ASSALAMUALAIKUM
pada mulanya , aku fikir ini mimpi biasa sebab selalu bila tidur aku jarang bermimpi . then mulanya aku nak ceritakan semalam tapi aku biarkan dulu sampailah aku terfikir , kali ni dah masuk 3 kali aku bermimpi macam aneh . aku pun tak tahu kenapa and apa rahsia disebalik mimpi tu . mungkin ada mesej dan mungkin hanya mainan tidur macam orang selalu cakap . tapi mimpi ni buat aku berpeluh bila aku bangun dari tidur , buat aku rasa seakan akan aku berada di situ . melihat orang sana sini tapi aku , hanya melihat sahaja tanpa dapat menolong mereka . kenapa ? apa yang aku mimpikan . ya , aku mimpikan aku berada di tempat 3 bencana alam yang besar . mulanya aku rasa mungkin ini mainan tidur tapi kenapa aku mimpi berada di tempat bencana alam 3 kali ? so , aku akan ceritakan apa yang aku nampak and berlaku dalam mimpi aku .
TSUNAMI

PERTAMA , aku mimpi yang aku berada di mana tempat tsunami . aku berada di tempat kejadian tetapi tsunami tidak melanda pada aku . aku lihat sekeliling semua orang bertempiaran lari sebab tsunami yang besar datang mengejar semua yang ada di persisiran pantai . aku hanya dapat melihat mereka tetapi aku tiada untuk menolong mereka . aku lihat mereka ditelan satu persatu oleh ombak tersebut . tak kira di mana mereka berada . aku jadi terpinga pinga , aku mahu lari juga tetapi ombak itu tidak kena pada aku . aku lihat mereka tersadai sana sini . ombak yang besar cukup buat aku takut dan gerun . bila aku tersedar dari tidur , aku berpeluh , aku haus . aku mengucap . aku tak tahu apa mesej yang ingin disampaikan melalui kejadian tersebut . aku terdiam memandang sekeliling .
PUSAT GRAVITI BUMI

KEDUA , aku bermimpi yang manusia semua disedut masuk ke dalam pusaran graviti bumi . ceritanya , sewaktu aku sedang bermain di pantai , aku lihat air berpusar di tengah tengah . aku lihat semua orang berlumba lumba berlari ke darat . ada yang berjaya ada yang tidak sebab pusaran itu menarik mereka , menyedut mereka ke dalamnya . tiba tiba aku rasa badan aku melayang , melayang betul betul di atas pusaran tersebut , aku lihat lubang pusaran yang dalam , aku lihat manusia yang disedut jatuh satu persatu ke dalamnya , aku jadi kasihan . aku mahu menolong tapi tidak boleh . aku hanya memandang mereka . semua mereka disedut dan jatuh dalam pusaran . aku jadi bingung dari mana pusaran itu muncul . pusaran yang sangat besar sehingga boleh memuatkan jutaan orang sekali masuk ke dalamnya . pusaran yang mengerikan . semakin lama pandangan aku kabur dan aku terjaga dari mimpi . aku berpeluh juga . aku basuh muka . aku mengucap . aku bingung kenapa aku mempunyai dua mimpi yang seakan sama iaitu bencana alam yang besar .
RIBUT SALJI

KETIGA , mimpi aku berada di tempat kejadian bencana teruk iaitu ribut salji . saat aku menaiki kereta , aku lihat sekeliling aku bangunan yang indah , tiba tiba aku lihat pada belah kiri aku , bangunan semuanya diselaputi oleh salji , tiada seorang pun manusia yang berada di bumi , aku lihat jalan yang aku lalui semuanya ditutupi oleh salji , tiada lagi bangunan dan manusia di sekeliling aku , aku hanya melihat ribut salji di serata tempat , badan aku terasa sangat sejuk sehinggakan berasa di sum sum tulang aku . timbunan salji yang besar ditambah dengan ribut salji yang kuat menakutkan aku , aku takut , sejuk , letih dan tiba tiba pandangan aku kabur melihat sekeliling yang hanya penuh dengan salji yang dahsyat dan aku tersedar daripada mimpi . aku letih ditambah dengan sejuk dan berpeluh .
bila aku fikirkan tentang mimpi tadi , aku jadi hairan , aku terfikir yang sudah tiga kali aku bermimpi yang aku berada di 3 tempat kejadian bencana alam yang dahsyat . aku bingung apakah mesej disebalik mimpi itu . mungkin ia menjadi pengajaran kepada aku untuk sentiasa beringat yang jangan terlalu leka dengan dunia . mungkin juga mengigatkan aku yang sudah alpa . mungkin juga untuk aku kongsikan kepada semua . ia menjadikan pengajaran kepada aku supaya sentiasa beringat yang malang tidak kita duga , ajal berada di mana mana tidak menunggu kita dan mengingatkan kita supaya bersedia . dosa yang kecil mungkin akan menjadi dosa yang besar jika kita mengulanginya . hanya Allah yang Maha Besar tahu apa yang Dia lakukan . kita sebagai hamba sentiasalah beringat untuk kesenangan kita di hari muka , InsyaAllah .
NOTE : sentiasalah beringat , ajal tidak menunggu kita .