku gigihkan juga mandi sebab aku dah rimas , then masa tengah cuci muka tu , kat cermin , dari anak mata aku , aku nampak macam ada orang lintas masuk , aku toleh , tak ada siapa and yes aku sedapkan hati aku maybe aku salah pandang . then masa cuci muka tu aku rasa macam meremang kat leher aku , dengan lampu yang suram bagai . aku terus capai bakul mandi and terus masuk bathroom . masa tu aku rasa macam kurang sikit rasa meremang , masa aku tengah syampoo rambut , aku rasa macam ada something je yang pandang aku , aku cuci cepat cepat rambut aku . aku pandang atas , takda siapa . tiba tiba ada dentuman kuat kat tujuh tujuh pintu toilet . aku terdiam but aku tersenyum and jerit :

WOI IRFAN , KAU JANGAN NAK MAIN MAIN DENGAN AKU , JAP LAGI AKU KELUAR AKU CAMPAK KAU KAT BAWAH BLOK

sebab aku ingat roommate aku yang main main . aku capai towel , aku tengok semua pintu toilet tertutup . aku pergi pintu paling depan , aku tolak , tak ada orang kat dalam . and aku teruskan pintu kedua sampai pintu keenam . still takda orang . masa aku nak tolak pintu ketujuh tu tiba tiba aku meremang and hati aku cakap jangan and terus masuk bilik . aku bila dah rasa macam tu aku terus jalan laju laju and masuk bilik . meremang tu jangan cakaplah sebab macam ada orang ikut kita dari belakang . bila aku masuk bilik , aku tengok roommate aku tutup langsir muka dia pucat . aku tanya dia kenapa ? then dia jawab , kau cuba dengar kat tingkap tu ada apa . aku takut khayalan aku je , aku tengok jam dah pukul 1245am . then aku tanya dia :

IRFAN , KAU ADA PERGI TOILET TAK TADI , AKU TANYA SERIOUS NI , KAU JANGAN MAIN MAIN

then dia cakap since tadi dia tunggu aku balik bilik nak makan sama sama . seriously aku berdebar debar aku muka dah start pucat sebab siapa yang tutup pintu dalam toilet tadi . dia suruh aku pergi kat tingkap . and then aku pergi , dia just naik atas katil dia and duduk . sebab dia duduk atas katil aku . double decker , aku duduk katil bawah . then aku slow slow dekatkan telinga aku kat tingkap . bila dekatkan je , aku dengar ada suara teresak esak menangis . aku slowkan surah Yaasin yang Irfan buka . aku dengar sayup je suara teresak esak tu menangis , jelas tapi sayup . suara perempuan macam tengah kesedihan kat depan tingkap aku , aku terdiam , aku capai baju , aku salin , aku kuatkan surah . then aku cakap kat Irfan suruh tutup lampu and tidur tanpa sempat kitaorang makan . memang time tu kitaorang dah pucat and cuak . nak tanya takut tu jangan cakaplah . then lelap mata akhirnya tertidur , tiba tiba aku tersedar , sebab aku rasa macam goyang goyang . aku tengok jam handphone dah pukul 3.30am . aku pandang laptop Irfan dah tertutup . habis battery kot . then aku lelapkan mata balik . tiba tiba katil aku bergoyang goyang macam kena gegar . aku ingat Irfan gerakkan badan dia . then aku lelap jelah . then shaking shaking and terus shaking . aku pelik , aku berdiri , aku tengok Irfan selubung muka and badan dengan selimut , aku buka selimut dia aku tengok dia nyenyak gila tidur , aku baring balik and aku tak syak apa apa , then masa baring tu , makin kuat shaking . then aku dah start bengang sebab aku rasa aku tak kacau life dia . then aku duduk , katil shaking tapi slow . dalam hati aku kuat cakap suruh aku toleh bawah katil . then aku kuatkan semangat terus toleh bawah katil , masa aku toleh je , angin terus kuat kat arah tingkap tapi kat bawah katil tak ada apa apa , kosong . aku tengok tingkap just langsir je bertutup , tingkap tak , aku bangun cepat cepat tutup tingkap . masa tutup aku rasa macam ada someone berdiri belakang aku , aku toleh and terus pergi arah katil aku , ambil selimut and tutup telinga and muka aku dengan bantal . katil still shaking and aku just diam and dalam hati aku just baca ayat kursi tanpa henti , macam ada someone je aku rasa kat belakang aku . badan memang berpeluh and dalam subuh macam tu baru aku terlelap . esok tu aku tanya Ifran ,

MALAM TADI KAU ADA RASA APA APA ?

Irfan cakap dia tak rasa apa apa , but dia just mimpi seram ada "someone dalam bilik kitaorang duduk bawah katil kitaorang" . aku terus terdiam and siap siap untuk jawab last paper . dalam hati aku cakap aku yang rasa benda tu wujud , tapi Irfan yang dapat mimpi benda tu memang ada malam tadi . aku lega sebab after last paper family aku terus ambil aku sebab nak balik . kalau kena tidur lagi satu malam aku pun tak tahu nak buat macam mana . aku dengan Irfan balik on that day . but yang aku pelik , dia nak minta tolong kami atau apa ?

aku tak cerita benda ni kat ayah pun sebab ayah akan marah sebab terlalu percaya . just cerita kat Ibu Norry jelah . and bila now orang cerita kat aku , aku just senyum . sebab aku sendiri pernah alami benda yang sama . but memang aku bersyukur sebab dia tak muncul . kalau muncul memang entah entah aku dah gila sekarang . pernah juga aku tanya kat Ustaz tempat aku masa aku balik cuti , dia just cakap , sometimes kita tak boleh leka and benda itulah yang akan muncul kalau kita terlalu leka . and now memang banyak cerita dah aku dengar dari budak budak kat campus sampai aku dah lali and malas nak fikir . nak pergi toilet 3 4 pagi , nak mandi masa tu pun aku dah tak kisah . sebab bagi aku , kalau kita tak kacau dia , dia tak kacau kita kan . then selalu juga aku cakap kat membe aku :

DIA AKAN MUNCUL KALAU KAU ASYIK SERU AND CERITA PASAL DIA , JANGAN CAKAP BESAR , DIA LAGI SUKA KALAU KAU SUKA AND PANGGIL DIA

and yes , until now aku percaya benda tu ada je kat mana mana , but hijab kita je sekat kita daripada nampak dia . tak semua akan dapat lihat . terpulang kat siapa yang terbuka hijab dia . sometimes dia tak jauh pun dari kita . just berhampiran je dengan kita . yang penting kita jangan leka and selalu ingat pada Allah dalam apa juga keadaan kita dan macam orang selalu cakap , JANGAN PERNAH TEGUR .


NOTE : kalau kita boleh and suka bercakap pasal dia , dia juga suka untuk muncul depan kita